Memotivasikan diri Yussamir
Oleh:Yussamir Yusof
27 Februari 2008
P/S:Sebelum itu,saya mohon maaf kepada para pembaca paradigma,kerana artikel kali ini akan menyentuh kisah hidup saya.Maaf,kerana saya juga insan biasa yang perlu meluahkan perasaan.
26 Februari 2008 sempena hari lahirku,pelbagai peristiwa berlaku.Mungkin ini adalah ujian Allah pada diriku.Tabahkan hatimu Yussamir Yusof.
Dalam tawa dan senyumanku,terselit perasaan sedih,dan kekecewaan.Pada tarikh itu juga aku mengalami sakit perut yang teramat,dan sehingga sekarang belum baik.Seluruh badan lemah dan hanya tangan dan minda sahaja yang layak berfikir dan bergerak di papan kekunci laptop ini.Terima kasih kepada semua yang memberi diri ini hadiah (terutama baju Bum) dan doa,semua itu hanya dapat dibalas dengan ucapan terima kasih.
Diri ini penuh dengan kesedihan dan kekecewaan,namun diri ini akan menutupinya dengan tawa dan senyuman.Kerana Yussamir insan yang tabah, dan sentiasa menganggap semua perkara berlaku adalah ketentuan Allah. Chayok Yussamir,perjalanan masih jauh.Jadikan hari lahir kau pada tahun-tahun akan datang penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(2:286)
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?"[An-Ankabut 29:2]
ReplyDelete"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',"[Al-Baqarah 245]
Sekurang-kurang anda mampu tersenyum kerana anda sedar bahawa ALLAH 'prihatin' dan 'pedulikan' anda...kerana itu anda diuji...=)
Wallahualam.
Terima kasih kerana mengingatkan diri saya.Kalam2 tuhan itu akan sentiasa bermain2 dibibir saya sebagai pengubat kesedihan,dan moga ia menjadi penawar disebalik semua apa yang berlaku.
ReplyDelete