Friday, February 22, 2008

Perasaan


Hargai insan di sisi anda

Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
23 February 2008
1.51 pagi
Selepas telefon




Bagaimanakah perasaan anda semua,apabila kita mengambil berat diri seseorang kemudian dia tidak menghargai kita?

Ha!Jangan terlalu awal meneka-neka,bak kata kawan saya “assumption is the mother of disaster”. Kerana meneka-neka dan bersangka-sangka tentang diri,dan juga perasaan orang lain pada kita,maka ia akan menimbulkan rasa tidak selesa pada diri kita.Sikap percaya, hargai, hormati,dan mengambil berat perlu diadun bersama.Buangkan perasaan yang boleh mengugat hati dan perasaan kita pada seseorang.Misalnya suami dan isteri,apabila tidak ada sifat percaya, hargai, hormati, tolak ansur, dan mengambil berat dalam diri si suami dan isteri,maka sebuah perkahwinan itu akan hancur berkecai.Begitu jugalah kepada semua pasangan,dan hal ini boleh diaplikasikan untuk semua aspek.


Fikirkan perasaan

Apa perasaan ayah dan ibu kita apabila melihat anaknya balik rumah pada lewat malam?Misalnya jam 2 pagi.Si anak mengetuk pintu berkali-kali,semata-mata mahu mengejutkan orang di dalam rumah untuk bukakan pintu untuknya.Si ayah yang esoknya perlu bangun awal untuk pergi kerja,terpaksa bangun dengan perasaan yang membara.Setelah dibuka pintu,anaknya terus masuk ke rumah tanpa ada sepatah pun perkataan terima kasih atau sifat hargai dipamerkan.

Lihatlah peristiwa diatas,apakah reaksi anda bila hal ini berlaku pada anda?

Jika balik lewat malam atau keluar hingga larut malam kerana ada sebab yang munasabah tidak mengapa.Contohnya,ada mesyuarat program luar negara di Universiti,program rakan sebaya bersama masyarakat dan sebagainya yang releven.Jika hal tersebut,maka ia tidak menjadi masalah,yang menjadi masalah jika keluar untuk berfoya-foya.Memang benar,keluar dengan kawan-kawan yang berjantina sama,namun pernah kita kadang-kadang fikirkan perasaan orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita.Pernahkah kita ambil tahu perasaan mereka pada kita?Marah ke,suka ke,meluat ke, semua itu tidak pernah kita nak ambil tahu dan menghargai keikhlasannya dengan mengambil berat pasal kita.Bila ada orang yang berada disisi kita bersikap mengambil berat dan tegur kita ,maka kita dengan selamba akan kata “ala,takkan nak kongkong aku!. “Sibuk betullah dia ini.”


Menghargai insan di sisi

Orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita,tidak menginginkan dirinya dipuja dan dipuji.Tapi cukuplah sekadar menghargai dan menghormati dirinya seada yang mungkin.Berilah dia peluang untuk menasihati kita dan menegur kita,kerana apa yang ditegur dan dinasihatkan bukan untuk dia,tetapi semata-mata untuk kebaikan kita.

Hargailah insan yang sentiasa disisi kita,sebab tidak mustahil dia akan pergi tinggalkan kita pada bila-bila masa sahaja.Pergi takkan kembali lagi.Gunakanlah masa yang ada,untuk mengerti,memahami dan menghargai dirinya.Sepertimana dia menghargai dan menghormati kita,maka begitu jugalah sikap kita pada mereka.

Seseorang yang berusaha untuk memahami diri seseorang lebih berhak dihargai, daripada kita yang langsung tidak cuba memahami.Bukan senang untuk orang menghargai diri kita,maka cubalah untuk hargai diri orang yang sentiasa menghargai diri kita, persis menghargai mutiara di dasar laut.


Benarkan cemburu

Saya tertarik dengan sebuah peristiwa dalam novel ayat-ayat cinta.Dalam cerita tersebut,Aisyah iaitu isteri kepada Fahri menangis teresak-esak apabila Fahri menyarungkan cincin kepada Maria iaitu isteri keduanya.Kemudian Fahri bertanya kepada Aisyah,kenapa dia menangis sedangkan dia sendiri merelakan perkahwinan itu.Maka jawapannya adalah cemburu!

Cemburu yang terbit dari hati adalah satu perkara yang lumrah dan memang sengaja Allah kurniakan.Tanpa cemburu,suami akan menjadi dayus,tanpa cemburu isteri akan menjadi jalang.Tanpa cemburu,maka kehidupan akan jadi hambar.Namun,cemburu itu masih dalam wilayah yang dikawal.Cemburu tidak boleh dilepaskan begitu sahaja tanpa ada sebarang kawalan,ia perlu dijaga dan digunakan untuk perkara-perkara yang berhak digunakan.

Kerana cemburu,muncul dan sampai kepada kita hadith tentang Aisyah cemburu.Kerana cemburu juga,ada hadith bagaimana Nabi SAW menyelesaikannya dikalangan para isterinya.Cemburu itu suci,namun perlulah dijaga agar tidak tersasar dari landasan.


Jagalah sesama kita

Ingatan diatas semua,ditujukan untuk saya dan semua pembaca.Kerana,kebanyakkan kita terlupa dengan semua ini.Kita tidak pernah mahu memikirkan hal ini,kerana kita mengangap apa yang kita lakukan adalah betul segala-galanya.Kita sentiasa lupa dengan perasaan,kita sentiasa lupa dengan perhubungan yang ikhlas,kita juga sentiasa lupa perkataan HARGAI dalam setiap perhubungan.Oleh sebab itu,artikel ini di’ukir’ sedemikian rupa,untuk sama-sama kita fikirkan dan renung-renungkan.Moga ada manfaat yang diperolehi dari artikel ini,dan kita perlu jaga sesama kita!

11 comments:

  1. artikel yg menarik.sebenarnya prasangka tak berasas itu pembunuh jiwa-jiwa manusia~

    ReplyDelete
  2. Yup,perasangka akan membuat kita sengsara.itu sebab suka untuk menekankan hal ini,terutama untuk peringatan diri penulis saya sendiri.Sebab saya sendiri kadang2 bersanga2 tentang perasaan orang pada saya,walaupun sedar bahawa orang tersebut menghargai dan memahami diri ini...
    Terima kasih for ur sharing :D

    ReplyDelete
  3. tapi jarang kaum lelaki ni hargai wanita yg memahami dirinya lebih kpd cubaan2 utk mentackle yg lain.. yg penting kesetiaan tu mesti ada.. takut yang dikejar xdapat yg dikendong berciciran..jaga2 jgn fikir diri kita sempurna utk rasa diri layak utk tinggalkan orang..no body perfect..semoga yussamir kahwin cepat masa muda ni bagus

    ReplyDelete
  4. akal saya tahu tentang perkahwinan,hati mahu akan perkahwinan tapi diri saya tidak mampu lagi untuk memegang tanggungjawab sebagai suami sekarang ini...InsyaAllah,saya mahu habiskan PHD,berjaya dalam perniagaan yang baru bermula ini,dan bila pasangan saya sudah bersedia :D

    terima kasih kerana mengingatkan saya....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Alhamdulillah, a nice article bro. Isi-isi yang memang relevan dan kupasan yang mudah difahami. Kadang-kadang kita tak pernah nak fikirkan perasaan orang lain, as you said, kerana kita fikir kita betul dalam segala hal. "Dah terhantuk baru terngadah" pun bagus jugak kan, kalau tak terhantuk, bila akan terngadah? Alhamdulillah, semoga kita terus berubah ke arah yang lebih baik. =)

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. hargai pada semua bukan utk kekasih je, cemburu utk kawan? tak logic

    ReplyDelete
  7. Yup benar,,hargai utuk semua insan.dan cemburu,tidak semesti utk kekasih sahaja,untuk sahabat pon boleh,cemburu kerana sahabat lebih banyak amal dari kita..tu pun cemburu juga :D

    ReplyDelete
  8. bg saya cemburu yg matang tak wujud yang buta,,yang penting saling memahami atr satu sama lain, menghargai atr satu sama lain tanpa menyalahkan 1 pihak sahaja!!percaya pada pasangan bukan lari dari masalah.. baru kukuh perhubungan dan insyaAllah sampai ke perkahwinan

    ReplyDelete
  9. Wah,Anonymous macam berpengalaman je bab2 ni,,Apa2 pon saya setuju dengan pandangan anda..

    Taknak wish bezday saya ke :D

    ReplyDelete
  10. CEMBURU ADALAH HAL YANG MULIA
    BILA BERDASARKAN PADA AL QURAN DAN AS SUNNAH

    CEMBURU ADALAH HAL YANG NISTA
    BILA BERDASARKAN KEPADA NAFSU ANGKARA MURKA

    CEMBURU ADALAH FITRAH MANUSIA
    CEMBURU SEORANG ISTERI KEPADA SUAMINYA
    CEMBURU SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA
    ADALAH CEMBURU YANG TELAH TERBIASA

    NAMUN ADA CEMBURU YANG LUAR BIASA
    CEMBURUNYA PARA NABI DAN SYUHADA
    KEPADA MANUSIA-MANUSIA YANG BUKAN PARA NABI DAN SYUHADA
    KEPADA MANUSIA YANG SENANTIASA BERCINTA
    DAN BERKASIH SAYANG DIANTARA HAMBA-HAMBA-NYA

    ReplyDelete
  11. memang terasa sakit bila x dihargai oleh insan lain terutama bila kita adalah insan yang sama2 dalam suka duka, tapi akhirnya dilupakan.. mungkin juga kita nk org pahami akan diri kita, tp adakah kita memahami org disisi kita selama ini?

    ReplyDelete