Sunday, August 12, 2007

Hadis Mauduk di bibir penasyid


*gambar sekadar hiasan

Hadis Mauduk di bibir penasyid

Oleh:Yussamir yusof aljohori
13 ogos 2007

“Tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China”[1], “Sesiapa yang membaca La Ilaha Illallah ,maka Allah akan menjadikan bagi setiap kalimah seekor burung yang mana mulutnya daripada emas dan sayapnya daripada mutiara”[2], “Yassin itu hati Quran”[3], dan beberapa lagi hadis yang palsu kerap kali menjadi pujaan dan idaman di kalangan para penasyid dalam lagu-lagu mereka.Yang cukup menarik adalah bila ditanya “apakah konsep lagu-lagu ini?”, dan dengan bangga mereka menjawab “Lagu ini berkonsepkan hadis dan kami berharap dengan lagu-lagu ini para pendengar dapat mencintai nabi”.Wah!jawapan yang cukup menarik dan terharu saya mendengar,tapi saya hairan dan marah apabila pengambilan hadis-hadis di dalam lagu mereka tidak dititik beratkan.Semacam tidak ada rasa sensitif dan berwaspada dalam mengambil hadis-hadis Nabi.

Bagus niat mereka iaitu agar nilai-nilai cinta pada Nabi dapat ditanam di dalam diri masyarakat tapi sikap mereka yang ‘sekadar tangkap muat’ itu membuatkan saya berasa marah.Marah disebabkan mereka bersikap hipokrasi didalam menyemai cinta Nabi pada masyarakat sedangkan mereka tidak berbuat begitu.Jikalau mereka betul-betul mencintai Nabi mereka tidak akan sewenang-wenangnya dan bersikap sambil lewa dalam pengambilan hadis didalam lagu-lagu mereka.Tidakkah mereka sedar dengan amaran keras Nabi yang berbunyi :

وان كذبا على ليس ككذب على احد فمن كذب على متعمدا فليتبوا مقعده مى النار (رواه مسلم)

“Sesungguhnya berdusta keatas diriku bukanlah sama seperti mendustakan kepada seseorang,maka sesiapa yang berdusta kepadaku dengan adanya unsur kesengajaan,silakan mengambil tempat duduknya didalam api neraka.”[4]

Jikalau kita perhatikan betul-betul hadis itu,Nabi memberi amaran yang cukup keras berkenaan hal dengan pengambilan dan penggunaan hadis palsu.Adakah kita sudah lupa dengan pesanan Allah di dalam Quran yang bermaksud :

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.”[5]

Dalam ayat ini sudah terang lagi bersuluh yang Allah perintahkan kita untuk mengikut segala apa yang dikatakan oleh Nabi dan tidak boleh sesekali melanggar arahan NAbi.Tapi apa yang telah kita buat terhadap pengambilan hadis?Kita dengan ‘bangganya’ telah melanggar arahan NAbi agar tidak berdusta terhadapnya.Sedih sungguh saya!

Baiklah,saya bersangka baik yang penasyid-penasyid ini tidak tahu tapi saya banyak persoalan yang nak dibawa di sini.Antara kemusykilanya adalah,kalaulah mereka tidak tahu dan jahil dalam hal hadis ,kenapa semasa mereka mahu membuat lagu tidak buat rujukan kepada pakar-pakar hadis?Dalam hal ini tidak boleh tidak mereka perlu akui,sebab mereka kena sedar mereka membawa lagu-lagu yang berkonsep hadis.Dah nama konsep hadis,hadis-hadis yang dibawa perlulah yang sahih.Baiklah,saya bersangka baik lagi yang mereka tidak kenal dengan pakar-pakar hadis,tapi saya ada kemusykilan yang seterusnya.Kenapa tidak merujuk kepada kitab hadis yang sudah ada dijual di kedai-kedai buku,misalnya ringkasan kitab sahih Bukhari dan Muslim yang harganya hanyalah Rm60.Didalam kitab ringkasan hadis Sahih Bukhari dan Muslim itu terdapat banyak hadis-hadis yang berkaitan dengan Ilmu dan pelbagai lagi.Tapi kenapa hadis yang palsu juga menjadi idaman kalbu?.

*gambar sekadar hiasan

Owh,tidak ada duit.Tidak mengapa,saya masih bersangka baik dan mengangap yang album-album nasyid sekarang jualannya lembap sehinggakan tidak ada duit nak beli kitab ringkasan sahih Bukhari dan Muslim.Sebenarnya banyak lagi kemusykilan, tapi saya rasa kemusykilan-kemusykilan saya itu sepatutnya tidak perlu menjadi perkara besar pada mereka yang mahu menyemai cinta pada nabi bukan??Sepatutnya mereka sedar dan perlu mencari jalan bagaimana mereka mahu mengambil hadis-hadis sahih dan tidak mengambil hadis-hadis yang palsu.

Perkara ini sepatunya tidak terjadi kepada penasyid kerana masyarakat majorotinya fikirkan dan bayangkan mereka ini mahir di dalam hal agama dan sekaligus bila mereka membawa hadis-hadis nabi mereka akan gunakan.Lagi-lagi pada mereka di luar sana yang tidak tahu tentang ilmu hadis,dan semestinya mereka akan berpegang pada hadis-hadis yang didendangkan oleh para penasyid.

“Belajar di China baguslah,sebab Nabi telah bersabda tuntutlah ilmu walaupun hingga ke Negera China, kata seorang remaja.Begitulah impak penggunaan hadis palsu yang akan terjadi sehinggakan ia menjadi biasa dalam perbualan harian dan ia menjadi satu perkara lazim.Dimerata tempat orang menyebarkan hadis secara tidak langsung dan tak sedar. Dan perkara inilah yang membimbangkan dan dirisaukan oleh saya dan mereka-mereka yang perihatin dalam hal ini.

Ada dikalangan para ulama menyifatkan pembentukan perpaduan dan peribadi diri seorang muslim itu ada bersangkut paut dengan hadis.Sejarah membuktikan perpecahan dikalangan Umat Islam diantara penyebab besarnya adalah penciptaan hadis-hadis palsu di kalangan mereka.Penggunaan hadis palsu atas tujuan membesarkan imam masing-masing,mem’bodek’ para pemerintah ,politik ataupun dalam hal pengeluaran fatwa bagi menghalalkan sesuatu yang diharamkan.Diantara hadis palsu yang digunakan golongan taksub imam ini adalah :

“Akan ada di antara umatku seorang lelaki yang dinamakan Muhammad Ibn Idris(imam syafie),dia lebih memberi mudarat kepada umatku daripada iblis.Dan akan ada di antara umatku orang yang dinamakan Abu hanifah ,dan dialah pelita Umatku”[6].

Kita perlu sedar dan hargai pengorbanan para ulama hadis yang bertungkus-lumus dan boleh dikatakan menghabiskan hayat mereka semata-mata untuk menghafal,menulis dan menyampaikan hadis kepada Umat Islam.Selain itu mereka juga bertanggungjawab dalam hal mengkaji, menapis, dan memisahkan hadis-hadis yang keji(mauduk) dengan mengunakan kekuatan akal fikiran ,dan kita pula sewenang-wenangnya menggunakan hadis palsu dan menganggapnya perkara yang ‘tidak apa-apa’.

*gambar sekadar hiasan


Oleh sebab itu didalam pengunaan hadis dalam lagu-lagu nasyid sepatutnya dititik beratkan dan perkara ini perlulah menjadi perkara pokok di dalam penulisan lirik-lirik lagu.Carilah altenatif dan janganlah malas dalam hal-hal besar ini,ini bukan perkara enteng tapi perkara yang amat penting..Saya harap dengan sedikit teguran ini dapat menjadi titik tolak kepada kita semua untuk berhati-hati dan berwaspada dalam hal sebegini,kita perlu set kan didalam hati dan kepala kita bahawa pengambilan hadis bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.Akhir kata hayatilah hadis ini:

اتقوا الحديث عنى الا ما علمتم(رواه ترمدذى و ابو شيبه)

“takutlah(hati-hatilah) kamu didalam menyampaikan hadis daripada saya,kecuali apa-apa (hadis) yang engkau semua telah ketahuinya“[7]



[1] Hadis ini palsu .Didalam hal ini ada seorang perawi yang ‘berpenyakit’ iaitu Abu Atikah.Nama sebenar beliau adalah Tharif bin Sulaiman yang disepekati oleh sekelian Ulama akan kedaifannya.Al-‘Uqali memandangnya sebagai orang yang sanagat daif, Imam Bukhari pula mengatakan bahawa Abu Atikah mungkar hadisnya.manakala An-Nasai berkata bahawa beliau tidak Tsiqah,Abu Hatim pula berkata “Zahibul Hadis”.As-Sulaimani menyebutnya beliau adalah di antara orang yang dikenal dengan membuat hadis palsu.

Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadis ini.Hadis ini disebut Oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya ‘Al-Mauduat dan beliau berkata : “kata Ibnu Hibban: Hadis ini batil,tiada asalnya dan diakui oleh As-Syakhawi dalam kitabnya ‘al-masqasid’.

[2] Hadis ini palsu.Ia diriwayatkan oleh MAisarah bin Abd Rabbah.Dia pernah ditanya dari mana hadis ini dia perolehi.Maka dia menjawab “Aku sengaja meletakkannya untuk menarik minat orang ramai”.

[3] Hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at -Tirmizi, dengan beliau mengingatkan bahawa di dalam sanad ataupun rangkaian para periwayat hadis ini ada seorang yang bernama Harun bin Abi Muhammad, syaikhul majhul-seorang yang tidak dikenali.

Para penganalisa hadis yang terdiri di kalangan para ulamak hadis menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan bahawasanya hadis ini adalah hadis yan palsu. Ini seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (rahimahullahu Ta'ala) di dalam kitabnya Silsilatul Ahadithi al-Maudhu' ah wad-Dha'ifah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini adalah palsu.

[4] Riwayat Imam Muslim

[5] Surah Al-Hasyr:7

[6] Hadis ini palsu,telah dibuat oleh Mamun Ibn Ahmad Al-Hawari,dalam abad ketiga hijrah.Dia adalah orang yang taksub kepada Mazhab Hanafi.

[7] Sahih.riwayat imam tarmidzi dan Abu Syaibah didalam kitab Mubahas fi ulumul hadis oleh Manna’ Khalil Al-Qathan.

No comments:

Post a Comment