Gelaran HUMAIRA antara yang batil dan sahih
Oleh:Yussamir yusof
25 November 2007
Cyberjaya
Sejak kecil lagi apabila kita mempelajari tentang Sirah Nabi Muhammad,kita akan diperkenalkan dengan Isteri kesayangan baginda yang bernama Saiditina Aisyah.Selain menjadi isteri kesayangan Rasullullah,Saiditina Aisyah juga memiliki kebijaksanaan dan banyak meriwayatkan hadis Rasullullah.Saiditina Aisyah digelar Ummul Mu’minin oleh semua umat Islam ketika itu,dan beliau juga menjadi tempat rujukan oleh para sahabat setelah Rasullullah wafat.Keutamaan Saiditina Aisyah keatas wanita-wanita lain dinyatakan sendiri oleh Nabi dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Anas bin Malik meriwayatkan,bahawa beliau pernah mendengar Rasullullah bersabda:
عن أنس بن مالك قال
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول فضل عائشة على النساء كفضل الثريد على سائر الطعام
“Keutamaan Aisyah ke atas wanita-wanita lain seperti keutamaan starid(bubur daging dan roti) atas makanan yang lain”[1]
Kemulian dan keutamaan Ummul Mukminin tidak dapat dipersoalkan lagi,namun disebabkan masih ada lagi kaum munafikin berlegar di kalangan para sahabat,nama Ummul mu’minin cuba dirosakkan.
Mahu merosakkan kemuliaan Ummul Mu’minin secara terang-terangan sukar untuk mereka lakukan,tapi mereka tidak mengalah dan mereka sentiasa berfikir untuk cuba merosakkan nama baik Saiditna Aisyah.Akhirnya,mereka senyap-senyap menyusup ke dalam pemikiran umat islam dengan mencipta hadis palsu yang berkaitan dengan nama Saiditina Aisyah.Hadis palsu yang dimaksudkan itu adalah hadis yang didalamnya terdapat gelaran Humaira yang seringkali kali kita sandarkan bahawa itu adalah panggilan manja Saiditina Aisyah yang diberi Rasullullah.
Usaha mereka menyusup kedalam pemikiran umat islam melalui penciptaan hadis palsu menjadi kenyataan, apabila umat islam terpedaya mengenai kesahihan gelaran Humaira tersebut.Sehingga ke hari ini,kita sering melafazkan panggilan Humaira selepas nama Aisyah.Seakan-akan itulah gelaran yang disukai oleh Saiditina Aisyah dan diberikan oleh Nabi.Ulama hadis sejak zaman berzaman cuba meniliti kembali tentang kebenaran riwayat-riwayat berkenaan dengan gelaran Humaira .Keraguan gelaran ini muncul di hati-hati Muhadisin disebabkan, munculnya kelompok-kelompok Syiah yang semakin hari semakin banyak mencipta hadis-hadis palsu tentang keburukan Saiditina Aisyah.
Akhirnya setelah membuat pengkajian yang mendalam terhadap hadis-hadis yang terkumpul di dalamnya perkataan Humaira,ulama-ulama hadis membuat penetapan bahawa semua hadis yang mempunyai perkataan Humaira adalah PALSU! Dan kaedah ini menjadi salah satu method kepada muhadisin untuk mengenali hadis palsu.
Antara hadis PALSU yang didalamnya terdapat perkataan Humaira adalah:
- يا حميراء أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله عز وجل يستريح به المريض
- يا حميراء إنه لما كان ليلة أسري بي إلى السماء أدخلت الجنة فوقفت على شجرة من شجر الجنة لم أر في الجنة شجرة هي أحسن منها حسنا ولا أبيض منها ورقة ولا أطيب منها ثمرة فتناولت ثمرة من ثمراتها فأكلتها فصارت نطفة في صلبي فلما هبطت واقعت خديجة فحملت بفاطمة فإذا أنا اشتقت إلى رائحة الجنة شممت ريح فاطمة
- يا حميراء أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله عز وجل يستريح به المريض
- يا حميراء ! إن فاطمة ليست كنساء الآدميين ، ولا تعتل كما يعتلون.
Walaubagaimanapun,ulama hadis mengecualikan dua hadis yang di dalamnya terdapat perkataan Humaira,dan mengelaskannya sebagai hadis sahih.Selain daripada dua hadis ini,semuanya palsu dan dusta!
Hadis yang dikecualikan ini boleh didapati dalam kitab Risalah Adab Al-Zafaf:
( دعاني رسول الله صلى الله عليه وسلم [ والحبشة يلعبون بحرابهم في المسجد ] [ في يوم عيد ]
فقال لي : [ يا حميراء( 1 ) أتحبين أن تنظري إليهم ؟ فقلت : نعم ]
هذه الزيادة رواها النسائي في " عشرة النساء "
وقال الحافظ في " الفتح " : " إسناده صحيح ولم أر في حديث صحيح ذكر الحميراء إلا في هذا
(Al-Hafiz berkata dalam kitabnya al-fath: “saya tidak melihat satupun hadis sahih yang didalamnya menyebut nama Al-humaira kecuali di dalam hadis ini)
Rasullullah memanggilku yang mana ketika itu para tentera sedang berlatih dengan menggunakan tombak di halaman masjid yang waktu itu adalah pada hari raya,maka baginda SAW berkata kepadaku: “Wahai Humaira,adakah engkau ingin melihat mereka(tentera yang tengah berlatih?).”Maka aku pun menjawab: “Ya.” Maka baginda menyuruhku untuk berdiri di belakangnya dan baginda menundukkan kedua bahunya bagi membolehkan aku melihat mereka.Aku meletakkan daguku ke atas bahu baginda SAW,(sehingga mukaku bersandar ke pipi baginda).Kemudian aku melihat mereka dari aras atas kedua bahu baginda SAW.(dalam riwayat lain mengatakan bahawa Saiditina Aisyah melihat mereka dari arah antara telinga dan bahu Nabi SAW),dan baginda berkata : “Agaknya kamu semua itu bukanlah Bani Urfadah?” Maka baginda berkata: “Wahai Aisyah tidak puaskah engkau?” Maka aku menjawab: “Tidak kerana saya memandangkan tempat(kedudukanku) disisi baginda sehingga aku puas.”[2]
Az-zarkasi di dalam kitabnya Al-mu’tabar berkata : “Guru kita iaitu Ibnu kathir ada menyebut daripada gurunya Al-Hujaj al-Maziyyi sesungguhnya beliau berkata: “Semua hadis yang menyebut nama Humaira adalah batal kecuali hadis yang menjelaskan tentang puasa yang mana ianya termaktub dalam Sunan An-nasai.” Saya berkata lagi: “Dan juga satu lagi hadis yang terdapat di dalam Sunan Nasa’i yang bermaksud seperti berikut :
“orang-orang Habsyah masuk masjid dan bermain-main didalamnya,kemudian beliau berkata kepadaku: “Ya Humaira adakah engkau suka melihat mereka? Isnad ini sahih.[3]
Alhamdulilah,penulis bersyukur kerana ulama-ulama hadis telah bersusah payah dalam mengkaji dan menilai akan kesahihan hadis,terutama hadis yang didalamnya terdapat perkataan Humaira.Usaha-usaha mereka ini sepatutnya dihargai oleh kita semua,dan dijadikan pengajaran kepada kita untuk mengenali yang mana satu hadis palsu dengan mudah.
Moga tulisan ini membuka minat kita untuk mengkaji hadis dan mendekatkan kita dengan Sunnah Nabi Muhamad SAW dan terlindung dari hadis-hadis yang tidak berasal dari Nabi.Dan Ingat!hadis yang didalamnya terdapat perkataan Humaira adalah palsu,cuma hadis yang dikecualikan(seperti yang penulis bawakan di atas) adalah sahih.Penulisan ini juga bukanlah mahu mengatakan bahawa penggunaan nama Humaira itu tidak boleh,sebab memang terdapat hadis sahih berkenaan dengan penggunaan nama Humaira.Tetapi tujuan sebenar penulisan ini,adalah mahu mengajak para pembaca untuk meminati dunia pengkajian hadis.Mereka yang bergelumang dengan pengkajian hadis akan merasai kelazatan yangtidak dapat diungkapkan.Kerana setiap hari yang dilalui seperti bersama dengan Nabi Muhammad,hadis-hadis yang dibaca menjadi pendoman dan panduan dalam meniti kehidupan.
Betullah sepertimana yang diperkatakan oleh para ulama terhadap ahlu hadis.Kata mereka:
“Ahli hadis itu adalah ahli yang selalu berpihak kepada Nabi SAW.Sekalipun mereka tidak bersahabat dengan baginda SAW,namun jiwa Nabi SAW sentiasa menjadi sahabat mereka”.
Ya,Rasullullah,betapa rindu dan cinta aku pada kau.Tidak sesekali aku akan benarkan sunnahmu dipalsukan dan diputarbelitkan.Aku akan korbankan jiwa dan raga dalam membela sunnahmu,dan selagi nyawa dikandung badan atas keizinan Allah,aku akan pastikan Islam dibela dan sunnahmu dituruti.Ini JANJIKU kepadamu wahai Muhamad Habibullah dan khalilullah.
No comments:
Post a Comment