“Agama dan politik tidak boleh dibawa bersama, agama adalah agama dan politik adalah politik dua-dua tidak sama. Orang agama hanya duduk di masjid, biar orang yang macam kami ini sahaja yang menerajui Negara. Kamu semua mana tahu apa kami buat. Dalam Quran tiada cerita pasal Politik.” Mungkin ini antara kata-kata yang pernah kita dengar atau pernah kita terdengar daripada ‘Tokoh’ politik Malaysia.
Keluhan demi keluhan dapat saya dengari disekeliling saya apabila suara-suara ini berkemundang dalam pelbagai medium. Saya tidak tahu mana silapnya kita semua dalam memahami konsep politik dan agama, adakah kita memang tidak pernah diajar mengenai agama sejak dari bangku sekolah? Tidak mungkin.
Adakah kita terlalu sensetif atau prokatif apabila membincangkan isu ini secara umum? Sehinggakan pelbagai peraturan dan sekatan dilakukan bagi menyekat pencambahan ilmu dalam bidang politik di kalangan para pelajar khususnya Mahasiswa. Jika begitu apa yang boleh dibincangkan, setelah pintu untuk memahami secara ilmiah konsep politik ditutup rapat-rapat. Selain itu, dengan mengenakan syarat bahawa perbincangan tentag politik boleh dibahaskan, tetapi hanya berputar pada skop yang kecil dan yang ‘baik-baik’ saja, maka adakah itu dipanggil wacana ilmiah? Sedangkan kita tahu dunia politik ada pelbagai ragam dan recam.
Berbalik kepada isu di atas iaitu adakah agama dan politik ini dibataskan, saya mahu mengajak para pembaca untuk berfikir sejenak tentang perkara ini. Adakah agama tidak ada tempat dalam politik dan politik itu hanya untuk orang-orang yang bukan beragama?
Saya tidak pasti adakah persoalan ini releven untuk ditanya ataupun tidak. Tetapi pada hemat saya, pemikiran atau ideologi untuk memisahkan politik dengan agama adalah sesuatu yang pelik dan jumud. Hanya mereka yang tidak beragama sahaja memisahkan dua pentas ini dari kehidupan. Sejarah membuktikan bahawa pemisahan ini adalah inisiatif daripada golongan anti-gereja. Kekecewaan mereka terhadap penguasa gereja yang hanya bertumpu dan berkisar kepada urusan keagamaan sehinggakan melupakan kemajuan dari segi politik dan pembanggunan membawa kepada pemberontakkan.
Setelah beratas tahun peristiwa itu berlaku, ia mula mengulang kembali dalam abad-abad yang moden ini. Pemisahan antara politk dan agama amat ketara. Ulama’ yang muktabar pandangan-pandangan mereka terhadap siasah tidak pernah diambil peduli. Tidak seperti semasa zaman kegemilangan Islam, Ulama’ dan Umara’ memainkan peranan yang besar dalam pembentukkan negara yang aman dan maju. Metod Siasah (politik) Islam mula dianggap tidak sesuai untuk zaman moden yang mencabar ini. Mereka menoleh kebelakang mencari metod-metod lama yang ditinggalkan Machiveli, Marxism dan lain-lain bagi perjalanan politik mereka.
Negara-negara Islam mula mengikut corak politik kotor dan ‘tidak peduli’ tanpa berlandaskan tuntutan agama sudah mula kelihatan. Parti-parti yang di dalamnya terdapat Muslim, bercakaran sesama sendiri kerana perbezaan yang kecil. Persamaan dalam sudut akidah mula diketepikan, dan nasihat-nasihat yang baik dari pihak lawan ditinggalkan kerana takut. Takut dengan bayang-bayang sendiri.
Jika kita boleh duduk semeja dan berbincang semeja dengan orang yang bukan seakidah, tetapi kenapa kita tidak boleh duduk semeja untuk membincangkan kebaikan bersama di kalangan seakidah? Itulah yang terjadi apabila agama dan politik dipisahkan sejauh selat Tebrau. Mana mungkin negara diberkati Allah.
Zikir dan fikirlah, demi anak bangsa kita pada masa hadapan.
“Jika amanat disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya”. Ada yang bertanya “bagaimana menyia-nyiakannya? Baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya”.(Bukhari)
Nampaknya bukan kat turki shj yg mengamalkan sekularism..
ReplyDeleteKat sini pun dah mula nampak tunas2 sekular, especially bila govt nak hapuskan sekolah2 swasta (khususnya sekolah ISLAM).
Remaja zaman skarang pun seolah2 menyokong sekularism. Tengok saja pesta Jom Heboh.Dpd siang smpai malam, solat ntah ke mana (jamak takyah kot), pasangan2 yg blum nikah beromen-romenan, dan macam2 lagi gelagat org muda.
kesian pd mereka..
sepatutnya mmg tidak dipisahkan, kerana Islam merangkumi semua aspek.
ReplyDeletetapi di Malaysia, tatkala manusia begitu taksub kepada politik, lebih daripada agama, tatkala manusia kurang menilai menggunakan akal yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, sy rendah diri berpendapat eloklah agama dan politik dipisahkan buat sementara waktu
kerana telah terbukti apabila orang agama memasuki politik, maka antara pendirian agama dan politik itu tak dapat dibezakan kebanyakan orang.
mungkin ahli politik perlu belajar apakah itu Islam. dari situ mereka mengaplikasikan Islam dalam politik..betol ker aper aku komen nih?..akakakak
Terima kasih kepada luqman
ReplyDeleteKepada Rahmat. Saya menghormati pandangan anda.. :)
Mana mungkin agama dipisahkan dengan politik...kerja buat kita atas dunia ni pasti melibatkan dosa n pahala...
ReplyDeletePolitik ikut Nabi dapat pahala..
politik tolak Nabi dapat dosa..
Masalah org politik skrg ialah merasakan kerja buat mereka tiada kaitan dengan agama implikasinya lahirlah org yang sanggup buat apa sahaja kerana gilakan kuasa..
Teringat kata Dato Ismail Kamus
" Kami bukan gila kuasa tapi nak rampas kuasa dari org gila..."
Islam dan kehidupan jangan sekali2 dipisahkan, termasuklah politik.
ReplyDeleteAntara wasiat Nabi s.a.w sebelum baginda wafat "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Selagi kamu pergegang teguh kepada kedua2 nya nescaya kamu takkan sesat buat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku"..
Pemimpin juga manusia, tak boleh lari dr melakukan kesilapan. Jadi kita sebagai rakyat harus memahami. Pemimpin juga seharusnya sedar yg diri mereka bukanlah maksum, jadi perlu berlapang dada bersedia menerima kritikan dpd pihak yg lain. Terima kritikan tersebut dr sudut yg positif.
Wallahualam..sy harap PM kita yg skarang ni seorang yg berlapang dada, dapat menerima cadangan dan kritikan secara positif.
Saya turut mengharapkan ada perubahan yang dilakukan dari pelbagai aspek. Saya memberi masa selama 3 tahun (saya berhak kerna saya rakyat. Tanpa rakyat tiada PM) untuk menilai kebolehan beliau sebagai PM.
ReplyDeleteSaya juga berharap agar beliau lebih lunak dlm menghadapi isu2 yang berkaitan dengan agama Islam dan bersedia untuk dikritik.
assalammualaikum
ReplyDeleteurm, tertarik tuk bagi pendapat kat sini, relevan atau tak erm terpulang kot.
bagi saya masyarakat malaysia erm sebenarny mangsa keadaan. Termasuklah para pemimpin yang menerajui politik negara pada masa ini.
Pihak penjajah telah memainkan peranan dengan sangat baik, raja hanya berkuasa dlm bidang agama dan adat manakala pentadbiran negara mereka yang uruskan.Jelas agama telah dipisahkan dengan politik. so, setelah kemerdekaan dicapai, kita telah menjadikan sistem mereka sebagai acuan negara kita.
mereka tak belajar agama?
subjek agama islam yg diajarkan disekolah exam oriented. Kita study utk exam, jujurnya penghayatan mesti kurangkan?
tindakan kita?
merubah corak pemikiran generasi masa depan, lepaskan diri kita dari sekularisme~
baca tafsir dalam LRT pelikkan?
baca majalah dalam LRT x pelik~