Monday, February 4, 2008

adil dan saksama


sekadar gambar hiasan

Trademark Dua pasangan sejoli

Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
4 Februari 2008



Ketika saya dan sahabat saya sedang bersiar-siar di tepi pantai PD,kami terserempak dengan sepasang kekasih-perempuannya free hair dan lelakinya berambut panjang.Saya tidak tahu adakah sahabat saya ini juga sedang memerhatikan pasangan sejoli ini atau tidak.Tapi yang nyata saya memerhatikan gelagat pasangan ini,dan setelah melewati pasangan ini saya memandang sahabat saya.Sahabat saya ini juga memandang saya,dan kami tergelak!


Sejurus gelak,kami dengan serentak berkata “Husnu Zan”! Ya,kami bersangka baik dengan pasangan itu, “mereka itu pasti sudah berkahwin.” Tapi dalam hati pada permulaannya,saya mengakui yang saya bersangka buruk dengan pasangan ini.Sebabnya,rata-ratanya masyarakat kita akan bersangka buruk pada mereka dengan sangkaan “tengoklah budak-budak sekarang,belum kahwin peluk sana,peluk sini,pengang sana,pengang sini.”


Kemudian,terjadi lagi hal sedemikian selepas saya dan rakan-rakan selesai bermain ‘banana boat’.Perkara ini terjadi betul-betul di depan mata saya,sepasang kekasih sedang berpelukan;perempuannya berjilbab dan lelakinya berjanggut.Sekali lagi saya bersangka-sangka, hati saya terus meneriak “pasangan ini pasti sudah berkahwin.Masakan wanita yang berjilbab dan lelaki berjanggut melakukan hal sedemikian tanpa ada ikatan sah.”



Pandangan-pandangan ini sebenarnya adalah sangkan, tanpa ada bukti tapi hanya sekadar mendengar dan sekadar apa yang sudah di programkan dalam minda kita semua. Majoriti begitulah, bukan hanya berlaku dalam masyarakat Melayu Islam,tetapi juga dalam budaya lain,semacam ada trademark.Boleh jadi,yang free hair itu sudah berkahwin dan halal bagi mereka berdua-duan,dan boleh jadi juga yang berjilbab dan berjanggut itu tidak ada ikatan yang sah.Tapi kita meneka dengan tekaan yang silap lagi salah.


Oleh sebab itu,Islam sudah mengajar umatnya agar sentiasa bersangka baik.Sesuai dengan ajaran Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa”(sebahagian Surah al-Hujurat ayat 11-12)


Jika tidak tenteram,maka siasatlah,pergilah ke sumber utama,iaitu dengan bertanya kepada pasangan terbabit.Sekurang-kurangnya kita tahu yang mereka sudah berkahwin atau tidak,kemudian barulah kita boleh menghukumi mereka atas sikap mereka itu.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”( surah Al-Hujrat ayat 6)



Dua peristiwa di atas membawa saya memikirkan tokoh-tokoh ini;al-Imam Yusuf al-Qardhawi,al-Imam Ibnu Taimiyah,as-syahid Hassan al-Bana,Muhadithin Nasirudin al-Bani, dan as-syahid Syed Quthb;antara beberepa nama tokoh yang sering difitnah dengan tuduhan yang tidak berasas.Pasti akan bertanya,apa kena mengena tokoh-tokoh di atas ini dengan dua peristiwa yang diceritakan?


Tokoh-tokoh ini juga mengalami nasib yang serupa dengan perempuan yang free hair,dalam cerita pertama.Mereka difitnah dan dituduh dengan pelbagai nama dan istilah.Tuduhan-tuduhan seperti Wahabi,Kafir,Khawarij dan pelbagai seakan perkara yang enteng, bagi orang-orang yang suka kepada bersangka-sangka ini.Mereka tidak mencari kebenaran dengan mengambil sikap mengkaji pemikiran dan karya-karya para ulama ini.Tetapi apa yang mereka tahu, cakap semberono dengan mengambil jalan mudah dan pintas dengan menaqalkan pandangan-pandangan orang lain.Sedangkan pandangan-pandangan itu dikeluarkan tanpa ada bukti yang benar.Hanya sekadar pandangan emosi,taksub atau pandangan musuh kepada lawannya.Kenapa kita tidak pergi terus kepada sumbernya?Mengapa kita harus mendengar pandangan orang lain,sedangkan pandangan-pandangan itu pasti ada terselit kesilapan dan kekeliruan.



Mengapa kita tidak terus mencari kebenaran dengan membaca karya-karya mereka yang beratus-ratus ,malahan ada yang beribu.Tetapi kita masih lagi membutakan mata,menulikan telinga dan membebalkan kepala dengan mencari jalan pintas mencari kebenaran dengan bersikap tidak adil kepada tokoh-tokoh ini.



Ayuhlah kita bersikap benar dan adil dalam menilai seseorang,jangan kita terlena dengan sangkaan-sangkaan buruk kita.Semailah sikap mencari kebenaran dengan menuju kepada sumber utamanya,bukan hanya mendengar-dengar apa yang orang katakan atau menaqalkan pandangan-pandangan orang yang tidak menyandarkan bukti.Semailah sikap adil dan berdisplin dalam menilai dan menghukumi seseorang.


Saya akhiri dengan dua buah Firman Allah yang wajib kita imani:

“dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya” [surah al-isra’ 36]

“Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5)



Aku mencintai al-Imam Yusuf al-Qardhawi dan al-Imam Ibnu Taimiyah yang dikhawarijkan,Aku menrindui as-syahid Hassan al-Bana dan as-syahid Syed Quthb yang dikafirkan dan aku mencemburui Muhadithin Nasirudin al-Bani yang diperolokkan.WaAllahualam....




#Sambungan cerpen akan disambung dalam masa yang terdekat.Nantikan juga buku doa yang disusun oleh saya yang bakal terbit pada bulan Jun 2008.

3 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Alhamdulillah.
    Saya pun selalu berhadapan dengan situasi awak dan kawan awak tuh. Dan setiap kali itu juga akan cuba berfikiran positif atau dengan lebih mudah 'husnu zan'. Tersenyum saya membaca post awak ni sebab terasa membaca pengalaman sendiri..hehe..tapi saya rasa ramai antara kita yang alami semua ni kan. Cuma bagi saya, kita tak boleh untuk tidak berlaku adil meskipun kita benci melihat sesuatu tu kan. Kalau betul tak tenteram asyik berteka-teki, lebib baik pergi dan tanya terus-terang.

    Saya pernah alami satu peristiwa yang lebih kurang la dengan kisah awak ni cuma yang bezanya, saya dan sahabat saya ni berlainan pendapat. Dia bersungguh-sunguh mengatakan pasangan yang kami lihat berdua-duaan itu adalah pasangan couple yang tidak punya ikatan yang sah tetapi saya pula cuba menegakkan pendapat saya yang 'mungkin' mereka punya ikatan yang sah dan berani berkelakuan sedemikian di khalayak ramai dan tidak salahnya kita cuba bersangka baik dalam perkara tu. Dia masih tetap dengan pendiriannya dan seterusnya saya mempelawanya untuk pergi bertanya kepada couple berkenaan untuk kepastian, tetapi dia pula tidak punya kekuatan untuk itu. Maka dengan berterusan begitu, jadilah kita 'penghukum' tanpa bukti. Sekadar berkongsi.

    Wallahualam.

    -midsem break mode- ;)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam,,
    moga husnu zan dan sikap adil dan saksama terus disemai..
    selamat bercuti...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Bukan ke adil bermaksud "meletakkan sesuatu pada tempatnya". dlm cerita saudara, saya dapati seolah-olah saudara tidak punya usaha utk mencegah.walaupun sudah berkahwin, tapi ini tempat awam.
    Memang betul kita perlu bersangka baik. Tapi kita tak boleh nafikan sifat semulajadi manusia yang suka menilai dari luaran.
    Jadi, utk mengelakkan fitnah, saudara sepatutnya tampil pada pasangan tu, tak kira tudung atau free hair,rambut panjang atau pendek,tanya samada dah kawen ke blom (dlm nada yg mesra).
    bagitau die ini tempat awam.walaupun dah kawen, ini tmpat terbuka jadi tak sedap mata memandang.silap2 menimbulkan fitnah,walaupun dah kawen.
    kalu tourist datang, tak ke mmbawa imej buruk pd org melayu? tak ke bawa imej buruk ttg ISLAM?
    sekian,kalu terkasar bahasa saya mintak maaf.saya cuma menyuarakan pandangan saya.

    ReplyDelete