Bicara Tuhan melalui Ayat-ayat cinta
Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
28 Februari 2008
www.yussamir.com
Bila menonton Filem Ayat-ayat cinta (jangan ditanya dimana saya menontonnya..:D ),sebuah Filem yang diadaptasi dari novel islamik karangan Habiburahman as-Syirazi,saya tersungkur dengan keangkuhan sendiri.Seakan Allah sendiri berbicara dengan saya melalui filem ini.Bicara-Nya tentang keangkuhan dan ketidakikhlasan saya dalam mencari Tuhan dan cinta. Mencari Tuhan bukanlah semudah kata yang dituturkan,mencari-Nya adalah dengan mencari keagungan-Nya.Mencari keagungan-Nya harus didasari dengan keimanan yang kukuh pada Kalamnya, dan juga petunjuk dari pesuruh-Nya.Keimanan itu dicapai melalui keikhlasan yang telus datang dari hati untuk menyembahnya;tuhan yang Esa dan Maha Agung.Saban hari kita takbir dan ruku’ tanpa ada sekelumit perasaan tawaduk dan khusyuk pada-Nya,kerana kita sendiri tidak ikhlas menyembah Tuhan yang telah memberi kita nyawa dan kehidupan.Kita menyembah-Nya dengan hati yang kosong,kita menyembahnya kerana sekadar mengikut tuntutan agama.Perasaan cinta,sayang dan ikhlas semata-mata kerana Allah langsung tidak tercuit di hati kita.
Cinta dan manusia
Manusia mana yang boleh lari dengan perasaan cinta dan dicintai.Namun sedar atau tidak,cinta bagaimana yang kita dambakan.Cinta sang lelaki kepada sang wanita,bukanlah semudah luahan perasaan dan ikatan.Tetapi cinta yang benar adalah sebuah cinta yang disandarkan atas keizinan Allah.Seringkali kita melupakan Allah dalam mencari cinta,kerana kita angkuh dan acapkali mengatakan bahawa jodoh itu perlu dicari sendiri oleh kita.Tetapi kita terlupa bahawa jodoh yang dicari itu perlu disandarkan kepada pertolongan Allah.Pernahkah kita sujud istikharah kepada Allah di malam hari mencari petunjuk cinta dan jodoh kita.Tanyakan pada diri kita,tanyakan terus-terus tanpa henti.Kerana penulis sendiri telah tersedar dalam perkara ini,penulis angkuh dengan semua ini.Mungkin peristiwa 26 Februari telah menyedarkan penulis,bahawa Allah lah tempat segala-galanya.Istikharah bukan setakat sujud dan sembah pada-Nya.
[Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda: الالدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة. Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah”. (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).]
Tapi istikharah adalah tempat pengaduan dan luahan secara total pada Sang Maha Kuasa.Bukan setelah kita suka pada seseorang itu,baru kita mahu istikharah.Kerana kadang-kadang,cinta yang telah meresap dalam jiwa itu,akan terus mempengaruhi keputusan kita dalam memilih pasangan itu.Jadi,keputusan itu bukan datangnya dari Allah,tapi dari hati yang telah dirasuk perasaan cinta itu.Oleh itu,haruslah kita pusatkan tumpuan kepada Allah ketika tunduk sujud pada-Nya dalam istikharah.Mungkin ramai yang katakan ini hanya sebuah retorik bahasa dan teori,tapi sedarlah bahawa kuasa manusia itu terbatas.Hanya Allah sahaja tempat pencarian dan pengaduan kita dalam segala hal,terutama bagi insan yang terkapai-kapai mencari cinta.
Saya tertarik dengan kata-kata sahabat saya merangkap roomate dan presiden IU yang pernah dia katakan pada seorang sahabat saya.Katanya, “kalau kau cop dia pun,kau boleh buat apa?Kau tiada ikatan yang sah,tak boleh nak keluar berdua-dua,tak boleh nak pegang-pegang dan lain-lain lah.Sebab kau tidak ada ikatan yang sah!So,bila kau dah bersedia kau terus masuk meminang dan terus kahwin.Tak perlu lagi nak cop-cop.”
Solusinya
Solusinya,sebuah ikatan itu bukanlah sebuah hubungan yang main-main dan tiada arah tuju.Sebuah hubungan haruslah diakhiri dengan sebuah ikatan yang sah dengan nama perkahwinan.Untuk mencari pasangan haruslah mencari dengan pertolongan, dan sandaran kepada yang Esa.Bukan semudah kata, “Dia jodoh aku,aku nak kahwin dengan dia.” Tapi ucaplah, “InsyAllah dengan izin Allah,setelah berusaha dan istikharah sepenuhnya kepada Allah,pasti wanita itu menjadi isteriku.”
[“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).]
Artikel ini tulus untuk semua pembaca,dan menjadi peringatan yang terakhir dan keramat untuk penulis sendiri.Hubungan itu bukanlah sesuatu yang boleh diperlakukan dengan main-main,kerana pengakhiran hubungan yang menanti adalah ikatan perkahwinan yang membawa hingga ke akhirat.WaAllahualam...
Artikel yang disaran untuk dibaca:
Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan
Muslim Rumahtangga dan Keluarga - Siri I (Pra Perkahwinan)
Muslim Rumahtangga dan Keluarga - Siri II (Di Ambang Perkahwinan)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSecara peribadi, saya kerap mengelak untuk berbicara soal cinta manusia walau dengan sesiapa jua, samada secara terus atau dunia maya. Alasan saya? Saya cuba mendidik diri untuk tidak menumpukan itu sebagai fokus utama walaupun secara hakikatnya, kerana cinta lah Islam itu berkembang. Kerana para sahabat cintakan Rasul dan agama dengan tidak menolak cintakan Allah, Islam terus tersebar. Mungkin belum masa untuk saya menemukan cinta manusia itu. =D
Dengan tidak menolak cinta adalah fitrah, saya cuma risau ia menjadi fitnah. Kadang-kadang kita seperti tidak sedar, tertipu dengan perasaan sendiri.
As you said, istikharah bukan dibuat setelah 'menetapkan' di dalam hati secara tidak sengaja bahawa, dialah insan terpilih (pilihan kita) yang bakal menjadi pasangan hidup. Dengan cara itu kita seolah-olah ingin menafikan Hak Allah dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita dan melaksanakan istikharah hanya kerana 'tahu' ia penting dan bukanlah untuk mendapatkan petunjuk daripadaNya. Begitu dalam kesan hati dalam tindakan, bukan? Semoga kita renung dan fikirkan bersama. Saya pernah berdiskusi dengan seorang sahabat berkenaan hal ini dan dia pernah mengetuk hati saya dengan katanya; "Cinta itu fitrah dan salah satu kurniaan Allah buat manusia supaya agamaNya dikembangluaskan, bukan dijadikan punca untuk melakukan kemungkaran biarpun dengan sekecil-kecil maksiat kepadaNya. Bila mana kita mengaku sebagai Muslim yang Mukmin, kita sepatutnya lebih tahu dan faham fokus dan tujuan utama kita diciptakan; belajarlah mencintai Allah, Rasul, agama, keluarga, saudara seIslam dan manusia seluruhnya kerana cinta itu indah."
Semoga memperoleh cinta manusia yang memberikan cinta hanya kerana mencintaiNya. Ameen..=)
Wallahualam
Memang benar apa yang diperkatakan rayhunt dalam hal ini.Mlahan saya sokong 100%,dan saya juga tertarik berkenaan dengan "stikharah bukan dibuat setelah 'menetapkan' di dalam hati secara tidak sengaja bahawa, dialah insan terpilih (pilihan kita) yang bakal menjadi pasangan hidup. Dengan cara itu kita seolah-olah ingin menafikan Hak Allah dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita dan melaksanakan istikharah hanya kerana 'tahu' ia penting dan bukanlah untuk mendapatkan petunjuk daripadaNya"
ReplyDeleteSaya semacam tidak percaya,saudari dapat menangkap sepenuhnya apa yang diperkatakan saya itu.
Saya mengetahui perihal istkharah ini secara mendalam setelah saya membaca buku yang saya beli di Indonesia yang bertajuk "istikharah cinta" karya seorang penulis lepasan Universiti Madinah.Mungkin satu hari nnt,saya boleh pinjamkam kepada sesiap yang inginkan.. :D
terima kasih kerana merespon artikel ringkas ini.Memang benar,filem ini telah banyak menyedarkan saya.Di malaysia belum keluar lagi movie ini,:D tunggulah setahun atau dua tahun lagi ya kalau mahu tonton... Untung saya ada kawan Indonesia.. :D
WaAllahualam
sekarang baru saya faham istikarah x boleh sibuat setelah menetapkannya...
ReplyDeletethanks..
**nak caricari org indon. nk tgk movie AAC =p
Salam Ukhuwah buat semua,
ReplyDeleteKeadaan saya ada sedikit persamaan dengan sis Norayhunt tetapi baru2 ini setelah saya handle perkahwinan kazen saya(just menyiapkan baju perkahwinannya untk dihantar ke Amerika) saya terasa kelainan pd diri saya..mungkin dulu bila Umi menyebut psl mariage,saya merasakan lebih baik hidup sorang..x yah pikir2 psl teman kita..tetapi selepas kejadian hari tu la membuatkan hati saya dapat menerima hakikat yg sebenar..
alhamdulillah
Mungkin trauma yg lepas membuatkan saya takut utk menerima seorang lelaki sbg suami.Tetapi,setelah mempunyai kawan baik lelaki yg memahami mengenai penyakit yg menimpa saya dan yg terbaru setelah bekerja di Putrajaya,salah sebuah Kementerian,bekerja di sana dan mengenali semua perangai manusia di situ..ada seorang lelaki yg selalu mengusik saya..
saya yg tidak biasa dengan keadaan itu agak surprised,kdg2 membuatkan rasa takut bila beliau ada di sekitar meja saya..saya selalu berdoa agar dijauhkan malapetaka..
suatu hari,bila menerima msg drpd si dia, dan saya cuba untuk memahami sebenar orang sepertinya..
saya x akan melihat sesorang itu dr luarannya..saya akan cuba selidiki apakah yg sebenarnya yg berlaku..
rupa2nya,dia tidak istiqamah dlm solat fardhunya yg seharian..disitulah tanggungjawab saya sebagai saudara seislam utk membimbingnya ke jalan yg diredhaiNYA..saya menasihatinya dengan cara berhikmah..
saya ingatkan dia tidak mempraktikkan apa yg saya cuba nasihatinya..tetapi apabila dia memberitahu saya baru-baru ini bahawa dia rasa tenang sekali selepas solat fardhu dengan istiqamah..
alhamdulillah..syukur saya pd Allah kerana telah memberinya hidayah…saya doakan dia agar terus di bawah rahmat dan bimbingan Allah s.w.t
Tentang Istikharah pula,apa yg saya ingin katakan di sini, saya ingin istikharah utk 4 org pilihan(2 anak kawan ibu saya saya kenalkan dia sbg F dan N , seorang kwn baik saya yg saya kenali peribadinya M dan seorang lagi lelaki yg br mendapat hidayah Allah ini H) saya pun x sangka rupanya H sedang memerhatikan tingkah laku dan pergaulan saya. Dia mengatakan bhw dia sukakan agama saya,pegangan itu..mula2 saya terkejut kerana dia bukanlah sebegitu dr segi luaran..mula2 buat istikharah, tiada petunjuk tapi saya buat lagi sbb saya yakin Allah akan tunjukkan jawapannya wpun bukan melalui mimpi…bila buat semalam, selepas doa istikharah, saya cuba ingin melelapkan mata. Tiba-tiba, mendapat msg dr H dgn mesejnya “Assalamualaikum”..
saya kaget seketika…dan saya tak tahu untuk menafsirkan mimpi..Cuma saya akan buat lagi hingga saya betul2 yakin dengan keputusan yg saya akan buat nanti..
Doakan Saya…