Tuesday, August 19, 2008

CEMBURUKU PADA JIHADMU


Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
20 Ogos 2008
www.yussamir.com

Titis air mata terus mengalir melihat sang Mujahid, sedang aku bersenang di bangku menghadap komputer. Cintaku dan kasihku padamu sang Mujahid.



Palestin kembali ke halaman selepas lama menunggu

Oleh YUSSAMIR YUSOF

GAZA 21 Ogos- Pihak Hamas telah berjaya mengebom Israil dan menewaskan tentera Israil dengan bantuan dari beberapa Negara Islam. Setakat ini daripada sumber al-Jazira, Menteri pertahanan Israil Ehud Mubarak mengakui kekuatan para pejuang Hamas, dan beliau telah bersemuka dengan Perdana Menteri Israil, Ehud Olmert untuk mengundurkan tenteranya di sebarang tebing Gaza dengan segera.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah mengumumkan bahawa kejayaan menawan Israil adalah puncak kepada jihad yang telah lama dilaksanakan. Walaubagaimanapun, beliau menasihatkan kepada para pejuang Hammas agar sentiasa mengikuti landasan Syariat apabila memasuki wilayah Israil. Antara perkara yang diingatkan ialah, jangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua, ahli ibadat yang berada di tempat ibadat, memotong pokok-pokok, menghancurkan rumah dan bangunan ibadat dan sentiasa membuat baik kepada warga Israil. Selepas selesai membuat ucapan, beliau dan semua warga Palestin beramai-ramai memasuki wilayah Israil yang sudah lama dirampas dari mereka. Mereka semua beramai-ramai melaungkan kesyukuran dengan takbir dan tahmid sepanjang perjalanan. - BERNAMA


Redha seorang ibu kepada syahidnya si anak


Hati Al-Quds

Darah merah pekat terus mengalir,

Jeritan, pekikan dan tangisan terus hadir,

Merintih di tempat lahir sendiri,

Tapi iman tetap kukuh di hati.


Jihad disalah erti,

Biar sahaja usah peduli,

Kita ini Muslim sejati,

Syurga menjadi idaman hati.


Bila lagi soal hati,

Nabi kata jangan ragui,

Halaman yang didambai,

Bakal menjelma nanti.


Peristiwa al-Quds menjadi ingatan,

Ummah menangisi kejadian,

Membawa kebangkitan kekuatan,

Palestin syahid menjadi idaman.


Al-Quds itu janji bersama,

Diikat kukuh dalam saudara,

Ukhwah itu indah bersama,

Moga kekal selama-lama.


-Yussamir Yusof-



Mujahid kecil yang besar imannya


Moga berita di atas yang direka oleh saya, menjadi kenyataan dan sajak di atas menjadi ingatan untuk kita bersama. Umat Islam yang beriman sentiasa memikirkan saudaranya, dan sentiasa berusaha untuk menolong saudaranya. Moga hadith di bawah ini menjadi ingatan dan muhasabah kepada kita semua.

“seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniya dan janganlah menghinanya. Taqwa tempatnya disini! Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali. Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim, setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim. Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya”[1]


Indah sungguh jihadmu sang Mujahid


Beruntunglah para muhajid dan mujahidan Palestin, moga ucapan dari Sang Agung ini menjadi hiburan kepada mereka. “Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (PALESTIN) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari ke belakang(kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang rugi.” (al-Maidah ayat 21)

Moga peristiwa al-Quds pada setiap 21 Ogos menjadi peristiwa yang membawa makna dan ingatan kepada kita semua. Allah Akbar!





[1] HR Muslim

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Tergamam sebentar apabila membaca berita di awal entri kerana begitu mengharapkan perkara seumpamanya berlaku. Meskipun hanya rekaan, kita doakan supaya menjadi kenyataan, insyaAllah.

    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.
    Riwayat Ahmad dan Muslim

    Wallahualam

    ReplyDelete