Friday, April 24, 2009

ALLAH LEBIH MENGETAHUI


“Kenapa pula saya perlu bayar, sedangkan benda ini bukan salah saya.”

“Jangan banyak cerita, bayar saja kompaun ini.” Pekerja KTMB tersebut menunjukkan buku kompaunnya kepada saya.

“Kalau saya bayar, menunjukkan saya bersalah!” Titik. Saya tidak mahu bayar walau sesen pun kepada pihak KTMB. Semua ini gara-gara pekerja KTMB yang menjual tiket di stesyen Putra. Saya minta tiket ke Serdang, selepas membayar tiket yang berharga Rm3.10 saya terus berlalu menuju ke tempat menunggu. Keadaan petang itu sangat sibuk, kepadatan penumpang di dalam komuter juga meresahkan dan merimaskan. Tidak terfikir di kepala saya untuk menyemak tiket tersebut sama ada betul atau tidak.

Lebih kurang 9.10 malam komuter yang saya naiki tiba di stesyen Serdang. Seorang pekerja KTMB bersedia di hadapan pagar stesyen untuk mengambil tiket-tiket dari penumpang. Belum sampai 5 minit melepasi pagar stesyen Serdang, saya dipanggil dengan kasar. Seolah-olah saya melakukan kesalahan besar.

“Ada apa?” Saya bertanya, walaupun dalam hati sangat sakit hati dipanggil seolah-olah saya melakukan jenayah besar!

“Ini tiket engkau bukan ke Serdang tapi ke Rawang.”

“Ha!” Saya terkejut.

Setengah jam saya berada di bilik KTMB. Berdiri di depan pegawai yang sedang berborak di telefon, tanpa di pelawa untuk duduk yang kebetulan ada sebuah kerusi di situ. Pekerja yang ‘menangkap’ saya tadi memaksa saya untuk membuat pembayaran sebanyak Rm30 sebagai denda. Saya tetap berdegil, sebab kalau saya bayar ini bermakna saya mengaku yang saya membuat kesalahan tersebut, sedangkan saya tidak lakukan!

Pekerja tadi mengugut saya untuk dibawa ke balai polis. Dia kononnya mahu menggertak saya dengan mencari-cari nombor telefon polis bantuan.

“Abang kalau nak bawa saya ke balai sekarang pun tidak mengapa.” Dia mengangguk-anggukkan kepala, tidak tahu apa yang dia anggukkan kepala. Sudahlah tidak berbudi-bahasa, mahu menggertak saya dengan cara tersebut.

“Bapa saya pegawai polis yang diseganilah di Johor Bahru, nak takut apa!” Nak sahaja saya cakap begitu, nasib baiklah bapa saya sudah pencen!


PROVE BY EVIDENCE
Tidak berapa lama selepas penat menunggu dan berdiri di pejabat tersebut. Seorang pegawai di situ berjumpa dengan saya. Pada mulanya saya masih lagi berdegil, tetapi disebabkan budi bahasa pegawai tersebut yang cukup lunak dan pekerti. Saya mula mengkendurkan pendirian saya, lagi pula bukti sudah tertera di tiket tersebut. Walaupun saya benar sekalipun, jika dibawa ke muka pengadilan saya tetap bersalah kerana cuai untuk memastikan tiket yang saya beli.

Teringat saya kisah tentang Saidina Ali yang ketika itu sebagai Amirul Mukminin, beliau kalah dalam pengadilan mahkamah dalam menuntut hak baju besinya yang dicuri oleh seorang Yahudi. Walaupun Hakim Syuraikh tahu bahawa Saidina Ali tidak mungkin berdusta, tetapi disebabkan bukti yang ada, manakalah saksi pula hanyalah seorang iaitu anaknya - ada kemungkinan anak khalifah akan memihak kepada bapanya- maka kes tersebut dimenangi orang yang mencuri baju besi Saidina Ali. Ini membuktikan Islam mementingkan bukti yang jelas bukan sekadar kenyataan walaupun kenyataan tersebut datangnya dari seorang yang adil atau berjawatan tinggi.

Teringat kisah itu, saya mengalah. Tetapi mengalah saya tidak bererti saya mengaku saya melakukan kesalahan tersebut. Sebelum keluar dari pejabat tersebut, saya sempat menegur perbuatan pekerja tersebut yang bersikap kurang ajar dan tidak berbudi bahasa.

BERBUDI BAHASA-LAH
“Abang perlu belajar macam mana nak berbudi bahasa dengan pegawai abang ini. Hati keras boleh lembut bang kalau kita cakap baik-baik. Bukan nak keras-keras saja.” Kemudian pekerja tersebut menyalami saya, terukir senyuman dibibirnya. Saya menjangkakan sebuah hamburan kata-kata kesat, tetapi ternyata keikhlasan saya menegur dapat diterima dengan baik.

Masyarakat Malaysia penuh dengan budi bahasa dan sopan-santun terutama bangsa Melayu. Kenapa mahu ketepikan perkara mulia itu dalam kehidupan yang semakin mencabar sekarang? Kita perlukan itu untuk memujuk hati-hati manusia yang berpendirian. Kita perlukan budi bahasa untuk mengajar erti hidup bermasyarakat. Kita hidup dalam kota mahupun di kampung-kampung bukan sendirian, kita hidup persis sebuah keluarga yang besar. Islam mengajar kita untuk bercakap dengan baik dan mengajar kita untuk menjadi seorang muslim yang berakhlak.

Akhlak mencerminkan keimanan seseorang, kerana ia hasil dari keimanannya. Orang yang tidak beriman, tidak akan terpamer akhlaknya. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah saw menyatakan, “Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq). Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah saw berkata, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Moga kita sama-sama menjaga akhlak dan sentiasa menambah-baik akhlak yang sedia ada. Walaupun seharian saya berasa ‘depress’ selepas kejadian tersebut, saya bersyukur kerana ini memberikan saya pengajaran dan saya mengharapkan ada hikmah di sebalik semua yang Allah tentukan ini. Tidak ada perkara yang sia-sia Allah ciptakan di muka bumi ini, kepercayaan itu terus tersemat di hati saya. Saya mendoakan agar ada perkara yang lebih baik akan mendatang selepas ini. Kekurang RM30 tersebut, moga Allah kurniakan yang lebih baik daripada itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui .” [al-Baqarah 2:216]

10 comments:

  1. sejak kebelakangan ni memang ramai sangat orang-orang yang tak berbudi terutamanya kat di ibu kota ni, dan kadang-kadang kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang lebih berumur yang sepatutnya sudah banyak pengalaman yang melontarkan kata2 kesat. rasa sedih sebab sepatutnya generasi ni menunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak muda. macam mana la tak timbul macam-macam masalah yang berkait dgn akhlak remaja.

    cerita yang baru untuk saya tentang saidina ali dan seorang yahudi ni..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. To faiz: Apa yang membuatkan kagum dengan aku ni faiz..huhuhu..ni nak bodek aku suh beli Jco donat ke..huhuh :) apa2pun thanks sebb visit blog :)

    To Adibah: Betul tu dibah, sepatutnya orang yang sudah berumur lebih berakhlak sebab mereka umur mereka. Tetapi sesuatu yang amat dikesali ialah sikap2 mereka ini ialah yang membuatkan remaja tidak hormat pada orang-orag yang lebih berusia.
    Kita yang ada kesedaran diharapkan dapat menegur secara hikmah jika perkara tersebut berlaku pada kita.

    Terima kasih sebab komen ye :)

    ReplyDelete
  3. Oh ye.. rumah saya memang kat Serdang dan memang selalu menaiki KTM..

    ntah mengapa, saya pun merasakan yg pekerja di situ lebih teruk sedikit budi bahasanya..

    Apa2 pun, menyentuh tntg budi bahasa memang takn dapat dinafikan yg kita semakin hilang budi bahasanya..

    ReplyDelete
  4. namasayaialahnamasayaApril 25, 2009 at 3:49 AM

    assalammualaikum

    erm pengalaman menarik! =)

    pentingkan mentarbiyah diri? study hadis2 Rasulullah saw banyak sebut pasal akhlak~~

    "sesungguhnya kelembutan tdk terdapat pada sesuatu melainkan membuatnya indah dan tidak dicabut dari sesuatu melainkan membuatnya jelek"

    Hadis riwayat MUSLIM

    Thanks!

    ReplyDelete
  5. yg paling x berbudi bhs is perokok la..bole plak merokok tmpt2 awam..malaysia2..

    ReplyDelete
  6. to alfateh : kita hilang budi bahasa disebabkan kita hanya dididik untuk cemerlang dalam akademik, tapi tidak pada kecemerlangan peribadi.

    to namasayaialahnamasaya: Thanks dengan hadith tersebut :)

    ReplyDelete
  7. lu abugen sikit mamat tu. nanti gua datang kasi sonik boom!

    ReplyDelete
  8. To afred: pergh terharu r abg onereaderblog.blogspot.com datang tulis komen (roomate neh, duduk sebelah pun kadang2 ym adeh..) hahahha....
    thanks bro...aku dah report kat HQ pun mcam tu je..adeh..

    ReplyDelete
  9. maybe lepas anta tegur pekerja tersebut melalui pegawainya, lantas pekerja tersebut insaf dan mengubah sikapnya itu.

    maka pengguna2 lain yang berurusan dengan pekerja tersebut tidak lagi dilayan dengan sebegitu rupa, sebaliknya dengan penuh hormat dan berbudi bahasa. alhamdulillah.

    bila fikir2 kesudahan camni, ah apalah sangat rm30 tu, kan ia dah berjaya mengubah seseorang? =)

    (kalau kene cmtu kat sini, sah2 bayar jela.. malas nk bertekak dengan org sini yg rata2 kasar dan kurang berbudibahasa. silap2 denda 30, 300 yang diambilnya! =p )

    ReplyDelete