Thursday, September 20, 2007

Respon kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Saudara Hanif


Respon kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Saudara Hanif

Oleh:Yussamir Yusof aljohori
20/09/07

Ini adalah email asal yang diemelkan kepada saya oleh Saudara Hanif:

Yus, tulisan ini amat pincang. Malah mengelirukan dan meninggalkan banyak persoalan.

(1) "wajib 20 rakat atau wajib 11 rakaat?". Tak payah hujah panjang-panjang. Dua-dua pendapat itu salah kerana "mewajibkan" sedangkan hukum tarawikh adalah sunnah.

(2) Persoalan kata-kata Saidina Umar berkenaan tarawikh. Sudah masyhur perkataan Saidina Umar itu terutama dalam bab bid'ah, kerana kesemua ulama mengambil kata-kata saidina Umar, "Bid'ah Hasanah", ini sebagai hujjah mereka. Ia merujuk pd peristiwa yang sama. Jadi jika riwayat ini tiada asasnya, maka seluruh perbahasan bid'ah runtuh.

Anda hanya merujuk kepada satu jalur riwayat. Sudahkah anda kumpulkan keseluruhan riwayat dan memperhatikannya? Kesilapan ini anda ulangi kembali.

Hujah yang anda bawa pula berkaitan dengan solat malam atau tahajjud yang didirikan akhir 1/3 malam. Hadith Aishah itu merujuk pd solat tahajjud, kerana adanya "mahupun di bulan-bulan lain" dalam matan hadis itu. Ia tidak merujuk pada solat tarawikh iaitu yg didirikan selepas isya.

Anda tertinggal hadis yg penting iaitu semasa Ramadan, pernah rasul bersembahyang jemaah, kemudian tidak pula secara berjemaah. Apabila ditanya, baginda tidak mahu ummatnya menganggapnya wajib. Anda tentu pernah dengar hadith ini. Maaf saya tidak dpt keluarkan teks hadis tersebut.

Persoalan dalam tulisan anda, anda hendak menyatakan tidak ada penetapan rakaat atau rakaat ditetapkan hanya 8, atau sekurang2nya 8? Saya terkeliru.

Anda harus faham punca persengketaan tentang masalah ini, iaitu ada sekelompok mempertikai dan mengkritik ummat yang mengerjakan tarawikh sebanyak 20 rakaat. Sefaham saya, tiada seorangpun ulama yang mewajibkan tarawikh, dan tidak pernah sehidup saya dimarahi jika buat 8 atau langsung tak buat, kerana ia perkara sunat. Adapun, berapa bilanganya itu adalah khilaf dan haruslah berlapang dada. Akan tetapi jika yg mempertahankan 8 menyalahkan yg berbuat 20, maka kami tiada jalan selain meyalahkan yg 8 td, kerana ia melangkau batas khilafiah.

Ini pula respon-respon saya terhadap email beliau.(tulisan yang diboldkan dan ada nombor adalah soalan yang dikemukan oleh Saudara Hanif kepada saya..harap maklum)

(1) "wajib 20 rakat atau wajib 11 rakaat?". Tak payah hujah panjang-panjang. Dua-dua pendapat itu salah kerana "mewajibkan" sedangkan hukum tarawikh adalah sunnah.

Jawapan saya: Alhamdulilah jika saudara memahami akan hukum solat tarawikh ini,tapi adakah anda cuba untuk memahami pemahaman mereka diluar sana, yang telah disogokan dengan “hukum wajib 20 rakaat” ini?Tidakkah anda mendapat risalah-risalah berkenaan, yang menegaskan bahawa solat sunat tarawikh ini telah diwajibkan oleh Saidina Umar 20 rakaat?

Alhamdulilah,Allah telah memberi peluang kepada saya, untuk berjumpa perkara-perkara ini.Disebabkan saya tidak mahu masyarakat terkeliru dengan persoalan hokum ini,saya cuba untuk meghuraikan permasalahan ini.Namun nampak gayanya saudara Hanif menganggap usaha ini satu tindakan sia-sia seperti mana yang saudara tidak suka ia dihujahkan panjang-panjang.Saya mengangap ia adalah tangungjawab,tetapi jika saudara tidak suka ia dihujahkan dan suka untuk masyarakat terus keliru,itu saya tidak boleh berbuat apa-apa.Saya tegaskan sekali lagi,ini semua adalah tanggungjawab saya untuk memurnikan keadaan dan alhamdulilah saya telah berusaha untuk memahamkan masyarakat tentang hal ini.

(2) Persoalan kata-kata Saidina Umar berkenaan tarawikh. Sudah masyhur perkataan Saidina Umar itu terutama dalam bab bid'ah, kerana kesemua ulama mengambil kata-kata saidina Umar, "Bid'ah Hasanah", ini sebagai hujjah mereka. Ia merujuk pd peristiwa yang sama. Jadi jika riwayat ini tiada asasnya, maka seluruh perbahasan bid'ah runtuh.Anda hanya merujuk kepada satu jalur riwayat. Sudahkah anda kumpulkan keseluruhan riwayat dan memperhatikannya? Kesilapan ini anda ulangi kembali.

Jawapan saya:Alhamdulilah,saya cuba untuk menjawab perkara diatas yang diutarakan oleh saudara Hanif.Ramai yang salah faham dengan perkataan Saidina Umar ini akan perihal Bida’ah(termasuk juga saudara).Salah faham ini berpunca dari satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahih Bukhari dan Imam Malik dalam Al-Muwata’:

عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ: خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِي اللَّه عَنْهم لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ. فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلاَتِهِ الرَّهْطُ. فَقَالَ عُمَرُ: إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلاَءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ. ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلاَةِ قَارِئِهِمْ. قَالَ عُمَرُ: نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنِ الَّتِي يَقُومُونَ. يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَه

ُDaripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama dengan ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya.

‘SaidinaUmar berkata: “Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka‘ab).

Berkata Saidina Umar: “Sebaik-baik bid‘ah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).”[1]

Sebelum kita meneruskan perbincangan ini kita cuba fahami apakah definisi Bidaah?Menurut Yusuf Al-Qardhawi: “Yang dinamakan Bidaah ialah orang-orang yang mengadakan perkara baru sama ada ia perbuatan mahupun ucapan yang dianggapnya sebagai suatu cara agama.Padahal itu semua hanyalah bersumberkan dari dirinya sendiri yang sama sekali tidak pernah diterangkan oleh Allah dan Rasul.[2]

Secara mudahnya adalah bidaah ini adalah perkara yang baru didalam agama yang tidak ada diajar oleh Allah dan Rasul.Salah faham berkenaan Saidina Umar yang memulakan atau mengadakan perkara baru iaitu menyuruh solat tarawih secara berjamaah adalah batil..Perbuatan Saidina Umar itu bukanlah bidaah,kerana perkara ini telah pernah dilakukan oleh Rasullullah.

Rumusan seperti ini muncul kerana kurang membaca hadith-hadith Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melakukan Solat Tarawih secara berjamaah dan ini jelas tertera dalam kitab-kitab hadith, seperti dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلاَتِهِ. فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا. فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ. فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا. فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلاَتِهِ. فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلاَةِ الصُّبْحِ. فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ: أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda (menjadi makmum). Pada pagi (esoknya) orang ramai bercerita mengenainya. Maka berkumpullah lebih ramai lagi orang (pada malam kedua). Baginda bersolat dan mereka ikut solat bersama. Pada pagi (esoknya) orang ramai bercerita mengenainya. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar bersolat dan mereka ikut solat bersama.
Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan ahli. (Baginda tidak keluar) sehingga pada waktu solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, bersyahadah seraya bersabda: “Amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kalian (di masjid pada malam tadi) tetapi aku bimbang difardukan (Solat Tarawih) ke atas kalian lalu kalian tidak mampu.Hal sebegini berlaku sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat.”[4]

Hadith ini dengan jelas menunjukkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah yang pertama memulakan Solat Tarawih secara berjamaah dengan satu imam. Walaubagaimanapun baginda tidak melakukannya secara berterusan, bukan kerana ia perbuatan yang salah tetapi kerana bimbang ia menjadi satu kewajipan. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat, kebimbangan ini tidak wujud lagi, maka dengan itu ‘Umar meneruskan semula Solat Tarawih secara berjamaah. Justeru Saidina ‘Umar al-Khattab bukanlah orang yang pertama memulakannya secara berjamaah[5].

Timbal persoalan “mengapa Saidina umar mengelarnya sebagai Bidaah?”(dan pasti saudara Hanif pun terkebil-kebil mengapa Saidina umar menggelarnya sebagai Bidaah?).

Saya memetik kata-kata Imam Syatibi[6] : “Dia menamakannya bid‘ah hanya disebabkan pada zahirnya kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah meninggalkannya dan sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Saidina Abu Bakr radhiallahu 'anh. Ia bukanlah bid‘ah pada makna (syarak). Sesiapa yang menamakan bid‘ah disebabkan hal ini, maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama. Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid‘ah”[7]

Saya suka untuk membawakan satu pendapat dari kitab Nailul Authar : “Adapun bidaah yang dimaksudkan oleh Umar itu bukan bidaah dalam isitilah Syara’ tetapi ia adalah bidaah dari sudut lugowi(bahasa).Dan ijtihad Saidina Umar itu selari dengan Sunnah Rasulullah,oleh itu ia bukanlah bidaah dalam erti kata definisi Bidaah itu sendiri dalam syara’”.[8]

Kesimpulannya,bukan semua ulama mengambil kata-kata saidina Umar, "Bid'ah Hasanah", ini sebagai hujjah mereka.Dan bagaimana Saudara Hanif boleh katakan semua ulama mengunakan ini sebagai hujah mereka?Adakah hujah saya masih pincang?

(3) Anda tertinggal hadis yg penting iaitu semasa Ramadan, pernah rasul bersembahyang jemaah, kemudian tidak pula secara berjemaah. Apabila ditanya, baginda tidak mahu ummatnya menganggapnya wajib. Anda tentu pernah dengar hadith ini. Maaf saya tidak dpt keluarkan teks hadis tersebut.

Jawapan saya:Saya tidak faham kenapa saudara Hanif mahu membangkitkan hal ini?Adakah didalam artikel saya,saya pernah mengatakan solat tarawikh wajib untuk berjamaah atau bagaimana?Saya tidak mengerti kenapakah hadis ini mahu dibangkitkan oleh Saudara Hanif.Saya tidak dapat menjawab persoalan saudara ini.

(4) Hujah yang anda bawa pula berkaitan dengan solat malam atau tahajjud yang didirikan akhir 1/3 malam. Hadith Aishah itu merujuk pd solat tahajjud, kerana adanya "mahupun di bulan-bulan lain" dalam matan hadis itu. Ia tidak merujuk pada solat tarawikh iaitu yg didirikan selepas isya.

Jawapan saya:Saya cuba untuk menjawab persoalan ini.Saudara telah terkeliru dalam memahami istilah tarawih itu sendiri.Baiklah saya bawakan kembali hadis yang saudara katakan tersebut.:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبي

Abu Salamah berkata bahawa: “Aku bertanya kepada Aisyah ra “bagaimanakah cara solat Rasululah SAW pada bulan ramadhan?

Asilla menjawab “tidaklah pernah beliau melaksanakan solat malamnya di bulan Ramadhan mahupun dibujan-bulan lanilla melebihi sebelas rakaat.Beliau mengerjakan 4 rakaat maka janganlah engkau bertanya bertapa baik dan panjangnya,kemudian beliau mengerjakan 4 rakaat lagi maka janganlah engkau bertanya bertapa baik dan panjangnya,kemudian beliau mengerjakan 3 rakaat(iaini solat witir).

Asilla menambah: : “Maka aku pernah bertanya “Ya Rasulullah adakah engkau tidur sebelum witir?” Beliau menjawab: “Ya Aisyah! Mata aku tidur tetapi hati aku tidak tidur”.[9]

Kekeliruan saudara ini berpunca kepada istilah tarawih itu sendiri.Untuk pengetahuan saudara istilah terawih tidak pernah terkeluar dari mulut Nabi Muhammad SAW,yang ada hanya adalah Qiam Ramadhan.Baca balik artikel saya berkenaan dengan istilah ini.Kalau saudara mengkaji kitab sahih bukhari,saudara akan berjumpa dengan hadis Aisyah itu didalam 3 lokasi berbeza.

InsyAllah,biarlah saya memudahkan kerja saudara dalam hal ini:

Pertama:Imam Bukhari telah menetapkannya didalam jilid 2,ms-91 bernombor 1147.Dalam bahagian ini Imam Bukhari meletakkannya dibawah tajuk “Bab Solat Nabi,diwaktu malam dalam bulan ramadhan dan dalam bulan lainya.

Kedua:Dalam jilid 3,ms 83,bernombor 2013.Dalam bahagian/tajuk “Kitab solat tarawikh

Ketiga: dalam jilid 4,bernombor 3569.Dalam bahagian ini Imam Bukhari meletakannya di bawah tajuk “Bab adalah Nabi tidur tetapi hatinya tidak tidur”.

Imam Bukhari tidak langsung menyentuh berkenaan dengan solat tahajud.Tetapi yang beliau letakkan hadis itu dibawah tajuk Kitab solat Tarawikh.Adakah Saudara lebih mahir dalam mengketogerikan hadis berbanding dengan Imam Bukhari?Harap ia dapat menjawab persoalan saudara.

(5) Persoalan dalam tulisan anda, anda hendak menyatakan tidak ada penetapan rakaat atau rakaat ditetapkan hanya 8, atau sekurang2nya 8? Saya terkeliru.

Jawapan saya:Saya terkeliru atau saudara yang terkeliru?Baca balik artikel saya itu,adakah saya menetapkan atau tidak?Saya ringkaskan,tidak ada penetapan rakaat dalam solat tarawikh,oleh itu solatlah dengan berapa rakaat sekalipun.Contohnya ahlu madinah solat dengan 39 rakaat termasuk wiitir.Jika saudara nak solat 80 rakaat pun boleh,silakan kalau saudara mampu.

(6) Anda harus faham punca persengketaan tentang masalah ini, iaitu ada sekelompok mempertikai dan mengkritik ummat yang mengerjakan tarawikh sebanyak 20 rakaat. Sefaham saya, tiada seorangpun ulama yang mewajibkan tarawikh, dan tidak pernah sehidup saya dimarahi jika buat 8 atau langsung tak buat, kerana ia perkara sunat. Adapun, berapa bilanganya itu adalah khilaf dan haruslah berlapang dada. Akan tetapi jika yg mempertahankan 8 menyalahkan yg berbuat 20, maka kami tiada jalan selain meyalahkan yg 8 td, kerana ia melangkau batas khilafiah.

Jawapan saya:Saya Sangat-sangat setuju dengan kenyataan saudara ini.Terima kasih kerana berlapang dada,tetapi cumanya ramai yang berlapang dada tapi akhlak dalam berbeza langsung tidak mencerminkan seorang Islam.Renung-renungkan dan selamat beramal(saya petik dari kata-kata seorang motivator di hot FM)

~Waahualam~


[1] Rujuk Shahih al-Bukhari – hadith no: 2010 (Kitab Solat Tarawih, Bab keutamaan orang yang beribadah pada malam Ramadhan) dan al-Muwattha’

(الموطأ) al-Imam Malik – hadith no: 231 (Kitab seruan kepada solat, Bab apa yang berkenaan solat pada malam Ramadhan).

[2] Syeikul Kabir DrYusuf Al-Qardhawi,dalam bukunya yang bertajuk “bidaah dan syirik perkara yang membatalkan Tauhid atau mengurangkan kesempurnaannya”.Terbitan Jasmin ms:21

[4] Rujuk Shahih Muslim – hadith no: 761 (Kitab solat musafir dan menqasarkannya, Bab anjuran bersolat pada malam Ramadhan)

[5] Dr Asri Zainal Abidin didalam bukunya yang bertajuk Bidaah hasanah Istilah yang disalah fahami.

[6] Beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Gharnati (الغرناطي) Tokoh Andalus yang agung, bermazhab Malik. Seorang muhaddith, faqih (ahli fekah) dan usuli (ahli usul fekah). Mengarang beberapa buah kitab yang agung. Kitab beliau al-Muwafaqat (الموافقات) menjadi rujukan utama dalam ilmu usul al-Fiqh. Bahkan beliau dianggap paling cemerlang dalam mengemukakan perbincangan Maqasid al-Syara’. Demikian juga kitab al-I’tishom ini mendapat pengiktirafan yang besar.

[7] al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 148.

[8] Nailul Authar bab solat sunat tarwikh,ms:703,jil 2

[9] Sahih Bukhari

No comments:

Post a Comment