Boleh saja kalau tuhan inginkan…………………
Oleh:Aljohori
2 ogos 2007 bersamaan hari Khamis
(hak cipta terpelihara@)
Keadaan disekeliling rumah aku sunyi,hanya kedengaran bunyi-bunyi binatang bersahutan antara satu sama lain.Mungkin itu adalah satu bentuk perhubungan mereka di dalam dunia haiwan,aku tak nafikan memang ini adalah satu ciptaan Tuhan dan tidak ada yang mustahil Tuhan boleh lakukan.Tapi siapa itu Tuhan dan kenapa aku tak boleh melihat Tuhan dan bagaimana untuk aku mempercayainya jika Dia tidak dapat aku lihat dan bersua muka.
Bila aku tanyakan pada mama dan papa,mereka hanya berdengus dan diam tidak berkata apa-apa,meninggalkan aku didalam terpinga-pinga dan tertanya-tanya.Ya,mereka memang membesarkan aku dengan kasih sayang dan apa sahaja yang aku mahukan mereka akan memenuhinya,tapi bukan itu yang aku perlukan dikala aku tercari-cari siapa itu tuhan.Dikala aku kesunyian hati aku inginkan perasan bertuhan,perlukan tempat memohon dan mengadu dikala aku memerlukan.Selalunya apabila aku di keadaan memerlukan aku tidak tahu pada siapa yang layak aku pohon.Ketika peperiksaan aku bersendirian dikala rakan-rakan aku sibuk bermohon pada Tuhan mereka,katanya mereka bermohon pada Tuhan yang bernama Allah.
Allah??
Allah,aku pernah dengar nama itu ketika aku tersesat masuk ke kelas Cikgu Nordin.Kawan-kawan aku memanggil beliau Ustaz Nordin sebagai penghormatan kepada beliau yang mengajarkan subjek pendidikan Agama Islam di sekolahku.Perwatakan Ustaz Nordin yang baik dan pandai mengambil hati perasan para pelajarnya membuatkan beliau disenangi dan aku pun turut mengkagumi beliau.Ada juga Ustaz Nordin mengajak aku untuk masuk ke kelasnya tapi tika itu hati aku belum lagi berminat untuk mengetahui tentang Agama yang rakan-rakan aku anuti itu.Mungkin tidak sampai hidayah seperti kata Razak,kawan melayu aku yang cukup aktif berpersatuan dan pintar pula didalam pelajaran.
Hidayah itu apa?
“Apa itu hidayah razak?”Soal aku,aku sedikit bingung bila dia mengunakan perkataan itu tadi.Mungkin ia adalah satu perkataan kesat yang ditutupi dengan bahasa yang molek?Tapi masakan Razak mahu perbuat begitu pada aku.
“Hidayah itu adalah petunjuk,petunjuk yang datangnya dari Allah iaitu Tuhan sekelian Alam.Hidayah ini hanya Dia yang mampu memberinya,dan hidayah itu bukanlah material yang boleh kita nampak,pegang dan rasa,tapi ia adalah satu anugerah dari Tuhan kepada ciptaanNya”.Razak cuba memahamkan aku apa itu erti Hidayah,walaupun nampak sedikit kegusaran di mukanya,Mungkin berasa cangung menceritakan semua ini padaku,tapi itu kemahuanku.Mahu tidak mahu dia harus beritahu,dan aku jujur katakan yang aku tertarik dengan agama ini tapi aku tidak tahu dimana mahu aku mulakan.Takkanlah aku mahu berterusan berdamping dan bersoal jawap dengan Ustaz Kecil ini,tersenyum aku bila memikirkan persoalan ini.Senyum bukan kerana aku sudah menikmati erti Agama Razak tapi disebabkan Ustaz kecil.
Agama Islam dan Nabi Muhammad sebagai Idola
“Agama Islam lah”!!Marah razak bila aku sebut Agama Razak bila merujuk pada agama Islam.Suka hati aku lah,bukan aku buat kacau,lagak aku pada Razak.
Razak Tawa,mungkin mimik muka aku yang dibuat-buat itu membuatkan dia lucu.Razak memahami aku,dan tidak mudah dia mahu melinting dengan sikap aku.Katanya Nabi Muhammad adalah Idolanya,tidak pernah memarahi sahabatnya apabila para sahabatnya bertanya tentang Agama.Dan kadangkala pertanyaan-pertanya dan kelakuan orang disekelilingnya itu kurang enak nabi Muhammad tetap senyum dan bersabar,tidak pernah sekali naik angin.Itu kata Razak pada aku,disebabkan itu dia tidak pernah nak naik minyak dengan kelakuan dan pertanyaan-pertanyaan aku padanya.
“Nabi Muhammad itu siapa ya Rzak”?Ah!! Si Razak ini terus menerus menimbulkan semangat ingin tahu aku,dia rasuk aku ke?
Dirasuk dan siapa itu Nabi Muhammad?
“Mana ada aku rasuk kau,aku cuma bercakap atas apa yang aku tahu berdasarkan islam itu sendiri.Keadaan kau ini tidak ubah seperti orang-orang yang hidup di zaman renaisance yang memiliki Inkuiri.“Kau tahu apa itu inkuiri’’?.Soal Razak pada aku lagak sebagai seorang pegawai polis yang tidak elok wajahnya dipandang.
“Inkuiri itu adalah semangat ingin tahu,ingin tahu kebenaran,ingin tahu ilmu dan apa yang sewaktu dengannya’’.
Nabi Muhammad itu adalah seorang manusia yang bergelar Nabi,Kau tahu nabi?Tanya Razak pada aku dengan wajah yang boleh aku katakan sedikit mengeleng,memang itu gayanya jika meminta perjelasan dari seseorang.
“Aku pernah tahu dan dengar mengenai nabi didalam Bible,itupun ketika aku ikut nenek aku ke gereja setiap hari Ahad.Jujur aku katakan,ia membosankan aku,melalak tak tentu pasal dan paderinya juga sudah tua ditelan umur yang memanjang.Langsung tidak menepati citarasa aku sebagai remaja,memang dasar tua’’...
Razak berasa sedikti tidak selesa bila aku mengutuk si paderi sebegitu,ya Razak memang seorang yang cukup menghormati orang tua.Katanya itu ajaran Islam,dan Nabi Muhamad sentiasa mengingatkan agar menghormati orang tua.Katanya Nabi Muhammad menyuruh mereka yang berkenderaan mengucapkan selamat pada yang berjalan,yang sedikit pada yang ramai dan yang kecil pada yang tua.Indah ajaran ini,tapi aku tidak kenal sipa itu Muhammad.
Muhammad itu elok wajahnya dan akhlaknya
“Muhammad itu adakah seorang Nabi iaini utusan yang dikirimkan Allah kepda manusia.Beliau anak yatim piatu,pintar orangmya segak dan elok pula watak dan perwatakkannya.Tidak pernah menipu dia digelar Al-amin,tidak pernah melakukan perkara-perkara yang buruk sepertimana remaja yang sebaya dengan beliau.Banyak riwayat atau pengkhabaran tentang perwatakan baginda,menurut pakar-pakar hadis paras mukanya manis dan indah, Perawakannya sedang, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam sekali antara keriting dan lurus. Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak ke merah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat: pandangan matanya tajam, dengan bulu-mata yang hitam-pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Jambangnya lebar sekali, berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal.
Bila berjalan badannya agak condong kedepan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.”
Beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul
“Beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul ketika umutnya 4o tahun,dan kejadian dia gua Hira’ menjadi bukti dan sejarah bahawa Insan yang bernama Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul.Kau nak tahu,Micheal Heart didalam buku beliau 100 orang yang berpengaruh didunia,Michael Heart meletakkan Nabi Muhammad di tangga pertama sebagai antara insan yang paling berpengaruh didunia.Orang bukan beragama Islam juga mengiktiraf beliau,dan ini memang tidak dapat disangkal lagi bahawa memang sejarah membuktikan beliau seorang insan yang hebat’’.
“Sebentar Razak,cerita kau ini amat menarik dan aku mula jatuh cinta dengan muhammad ini.ops..silap Nabi Muhammad.Tapi macam mana pula dengan Tuhan kau yang bernama Allah itu.Adakah Allah boleh dillihat,dibayangi seperti Muhammad dan boleh berbicara dengannya?Ya aku ingin sekali berbicara dengannya seperti mana novel drama bila tuhan berbicara’’.
Bila tuhan berbicara
Razak senyum kemudian meneruskan bicara “kau silap,novel drama bila tuhan berbicara tidak ada yang mengatakan kita boleh berbicara dengannya tapi bicara tuhan itu dapat dilihat atas bukti penciptaanya,didalam,kita hanya boleh memikirkan tentang ciptaan tapi tidak boleh memikirkan bagaimanakah Dia.Melalui ciptaannya kita akan dapat bukti-bukti kekuasaannya,kau pernah rasa angin bukan?Lagi-lagi di tepi pantai yang penuh dengan sorak sorai angin yang hingga kini membuatkan kita termimpi-mimpi bukan?Soalnya disini aku ingin timbulkan adakah kau dapat memegang dan berbicara dengan angin?Bodoh bukan persoalan aku,memang saja ia tidak boleh dipegang sama ada dupeluki atau dibawa berbicara tapi itulah jawapan aku bagi soalan kau tentang Allah.Allah itu ada dan wujud namun kau tidak boleh bersua dan memegangnya,apa guna menjadi tuhan kalau sama sahaja dengan manusia yang diciptanya.Atau kau lihat pokok disana yang dedaunnya yang lengang lenguk bila ditiup angin.kau yakin dan sedar bahawa angin yang meniupnuya tapi kau nampak angin itu????Kau rasa dan sedar ia wujud tapi kau kena sedar juga bahawa Allah itu tidak bisa dipegang.Allah itu satu,tidak diperanakkan dan juga tidak beranak.
Seperti mana firmannya di dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud “ Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa,Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya’’.Itulah yang membuktikan ketuhanan,tidak ada dua,tiga atau empat.Tuhan itu tunggal,masakan tuhan itu boleh lebih dari satu.’’
Aku terkesima dengan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Kecil ini,ia memang benr katanya masakan tuhan itu diperanakkan dan beranak.Allah itu satu,dan perwatakan Nabi Muhammad membuatkan pula aku sayang padanya dan Islam pula seperti satu jalan untuk aku turuti.Memang benar kata kau Razak,aku dah mula jatuh cinta pada Agama ini,tapi biarlah aku terus mengkaji dan mendalami Islam ini.Syukur aku berjumpa Muslim yang bersikap Islam seperti kau,jika tidak mungkin aku sudah menjadi musuh islam yang utama.Razak ada juga katakan padaku yang Islam ini ditunjuki oleh Quran dan Sunah,kedua-dua ini adalah sumber utama Islam dan didalam kedua-dua ini adanya segala jawapan kepada persoalan.
Terima kasih Razak
Razak tersenyum pada aku,tanda puas walaupun hanya sehari aku bersua dengannya setelah aku meninggalkan bumi Malaysia selama 10 tahun dek kerana mengikut keluarga yang berhijrah ke England.Sehari bersama Razak sudah membuatkan aku jatuh cinta dengan Muhamad,bukan hanya pada Muhammad tapi sekaligus cinta pada Islam.Tapi ia mengambil masa,biarkan aku untuk terus mengkaji.Sebab aku pernah terbaca disebuah buku yang terdapat di meja Razak,ia berbunyi sebegini “sesiapa yang dikhendaki oleh Allah dengan kebaikan,nsecaya ia akan difahamkan dalam agama’’.
Aku berharap Allah mengkehendaki aku,kalau pun bukan sekarang Allah mahukan aku tapi biarlah aku menemui jalan benar.Oh Aku terlupa,Razak ada berikan aku senaskah Quran dan Kitab hadis pada aku sebelum aku beredar,dia menyuruh aku untuk habiskan baca Kedua-dua kitab ini,mungkin aku akan berjumpa dengan jalan kebenaran.
Kenangan itu terus di hati
“ini Air kopinya,termenung panjang nampak dijendela itu,tengok apa??
“Ah tidak ada apa-apa Razak,saja ambil angin sambil teringat kenangan dulu-dulu ketika kita bicara pasal agama’’.
Razak bingkas bangun kemudian berdiri disamping aku,jendela itu hanya muat-muat aku dan Razak.Rumah Razak di pingir kota ini memang cukup menyenangkan,tidak ada riuh rendah berpesta dimalam hari dan anginnya juga enak dihirup.
“Kau masih ingat lagi hadis ini “ sesiapa yang dikhendaki oleh Allah dengan kebaikan,nescaya ia akan difahamkan dalam agama’’?
Soal Razak padaku “Ya,Razak aku masih ingat lagi,hadis ini telah diriwayatkan oleh Bukhari dan muslim bukan?Aku tersenyum pada Razak. “Memang Allah inginkan kau dan Allah telah memberikan kefahaman Agama pada kau,beruntung kau,kini kau bergelar ulama dan dibahu kau kini tergalas sebuah tanggungjawab pada Agama dan aku yakin pada kau.Beruntung ummat Muhammad memperolehi kau yang dijoloki dengan gelaran Syeikhul Ummah’’
Razak tersenyum pada aku,mungkin dia puas dengan keadaan aku kini,bukan lagi insan yahg bernama Steven.
“Moga kau terus mencurahkan bakti didalam gelanggang dakwah Syiekh Ummah Yusuf al-Qardhawi’’.Razak memelukku,terima kasih sahabat kerana adanya insan sabar dan penyayang sepertimu melahirkan insan yang bergelar Yusuf Qardhawi,iaitu sahabatmu ini,terima kasih sahabat.Memang benar “boleh saja kalau Tuhan inginkan’’....
No comments:
Post a Comment