Negaraku Merdeka
Oleh:yussamir yusof aljohori
1 /9/2007
“Cuba kau tengok budak-budak tu!” Suara sahabat saya tinggi dan mukanya merah sambil mulutnya tidak habis-habis beristigfar.Saya termenung seketika setelah melihat pemandangan yang membuatkan hati dan akal kawan saya pedih.Saya juga turut terasa apa yang dirasa oleh sahabat saya itu,memang cukup memedihkan dan menyedihkan apabila hari kemerdekaan di hiasi dengan pemandangan yang jelik sebegitu.Tapi haruskah saya menyalahkan 100% hasil kejelikan itu atas bahu mereka?
Berpegang tangan,meraba-raba.bercampur laki dan perempuan dan pelbagai lagi sudah menjadi biasa terhadap sebilangan anak muda kita sekarang.Si lelakinya tidak cukup tangan meraba dan merasai maruah dan mahkota wanita sesuka hati,si perempuannya pula merelakan sambil ketawa berdekah-dekah seakan-akan perkara itu ‘tidak mengapa’.Hati saya dan sahabat saya bertambah pedih apabila melihat si perempuan yang tegedik-gedik dan bersikap tidak kisah itu bertudung.Aduh!Perintah agama itu hanya dilihat sebagai tempelan di kepala sahaja tanpa dihayati menefistasi perintah yang Allah telah sebutkan di dalam Quran.Sangat menyedihkan.
Firman Allah:
“Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya; kerana yang demikian itu lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha meneliti terhadap apa-apa yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya, dan jangan menampak-nampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya, dan hendaknya mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya atau kepada ayahnya atau kepada mertuanya atau kepada anak-anak laki-lakinya atau kepada anak-anak suaminya, atau kepada saudaranya atau anak-anak saudara laki-lakinya (keponakan) atau anak-anak saudara perempuannya atau kepada sesama perempuan atau kepada hamba sahayanya atau orang-orang yang mengikut (bujang) yang tidak mempunyai keinginan, iaitu orang laki-laki atau anak yang tidak suka memperhatikan aurat perempuan dan jangan memukul-mukulkan kakinya supaya diketahui apa-apa yang mereka rahasiakan dari perhiasannya.” (an-Nur: 30-31)
Merdeka dilaungkan tepat Jam 12 malam di Dataran Merdeka oleh Pak Lah,sejurus itu bunga api dibakar dan pemandangan itu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.Tapi saya tahu bahawa erti merdeka ini tidak ramai rasai,terutama para remaja yang tidak merasai perit jerihnya memerdekakan tanah air ini.Tapi adakah perkara ini juga mahu remaja disalahkan sedangkan nilai-nilai kemerdekaan itu tidak diterapkan keatas jiwa mereka dengan kukuh.
Bagi para remaja,kemerdekaan sudah tidak relevan lagi dengan generasi zaman ini.Bagi mereka Kemerdekaan yang kita sambut ini hanyalah sebuah catatan sejarah yang kaku dan bisu yang tidak bisa untuk menyumbang kepada pencapaian negara pada masa hadapan.Ia hanya sekada sejarah!Merdeka adalah cuti umum dan pada waktu inilah mereka boleh berfoya-foya bersama teman-teman mereka.Dan hari Merdeka hanya seperti hari-hari yang biasa tidak ada nilainya bagi mereka.
Jangan salahkan para remaja jika ini yang mereka fikirkan didalam kotak minda mereka.Ini semua disebabkan Negara kita hanya merdeka dari sudut zahir,yang sebetulnya kita masih lagi terjajah,Minda,budaya dan agama kita masih lagi dijajah,perkara ini memang tidak dapat kita nafikan selagi mana negara kita masih menumpukan kebendaan dalam membentuk indentiti bangsa Malaysia.(sila lihat artikel lepas saya berkenaan dengan tamadun di ).
Gejala-gejala yang saya sebutkan diatas tadi tidak akan terpadam jika kita hanya mengisi kemerdekaan ini dari sudut kebendaan,kerana ketamadunan manusia tidak akan tercapai hanya dengan kebendaan ia perlu diisi dengan Kerohanian agar keseimbangan berlaku.Gejala-gejala ini berlaku dek ketidakseimbangan yang negara telah wujudkan sejak dulu lagi.Bagai kotak yang disampul dengan cantik tapi malang isinya kosong.,begitulah yang boleh digambarkan terhadap negara ini.Merdeka tapi terjajah,bagaimana itu?Fikir-fikirkan...
No comments:
Post a Comment