DIMANA TAMADUN KITA SETELAH MERDEKA 50 TAHUN DAN APAKAH KRETIRIA TAMADUN ITU SENDIRI.
Oleh:Yussamir yusof aljohori
5 ogos 2007@hakcipta terpelihara
Heboh orang cakap-cakap tantang negeri Johor yang tidak lama lagi akan menjadi sebuah negeri yang termaju dan tercanggih di Asia Tenggara dan sekaligus menjadi kebanggaan bagi rakyat Negara Malaysia.Tapi aku hanya membisu dan mendengar perbualan tersebut,mengiyakan tidak menafikan pun tidak kerana bersikap diam adalah baik bagiku selagi aku tidak berjumpa dengan kepastian.
Sepanjang perjalanan aku bermula dari Skudai hingga ke Larkin memang aku tidak nafikan memang pembangunan pesat sedang rancak dijalankan,dan banyak perubahan yang berlaku sejak dari setahun yang lepas.Banyak bangunan-bangunan besar dan canggih,jalan-jalan yang lebih luas dan berturap kemas,dan semuanya serba serbi berubah seperti berlaku Magis.Namun di sebalik kekaguman aku pada semua ini,aku tertanya-tanya dan termanggu apakah erti tamadun yang negara kita dambakan,dan adakah pembangunan yang sedang pesat ini dinamakan satu pembentukan tamadun yang maju bagi sesebuah bangsa???
Mungkin ada pelbagai versi definisi atas nama Tamadun namun yang aku lihat hanya luaran yang kita kejar-kejarkan tanpa perdulikan isinya yang sebenarnya perlu kita tumpukan.Ya,memang bukan hanya semata isi tapi yang berlaku dewasa ini adalah ketidakseimbangan di dalam mengertikan nama tamadun itu sendiri.
Apa yang aku perhatikan negara hanya terkejar-kejar di dalam proses pembentukkan tamadun berteraskan materilisme semata dan teras-teras kerohanian diabaikan begitu sahaja.Sedangkan kalau kita melihat kembali erti sebenar tamadun ianya berbeza sekali dengan apa yang kita ada sekarang,dan boleh dikatakan ketidakseimbangan yang ketara telah berlaku.
Erti Tamadun itu sendiri ada 3 versi dikalangan para sejarahwan dan bila aku teliti memang nyata adengan kejar mengejar kita di dalam membawa nama tamadun dalam negara tidak selari dan berlaku kesongsangan nyata.Mustafa Haji Daud di dalam bukunya Tamadun Islam,beliau menjelaskan bahawa tamadun membawa maksud kehalusan adat atau kemurnian pencapaian manusia didalam segala aspek kehidupan manusia sama ada dari aspek pemikiran ,kerohanian,abstrak,atau kebendaan.
Kalau kita lihat kembali erti tamadun yang dijelaskan oleh Mustafa Haji Daud,kita akan dapat lihat bahawa di dalam kita sibuk dengan adengan kejar-mengejar, proses pembentukan tamadun kita tertinggal perkara yang amat penting iaitu pemurnian kerohanian dikalangan masyarakat.Memang nyata,bahawa proses pembentukan tamadun kita hanya tertumpu pada materelisme sehinggakan kita melupakan aspek kerohanian.Apalah ertinya jika kulit sahaja yang kita cuba kekalkan kecantikannya,sedangkan isinya berulat dan tidak boleh diguna pakai.Jijik bukan,ingatkan buah itu elok disebabkan luarannya yang cantik tapi tiba-tiba kita tergigit ulat,sungguh meloyakan.
Kita kena memberikan tumpuan pada kedua-dua aspek ini agar kita tidak berasa jijik apabila kita mengenangkannya.Memang benar,pembentukkan tamadun memang sukar dan pasti akan menghadapi pelbagai halangan tapi bagaimana kita mahu tahu jika kita tidak mulakan dari sekarang.Orang kata,dari kegagalan kita akan berjaya kerana melalui kegagalan kita mendapat bekalan dari pengalaman.Jadikan kejatuhan empayar-empayar islam seperti Kerajaan Uthmaniah yang hebat itu sebagai pengajaran.Dan jadikan kegagalan mereka didalam memupuk aspek rohani dan material dalam sistem pembetukkan tamadun sebagai titik tolak kita didalam memastikan kedua-duanya ada didalam tamadun kita.
Didalam prespektif Islam,matlmat tamadun Islam terbahagi kepada 3 iaitu:
Hubungan manusia dengan Allah.
Hubungan manusia dengan Manusia.
Hubungan manusia dengan Alam.
Hubungan dengan Allah adalah antara matlamat dasar didalam tamadun Islam,ia merupakan cara bagaimana manusia mengenali Allah yang dikenali dengan rukun Iman dan cara manusia berhubungan denganNYA yang dikenali dengan rukun Islam[1].Keimananlah yang menjadikan manusia bebas dari cekaman hawa nafsu dan kebendaan.Segala daya dan keringat diusahakan hanyalah atas dasar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T,dan inilah yang dinamakan Ikhlas.Orang yang beriman sentiasa didalam keadaan tenang,bahagia dan tenteram.Semua perkara ini diperolehi kerana mereka tidak ada kepentingan tersendiri di dalam menjalankan aktiviti mereka,semuanya dilakukan atas nama Ibadah.Dan mereka tidak sesekali merasa resah atau gundah gulana apabila sesuatu yang diusahakan tidak berhasil maka orang-orang yang beriman akan bersabar dan mengangapnya sebagai Qada’ dan qadar dari Allah.
Perkara ini amat berbeza bagi mereka yang tidak beriman,menurut beberapa laporan bahawa pada tahun 1974 seramai 10 ribu orang Jerman telah membunuh diri kerana kekecewaan mereka dengan tamadun kebendaan[2].Kekecewaan mereka ini bertitik tolak kan dengan keterlaluannya manusia dalam membeza-bezakan kedudukan atas dasar kebendaan atau material,misalnya mereka yang berkenderaan mewah dipandang tinggi,jika tidak ada rumah yang besar maka tidak akan dilayan dan sebagainya.Mata manusia ketika itu telah dikaburi dengan kebendaan ia juga dikenali dengan nama materialistik.Kita tidak mahu tamadun kita menjadi parah sehingga begitu,kejadian-kejadian kecil perihal materialistik ini telah banyak dapat kita lihat,namun ia masih ada masa untuk dikawal sebelum menjadi barah.
Kemudian matlamat seterusnya adalah hubungan Manusia dengan manusia.Perkara ini juga tidak ditekankan didalam proses pembentukkan tamadun Bangsa Malaysia sedangkan ia adalah salah satu elemen yang penting bagi mewujudkan tamadun yang mencapai tahap piawaian yang standard.Hal ini disebabkan manusia tidak boleh hidup bersendirian dan memang manusia itu secara semula jadi memerlukan diantara satu sama lain bagi melengkap dan lengkapi.Kesempurnaan masyarakat hanya dapat dinikmati dengan adanya sikap tolong-menolong,kerjasama dan perpaduan dikalangan masyarakat.Perbezaan budaya,bangsa dan agama di dalam negara kita seharusnya menjadi kebaikan dalam usaha mencapai perpaduan yang jitu yang bermatlamatkan bangsa yang bertamadun.
Dan yang terakhir sekali adalah hubungan Manusia dengan alam.Hubungan ketiga ini selalu sangat diambil enteng oleh masyarakat Malaysia didalam pembentukkan tamadun.Bukit digondol,pokok ditebang,gunung dibelah,pencemaran udara,pencemaran air dan pelbagai lagi perbuatan-perbuatan biadap kita lakukan terhadap Alam tanpa ada sedikit belas.Sedangkan itu semua perlu dijaga sebaik mungkin,dan jangan terlalu ghairah mengunakan selogan kemajuan dengan melakukan perbuatan biadap terhadap alam.Baru-baru ini di dalam Akhbar mengatakan bahawa kerajaan negeri Johor memerlukan 241Juta bagi membersihkan semua sungai-sungai yang terjejas ketika banjir sebelum ini.Bayangkanlah kalau sebelum ini kita memang berlaku adil terhadap alam,perkara sebegini mungkin tidak berlaku dan duit sebanyak itu boleh kita salurkan kearah yang lebih penting dan membawa faedah kepada masyarakat.Tapi kita lalai dan lupa...Perkataan yang sesuai adalah lalu iaitu lalai dan lupa.
Oleh itu ketamadunan bangsa yang mencapai piawaian yang ditetapkan oleh pakar-pakar sejarah tidak mungkin boleh berlaku dan terjadi jika sikap kita yang masih terlalu melihat dan mementingkan kebendaan.Ketamadunan yang berjaya ialah tamadun yang mementingkan dalaman dan luaran,kerana kecantikan diluar tidak semestinya didalamnya baik.Oleh itu kita perlu memastikan bahawa kecantikan luaran kita mesti selari dengan kecantikan didalamnya,barulah kita mencapai Tamadun bangsa Malaysia.Perkara ini perlu diambil perhatian lagi-lagi dikalangan para pemimpin kerana kita tidak mahu kemerdekaan ke 50 tahun kita hanya diisi dengan kemajuan kebendaan semata-mata tapi perlulah diisi dengan kerohanian dan kebendaan.Barulah ketamadunan Bangsa Malaysia dicapai dengan jayanya.....
No comments:
Post a Comment