Jom jadi jutawan Muslim
Oleh:Yussamir Yusof
26 Februari 2008
www.yussamir.com
“Price please”
“News please”
“Sell,don’t buy”
“Buy low,sell High”
Semua ini berkemundang di dewan kuliah 1 Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia.Masing-masing berkerja keras untuk membuat keputusan dan mengkaji, prospek saham syarikat mana yang harus dibeli atau dijual.Ada yang berkerut-kerut dahi mengira jumlah wang yang berbaki,dan ada juga yang berlari sana sini kerana mahu menghantar borang jual atau beli saham kepada remaisser.
Tidak beberapa lama,sebuah kumpulan menjerit dengan kuat, “Yahoo!Saham yang kita beli naik...”. Setengah kumpulan lain pula ada yang menjerit kekesalan kerana tersilap beli saham.
Keadaan di atas persis di Bursa,namun sayangnya ia bukanlah pemain-pemain saham yang sebenar di dunia nyata.Semua pemain-pemain pada malam itu adalah peserta Seminar Financial Investment Challenge.Seminar itu berlangsung selama dua hari berturut-turut,yang membariskan beberapa Universiti di Malaysia.Antaranya Multimedia Universiti,Universiti Malaya,Universiti Sains Malaysia,dan lain-lain.
Sebelum para peserta bertanding sesama sendiri,para peserta di sediakan dengan pelbagai teori dan perbincangan bersama dengan penceramah pada pagi dan petang hari.Seminar ini bukan hanya fokus kepada pengajaran bagaimana mahu bermain saham,malahan ia juga memberi beberapa penerangan tentang personaliti seorang ahli korporat dan ilmu insurans. Bagi peserta yang datang dari Jurusan perakaunan dan Kewangan,ceramah insurans dan perancangan kewangan membuatkan ngantuk dan terlena di meja seminar.Penulis juga terlena seketika.
Jangan terperangkap
Sessi petang membariskan beberapa penceramah yang berkaliber dalam dunia perbankan.Antaran En.Mazlan dari Unit penyiasat Khas Bank Negara,seorang yang mahir dalam dunia penyelidikan kewangan.Apa yang menarik dalam sessi ini,para peserta banyak bertanya dan sentiasa berlaku soal-jawab dengan penceramah.Isu Forex antara isu yang disentuh dan dibincangkan.Menurut En.Mazlan,Forex yang dijalankan secara individu tanpa melalui bank-bank yang diiktiraf oleh Bank Negara adalah tidak sah.Oleh itu sesiapa yang menjalankannya tanpa melalui bank akan dikenakan penalty.Semua peserta semacam tidak berpuas hati,dan penulis juga tertanya mengapa begitu.Sebab apa yang penulis tahu,ramai profesional yang menjalankan perlaburan jenis Forex ini,dan sehinggakan ada sesetengah pensyarah yang terlibat.Kenyataan yang dibuat bahagian Unit penyiasat Khas Bank Negara ini,sudah jelas dan diharapkan semua yang terlibat dapat menghentikan urus niaga ini.
Tambahan:En Mazlan juga menyentuh isu Jai Network,dan terbukti memang seleweng.
Jadi jutawan melalui pelaburan
Laburlah dalam mana-mana institusi kewangan dan prospek yang dirasakan bagus untuk keuntungan.Tidak ramai mahasiswa pada masa kini terdedah dengan dunia pelaburan,mereka tidak produktif dalam merancang kewangan dan masa depan mereka.Itu adalah fokus utama dibincangkan pada sessi ini.Salah seorang penceramah pada petang itu,memberitahu bahawa beliau telah mula bermain saham ketika berumur 18 tahun.Dan semasa bergelar mahasiswa beliau pernah berjaya mengaut keuntungan 100k ,dan jurusan ekonomi yang diambil memberi kelebihan kepada beliau untuk terus aktif dalam dunia pelaburan.Kini beliau berjaya sebagai seorang pelabur dan memiliki syarikat perundingan pelaburan,dengan nama TA Investment.
Jom jadi jutawan
Saya sudah merancang untuk menjadi jutawan pada umur 30 tahun.Saya juga sudah merancang untuk menggunakan kekayaan saya itu untuk pembanggunan ummah.Kalau Syeid Mukhtar al-Bukhari boleh membina Universiti sendiri,saya juga akan pastikan sebuah universiti menggunakan nama saya; Universiti Islam Antarabangsa Yussamir!
Bermimpi dahulu,kemudian laksanakan mimpi-mimpi itu dengan perancangan yang rapi dan bersungguh-sungguh.Albert Einstein sendiri menyatakan bahawa “imagination is more important than knowledge”. Kuasa ‘angan mat jenin’ adalah satu kuasa yang dapat merubah nasib ummah dan negara.Tanpa angan-angan,pasti kereta yang dapat menyelam ke dasar laut tidak akan dapat kita cipta sekarang ini.Kesimpulannya,berangan dari sekarang,kemudian tuliskan angan-angan itu dikertas,kemudian laksanakan apa yang patut untuk mencapai dan menggapai angan-angan itu.Ayuh!Jadi jutawan mudah.
Rancangan saya
- Selepas tamat ijazah,saya mahu menyambung pengajian untuk mengambil ACCA sambil berkerja.(syarat untuk lulus dalam ACCA selain daripada peperiksaan,saya harus ada pengalaman bekerja selama 3 tahun),kemudian Master dan PHD (nak dapat Phd masa umur 30)
- Mahu hasilkan 2 buah buku setiap tahun.
- Perniagaan barangan outdoor yang dirancang bersama dua orang lagi rakan saya,diharapkan dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dikembangkan kepada beberapa portfolio lain.
- Mahu beli kereta dengan wang sendiri pada tahun 2009.
- Mahu aktif dalam dunia pelaburan-mahu buka akaun dengan bank negara.
- Mahu kahwin,dan semasa umur 30 sudah ada seorang anak,rumah dan kereta idaman saya iaitu BMW.Dan bergelar jutawan !
- Dan banyak lagi,itu serba sedikit tentang perancangan saya.
Saya sudah merancang,anda bila lagi??Jom jadi jutawan Muslim.
Syed Mokhtar Bukhari mengamalkan satu nasihat ibunya. Setiap 50% daripada hasil pendapatan bulanannya akan didermakan.
ReplyDeleteJadi, dia telah mendisiplinkan diri sejak dari awal mula dapat gaji lagi. Sebab itulah kita boleh lihat betapa banyak sumbangannya untuk umat Islam.
Seorang jutawan ada memberitahu saya, "Kalau kamu tunggu dah jadi jutawan baru nak buat derma, jangan haraplah. Makin banyak duit kita pegang, makin ada rasa takut kehilangan duit itu."
Jom, jadi kayo!
Sama-samalah saling mengingatkan untuk mnderma bila dapat royalti buku tahun depan. :)
ReplyDeleteKita juga boleh beramal dengan membenarkan PTS memberikan buku kita secara percuma kepada golongan cacat penglihatan.
To Azree mh :Saya pon ada membaca ksah tersebut.Dan saya juga stuju bahawa,jika tidak dibiasakan dari awal,maka apabila sudah banyak duit pasti payah untuk menghulur walau seringgit.
ReplyDeleteTo Firdaus:
InsyAllah,dapat rayalti pasti digunakan untk manfaat saya dan juga orang sekeliling.Mahu tambah,untuk dijadikan softcopy kemudian mereka jadikan buku itu dalam tulisan bril agar bolehd ibaca oleh orang buta.Itu yang dimakssudkan firdaus.
P/s:saya mula2 bingung juga,tapi setelah dijelaskan Firdaus pada malam tadi,barulah tahu,dan dia pun lupa nak expalain..hehehehe..
Adakah rancangan yg dinyatakan telah direalisasikan??..sekarang sudah 2010...artikel ditulis pada awal 2008...sudah 2 tahun berlalu.
ReplyDelete* Selepas tamat ijazah,saya mahu menyambung pengajian untuk mengambil ACCA sambil berkerja.(syarat untuk lulus dalam ACCA selain daripada peperiksaan,saya harus ada pengalaman bekerja selama 3 tahun),kemudian Master dan PHD (nak dapat Phd masa umur 30) -BELUM TERLAKSANA
ReplyDelete* Mahu hasilkan 2 buah buku setiap tahun- SUDAH TERLAKSANA
* Perniagaan barangan outdoor yang dirancang bersama dua orang lagi rakan saya,diharapkan dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dikembangkan kepada beberapa portfolio lain.- TIDAK MENJADI
* Mahu beli kereta dengan wang sendiri pada tahun 2009.- SUDAH BERJAYA
* Mahu aktif dalam dunia pelaburan-mahu buka akaun dengan bank negara.- TIDAK AKTIF TETAPI MELABUR
* Mahu kahwin,dan semasa umur 30 sudah ada seorang anak,rumah dan kereta idaman saya iaitu BMW.Dan bergelar jutawan ! - MASIH BELUM TERCAPAI (UMUR PUN BARU 23)
* Dan banyak lagi,itu serba sedikit tentang perancangan saya.