Thursday, November 29, 2007

Apa sudah jadi?Memanipulasi perkataan orang lain.

KHABAR BERKENAAN PELABURAN &

PERNIAGAAN JAI NETWORK



Sejak dari dahulu lagi saya telah memberitahu sesiapa yang bertanya kepada saya tentang Jai Network, bahawa aqad yang digunakan oleh Jai Network untuk peringkat pertamanya adalah Bai' at-Tawarruq. Aqad ini dianggap halal oleh kebanyakan ulama Malaysia dan Dunia. Ini juga jawapan yang saya beri kepada perniagaan kambing baru-baru ini. Namun apa yang saya sebutkan ini tidaklah terhenti di situ sahaja, tetapi beberapa syarat dan pembaikan perlu dibuat agar ianya boleh dianggap menepati hukum Syariah.


Nasihat & Syarat Yang Dilupakan

Saya menasihatkan semua individu yang ingin menyertainya untuk memastikan tertib tandatangan aqad mestilah tepat dan asset mestilah ada ukti ‘qabadh' atau ‘possession' telah berlaku samada secara hukmi atau hakiki.

Ini merupakan nasihat saya sekitar bulan Mac dan April 2007. Namun saya terus terang menyatakan saya amat meragui beberapa syarat (sebagaimana yang diberitahu di ketika itu) yang dikenakan seperti mewajibkan sesiapa yang ingin menyertai smart partnership ( jual beli secara tawarruq), mereka wajib menyertai smart moving juga (atau sebaliknya, maaf dah tidak berapa ingat).

Bagi saya membuat syarat seperti itu membawa kepada syubhah disebabkan pelannya. (pun dah lupa detail, tetapi di ketika buat keputusan tu, saya jelas.)

Silap Guna

Malangnya, ketika saya memberikan ceramah kewangan Islam di Universiti Multi Media Melaka, (jika tak silap pada 25 April 2007) saya diberitahu bahawa ramai individu yang menyertai Jai Network menggunakan hujjah saya sebagai hujjah sokongan untuk menghalalkan system mereka.

Maka dalam ceramah di Multi Media Universiti itu saya menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap pihak yang menggunakan hujjah saya ‘out of context' dan mengambil separuh tapi meninggalkan separuh yang lain.

Benar, memang saya katakan aqadnya menggunakan cara Tawarruq yang diterima oleh kebanyakan ulama Islam, tetapi tidak benar saya mengatakan ‘whole package sistem perniagaan Jai Network' adalah halal menurut kajian saya. Jika orang lain kata halal, itu terpulang kepada mereka, tetapi bukan saya.

Hasrat Nak Tolong Peniaga Bumiputra




Saya memang tidak berhasrat pada mulanya untuk menghentam secara terbuka di web saya berkenaan kesilapan ini kerana saya fikir masih ada ruang untuk mereka perbaiki.

Saya juga harap agar mesej berkenaan kelemahan sistem dan pelan mereka dari sudut Shariah telah disampaikan kepada pihak pengurusan tertinggi Jai Network dan pihak pengurusan yang beragama Islam serta Bumiputra ini boleh mengambil langkah proaktif memantap dan memperbetulkan system mereka.

Selain itu, saya juga telah mencadangkan beberapa nama ilmuan Shariah kepada peserta Jai Network (yang menghubungi saya) agar pihak pengurusan Jai Network melantik penasihat Syariah rasmi bagi membuktikan komitmen mereka terhadap isu halal dan haram. Kemudiannya saya berlepas diri dari sebarang pertanyaan berkenaannya lagi.

Masalah Berganda

Kemudian bertarikh 18 Julai 2007, saya memuatkan amaran berkenaan Jai Network di web saya apabila mendapati nama syarikat ini tersenarai di senarai hitam suruhanjaya sekuriti Malaysia. RUJUK DI SINI

Akibatnya selepas itu, ramai peserta mereka yang menghentam saya. Hakikatnya sebarang skim, perniagaan atau pelaburan yang telah tersenarai hitam di SC, menjadikannya kurang ‘worth it' untuk dikaji dari sudut Shariah (di ketika itu) kerana priority mereka adalah mendapatkan lesen untuk aktiviti perniagaan itu dan seterusnya melepaskan diri dari senarai hitam.

Ini kerana, mempromosi sebarang skim bentuk pelaburan atau ‘perniagaan kutip wang' seperti ini dalam keadaan syarikatnya telah tersenarai hitam adalah satu tindakan yang boleh memudaratkan peserta dan syarikat sekaligus.

Di ketika itu, bagi saya ia boleh menjadi haram dari sudut Syariah akibat mudarat dan 'gharar' yang boleh dan bakal menimpa pesertanya. Islam mengharamkan 'gharar' atau ketidakatentuan (seperti pernigaan tanpa lesen jelas) dan mudarat (seperti nasib masa depan syarikat kerana telah disenaraihitam) bagi pelanggan.

Terkini

3 hari lepas (26 Nov 2007), setelah sekian lama saya tidak mendengar tentangnya. Saya membuka web PPIM dan mendapati rupanya terdapat perbincangan hangat tentangnya lantaran seorang individu utama Jai Network adalah juga salah seorang anggota pengurusan PPIM sedang diasak pelbagai soalan oleh para peserta Jai Network.

Nampaknya telah sahih, mudarat dan ketidaktentuan yang saya jangkakan. Bank Negara telah membekukan akaun mereka dan kini peserta mula merasa bahangnya.

Bagi info lanjut, saya sertakan jawapan individu yang terbabit dari PPIM berkenaan kes Jai Network sebagai jawapan kritikan pelbagai pihak kepadanya dan Jai Network.

Selamat membaca dan menilai.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

29 Nov 2007

Monday, November 26, 2007

couple?

Artikel ini ditulis untuk mengingatkan antara satu sama lain.Jika ada manfaatnya artikel ini,maka sebar-sebarkanlah ia.Artikel ini telah diwartakan sebagai tiada hakcipta,maka gunakakanlah ia sebaik mungkin.Walaupun diri si penulis ini bukanlah sesempurna mana,dan ada juga tergelincir dalam hal ini.Namun tidak menjadi kesalahan ataupun halangan untuk saling mengingatkan antara satu sama lain,moga keimanan dan takwa bertambah setelah memberi,kerana erti hidup pada memberi.Akhir kata,kerana memberi kita akan merasa.Jangan letakkan nama penulis atau apa-apa.Dan jangan letakkan link blog atau sebagainya.Anggaplah ia sebagai e-wakaf.





Nak couple boleh tak?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.


Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.


Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.


Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,....


Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.


Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti[1]

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]


Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.




Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”


Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.


Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).


Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).


Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.



[1] Sahih Muslim, hadis ke 2281

[2] Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Sunday, November 25, 2007

Gelaran HUMAIRA antara yang batil dan sahih


Gelaran HUMAIRA antara yang batil dan sahih

Oleh:Yussamir yusof
25 November 2007

Cyberjaya

Sejak kecil lagi apabila kita mempelajari tentang Sirah Nabi Muhammad,kita akan diperkenalkan dengan Isteri kesayangan baginda yang bernama Saiditina Aisyah.Selain menjadi isteri kesayangan Rasullullah,Saiditina Aisyah juga memiliki kebijaksanaan dan banyak meriwayatkan hadis Rasullullah.Saiditina Aisyah digelar Ummul Mu’minin oleh semua umat Islam ketika itu,dan beliau juga menjadi tempat rujukan oleh para sahabat setelah Rasullullah wafat.Keutamaan Saiditina Aisyah keatas wanita-wanita lain dinyatakan sendiri oleh Nabi dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Anas bin Malik meriwayatkan,bahawa beliau pernah mendengar Rasullullah bersabda:

عن ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏قال ‏

‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏فضل ‏ ‏عائشة ‏ ‏على النساء كفضل ‏ ‏الثريد ‏ ‏على سائر الطعام

“Keutamaan Aisyah ke atas wanita-wanita lain seperti keutamaan starid(bubur daging dan roti) atas makanan yang lain”[1]

Kemulian dan keutamaan Ummul Mukminin tidak dapat dipersoalkan lagi,namun disebabkan masih ada lagi kaum munafikin berlegar di kalangan para sahabat,nama Ummul mu’minin cuba dirosakkan.

Mahu merosakkan kemuliaan Ummul Mu’minin secara terang-terangan sukar untuk mereka lakukan,tapi mereka tidak mengalah dan mereka sentiasa berfikir untuk cuba merosakkan nama baik Saiditna Aisyah.Akhirnya,mereka senyap-senyap menyusup ke dalam pemikiran umat islam dengan mencipta hadis palsu yang berkaitan dengan nama Saiditina Aisyah.Hadis palsu yang dimaksudkan itu adalah hadis yang didalamnya terdapat gelaran Humaira yang seringkali kali kita sandarkan bahawa itu adalah panggilan manja Saiditina Aisyah yang diberi Rasullullah.

Usaha mereka menyusup kedalam pemikiran umat islam melalui penciptaan hadis palsu menjadi kenyataan, apabila umat islam terpedaya mengenai kesahihan gelaran Humaira tersebut.Sehingga ke hari ini,kita sering melafazkan panggilan Humaira selepas nama Aisyah.Seakan-akan itulah gelaran yang disukai oleh Saiditina Aisyah dan diberikan oleh Nabi.Ulama hadis sejak zaman berzaman cuba meniliti kembali tentang kebenaran riwayat-riwayat berkenaan dengan gelaran Humaira .Keraguan gelaran ini muncul di hati-hati Muhadisin disebabkan, munculnya kelompok-kelompok Syiah yang semakin hari semakin banyak mencipta hadis-hadis palsu tentang keburukan Saiditina Aisyah.


Akhirnya setelah membuat pengkajian yang mendalam terhadap hadis-hadis yang terkumpul di dalamnya perkataan Humaira,ulama-ulama hadis membuat penetapan bahawa semua hadis yang mempunyai perkataan Humaira adalah PALSU! Dan kaedah ini menjadi salah satu method kepada muhadisin untuk mengenali hadis palsu.

Antara hadis PALSU yang didalamnya terdapat perkataan Humaira adalah:

  1. يا حميراء أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله عز وجل يستريح به المريض
  2. يا حميراء إنه لما كان ليلة أسري بي إلى السماء أدخلت الجنة فوقفت على شجرة من شجر الجنة لم أر في الجنة شجرة هي أحسن منها حسنا ولا أبيض منها ورقة ولا أطيب منها ثمرة فتناولت ثمرة من ثمراتها فأكلتها فصارت نطفة في صلبي فلما هبطت واقعت خديجة فحملت بفاطمة فإذا أنا اشتقت إلى رائحة الجنة شممت ريح فاطمة
  3. يا حميراء أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله عز وجل يستريح به المريض
  4. يا حميراء ! إن فاطمة ليست كنساء الآدميين ، ولا تعتل كما يعتلون.


Walaubagaimanapun,ulama hadis mengecualikan dua hadis yang di dalamnya terdapat perkataan Humaira,dan mengelaskannya sebagai hadis sahih.Selain daripada dua hadis ini,semuanya palsu dan dusta!

Hadis yang dikecualikan ini boleh didapati dalam kitab Risalah Adab Al-Zafaf:

( دعاني رسول الله صلى الله عليه وسلم [ والحبشة يلعبون بحرابهم في المسجد ] [ في يوم عيد ]

فقال لي : [ يا حميراء( 1 ) أتحبين أن تنظري إليهم ؟ فقلت : نعم ]

هذه الزيادة رواها النسائي في " عشرة النساء "

وقال الحافظ في " الفتح " : " إسناده صحيح ولم أر في حديث صحيح ذكر الحميراء إلا في هذا

(Al-Hafiz berkata dalam kitabnya al-fath: “saya tidak melihat satupun hadis sahih yang didalamnya menyebut nama Al-humaira kecuali di dalam hadis ini)

Rasullullah memanggilku yang mana ketika itu para tentera sedang berlatih dengan menggunakan tombak di halaman masjid yang waktu itu adalah pada hari raya,maka baginda SAW berkata kepadaku: “Wahai Humaira,adakah engkau ingin melihat mereka(tentera yang tengah berlatih?).”Maka aku pun menjawab: “Ya.” Maka baginda menyuruhku untuk berdiri di belakangnya dan baginda menundukkan kedua bahunya bagi membolehkan aku melihat mereka.Aku meletakkan daguku ke atas bahu baginda SAW,(sehingga mukaku bersandar ke pipi baginda).Kemudian aku melihat mereka dari aras atas kedua bahu baginda SAW.(dalam riwayat lain mengatakan bahawa Saiditina Aisyah melihat mereka dari arah antara telinga dan bahu Nabi SAW),dan baginda berkata : “Agaknya kamu semua itu bukanlah Bani Urfadah?” Maka baginda berkata: “Wahai Aisyah tidak puaskah engkau?” Maka aku menjawab: “Tidak kerana saya memandangkan tempat(kedudukanku) disisi baginda sehingga aku puas.”[2]

Az-zarkasi di dalam kitabnya Al-mu’tabar berkata : “Guru kita iaitu Ibnu kathir ada menyebut daripada gurunya Al-Hujaj al-Maziyyi sesungguhnya beliau berkata: “Semua hadis yang menyebut nama Humaira adalah batal kecuali hadis yang menjelaskan tentang puasa yang mana ianya termaktub dalam Sunan An-nasai.” Saya berkata lagi: “Dan juga satu lagi hadis yang terdapat di dalam Sunan Nasa’i yang bermaksud seperti berikut :

“orang-orang Habsyah masuk masjid dan bermain-main didalamnya,kemudian beliau berkata kepadaku: “Ya Humaira adakah engkau suka melihat mereka? Isnad ini sahih.[3]


Alhamdulilah,penulis bersyukur kerana ulama-ulama hadis telah bersusah payah dalam mengkaji dan menilai akan kesahihan hadis,terutama hadis yang didalamnya terdapat perkataan Humaira.Usaha-usaha mereka ini sepatutnya dihargai oleh kita semua,dan dijadikan pengajaran kepada kita untuk mengenali yang mana satu hadis palsu dengan mudah.

Moga tulisan ini membuka minat kita untuk mengkaji hadis dan mendekatkan kita dengan Sunnah Nabi Muhamad SAW dan terlindung dari hadis-hadis yang tidak berasal dari Nabi.Dan Ingat!hadis yang didalamnya terdapat perkataan Humaira adalah palsu,cuma hadis yang dikecualikan(seperti yang penulis bawakan di atas) adalah sahih.Penulisan ini juga bukanlah mahu mengatakan bahawa penggunaan nama Humaira itu tidak boleh,sebab memang terdapat hadis sahih berkenaan dengan penggunaan nama Humaira.Tetapi tujuan sebenar penulisan ini,adalah mahu mengajak para pembaca untuk meminati dunia pengkajian hadis.Mereka yang bergelumang dengan pengkajian hadis akan merasai kelazatan yangtidak dapat diungkapkan.Kerana setiap hari yang dilalui seperti bersama dengan Nabi Muhammad,hadis-hadis yang dibaca menjadi pendoman dan panduan dalam meniti kehidupan.

Betullah sepertimana yang diperkatakan oleh para ulama terhadap ahlu hadis.Kata mereka:

“Ahli hadis itu adalah ahli yang selalu berpihak kepada Nabi SAW.Sekalipun mereka tidak bersahabat dengan baginda SAW,namun jiwa Nabi SAW sentiasa menjadi sahabat mereka”.


Ya,Rasullullah,betapa rindu dan cinta aku pada kau.Tidak sesekali aku akan benarkan sunnahmu dipalsukan dan diputarbelitkan.Aku akan korbankan jiwa dan raga dalam membela sunnahmu,dan selagi nyawa dikandung badan atas keizinan Allah,aku akan pastikan Islam dibela dan sunnahmu dituruti.Ini JANJIKU kepadamu wahai Muhamad Habibullah dan khalilullah.



[1] HR Muslim

[2] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari ,muslim,Nasai,Ahmad

[3] Al-Manar Al-munif,Ibnu Qoyim.Lihat nota kaki di ms/178

Thursday, November 22, 2007

INFAQ



INFAQ

Oleh:Yussamir Yusof
http://www.yussamir.com

Fitrahnya manusia mempunyai pelbagai keperluan hidup,seperti tempat tinggal,pakaian,makan minum,berkeluarga dan pelbagai lagi.Untuk mendapatkan semua itu,mereka yang jahil atau sebaliknya pasti berusaha untuk memenuhi segala keperluan tersebut.Dengan akal yang dikurniakan oleh Allah Taala,manusia mampu berfikir bagaiman hendak berteduh dari panas dan hujan,mencari makanan untuk mengatasi kelaparan, dan mencari pasangan hidup bagi memenuhi naluri kemanusiaannya.Manusia mampu bekerja keras untuk mencari wang dan harta kekayaan.

Disamping itu,manusia juga mampu memikirkan bagaimana hendak meningkatkan pengeluaran mereka, melipatgandakan hasil pertanian dan pelbagai lagi.Sebab itu kita dapati Rasullullah memberikan kebebesan kepada Umatnya menguruskan kehidupan bagaimana hendak meningkatkan kualiti bagi mencapai hasil yang lebih lumayan.Sebagaimana Sabda Nabi yang bermaksud: “Anda lebih tahu(bagaimana memperbaiki) urusan dunia anda.”(Sahih)


Saranan itu telah mendorong ke arah pembangunan Teknologi canggih dan sains, yang sentiasa menghasilkan penemuan baru dalam mempertingkatkan kehidupan manusia.Justeru,apa yang tidak dapat difikirkan oleh manusia adalah, bagaimana ia hendak menggunakan harta kekayaan atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan keredhaan Allah.Lantaran itu,Islam telah menggariskan dan menganjurkan beberapa jalan agar manusia dapat membelanjakannya.Antara jalan yang dianjurkan ialah,menginfaqkan(bersedekah) harta dan wang ringgit yang dimiliki ke jalan Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”(At-taubah:41)

Firman Allah lagi:

“…dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”
(Al-baqarah:3)



Nafkahkanlah

Dari kedua-dua ayat ini dengan jelas menghendaki agar sebahagian dari harta kekayaan yang Allah kurniakan itu dinafkahkan.Dinafkahkan untuk keperluan diri,keluarga,untuk kebajikan jiran-jiran dan kepada mereka yang memerlukan..

Oleh sebab itu,harta milik seseorang itu tidak mempunyai nilai di sisi Allah,kecuali setelah ianya dibelanjakan atau diinfaqkan ke arah yang diredhai-Nya.Sememangnya antara tujuan harta itu dikurnia oleh Allah adalah untuk menjadi alat bagi mencapai keredhaan-Nya.

Seseorang yang menginfaqkan hartannya untuk tujuan yang mulia,adalah suatu cara untuk mereka untuk mensyukuri nikmat Allah.Setiap kali mereka berbuat demikian,Allah akan menggantikannya dan menambah pula dengan yang lain,sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."(Ibrahim:7)

Allah Ta’ala menambahi nikmat kepada hamba-Nya sama ada dengan bertambahnya rezeki dunia atau nikmat kerana bertambahnya pahala, sehingga melayakkan seseorang itu mencapai keredhaan Allah dan mendapat Syurga di akhirat kelak.

Akhir kata,Infaqlah harta agar ia menjadi bekal di alam barzakh dan seterusnya menjadi penolong di akhirat kelak.Kerana hanya tiga sahaja bekalan yang bakal dibawa simati ke alam barzakh,iatu;doa anak yang soleh,ilmu yang dimanfaatkan dan harta yang disedekahkan.


WaAllahualam…..

Tuesday, November 20, 2007

TIDAK BOLEH MAKMUM MENDAHULUI IMAM


TIDAK BOLEH MAKMUM MENDAHULUI IMAM
KETIKA SOLAT DENGAN SENGAJA

Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
http://www.yussamir.com

Solat berjamaah adalah lebih utama berbanding solat bersendirian.Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang solat secara berjamaah sebanyak 27 kali ganda daripada solat bersendirian.[1]

Namun begitu, ada satu perkara perlu kita perhatikan,iaitu jangan mendahului Imam ketika solat (yang dimaksudkan mendahului di sini ialah Makmum melakukan perbuatan mengangkat takbir,ruku’,sujud, salam dan lain dalam solat lebih awal daripada Imam) Perbuatan ini dilarang di dalam Islam dan mendapat ancaman keras dari Nabi Muhammad SAW.Sepertimana yang diperkatakan Nabi SAW yang bermaksud:

“Apakah orang yang mengangkat kepalanya sebelum Imam tidak berasa takut,bahawa Allah akan mengubah kepalanya menjadi Keldai?”[2]

Muhammad Soleh Al-Munajid berkata:Tidak benar perbuatan sebahagian orang yang mencampur adukan antara perbuatan mendahului dan melambatkan dari mengikuti Imam.Ketahuilah bahawa para Fuqaha telah menjelaskan bahawa perbuatan yang terbaik dalam hal ini ialah:Para makmum sewajarnya bergerak ketika Imam selesai bertakbir.Misalnya begini,apabila Imam mengucapkan ALLAHU AKBAR ,selesainya sahaja huruf ‘R’ disebut maka para makmum barulah boleh bergerak.Dengan syarat tidak boleh mendahului atau terlambat,dengan melakukan cara sedemikian barulah masalah ini dapat diselesaikan.[3]


Para sahabat Nabi sangat perihatin dan berhati-hati agar tidak mendahului Nabi ketika solat berjamaah.Salah seorang sahabat Nabi iaitu Baraa bin Azib menceritakan perihal keberhatian ini dengan berkata :

“Sesungguhnya mereka(para sahabat) solat di belakang Nabi,maka bila baginda selesai mengangkat kepalanya dari ruku’,saya tidak melihat seorang pun yang membungkukkan pungungnya sehingga Nabi meletakkan keningnya di tanah(tempat sujud),kemudian barulah sahabat di belakang baginda sujud”[4]

Dikhabarkan juga,ketika Nabi SAW telah tua dan pergerakkannya mula lambat,baginda menasihati dan mengingatkan orang-orang yang solat dibelakangnya dengan Sabda yang bermaksud:

“Hai Manusia(para sahabat),sesungguhnya aku sudah lanjut usia(tua),maka janganlah kamu sekalian mendahuluiku dalam ruku’ dan sujud”[5]


Kedua-dua hadis di atas yang menunjukkan larangan mendahului Imam telah menjadi sumber Hukum bagi para Fuqaha untuk melarang para Makmum mendahului imam.Para Makmum wajib menekankan tata-tertib ini dalam solat,agar solat kita sempurna dan dterima oleh Allah Ta’ala.

Sebenarnya perbuatan ini berlaku di sebabkan sikap Makmum yang tergesa-gesa dan tidak tenang. Sepatutnya,apabila seseorang menuju tempat solat haruslah tenang dan tidak tergesa-gesa.Bertenang-tenang itu dari Allah dan tergesa-gesa itu dari Syaitan. Hal ini bertepatan dengan Sabda Nabi yang bermaksud:

Tenang dan berhati-hati adalah (nikmat) dari Allah,dan tergesa-gesa adalah dari Syaitan”[6]


InsyAllah,dengan adanya sikap tenang dan tidak tergesa-gesa, solat kita akan lebih sempurna dan lebih bermakna.Akhir kata,penulis berharap selepas ini kita lebih peka dan tertib dalam melakukan solat secara berjamaah.

WaAllahualam….


[1] .(Maksud hadith dari Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhuma, riwayat Imam Bukhari dan Muslim, al Lu' Lu' wal Marjan).

[2] HR Muslim

[3] (Muhrimat Istihan Biha An-Nas Yajibu Hizru Minha-dengan sedikit suntingan bahasa,kerana komentar ini dijelaskan dalam bahasa arab)

[4] HR Muslim

[5] HR Al-Baihaqi.Dinilai Hassan dalam Irwa’ Al-Qhalil)

[6] HR Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra.Dinilai Sahih dalam As-Silsilah As-Sahihah

Monday, November 19, 2007

Selamat tinggal SAHABAT,moga kita bertemu di Syurga,InsyAllah.


Selamat tinggal SAHABAT,moga kita bertemu di Syurga,InsyAllah.

oleh:Yussamir yusof
cyberjaya
sebelum tidur 20/11/07


Kepada yang mengenali ##### bila m’baca sms ini dihrpkan byk2 b’sabar dan tng krn beliau telah pun meninggalkan kita pd 19 Nov 07 jam 6.30ptg…akbt dr pkara yg xdiingini blaku dihrpkn dpt memp’bnykkn doa kepdnya agar beliau dirahmati Allah atas pemergiannya sekali gus meninggalkn bumi tercnta,dari saat ini……

Begitulah bunyinya sms yang aku terima sebentar tadi.Benar-benar membuatkan aku terpana dan terkejut sekejap.Seperti kehilangan akal apabila mendapat berita ini dari sahabat aku.Sms ini mungkin dihantar oleh keluarga sahabat aku, aku benar-benar terkejut.Tidak mungkin hal ini boleh terjadi,dia sahabat aku!!!

Betul-betul menguji keimanan dan ketabahan aku.Rakan bilik aku hanya mampu memandang dan mengelengkan kepala apabila membaca sms yang tertera di hp aku.Air mata mula memenuhi ruang mata,menunggu untuk tumpah ke bumi.Aku benar-benar merasa kehilangan,kehilangan yang begitu bermakna.Selain dari keluargaku, kehilangan sahabat ini pasti amat memberi impak yang besar padaku.Aku redha ya Allah,aku redha..Semua ini ketentuan-Mu,tempatkanlah sahabatku itu dalam golongan yang Kau redhai dan kasihi..Amin..

Tiba-tiba aku terlihat sesuatu yang tidakku duga di hp ku.Terdapat baki sms yang belum ku baca.Aku scroll ke bawah lagi,dan sms ini tertera di hp ku :

Utk mnjd angkasawan ke-2 mwkli m’sia ke ISS slps Syeikh Muszafhar….TAHNIAH hehe….. :-p

YaAllah!!Aku tertipu!!!.....Kurang asam punya ##### mati-mati aku ingat betul-betul la...




Pasti ada yang gelak dan merasa geli hati dengan peristiwa yang terjadi pada saya sebentar tadi.Benar hal itu adalah rekaan semata-mata yang dilakukan oleh sahabat saya yang bernama #####,namun ada sesuatu yang saya mahu sampaikan di sini.

Saya mahu bertanya,adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi situasi seperti di atas?Mungkin ada yang menjawab Ya dan ada yang mengatakan Tidak.Tetapi apa yang pasti,hal ini pasti terjadi pada kita suatu hari nanti.Sama ada keluarga atau sahabat baik kita,ia pasti akan terjadi.Janji Allah itu benar,dan Allah tidak akan sesekali lupa dengan apa yang Dia telah janjikan.Bahawa setiap insan aku merasai mati!!Hanya 3 perkara yang dibenarkan kita membawanya apabila mati nanti. 3 perkara tersebut ialah ;ilmu yang dimanfaatkan,harta yang digunakan pada jalan Allah dan doa dari anak yang soleh.

Ingatlah! Itu sahaja bekalan kita.Bila lagi mahu sediakan?Sama-samalah kita insafi..WaAllahualam..

Friday, November 16, 2007

terima kasih semua





Alhamdulilah..Jumlah pembaca sudah mencecah 10000...terima kasih kepada semua.Moga Blog ini dapat terus memberi sesuatu kepada anda semua.Syukran Jazilan..

Thursday, November 15, 2007

Cinta adalah Fitrah Manusia


Cinta adalah Fitrah Manusia


Artikel ini ditulis sahabat saya
#Artikel ini disiarkan bagi memenuhi pemintaan pembaca yang 'bernama' TETAMU.
Moga ada manfaatnya.


Mencintai seseorang atau jatuh hati terhadap lawan jenis merupakan perkara fitrah kerana Allah Ta’ala menciptakan manusia di dalam keadaan demikian sebagaimana firman-Nya,

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik” (QS. Ali Imran : 14)


Di dalam sebuah hadits shahih diceritakan kisah seseorang wanita yang bernama Barirah yang mana suaminya yang bernama Mughits selalu mengikutinya dari belakang setelah mereka bercerai, maka Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam berkata kepada Abbas,

Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub terhadap cintanya Mughits kepada Barirah dan kebencian Barirah kepada Mughits ?” (HR. al Bukhari).

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah kemudian menjelaskan dalam Mukhtashar Raudhatul Muhibbin (hal. 82) bahawa Rasulullah ShallallaHu ‘alayHi wa sallam tidak melarang tumbuhnya cinta Mughits yang membara di dalam keadaan seperti itu. Ini kerana, cinta merupakan sesuatu yang tidak boleh dibendung dan ia bukan merupakan inisiatif diri sendiri.


Seorang lelaki berkata kepada Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu, “Wahai Amirul Mukminin, aku telah melihat seorang wanita lalu aku pun sangat cinta kepadanya”. Lalu Umar radhiyallaHu ‘anHu berkata, “Itu adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk dibendung” (Mukhtashar Raudhatul Muhibbin hal. 81)


Penangan CINTA

Namun demikian cinta ini dapat menjadi bumerang bagi para pelakunya jika disertai dengan hawa nafsunya atau juga akibat godaan syaithan yang memang selalu ingin mengelincirkan manusia, sehingga pelakunya melakukan amal-amal yang buruk bergelumangan dengan dosa seperti zina dan lainnya.

Kerana cintanya dia menjadi hamba

Padahal sebelumnya dia raja


Allah Ta’ala berfirman:

Kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat Allah, lalu dia diikuti oleh syaithan, maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat”
(QS. Al A’raf : 175)


Dan tidak dapat dinafikan orang-orang yang mabuk cinta akan selalu merindukan orang-orang yang dicintainya. Seorang pemuda akan selalu merindui gadis yang dicintainya begitu pula si gadis akan selalu merindui pemuda yang dia dambakan.

Si pencinta mengadukan kerinduannya

Andaikata aku bisa menanggung kesendirian ini

Ada semua kenikmatan cinta di dalam hati

Yang tiada pernah dirasakan sesiapa


Maka dari itu Allah Ta’ala telah menciptakan ubat penyembuh akibat penyakit cinta yang berpotensi melanggar syariat yang telah Allah Ta’ala tetapkan dan memudahkan cara untuk mendapatkan ubat tersebut.

Barangsiapa yang berubat dengan sesuatu yang telah dilarang oleh Allah Ta’ala secara syariat, sekalipun dia mampu untuk melakukannya maka dia telah melakukan kesalahan di dalam proses pengubatan. Dia seperti orang yang hendak mengubati suatu penyakit dengan penyakit yang lebih berbahaya.


Dan ubat itu adalah pernikahan. Dari Ibnu Abbas radhiyallaHu ‘anHu, Rasulullah ShallallaHu ‘alayHi wa sallam bersabda,

لم نر ((ير)) للمتحابين مثل النكاح

yang ertinya “Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan” (HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat. Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah membuat syair yang cukup indah berkaitan dengan permasalahan ini (Mukhtashar Raudhatul Muhibbin hal. 54):

Engkau penuhi keinginan hatimu yang bergelora

Dengan bersama kekasihmu, bila dia rela

Jika engkau lakukan itu dalam kehalalan, berbahagialah

Engkau dapatkan kasih sayang dan kerelaan

Jika engkau lakukan itu dalam keharaman

Sungguh itu adzab, yang menghinakan dan yang menyengsarakan


Ahli ilmu dan dari kalangan lainnya telah sepakat bahawa ubat daripada penyakit cinta ini adalah menyatunya dua ruh dan badan yang saling berdekatan. Dari Jabir radhiyallaHu ‘anHu bahawasannya Rasulullah ShallallaHu ‘alayHi wa sallam pernah melihat seorang wanita maka kemudian dia mendatangi isterinya Zainab, lalu bersabda:

Jika salah seorang kalian melihat wanita lalu tertarik kepadanya, maka hendaklah dia mendatangi isterinya, kerana yang demikian itu boleh menolak apa yang bergejolak di dalam dirinya” (HR. Imam Muslim)

Isma’il bin ‘Ayyasy menceritakan dari Syurahbil bin Muslim dari Abu Muslim al Khaulani rahimahullah, bahawasannya dia berkata:

Wahai seluruh penduduk Khaulan, nikahkanlah pemuda-pemudi kalian dan hamba-hamba kalian kerena gejolak yang berkobar adalah masalah yang serius. Maka buatlah persiapan untuk urusan itu dan ketahuilah bahawa tidak ada penolakan bagi sesiapa yang meminta izin untuk menikah” (Mukhtashar Raudhatul Muhibbin hal. 126)


Semoga Allah Ta’ala memudahkan para pemuda dan pemudi Islam yang saling mencintai dan merindui untuk mengambil jalan yang telah disyariatkan oleh agama dan semoga mereka dapat memperoleh buah dari ketaatan yang mereka kerjakan.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberi rezeki dari arah yang tiada yang disangka-sangkanya” (QS. Ath Thalaq : 2-3)






Sumber rujukan:

Mukhtashar Raudhatul Muhibbin li al Imam Ibn Qayyim al Jauziyyah, Abu Shuhaib al Karami, Pustaka Arafah, Solo, Cetakan Pertama, Juli 2005.

Semoga Bermanfaat