“Bagaimana menghadapi hari-hari peperiksaan yang bakal menjelma”.
oleh:yussamir yusof aljohori
8 ogos 2007
“Boleh tak kalau saya nak jatuhkan botol air ini??”.Tanya seorang guru kepada anak muridnya bagi mengisi masa kelasnya yang berbaki 5 minit sebelum tamat. “Mestilah boleh cikgu,takkan tak boleh,cikgu tolak je botol then dia jatuh la cikgu”.Teriak pelajarnya yang bernama Karim dari bahagian belakang kelas.
“Erm betul jawapan kamu tapi adakah botol itu akan jatuh dengan hanya mendengar teriakan kamu?Tanpa ada sebarang inisiatif atau gerak kerja dari kamu botol ini takkan selama-lamanya akan jatuh.Betul atau tidak kata saya?” Semua terdiam termasuk Karim,betul kata cikgu Salman,bagaimana botol itu mahu jatuh jika tidak ada orang yang mengerakkannya dan menjatuhkannya.
Begitulah serba sedikit idea atau pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita diatas,cerita yang ringkas tapi mempunyai nilai yang cukup besar.Artikel kali ini lebih saya fokuskan kepada “bagaimana menghadapi hari-hari peperiksaan yang bakal dihadapai”. Banyak cara yang boleh dilakukan dan banyak juga factor negatif yang perlu dikikis di dalam diri pelajar di dalam menghadapi situasi ini.Memang tidak dinafikan pada saat-saat beginilah ramai para pelajar akan mengalami pelbagai tekanan dan sebagainya. Jangan jadikan faktor-faktor itu membuatkan anda semua kecundang tapi jadikan factor-faktor itu sebagai pemangkin anda untuk terus berjaya.
Kita mulakan dengan factor-faktor negatif yang perlu dibuang oleh para pelajar bagi menghadapi hari-hari sebelum peperiklsaan.
Pernah dengar perkataan NATO?Ini bukan NATO yang pengaman dari Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu tetapi “No Action Talk Only”,maksudnya cakap saja tapi gerak kerja tidak ada.Ya,memang benar dewasa ini ramai yang pandai cakap dan membuat pelbagai teori tapi tidak pernah melaksanakan apa yang dikatakan.Ramai para pelajar terjerumus didalam situasi ini,cakap banyak tapi langsung tidak ada sebarang gerak kerja untuk mencapainya. “Senang je Add Math ini,hafal formula buat latihan setiap petang mesti boleh dapat A la dalam exam”.
Itu antara ucapan-ucapan yang saya pernah dengar ketika ‘menjawat jawatan’ sebagai pelajar sekolah menengah,jadual disusun elok-elok dan sebagainya.Semua itu dah cantik dan mantap tapi mereka silap kerana hanya merancang dan bersikap optimis semata tanpa ada sebarang gerak kerja.Hasilnya mereka tertekan kerana ada banyak lagi yang mereka tak belajar dan sebagainya.Natijahnya di sini adalah seorang pelajar perlu ada rancangan dan disusuli dengan gerak kerja bukan hanya cakap-cakap kosong.Cakap+gerak kerja perlu ada bagi mencapai apa yang kita rancangkan.
Tapi apabila kedua-duanya sudah kita buat tapi tidak berhasil kita kena beriman dengan ayat ini :
“kita merangcang,Allah juga merancang tapi rancangan Allah lah yang sebaik-baiknya”[1].
Seterusnya adalah kepercayaan terhadap diri sendiri.Ramai pelajar disaat ini hilang kepercayaan pada diri sendiri sehinggakan melemahkan dan merosotkan daya belajar mereka. “Aku tak boleh lah”, “Aku bodohlah”, “boleh ke aku buat ni”, “boleh ke aku capai target aku ni” dan bermacam-macam lagi dongengan yang ada dalam minda mereka apabila saat-saat hari perperiksaan mendekati.Kenapa kita perlu ada semua stigma-stigma itu di dalam minda kita,sepatut seorang pelajar perlu menekankan sifat percaya dan yakin pada diri sendiri.
Ramai tokoh-tokoh ilmuan Berjaya di sebabkan percaya dan yakin pada diri yang sangat kuat yang ada pada diri mereka,antaranya adalah Albert Einstein tokoh sains abad 20.Beliau berkata “Meskipun ilmu mengajarkan fakta-fakta,namun tujuan tertinggi kehidupan dirumuskan dari sebuah cita-cita dan harapan serta percaya diri sendiri sepenuhnya”.Sebagai seorang pelajar,kita harus menanamkan sifat kepercayaan dan keyakinan kepada diri sendiri sejak awal lagi.Percaya dan yakin dapat mengunguli kejayaan orang yang berjaya ketika ini.Dengan demikian barulah kita melanjutkannya dengan perbuatan yang mendekati cita-cita.Bila mendapatkan tentangan atau kegagalan,kita tidak perlu berputus asa tetapi kita perlu lebih berusaha dan memantapkan segala usaha terhadap pelajaran kita[2].
Untuk menambah kepercayaan dan keyakinan ada pelbagai yang boleh kita lakukan,antaranya adalah meletakkan kata-kata semangat di almari,setiap pagi menghadap cermin dan katakan “Akulah orang yang paling cerdik,akulah yang terbaik,akulah yang tercantik” dan pelbagai puji-pujian anda boleh katakana.Pasti yang akan ada katakan “Malulah”, apa yang anda mahu malukan,anda cuma bercakap seorang diri di hadapan cermin,usah malu anda perlu lakukan.Menurut kajian sainstifik,kaedah itu dapat membangkitkan keyakinan anda melalui pembangkitan otak bawah sedar anda.Apabila otak bawah sedar anda mendapat maklumat dari apa yang anda sampaikan melalui puji-pujian dan keyakinan dan kepercayaan maka ia akan membangkitkan synergi atau tenaga luar biasa yang anda pasti tidak akan menjangkakannya[3].
Oleh itu anda kena setiap hari menanamkan sifat kepercayaan dan keyakinan di dalam diri anda.Ingat,katakan saja saya cerdik dan saya handsome setiap hari di depan cermin ok. J
Perancangan waktu juga perlu diambil berat oleh para pelajar di saat genting ini.Di saat-saat ini anda tidak boleh lagi membazirkan waktu dengan wewenangnya,manfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya.Dalam perihal waktu ini,Dale Camegie pernah berkata[4] “salah satu dari hal-hal yang tragis dalam sifat manusia adalah cenderung melakukan hal-hal yang tidak sesuai dengan tujuan hidupnya.Cenderung untuk melakukan penangguhan dalam jalan hidupnya.Kemudian cenderung memimpikan tujuan sehingga tidak menyedari kalau waktu itu terbuang dengan percuma”.
Masa adalah amat penting dalam kehidupan dan sebagai seorang pelajar anda perlu gunakan sebaik mungkin waktu yang anda ada.Kalau anda tidak pandai mengunakan waktu anda pasti akan menyesal di kemudian hari dan anda akan menyalahkan diri sendiri kerana tidak pandai gunakan waktu.Saidina Umar pernah berkata “waktu itu seperti pedang,kalau tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu”[5].
Seterusnya ,yakinlah yang anda akan berhasil setelah anda berkerja keras untuk mencapai kejayaan didalam peperiksaan.Keyakinan di dalam mencapai keberhasilan adalah motivasi kepada anda secara tidak langsung dan ia akan memangkin anda dalam usaha mencapai kejayaan.Lupakan kegagalan,lupakan berputus asa.Sebagai seorang pelajar yang inginkan kejayaan,anda perlu buangkan perkataan kegagalan dan putus asa di dalam kamus hidup anda.Kalaupun anda gagal didalam peperiksaan sekalipun,itu bukan alasan anda untuk terus bangkit kerana “kegagalan itu bukan satu jalan mati bagi adik-adik semua,tapi ia adalah pembuka jalan dan syarat untuk adik-adik semua berjumpa dengan jalan yang adik-adik semua inginkan”[6].Semua tokoh-tokoh yang berjaya pernah menghadapi kegagalan tapi mereka jadikan kegagalan itu sebagai satu loncatan untuk terus mengapai kejayaan bukan untuk terus lelap dan mati.Kejayaan itu bukanlah hanya dilihat dari pencapaian akademik tapi ia adalah makna yang cukup luas.Lihat sahaja,Dato’ Mokhtar al-bukhari tokoh perniagaan Malaysia,walaupun beliau tidak ada kelulusan yang tinggi tapi beliau berjaya di dalam lapangan perniagaan.Kejayaan itu bukan satu,iaitu lulus dengan cemerlang didalam peperiksaan tapi kejayaan itu dilihat dari pencapaian kita dalam semua aspek.
Jangan kecewa kalau anda tidak berjaya di dalam peperiksan,carilah kejayaan kerana dimana-mana saja kejayaan yang boleh anda gapai asakan anda berusaha.Saya nyatakan disini bukanlah untuk mengatakan bahawa peperiksaan itu tidak penting,malahan saya sendiri bertungkus lumus untuk berjaya dalam peperiksaan tapi saya hanya mahu ingatkan bahawa kejayaan itu bukanlah hanya datangnya dari peperiksaan yang cemerlang tapi ia merangkumi semua aspek.Oleh itu,lihatlah kejayaan dalam konteks yang besar,dan sebagai seorang pelajar anda harus capai kejayaan pertama iaitu didalam peperiksaan.
Dan yang terakhir setelah semua kita persiapkan adalah kerbergantungan kita pada yang maha Esa.Ia bukanlah terakhir tetapi kerbergantungan ini perlulah ada setiap masa,selagi kita bernafas selagi itu kita perlu bergantung pada Allah. “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”[7].Kita perlu berusaha sebelum kita berserah pada Allah,itulah maksud didalam ayat diatas.Kebergantungan kita adalah dari aspek solat,berdoa,berbuat baik pada ibu bapa guru dan lain-lain.Moga amalan kita diterima dan doa kita pula akan dimakbulkan oleh Allah.Maksud Firman Allah “berdoalah pada ku nescaya aku akan perkenankannya”[8]
Akhir sekali saya harap artikel ringkas ini dapat memberi serba sedikit motivasi dan cara untuk anda tenang dalam menghadapi saat-saat peperiksaan yang akan mendatang.Konsep saya ketika di Alam persekolahan ialah “ B.I.T ” iaitu Berusaha,Istiqamah(berterusan) dan Tawakal.Dan alhamdulilah ia berhasil dan apa yang saya tulis di atas adalah antara cara dan keadah yang saya lakukan bagi berasa aman dan tenang di dalam menghadapi hari-hari peperiksaan yang akan menjelang tiba,boleh juga katakan ia adalah pengalaman saya.Oleh itu saya harap,adik-adik saya yang bakal menghadapi peperiksaan dapat hadapinya dengan tabah dan tenang dan saya mendoakan anda semua berjaya dengan jayanya. J
*Artikel ini khas untuk pembaca blog saya yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.Dan artikel ini ditulis adalah atas permintaan adik angkat saya yang bernama asyraf dari sekolah Ahmad Boestamam Perak,dan saya harap dia berpuas hati dengan artikel ini. J.Sekian….
[1] 3:54
[2] menyemai keyakinan diri untuk Berjaya oleh Abdul Aziz Ismail
[3] Membinan Imaginasi cemerlang oleh Dr,HM Tuah Iskandar Al-haj
[4] menyemai keyakinan diri untuk Berjaya oleh Abdul Aziz Ismail m/s 61
[5] ibid
[6] yussamir yusof dalam forum siswa di sekolah ahmad boestamam
[7] [13.11]
[8] Ibid
No comments:
Post a Comment