Tuesday, April 14, 2009

SEBUAH HARGA SIMPATI

“Terima kasih, terima kasih.” Berulang kali 6 orang warga Sri Lanka itu mengucapkan terima kasih kepada saya. Perasaan simpati saya terhadap mereka menguasai diri saya. Perasaan lega dan syukur juga saya panjatkan. Kalau tidak disebabkan saya mendapat aduan bahawa ada orang luar sedang tidur di surau, pasti saya membiarkan mereka melepaskan lelah semalam di situ. Tetapi keadaan memaksa saya, simpati itu saya letakkan tepi dahulu dan tanggungjawab di dahulukan.

“Ada berapa orang dalam surau itu?” Pekik suara pengawal yang bertugas malam itu dicorong telefon bimbit saya. Memekakkan telinga, tetapi memang itu perangai dia. Saya membalas lembut, malas mahu melayan kerenah orang-orang tua yang tidak beradab. “Ada 6 orang, semuanya bukan pelajar.” Selepas memberikan maklumat secara detail saya mematikan telefon. Saya dikhendaki menunggu mereka dan membuat tangkapan secara bersama. Aduh! Saya tidak mahu terlibat, tetapi terpaksa.

Selepas mengejutkan mereka, saya dan dua orang lagi pengawal mengiring mereka turun ke bawah dan terus ke van. Pada mulanya mereka teragak-agak untuk masuk ke dalam van, tetapi tidak beberapa lama, seorang daripada mereka menyuruh rakan-rakan yang lain akur. Saya kagumi sikap mereka, yang tidak melawan dan tidak banyak cakap. Mereka akur, mungkin mereka sedar yang perbuatan mereka ini adalah satu kesalahan yang besar.

Sampai sahaja di pejabat pengawal saya cuba berborak dengan mereka. Apa yang dijelaskan kepada saya, kontrak mereka bersama dengan majikan di sini sudah ditamatkan. Rumah sewa mereka pula perlu dikosongkan kerana tuan rumah mahu menyewakan kepada orang lain.

“Ini malam saja kami semua mahu tidur. Itu tadak lama, esok pagi kami keluar. Itu tadak buat kacau punya.” Seorang daripada mereka mengadu pada saya, saya sekadar mengangguk.

“Jangan hantar sama polis la incik.” Seorang lagi mengharapkan simpati dari saya. Gusar dibuatnya saya, pengawal tadi sedang menelefon pegawai atasannya di dalam bilik.

“Kamu semua Muslim?”

“Saya dan dia sahaja Muslim, yang semua itu bukan.” Lelaki pertama yang berborak dengan saya tadi bersuara sambil menunjukkan kawannya yang Muslim.

“Kamu semua tunggu dulu, saya mahu cakap dengan itu orang.” Tidak sanggup saya melihat mereka untuk dibawa ke balai polis. Mereka ada permit, cumanya mereka tersilap dengan memasuki kawasan hostel tanpa kebenaran.

“Kami semua cari makan saja incik. Tadak kacau itu orang.” Ah, memang benar-benar simpati menyelubungi seluruh jiwa saya.

Bulan 12 ini saya mahu berkelana ke negara orang berseorangan. Bagaimana jika kejadian ini tertimpa pada diri saya? Adakah dengan menolong melepaskan kesusahan saudara seakidah saya ini, dapat memberikan kebaikan pada saya pada masa-masa akan datang? Secara tidak langsung ingatan saya membawa kepada sebuah hadith yang pernah saya baca di kitab Bulughul maram:



''Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah SWT akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barangsiapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barangsiapa menutupi (aib) seorang Muslim, Allah SWT akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah SWT akan menolong hamba-Nya selama ia menolong saudaranya.'' (Hadis direkodkan Imam Muslim)

Setelah berbincang dengan pegawai yang ada dalam pejabat tersebut. Saya memberanikan diri menggunakan jawatan saya untuk bertanggungjawab terhadap mereka, dengan melepaskan mereka. Alhamdulilah, pegawai-pegawai yang berurusan dengan saya sangat memahami. Mereka turut bersimpati dengan pekerja-pekerja Sri Lanka tersebut. Menurut mereka, mereka memang berniat untuk melepaskan pekerja-pekerja tersebut atas budi-bicara dan simpati kemanusian. Syukur saya panjatkan.

Malam itu jam 4 pagi, saya dihantar pulang ke hostel oleh pihak pengawal. Perasaan saya berbaur, antara gembira dan terharu. Terharu apabila mereka tidak habis-habis mengucapkan terima kasih kepada saya, dan gembira kerana saya dapat melepaskan kesusahan saudara saya. Mungkin itu yang membezakan kita sebagai Muslim dengan orang-orang bukan Islam. Kita diikat dengan ikatan persaudaraan atas akidah yang sama. Mungkin akan ada orang yang mempersoalkan tindakan saya, tetapi insaflah, apabila anda berada di kedudukan saya ketika itu. Pasti anda juga akan membuat perkara yang sama.

“Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang hamba (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.'' (Hadis Muttafaqun'alaih.)

Moga Allah mempermudahkan urusan saya selepas ini....

____________________________________________________________________________

PENGUMUMAN

1-InterfaithTalk : Modern Life Vs. Religion
Date : April,15th 2009 (Wednesday)
Time : 8.00 pm onwards
Venue : XR 1001

2- Friendly Comparetive Religion Intensive Course 2 day.
Date: April, 18&19th April (Saturday and Sunday)
Time : 8.00 am- 5pm
Venue : Islamic Information and Service Foundation (IIS) Setiawangsa.
Fees: Student RM100, Non-Student Rm120.

9 comments:

  1. Amirul_ummarkalian sentiasa di hatikuApril 17, 2009 at 3:36 PM

    syabas dan tahniah tuan..kerana berjaya melaksaanakan apa yang termampu menolong insan seakidah dengan kita..saya betul2 terharu dengan apa yg tuan ceritakan tu..tak ramai insan semurni tuan sekarang ni..moga Allah melindungi tuan..dalam apa juga perkara baik yg tuan sedang dan akan buat..insayAllah..segala urusan akan di permudahkan buat tuan..ameen

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pada Amirul.
    Moga kita sama-sama dapt membantu antara satu sama lain.
    Saya sekadar membantu apa yang termmpu.

    ReplyDelete
  3. namasayaialahnamasayaApril 25, 2009 at 4:01 AM

    assalammualaikum

    ada org pernah cakap kat saya "jgn mudah percaya orang" tapi cam mana kita nak tahu org tu blh dipercayai atau tidak kan? hanya Allah yg blh baca hati hambaNya.Berlapang dada~~~

    kalau bkn atas dasar agamapun, bantu kerana sifat kemanusiaan bukan?

    "org yg dicintai Allah, adalah org yg berguna utk orang lain"

    thanks!

    ReplyDelete
  4. to namasaya: Yup saya setuju!

    ReplyDelete
  5. Yus,
    menolong orang mmg lah dituntut agama, tapi tengok2 tempatlah.

    Tapi yg tak bestnya niat ikhlas kita diambil kesempatan oleh org.. terutama kaum wanita..kena sangat berhati-hati..

    Memang Allah akan menolong balik seseorang jika mereka pernah menolong/meringankan beban org lain/ makhluk lain, tidak diberikan di dunia diberikan di akhirat, tidak diberi kpd kita diberi kpd org2 kesayangan kita.

    wah Yus, nak berjalan ke mana? Tebarkan sayapmu di bumi Allah ini, moga roh Islamiah akan tersebar bersama2

    ReplyDelete
  6. To cikgu wan: Heheh betul tu cikgu, tapi kadang-kadang prasaan simpati dan impati tu membuak-buak. Nasihat tu akan disimpan baik2..
    Heheh saya mahu mengembara ke Indonesia (jakarta, bandung dan jogjakarta).. InsyaAllah, saya nak jumpa beberapa tokoh Muhamadiyah dan beberapa tokoh perbandingan agama di sana..InsyAllah..Doakan semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  7. Yus,
    dlm hidup saya ni dah jumpa macam2, ada yg menghargai apa yg kita buat namun, ada yg ambil kesempatan atas niat baik kita, tu pasal saya pesan sentiasa berhati2...
    (sebenarnya saya pun akan berbuat begitu kalu saya berada di tempat yus)

    hasrat yus nak gi indonesia dan jumpa bbrp tokoh muhammadiyah tu saya sokooong sangat-sangat.. manfaatkan masa muda kamu sebaik2nya kan.. bila dah bekerja/ berkeluarga nanti nak buat kerja2 begini dah terhad sedikit kan..

    buat yg terbaik, moga Allah merahmati kamu di mana2 saja kamu berada..

    ReplyDelete
  8. To cikgu Wan: Terima kasih dengan doa itu. Moga semuanya berjalan dengan baik. InsyaAllah di sana saya akan meminta bantuan dari kawan2 pedas yang belajar di Indonesia.
    Ada masa komenlah puisi yang saya buat tu cikgu..huhuhu...hanya jauhari mengenal manikam. Mungkin ada nak betulkan ke.. :)

    ReplyDelete
  9. salam..urrmm..tindakan tuan tu btl..kite kne bantu membantu..tp mcm mane dgn peminte2 sedekah jalanan..patut ke kite bantu..sedangkan die ade kudrat utk bekerja..n mcm mane peminta sedekah yg bute yg bekerja gn sindiket2 haram ni..patut ke kite bersimpati ngn mereka..??klu patut mcm mane carenye??..

    ReplyDelete