Tuesday, August 12, 2008

Terima kasih daun Keladi


Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
1.54 pagi/ 12 Ogos 2008



Alhamdulilah, Forum Remaja bertajuk “Tabiat Tak-Pa, Mahasiswa Binasa” selamat diadakan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua komiti dan khasnya kepada Panelis;Ustaz Pahrol, Ustaz Razak dan Puas Rosmawati, dan juga hadirin yang mengimarahkan majlis ilmu malam tadi.

Selain daripada itu, saya mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada pembaca Paradigma(katanya dari sebuah maktab,maaf kalau salah informasi) yang datang dengan sebuah bas, memang tidak disangka akan kehadiran anda. Walaubagaimanapun, saya menyusun sepuluh jari kerana saya tidak sempat bersua-muka dengan anda semua, saya mengetahuinya pun dari komiti yang bertugas. Kata mereka, "yussamir dot com punya pembaca datang.". Moga ukhwah yang bertaut melalui Paradigma akan utuh dan seterusnya menjadi saksi bahawa kita berukhwah kerana-Nya. Terima kasih kerana menyokong program yang dijalankan ini.


Puan Rosma, Ustaz Razak, Ustaz Pahrol dan saya

Kepada semua komiti, jika ada salah silap, terasa hati dan juga tersinggung perasaan, mohon dibuang dan diisi dengan nikmat erti hidup pada memberi, dengan perkongsian satu rasa dalam berbeza hati.

Insya Allah isi yang diutarakan dalam forum ini akan saya usahakan untuk dijadikan sebuah artikel ringkas saya atau akan video yang akan diupload di Youtube.

Saya akhiri dengan sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, hadith ini diriwayatkan dari Humaid bin Abdur Rahman, dia berkata, "Saya mendengar Mu'awiyah sewaktu dia berkhutbah dia mengatakan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 'Barangsiapa yang dikehendaki Allah dalam kebaikan, maka Allah menjadikannya pandai agama. Saya ini hanya pemberi (penyampai wahyu secara menyeluruh), dan Allah Yang Mahaperkasa lagi Mahamulia memberi (pemahaman). Dan akan senantiasa ada dari umat ini yang menegakkan urusan Allah. Tidaklah membahayakan mereka [orang yang meremehkan mereka dan tidak pula] orang yang menentang mereka (dan dalam satu riwayat: Dan urusan umat ini akan senantiasa lurus sehingga datang hari kiamat atau) sehingga datang [kepada mereka] perintah Allah [sedang mereka tetap pada yang demikian itu.' Lalu Malik bin Tukhamir berkata, 'Mu'adz berkata, 'Sedang mereka berada di negeri Syam.' Kemudian Mua'wiyah berkata, 'Malik ini mengaku bahwa dia mendengar Mu'adz berkata, 'Sedang mereka berada di negeri Syam.'"].

Moga kita semua berada dalam kebaikan di mana Allah memahamkan kita dengan agama-Nya. WaAllahualam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Tahniah2...can't wait to watch the video akhi. Nanti kabo ye kalau dah upload.

    P/s: 15Ogos2008-My convocation day. =D

    ReplyDelete