Saya mendapat email dari seseorang, saya tidak pasti adakah beliau beragama Kristian atau Islam. Saya paparkan persoalan beliau dan jawapan yang saya berikan. Jika ada sebarang kesilapan atau penambahan sila tuliskan di bahagian komen atau emailkan kepada saya.
Salam kepada saudara! saya telah membaca artikel saudara mengenai Paulus di website saudara. ianya sangat menarik cuma saya tidak bersetuju dengannya. disini saya sekadar memaparkan pendapat saya. tidak bermaksud apa-apa.
Selepas membaca artikel saudara itu, saya tidak bersetuju atas sebab-sebab di bawah:
1. kemungkinan besar saudara tidak membaca ayat alkitab yang saudara paparkan , cuma saudara mungkin menulisnya berdasarkan pendapat orang lain contohnya Dr Ahmed Deedat.
Jawapan saya: Saya mempunyai Bible berbahasa english, dan bible berbahasa Indonesia. Saya mengoreksinya secara tuntas melalui bible dan buku-buku yang ditulis sendiri oleh orang-orang Kristian. Seperkara, mengapa anda memanggilya alkitab, sedangkan Bible bukanlah alkitab kalau mahu dterjemahkan. Bible kalau mahu diterjemahkan harus dipanggil “himpunan buku-buku”.
2.jika saudara membacanya, mungkin saudara hanya membaca sepintas lalu atau membaca 2 atau 3 ayat sahaja.
Jawapan saya: bagi sesiapa yang mahu mengkaji Kristian, perkara pertama yang harus dikaji adalah 4 gospel utama atau dikenali dengan nama synoptic. Segala puji bagi Allah, saya sudah membacanya!
3.jika saudara membacanya, saya percaya saudara tidak melihat konteksnya.
Jawapan saya: Adakah konteks yang dilihat saya sama konteks yang dilihat saudara? Sedangkan pengamal Kristian sendiri berbeza-beza dalam meniliai dan mengupas bible dalam pelbagai konteks. Malahan ada yang terus menolak bible dan semua tahu bahawa Bible ada dua versi (protestan dan katolik). Mana satu yang betul, 66 atau 73? Saudara yang harus fikirkan.
4. semua tuduhan saudara terhadap Paulus hanya tekaan semata-mata. ini pula penyelidikan saya mengenai paulus menurut sumber Alquran dan sumber Islamic yang boleh dipercayai. Paulus menurut Alquran: (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang KETIGA, maka ketiga utusan itu berkata:" Sesungguhnya kami adalah orang-orang diutus kepadamu ". Yasin (36) : 14.
Menurut Abdul-Fida Ismail Ibn Kathir (yang telah diberi kuasa untuk memberi TAFSIR/ komentari) memberi komen ayat diatas seperti berikut: (When We sent to them two Messengers, they denied them both;) means, they hastened to disbelieve in them. (ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; ) beerti, mereka menolak mereka dengan serta-merta (so We reinforced them with a third,) means, `We supported and strengthened them with a third Messenger.
' Ibn Jurayj narrated from Wahb bin Sulayman, from Shu`ayb Al-Jaba'i, "The names of the first two Messengers were Sham`un and Yuhanna, and the name of the third was Bulus, and the city was Antioch (Antakiyah). (kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang KETIGA) beerti ' Kami menyokong dan menguatkan mereka dengan utusan yang KETIGA.Ibn jurayj menjelaskan daripada Wahb bin sulaiman,daripada Shu'ayb Al-Jaba'i, "dua utusan yang pertama bernama Sham'un dan Yuhanna, dan yang KETIGA adalah Bulus, dan kota itu adalah Antioch (Antakiyah) (and they said) means, to the people of that city, ( ketiga utusan itu berkata) beerti, kepada orang di kota itu (Verily, we have been sent to you as Messengers.)
Meaning, `from your Lord Who created you and Who commands you to worship Him Alone with no partners or associates.' This was the view of Abu Al-`Aliyah. Qatadah bin Di`amah claimed that they were messengers of the Messiah, peace be upon him, sent to the people of Antioch." (Sesungguhnya kami adalah orang-orang diutus kepadamu ) beerti, 'daripada Tuhan, Dia mencipta kamu dan Dia yang memerintahkan kamu untuk menyembah Dia Yang Satu dengan tiada pasangan dan sekutu.'
Ini adalah pandangan Abu Al-Aliyah, Qatadah bin Di'amah menyatakan bahawa mereka adalah utusan dari Mesias (Isa SAW). diutus kepada orang-orang Antiok. Reference: http://www.facebook.com/l.php?u=http://www.tafsir.com%2Fdefault.asp%3Fsid%3D36%26tid%3D43384
(Terjemahan bahasa dan huruf besar saya punya.) Lihat, bahawa 3 utusan ini dinamakan dalam bentuk arabik. yang pertama adalah Sham'un iaitu Simon petrus dan seterusnya, Yuhanna iaitu Yohanes. Tumpuan Kita adalah utusan yang ketiga yang dipanggil Bulus.
Menurut website Behind The Name, Bulus bermaksud Paul! (Paulus): BULUS Gender: Masculine Usage: Arabic Arabic form of PAUL (Ref: http://www.facebook.com/l.php?u=http://www.behindthename.com%2Fname%2Fbulus.
Adakah ini "Paul/Paulus yang lain"? Dengan hanya menafikan bahawa ini bukan lah Paulus dalam Alkitab, bukanlah jawapan yang menyakinkan bila mereka tidak memberi penjelasan indentiti " Paulus yang lain". ----Akal budi akan mengungkapkan kepada seseorang dengan hati nurani yang jelas, bahawa Paulus disini sudah tentu dan tidak bukan Paulus yang sama yang disebut dalam Alkitab, memandangkan hanya merekalah utusan yang terlibat diawal penyebaran injil bersama-sama dengan Simon Petrus dan Yohanes.
Sumber Islamic yang boleh dipercayai menyokong kenyataan ini. Contohnya, dalam Qisas Al-Anbiya ditulis oleh ahli muslim Thalabii di pp. 389-390 menyatakan: "Among the apostles and those disciples around them whom Jesus sent out, there were Peter and his companion Paul" " diantara para rasul dan murid-murid itu, yang dikirim Yesus, disitu Petrus dan temannya Paulus" Sumber Islamic yang lain datangnya dari Ibn Ishaq, terkenal sebagai penulis riwayat Muhammad, terdapat dalam tulisannya, Sirat Rasullah (Life of the Prophet): "Those whom Jesus son of Mary sent, both disciples and those who came after them, in the land were: Peter the disciple AND PAUL WITH HIM, (PAUL BELONGED TO THE FOLLOWERS AND WAS NOT A DISCIPLE) to Rome. Andrew and Matthew to the land of the cannibals; Thomas to the land of Babel, which is in the land of the east; Philip to Carthage and Africa; John to Ephesus the city of the young men of the cave; James to Jerusalem which is Aelia the city of the sanctuary; Bartholomew to Arabia which is the land of Hijaz; Simon to the land of Berbers; Judah who was not one of the disciples was put in place of Judas." (p. 653) "mereka yang dikirim Yesus Anak Miriam, murid-murid dan mereka yang datang selepas mereka, di tanah itu adalah; Petrus murid itu DAN PAULUS BERSAMA DENGAN DIA,(PAULUS ADALAH DIANTARA PENGIKUT DAN BUKAN MURID) ke Roma, Andreas dan Matius ke tanah Kanibal; Thomas ke tanah Babel, iaitu di tanah Timur; Filipus ke Carthage dan Afrika; Yohanes ke Efesus kota muda-mudi orang gua; Yakobus ke Jerusalem iaitu di Aelia kota sanctuary; Bartolomeus ke Arabia iaitu ke tanah Hijaz; Simon ke tanah Berbers; Judas bukan murid dipilih untuk menggantikan Judas Iskariot" (p.653) Terpulang kepada kita untuk mempercayainya. Allah memberi kepada kita kapasiti untuk memilih mana yang betul dan mana yang salah. Terdapat dua masalah disini. Pertama, tuduhan mereka terhadap Paulus hanyalah tekaan semata-mata. Kedua, menunjukkan bahawa muslim moden anti-Paulus (saya percaya bukan semua anti-Paulus contohnya muslim Al-Hanif) nyata menentang moyang mereka. mereka bertentangan antara satu sama lain. tejemahan dan huruf besar saya punya.semua salah saya punya. semua yang benar Allah punya
Jawapan: Saya sudah menilai penjelasan saudara berdasarkan kitab tafsir Ibnu Katsir. Pertama, jika benar apa yang saudara katakan, maka ini penjelasan saya. Kenyataan saudara sebenarnya telah memberitahu kepada semua orang bahawa Paul dalam versi al-Quran dan versi Bible adalah dua orang yang berbeza. Andaian: Baik begini, Islam menerima Paulus yang diceritakann dan ditafsirkan dalam quran, tetapi Islam tidak menerima Paul versi Bible yang kesemua ajarannya menyalahi Jesus.
Atas dasar ini, pertentangan inti pengajaran Paul versi Bible dan inti pati dakwah yang dibawa oleh Paul versi al-quran menunjukkan sangat jelas kepada mereka yang waras bahawa kedua-dua orang in bukanlah orang yang sama. Tambahan itu, tidak mustahil dua orang yang berlainan mempunyai nama yang sama. Sedangkan nama Jesus sendiri banyak digunakan semasa zaman baginda .
Di dalam New Illustrated Bible Dictionary muka surat 658 menjelaskan ada 5 orang yang bernama Jesus ketika zaman baginda Jesus al-Masih (lihat Math 27:16-17, Luke 3:29, Act 7:45 dan Heb 4:8, Col 4:11). Saya juga mempercayai bahawa Paul yang disebutkan oleh Quran ini adalah muslim dan salah seorang pengikut Jesus. Tetapi saya menafikan bahawa Paul versi Bible adalah pengikut Jesus, kerana beliau tidak pernah berjumpa dengan Jesus.
Tambahan, cerita yang merekodkan beliau berjumpa dengan Vision of Jesus pun sudah ada tiga versi cerita yang berlainan dan saling bertentangan. Jadi bagaimana mahu katakan Paul versi bible sama dengan Paul versi al-Quran? Lihat Act 22:9 Vs Act 9:7, Corh 2:9 Vs Isaiah 64:4, dan Act 22:10 Vs Act 22:11-15.
Kesimpulannya, Paul versi al-Quran tidak sama dengan Paul versi Bible. Jika saudara sudah percaya kepada Paul versi al-Quran, saudara harus beriman dengan al-Quran dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah jawapan ringkas saya yang ditulis agak tergesa-gesa kerana malam ini saya akan bertolak ke Langkawi. Saya ada program di sana bersama dengan pelajar-pelajar MMU. Jika saudara tidak keberatan saya mahu meletakkan hal ini di blog saya agar semua orang dapat memberikan pandangan mereka. Dan jika ada sebarang persoalan lagi, saya mengalu-alukan saudara untuk menghantar email kepada saya lagi. Sekian.
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment