20 rakaat atau 11 rakaat? Operasi membersihkan nama Saidina Umar dari fitnah.
Oleh:Yussamir yusof aljohori
19/09/2007 : Jam 3.59 pagi
Bulan Ramadhan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam,selain daripada cita-cita untuk menyempurnakan puasa selama sebulan,solat sunat Tarawikh mesti tidak kita lupakan.Saban tahun kita melakukan solat Sunnat tarawikh dan saban kali juga kita akan mendengar pelbagai pertelingkahan berkenaannya.Perasaan jengkel mungkin sudah lama didalam hati,namun apakan daya kita tidak tahu bagaimana menjernihkan suasana itu.
Artikel kali ini akan lebih terjurus kearah pemurnian pertelingkahan yang tidak sudah-sudah itu.InsyAllah ia akan dimurnikan tanpa ada sebarang sangkaan buruk dan perkara yang memburukkan lagi keadan.
Sama-samalah kita berlapang dada dalam hal perbezaan ini,kerana berbezalah kita akan bersama.Sebelum kita meneruskan perbincangan, berkenaan dengan perbezaan rakaat, kita akan mulakan dengan apa itu sebenarnya solat sunat Tarawikh?
Solat Tarawikh adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat fardhu isyak dan dilakukan sama ada secara berjamaah atau secara berseorangan.
Pada dasarnya,istilah Tarawikh tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad pada zaman Baginda. Di zaman baginda,solat sunat Tarawikh dikenali dengan nama Qiam Ramadhan(solat malam Ramadhan).Ini dibuktikan dengan Sabda Nabi :
من قام رمضان ايمانا واحيسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
“Barangsiapa mendirikan solat di malam Ramadhan dengan penuh iman dan kerana Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”[1]
Dan ia disokong dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah iaitu:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غي أن يأمرهم فيه بعزيمه
“Adalah Rasullullah SAW mendorong kami supaya mendirikan solat malam Ramadhan dengan suruhan yang tidak memberatkan”[2]
Oleh itu terbukti bahawa istilah Tarawikh memang tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhamad dan juga para sahabat Baginda.Namun tidak menjadi masalah dalam pengunaan nama Solat Sunat TARAWIKH kerana ia hanyalah sekadar istilah.Namun pelaksanaannya sama sahaja,tanpa ada tokok tambah.
Ustaz Idris Ahmad berkata: “Pada zaman Nabi solat itu tidak dinamakan dengan solat tarawikh tetapi dengan nama Qiam Ramadhan.Tetapi estela kewafatan Nabi,solat itu dinamakan dengan Solat Tarawikh.Antara sebab solat ini dinamakan dengan tarawikh kerana, orang-orang Makkah setelah kewafatan Nabi akan berehat (dengan cara bertawaf mengelilingi Kaabah sambil membaca tasbih dan takbir)setelah mengerjakan Solat Tarawikh 4 rakaat dengan dua salam.Oleh sebab itu ia dinamakan dengan Solat Tarawikh iaitu bermaksud solat beristirahat.[3].
Setelah kita jelas dengan Istilah tarawikh,kita masuk pula kepada perkara iaitu, berapakah bilangan rakaat dan adakah Saidina Umar yang menetapkan 20 rakaat?
Sebenarnya tidak ada penetapan rakaat dalam hal ini,dan ini dapat dirujuk kepada Sabda Nabi yang memberi nasihat kepada sahabatnya berkenaan dengan, penerusan solat sunat tanpa ada batasannya. Dari Ibnu Umar :
“Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat(berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu Subuh maka bersolatlah Witir satu rakaat sebagai penutup”[4]
Perkara ini juga dapat dijelaskan lagi dengan bilangan rakaat solat tarawikh yang dilaksanakan oleh Ahli Madinah.Perkara ini dinyatakan oleh Imam Malik bin Anas bahawa pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah,beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat Tarawikh dengan bilangan 36 rakaat dan 3 rakaat witir.Menurut Imam Malik,perbuatan Ahlu Madinah adalah menjadi hujah agama kerana mereka hidup di zaman yang sangat dekat dengan Nabi dan para sahabat. Nabi.
Hujah berkenaan dengan Ahlu Madinah solat Sunat Tarawikh 36 rakaat ini, disokong oleh Dawud bin Qois(generasi tabien),dia berkata: “Aku menjumpai orang-orang di zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah.Mereka melaksanakan solat tarawikh dengan 36 rakaat dan 3 rakaat witir.[5].
Berdasarkan hujah diatas maka jelas yang Nabi tidak ada menetapkan sebarang rakaat untuk melaksanakan solat Sunat Tarawikh.Cumanya,sunnah yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir.Ini bertepatan dengan satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Aisyah :
“Tidak pernah baginda melaksanakan solat malamnya di bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan lain melebihi sebelas rakaat”[6]
Ini adalah satu pemberitahuan berkenaan Sunnahnya solat dengan 11 rakaat,namun suka saya katakan bahawa ini tidak menunjukkan sebarang perintah penetapan rakaat.
Memetik kata-kata imam Syaukani: “Ibnu Taimiyah berkata dalam Ikhtiyarat: “Solat Tarawikh kalau dilaksanakan mengikut Mazhab Abu Hanifah dan Syafie adalah 20 rakaat,Mazhab Malik adalah 36 atau 13 atau 11 rakaat,semuanya itu adalah baik.Begitu juga dengan apa yang ditegaskan oleh Imam Ahmad,bahawa tidak ada pembatas.Oleh itu memperbanyakkan atau mempersedikitkan jumlah rakaat itu sebenarnya disesuaikan mengikut lama dan sekejapnya solat itu.[7]
Setelah kita meneliti dan mengkaji perihal ini ,saya berharap tidak ada lagi pertelingkahan “wajib 20 rakat atau wajib 11 rakaat”.Sebagaimana umat islam yang bersaudara,kita berlapanglah dada dalam hal perbezaan ini,dan jangan menjadikan isu ini sebagai punca perpecahan di kalangan Umat Islam.
Adakah Saidina Umar yang menetapkan 20 rakaat solat Tarawikh?
Semoga Allah melindungi Sahabat Nabi ini dari segala fitnah dan segala buruk sangka.Ramai yang telah tersilap dalam hal ini,dan ada juga mereka yang sengaja mengunakan nama beliau bagi kepentingan tertentu.Moga Allah melaknat mereka yang mengunakan nama beliau untuk memenuhi hawa nafsu mereka.Segala puji bagi Allah,perkara yang sebenarnya adalah Saidina Umar tidak pernah mengatakan perihal itu.Adapun hadis yang selalu diguanakan yang menyatakan bahawa Saidina Umar ada menetapkan 20 rakaat solat sunat Tarawikh adalah daif.Sudah maklum dikalangan ulama hadis bahawa hadis-hadis daif tidak boleh menjadi hujah agama.Oleh itu hadis yang menyatakan bahawa beliau yang menetapkan 20 rakaat telah tertolak dengan sendirinya.
Telah berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi: "Hairannya terdapat kitab-kitab fiqh yang di dalamnya mengandungi hadis-hadis daif sedangkan sudah disepakati bahawa hadis daif tidak boleh digunakan dalam masalah hukum.(Kaifa Nata'malu ma'a Asunah al-nabawiyah)
Dibawah ini saya bawakan kembali hadis daif berkenaan untuk rujukan para pembaca.Maksud hadis tersebut adalah:
“Diriwayatkan oleh Abul Aliyah bahawa: “Umar ra pernah menyuruh Ubay bin Kaab untuk mengimami orang ramai di bulan ramadhan.Umar berkata : “Sesungguhnya orang-orang berpuasa di siang hari tetapi mereka tidak pandai membaca Quran.Bagaimana jika engkau mengimami mereka solat Malam? Ubay menjawab: “Wahai Amirul Mukminin,bukankah ini belum pernah terjadi?” Umar menjawab kembali “Aku tahu,tetapi lebih baik demikian.Imamilah mereka solat secara 20 rakaat”[8]
Ada beberapa lagi hadis berkenaan yang mengatakan bahawa Umar yang menetapkan 20 rakaat.Tapi kesemuanya, adalah daif dan tidak boleh dijadikan hujah dalam hal ini.Oleh itu,saya berharap selepas ini tidak lagi kita menisbahkan hal ini pada nama Saidina Umar,kerana beliau tidak pernah nyatakan hal itu.
Ya Allah,kau telah ketahui bahawa aku sudah melaksanakan tangungjawab membersihkan nama Sardina Umar iaitu sahabat Nabi SAW,sahabat yang dijanjikan Syurga,dari fitnah ini.Dan aku berharap,selepas ini tidak ada lagi insan yang memfitnah beliau,dan berharap usaha yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Akhir sekali marilah kita sama-sama berselawat keatas Nabi Muhammad SAW…
[1] Sahih Bukhari
[2] Sunan Abu Daud
[3] Ustaz Idris Ahmad-Buku Fiqh Syafie jil 1,ms308
[4] Mutafaqun Alaih
[5] Fathul Bari,krangan Imam Ibnu Hajar As-qolani
[6] Sahih Bukhari
[7] Imam Syaukani dalam kitab Nailul Authar,jil2 ms/703
[8] Hadis ini Dhaif.Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Ad-Dhaya’ al-Maqdisi dalam kitabnya Al-Mukhtarah,jil 1,ms:384 dengan isnad dari Abu Ja’far ar-Razi,dari Rabi’ binn Anas ,dari Abul Aliyah.Kelemahannya terletak pada Abu JA’far ar-razi atau nama sebenarnya Isya bin Mahan.Telah berkata Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kuna terhadap Abu Ja’far ar-Razi:: “Ahlul Hadis semuanya mencela dia(Abu Ja’far).Telah berkata Imam Ibnu Qoyim al-jauziah dalam kitab Za’adul Ma’ad,jil 1,ms:99 “Pemilik hadis-hadis munkar.Tidak seorangpun dari kalangan hadis menjadikannya sebagai hujah dikala meriwayatkannya sesuatu hadis.(rujuk Kitab Solat Tarawikh oleh Syeikh Albani)
great post bro...it helps a lot... :)
ReplyDeletethanks bro gud job! its become more clearer now
ReplyDeletekeep posting..smg Allah bantu selalu..
ReplyDeleteAlhamdulilah,,,im just writting back what the ulama had said before.Im just make it easier to read and understand...May Allah bless us,,,,amin
ReplyDeleteYus, tulisan ini amat pincang. Malah mengelirukan dan meninggalkan banyak persoalan.
ReplyDelete(1) "wajib 20 rakat atau wajib 11 rakaat?". Tak payah hujah panjang-panjang. Dua-dua pendapat itu salah kerana "mewajibkan" sedangkan hukum tarawikh adalah sunnah.
(2) Persoalan kata-kata Saidina Umar berkenaan tarawikh. Sudah masyhur perkataan Saidina Umar itu terutama dalam bab bid'ah, kerana kesemua ulama mengambil kata-kata saidina Umar, "Bid'ah Hasanah", ini sebagai hujjah mereka. Ia merujuk pd peristiwa yang sama. Jadi jika riwayat ini tiada asasnya, maka seluruh perbahasan bid'ah runtuh.
Anda hanya merujuk kepada satu jalur riwayat. Sudahkah anda kumpulkan keseluruhan riwayat dan memperhatikannya? Kesilapan ini anda ulangi kembali.
Hujah yang anda bawa pula berkaitan dengan solat malam atau tahajjud yang didirikan akhir 1/3 malam. Hadith Aishah itu merujuk pd solat tahajjud, kerana adanya "mahupun di bulan-bulan lain" dalam matan hadis itu. Ia tidak merujuk pada solat tarawikh iaitu yg didirikan selepas isya.
Anda tertinggal hadis yg penting iaitu semasa Ramadan, pernah rasul bersembahyang jemaah, kemudian tidak pula secara berjemaah. Apabila ditanya, baginda tidak mahu ummatnya menganggapnya wajib. Anda tentu pernah dengar hadith ini. Maaf saya tidak dpt keluarkan teks hadis tersebut.
Persoalan dalam tulisan anda, anda hendak menyatakan tidak ada penetapan rakaat atau rakaat ditetapkan hanya 8, atau sekurang2nya 8? Saya terkeliru.
Anda harus faham punca persengketaan tentang masalah ini, iaitu ada sekelompok mempertikai dan mengkritik ummat yang mengerjakan tarawikh sebanyak 20 rakaat. Sefaham saya, tiada seorangpun ulama yang mewajibkan tarawikh, dan tidak pernah sehidup saya dimarahi jika buat 8 atau langsung tak buat, kerana ia perkara sunat. Adapun, berapa bilanganya itu adalah khilaf dan haruslah berlapang dada. Akan tetapi jika yg mempertahankan 8 menyalahkan yg berbuat 20, maka kami tiada jalan selain meyalahkan yg 8 td, kerana ia melangkau batas khilafiah.
Persoalan-persoalan suadara Hanif Zuhdi sudah saya berikan respons..sekian
ReplyDelete