Oleh : Yussamir Yusof
Cyberjaya
15 Ogos 2008
www.yussamir.com
Membelek gambar-gambar lama semasa saya masih kecil, saya teringat adik di Darul Ma’wa Singapura. Program bersama mereka yang hanya mengambil suku hari, benar-benar meninggalkan kesan sehingga sekarang. Walau penat dan hilang suara dibuatnya, hehehe..
Peristiwa yang masih saya ingat sehingga sekarang ialah perbualan dan kemesraan saya dengan seorang adik yang namanya saya sudah tidak ingat. Maaf, ye dik. Tapi gambarnya masih saya ada dalam simpanan saya.
“Sekarang jam berapa bang?”
“Jam 6.30 petang. Kenapa?”
“Kenapa waktu saya tak sama dengan waktu abang?”
“Ha? Cuba abang tengok.” Aku terkejut.
Aku cuba membelek-belek jam tangan adik itu.
“Eh, betul la 6.30, cuma lewat 2 minit saja.”
“Ala..nak sama dengan abang.”
“Aduh. Ok la,meh bagi jam tu pada abang.”
Selepas membetulkan minit jam adik tu, aku pakaikan jam dekat tangan dia.
“Ala bang, saat dia tak sama pun dengan saat abang.”
“Saat pun nak sama? Aiseh..ok meh bagi abang betulkan lagi.”
“Ok,jam,minit, dan saat semuanya sama dengan abang.”
Adik itu tersenyum puas. Dibelek-beleknya jam aku dan jam dia. Dia mahukan jam dia berputar sama dengan jam aku. Senyuman dia semacam memberi satu kebahgiaan pada aku. Badannya yang gempal, dan sedap dipeluk mengingatkan diri aku semasa sebayanya. Yang membezakannya aku masih ada ibu bapa, tapi adik di depan aku ini tidak pernah lagi menyebut perkataan ibu dan ayah. Senyumannya itu, sarat dengan beribu cerita. Siapa tahu, mungkin senyuman dan manjanya itu sekadar sebuah harapan untuk dapatkan kembali kedua ibubapanya. Tapi mampukah kita untuk mengembalikannya. Aku sendiri terdiam seketika, dan memujuk hati untuk tidak keluarkan air mata di depannya.
No comments:
Post a Comment