Sunday, February 10, 2008

nostalgia



Menggamit Nostalgia

Oleh:Yussamir yusof


“Yussamir!!” Terkejut saya apabila Ustaz Hatta memanggil nama saya,terkejut sebab beliau masih mengingati saya,sudah 5 tahun lama tidak bersua.Saya terus memeluk beliau,betapa ingatan dan hati saya sentiasa subur dengan namanya.Ustaz inilah yang banyak mengajar saya erti seorang insan.Kedatangan saya bersama 4 orang lagi sahabat ke Madrasah Al-Arabiah Islamiah An-nur,menggamit kembali nostalgia lama kami di situ.Kedatangan kami disitu tidak dirancang,semuanya berlaku secara kebetulan, setelah berbincang pada malam sebelumnya di Stulang laut.



Saya,Fuad,Noh,Mamat,dan Syahrul bertolak ke Pontian jam 12 tengahari dengan sebuah kereta.Fuad menggelar kereta saya itu dengan nama Perdana V6 warna Maroon! Saya tersenyum.Nak digeleng tidak boleh,nak mengangguk pun tidak boleh,akhirnya saya takrir sahaja. :)


*hitam ke maroon fuad??hahahaha


Dari Taman Universiti ke Pontian kereta dipandu Mamat,perjalanan mengambil masa 2 jam.Jam 2 kami tiba di An-nur,kami terkesima sebentar kerana banyak perubahan yang dialami sekolah tercinta ini.Sebuah padang bola,tapak bermain futsal,tapak bermain papan luncur dan sebuah surau telah dibina disekitar sekolah.



Keterujaan kami kemudian terus dimangkin oleh kenangan-kenangan yang banyak tersimpan di sekolah ini.Ketika berbual-bual dengan Ustaz Hatta,berbagai cerita lucu diborakkan.Antaranya,pengalaman kantoi keluar asrama,dibotakkan kepala kerana kesalahan displin,dijemur kerana tidak hafal syair,berebut bilik air,disebat didepan pelajar perempuan,dan berbagai lagi.Dalam cerita-cerita tersebut kami berlima paling banyak terlibat,dan Ustaz Hatta adalah orang yang sering mendampingi kami.


noh dan penulis(sejak dari sekolah,kami dikatakan adik-beradik)

Terpacul dimulutnya “pelajar sekarang teruk!Berbeza dengan kamu semua.Kamu semua nakal tapi tidak jahat.” Kemudian Ustaz Hatta menggelengkan kepala,persis ada sekelumit rasa terkilan dan kecewa dengan pelajar-pelajarnya sekarang.Perkataan nakal tapi tidak jahat,sejak dahulu lagi saya memikirkannya.Setelah dewasa,barulah saya tahu bahawa sebab hal itulah kami disayangi guru-guru.Hahahaha….

Selepas berborak dengan Ustaz Hatta,kami memohon kebenaran untuk naik ke asrama.Bila ditanya kenapa nak naik atas,kami berlima serentak menjawab “Kenangan!”.



5 sahabat


Semua bilik kami masuk,membelek kembali kitab-kitab yang semuanya bertulisan arab.Membelek-belek tembok-tembok yang tertulis nama kami(perbuatan ini tidak digalakkan dilakukan disekolah anda,perbuatan ini dilarang,ini dinamakan sebagai vendalisme..:D ) ,bergambar di dorm,dan semua kawasan kami pergi.Semua ini menggamit nostalgia lama kami,ia memberi suntikan dan motivasi diatas kejayaan yang kami kecapi sekarang.Setelah puas ke sana kesini,kami menuju ke surau lama.Di situ,kami menyanyi bersama-sama lagu sekolah yang sudah samar-samar diingatan.Ada yang gelak sakan apabila tergagap menyanyi,ada yang hafal semuanya lagi,dan ada juga yang diam kerana terharu mengingati kisah-kisah lama yang tersimpan disitu.


di stulang laut,sebelahnya itu Singapura


Penat menyanyi,saya noh,fuad dan shahrul main pinpong yang sudah tersedia dalam surau.Berpeluh-peluh lah juga kami bermain,lepaskan rindu.Dah 3 tahun saya tak bermain pinpong,akhir saya bermain pingpong semasa di Matrikulasi Perlis.Petangnya,kami bawa Ustaz Hatta keluar makan di tanjung.Semasa makan,Ustaz Hatta cakap “jangan jadi kacang yang lupakan kulitnya.” Kami semua mengangguk,tanda faham dan taat akan pesanan itu.Setelah menyalami tangan insan yang pernah merotan,membelai dan mendampingi kami, Jam 5.30 petang kami bertolak ke Ayer Baloi, untuk menemui seorang lagi sahabat yang sedang menunggu di sana.



Tidak akan ada murid jika tidak ada gurunya,tetapi guru tetap akan ada walaupun muridnya tiada.

Create your own banner at mybannermaker.com!

#inilah murabiku,Ustaz Hatta


BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Cerita yang kucoretkan ini,khas untuk sahabat-sahabatku;noh,fuad,mamat dan syahrul.Moga kenangan-kenangan ini,akan terus subur dihati kita.Persahabatan kita akan terus kukuh,walaupun ombak dan badai yang menghempas.Ikhlas aku katakan,inilah persahabatan yang aku sentiasa dambakan,suka dan duka sentiasa bersama.Pagi kita bergaduh,petang kita gembira.Hari ini kita bermasam muka,esok kita ketawa dan gelak tawa bersama.Itulah kita,kita yang sentiasa bersama,kita yang sentiasa bertolak ansur,kita yang sentiasa memahami dan kita yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Moga esok dan hari-hari seterusnya,menyinari persahatan ini.


dari kiri: mamat,sharul,penulis,fuad,dan yang memegang kamera Noh


Kepada guruku dan juga murabiku,Ustaz Hatta.Tidak ada yang boleh aku coretkan,kerana kau adalah insan mulia yang sentiasa ada dihati ini.Pengorbananmu meninggalkan keluarga di Indonesia,kesabaranmu mendidik kami insan-insan yang nakal,dan kemesraanmu yang sentiasa didambakan,akan buatku terus mengenangmu.Moga Allah terus memberi umur yang panjang dan kebahgian dunia dan akhirat.Terima kasih Guru,terima kasih sahabat.





Dari Abu Hurairah katanya RasullAllah bersabda:

“sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak , “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku?Hari ini Kunaungi mereka ,di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku.” (Hadis riwayat Muslim bab kebajikan ,silaturahim dan adab ms 207 kitab sahih muslim)

No comments:

Post a Comment