Monday, February 11, 2008

akhlak


Di mana akhlak kita?

Oleh:Yussamir Yusof
11 Februari 2008



Memerangi kekufuran,kekesatan dan kejahilan adalah perkara yang sangat dititikberatkan oleh Islam.Sehinggakan Nabi Muhammad sendiri menyatakan adalah satu tanggungjawab mengubah kemungkaran.

“Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah-lemah iman"



Dalam konteks amar ma’ruf nahi munkar,memang kita pakar.Hadith diatas sudah dihafal sejak berkecimpung dalam dunia dakwah dan islah.Sehubungan itu,kita juga tidak pernah meninggalkan hadith-hadith Rasulullah dalam semua ucapan kita.Kita juga sering melakukan perkara-perkara sunnah,dan memerangi perkara-perkara bidaah.Kita juga mengaku yang akidah kita yang tulen,dan kita juga sering berbalah atas nama khilaf.Kalau ada orang lain berselisih dengan kita,kita suruh mereka bawakan dalil.Jika dalil kita lebih kuat,maka kita biarkan perbezaan itu sepi dibawa terus oleh angin-angin malam.



Kalau ada juga yang menentang kita,maka kita juga menentang mereka.Kalau mereka gunakan kekerasan,kita juga lakukan hal yang sama.Kalau mereka lontarkan kata-kata kesat,maka kita membalasnya dengan kata-kata yang lebih kesat.Semuanya diletakkan atas nama perjuangan dalam menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan.Faktanya benar,iaitu meruntuhkan kebatilan. Namun, kita sering meninggalkan perkataan akhlak di belakang perkataan amar ma’ruf nahi munkar.



Sejak akhir-akhir ini,trend membina blog atas nama memerangi kebejatan dan kesesatan yang disalurkan melalui internet,semakin berkembang.Syabas diucapkan!

Sedar atau tidak,blog-blog yang dibina atas dasar memerangi kebejatan ini,telah bertukar menjadi ruangan keji-mengkeji,ruang pembelajaran kata-kata kesat,ruangan pembelajaran menfitnah,senang kata ruangan pembelajaran menjadi seperti orang yang kita perangi.Sama sahaja,tidak ada beza dengan orang yang kita kata sesat itu.Bak kata kumpulan ahli fikir,iaitu 2x5 !



Kenapalah kita melupakan akhlak,sedangkan akhlak itu adalah faktor utama Rasulullah diturunkan,iaitu menyempurnakan akhlak manusia.Tanyalah pada diri kita,adakah kita masih ingat akan pesanan Sang Maha Kuasa ini:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”(Surah An-Nahl:125)



Berbantah dengan cara baik,bukan berbantah dengan cara mereka.Jangan terikut-ikut dengan budaya mereka yang ingin kita perangi,tetapi gunakanlah jalan Sunnah.Kalau kita sering mengaku kita ini adalah pembela sunnah,maka ambillah keseluruhan jalan hidup kita dengan Sunnah.Bukan sekadar ambil mana yang mahu, dan meninggalkan mana yang tidak disukai.Dibawah ini hanyalah sebuah blog yang sempat dimasuk dan sekalung ‘tahniah’ diucapkan.Kerana keluhuran dan ketaatan mereka pada akidah yang sahih,telah tersasar mengikuti jalan insan yang mereka sendiri perangi.



Usahlah terikut-ikut dengan akhlak mereka ini:



Fikir-fikirkanlah,dan muhasabahlah diri kita.Tanya diri kita,adakah kita benar-benar pejuang dan pembela sunnah,dan ingin memerangi kesesatan? Jika beginilah akhlak kita,maka lupakanlah sahaja.......macam budak-budak!



Akhir kata, “Kerana sesungguhnya generasi kami telah diajar dan ditarbiyah bahawa kita boleh khilaf dalam masalah FIQH tetapi tidak di dalam AKHLAQ.”(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil).Terima kasih Abu Saif kerana banyak mengubah dan membetulkan akhlakku.

3 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Alhamdulillah.
    Terima kasih kerana menyentuh soal ini. Dengan niat ingin mengingatkan diri dan orang lain, saya mengulang pernyataan awak,"Rasulullah diturunkan untuk menyempurnakan akhlak manusia".
    Tidak layak untuk diri ini mengaku pengikut sunnah Rasul dan pengamal ajaran baginda apatah lagi penganut agama seruan baginda andai soal akhlak belum selesai. Semoga diberi kekuatan untuk seimbangkan semuanya kerana kita diseru, "Masuklah ke dalam Islam itu secara seluruhnya...", insyaAllah.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...Artikel ini ditulis apabila melihat sahabat2 diluar sana semakin terikut2 dengan gaya dan cara yang bukan dari landasan Rasulullah.Seperti apa yang saudari norayhunt cakap,artikel ini memang benar ditujukan kepada saya dan juga kpd mereka yang sudah ke arah itu.Ingatlah tujuan dan niat kita,sama ada untuk berkongsi dan perbetulkan atau igin mempora-perandakan lagi.Betulkanlah niat dan cara kita....

    Wasalam

    ReplyDelete
  3. salam..da lame x bace blog ko walaupun bilik ko kat bawah bilik aku je..hahahaha...btw blog2 yg byk menghentam golongan wahhabi dgn slogan utk memartabatkan ahli sunnah wal jamaah sebenarnya dah menghentam diri mereka sendiri, these kind of people are disgracing themselves.. sedih bile tgk org2 Islam sendiri buat perangai macam ni n non-muslim ketawa je tgk perangai muslim camni..haihh..

    ReplyDelete