Sunday, November 11, 2007

Tauladan di sebalik keburukan



Tauladan di sebalik keburukan
Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
12 November 2007

Munkin ramai akan bersetuju jika saya mengatakan bahawa ‘tiada kebaikan dalam keburukan’.Tapi bagaimana pula kalau saya katakan ‘ada tauladan di sebalik keburukan’?
Ya,tauladan disebalik keburukan.Ramai yang sangsi dengan ungkapan ini,mereka menganggap hal ini menghalalkan sesuatu yang diharamkan.Mengapa kita tidak berfikir sejenak dan memerhatikan sedalam mungkin ungkapan ini.Mengapa kita tidak mengulang cetak sejarah di dalam kotak minda kita?Jangan kita lupakan sejarah,kerana menjadi satu kecelakan bagi mereka yang sengaja melupakan sejarah.

John Santayana seringkali memperingatkan manusia dengan ungkapan mashurnya:

“Celakalah kepada sesiapa yang melupakan sejarah dan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan dalam lipatan sejarah”.

Sejarah membuktikan bahawa terdapat banyak taudalan yang boleh kita ambil dalam setiap keburukan yang berlaku.
Anda pasti kenal dengan Sam Walton pengemudi dan juga pengasas kepada Wal-Mart,seorang lelaki biasa yang penuh dengan cita-cita dan harapan.Pernah satu ketika apabila dia dan rakannya iaitu Don Soderquist singgah di sebuah supermarket,dan keadaan supermarket tersebut cukup tidak teratur dan tersusun.


Sam Walton bertanya pada Don : “What do you think”-apa awak fikir.

Kemudian Don melihat-lihat keadaan supermarket tersebut,dan dia pun menjawab: “Sam,that was the worst store that I have ever see in my life.They won’t be tough competition at all.And what do you think?”- Sam,inilah store yang paling teruk pernah saya lihat dalam hidup saya.Mereka tidak akan dapat menjadi pesaing.Dan apa awak fikir? Don menyoal Sam.

Sam menjawab : “Don,did you see the panty hose rack? Don,that was the best pasty hose rack I have ever seen!Don did you see the Ethnic Cosmetics?We should have one”.-Don,adakah awak nampak rak tersebut?Don,itulah rak yang terbaik saya pernah lihat!Don,adakah awak nampak alat solek etnik itu?Kita mesti ada juga”.

Lihatlah,bagaimana Sam Walton melihat tauladan di sebalik keburukan Supermarket tersebut.Berbeza dengan sudut pandangan Don yang tidak dapat melihat tauladan yang terselit di sebalik keserabutan dan kekecahan supermarket tersebut.Itulah di namakan sebagai “The power of seeing what others don’t see”[1],iaitu yang bermaksud “Kekuatan melihat apa yang tidak dilihat oleh orang lain”.Untuk berjaya kita perlu mempunyai penglihatan superman iaitu penglihatan yang dapat menembusi tembok-tembok yang menghalang kita untuk berjaya.

Selain dari kisah keupayaan melihat sesuatu yang terhalang seperti Sam Walton,cerita tentang kehebatan Adolf Htler juga perlu kita kongsikan bersama.Memang benar Hitler telah menjahanamkan dunia dan membuatkan Bangsa Yahudi merana kehilangan keluarga.Tetapi disebalik kekalutan yang dilakukan oleh Hitler,terdapat satu tauladan yang boleh kita ambil dan praktikan,iaitu kehebatan berpidatonya.Siapa sangka,orang yang pernah digelar badut dan kartun pada awal kemunculannya dikhalayak ramai dengan pidato nasionalismanya menjadi ketua Negara.Tidak ada orang yang menyangka kehebatan pidato dan karismatik yang ditonjolkannya dapat mempengaruhi seluruh penduduk Jerman ketika itu.Hanya dengan membawa ideology Anti-Semit,iaitu membenci Yahudi dan semangat Nasionalisme,orang-orang Jerman kembali bersatu dan bangun menjadi sebuah Negara yang ditakuti selepas kalah ditangan Perikatan.-bayangkan apabila dihadapkan ke Mahkamah,para hakim turut teruja dengan pidatonya.Betapa hebat dia berpidato!

Semua ini dilakukan hanya melalui wadah pidato.Atas dasar kehebatan inilah,kita perlu contohi dan ambilnya sebagai satu tauladan,bahawa dengan pidato kita dapat menghembuskan semangat perpaduan dan kesatuan dikalangan masyarakat.Kalau zaman sekarang,pidato itu boleh kita tukarkan kepada kekuatan menyampaikan.Tidak kiralah sama ada melalui wadah penulisan,radio,media massa dan sebagainya.Yang penting penyampaian tersebut perlu diisi dengan roh kekuatan seperti yang ditonjolkan Adolf Hitler.Selain mencontohi kehebatan berpidatonya,kita juga perlu perhatikan karismatik yang ditonjolkan oleh beliau.Karisma yang tetap pada pendirian dan tidak mahu berputus asa adalah asas kekuatan yang ada pada Adolf Hitler.Walaupun kita tahu bahawa Adolf Hitler mempraktikan teori Machiavelli (melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat walaupun menggunakan kekerasan dan melakukan kesalahan) yang salah disisi Islam,namun kebijaksanaan dia mengatur dan merancang patut kita contohi dan tauladani.

Walaupun begitu, ramai tidak tahu bahawa Adolf Hitler sebenarnya adalah seorang Psycho.Dia tidak siuman,dia gila.Tetapi disebabkan kehebatannya dalam meniupkan api perpaduan dan perkauman melalui pidato,rakyat Jerman menyokongnya.Sejarah membuktikan, bahawa Adolf memang seorang tokoh yang cemerlang dalam mempengaruhi manusia.Tapi sayang,dia bukanlah seorang tokoh yang cemerlang dalam pemerintahan dan baik terhadap rakyatnya.Akhirnya,pada 30 April 1945 Adolf Hitler mati dengan membunuh dirinya di ‘Berlin Bunker’,setelah tenteranya kalah dalam peperangan.Disebalik kehitaman terdapat juga titik putih yang boleh kita jadikan tauladan,kerana tidak semua yang buruk itu buruk.Kalau Hitler yang tidak siuman itu boleh menggegar dunia,masakan kita yang normal tidak berupaya lebih daripada dia?

Kedua-dua cerita diatas memberikan kita makna “tauladan disebalik keburukan” yang perlu kita pelajari dan sematkan dalam diri.Tidak semua yang buruk itu buruk,dan tidak semua yang baik itu tidak ada buruk.Kita perlu pelajari untuk mencari kekuatan pada seseorang bukan hanya terus-menerus mencari keburukan pada diri orang lain.Jika semua ada sikap sebegini,maka pasti keburukan itu dapat menjadi kekuatan dan pemangkin perpaduan dan kesatuan kita bersama.Fikir-fikirkanlah….


[1] Don Soderquist-The Wal-Mart way

No comments:

Post a Comment