Oleh: Yussamir Yusof
29 Ogos 2008
www.yussamir.com
cyberjaya
Menjadi pelajar luar biasa atau biasa-biasa? Saya bersoal-jawab dengan diri saya, selepas soalan ini dilontarkan oleh Mentor saya Ustaz Hasrizal. Ya, menjadi pelajar yang biasa-biasa atau luar biasa penentunya ada di tangan saya. Saya yang bakal memilihnya, jika mahu menjadi pelajar yang biasa-biasa silakan. Tetapi kalau mahu jadi pelajar yang luar biasa harus ada banyak perkara yang harus difikirkan dan dihadapi.
Bila mahu jadi luar biasa, pasti akan ada halangan dan cabaran luar biasa yang harus saya hadapi. Jatuh bangun dalam kehidupan adalah perkara lumrah. Tetapi jangan jatuh dua kali dalam lubang atau lopak yang sama, kerana orang yang jatuh pada lubang yang sama adalah orang bodoh. Tidak pernah menjadikan sejarah sebagai ibrah, ataupun pengajaran kepada dirinya.
“Tidaklah seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang) yang sama.” (Sahih:Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim)
Saya bukan seorang genius atau dilahirkan bijak, tetapi lumrah ingin menjadi terbaik di kalangan terbaik sentiasa ada dalam diri saya. Akur bahawa menjadi luar biasa memerlukan usaha yang luar biasa dari biasa-biasa. Keluar dari kebiasaan yang biasa-biasa harus dimulai dengan tabiat malas kepada rajin yang luar biasa. Bersama-sama dalam lingkungan orang yang luar biasa, dari segi ibadah, pembelajaran dan pergaulan juga harus dilakukan.
Luar biasa tetapi tetap tidak sempurna
Namun dalam usaha menjadi luar biasa, manusia tetap tidak akan terlepas dari kesilapan dan kelemahan diri. Perkara ini saya akui selepas saya bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di dalam Majlis Perwakilan Pelajar MMU. Menjadi luar biasa kerana ada jawatan yang tidak biasa-biasa di kalangan pelajar juga adalah perkara luar biasa yang saya rakamkan dalam perancangan kehidupan saya. Bukan gilakan jawatan, tetapi gilakan menjadi insan yang luar biasa, yang dapat membantu insan-insan yang mahu melangkah menjadi insan luar biasa juga. Bukan setakat memimpin dan menuntun pelajar-pelajar MMU ke jalan yang luar biasa, tetapi kebajikan serta keperluan mereka dipenuhi dari semasa ke semasa.
Tidak mudah menjadi seorang pemimpin, lagi-lagi bila kita tidak berada dalam lingkungan kebiasaan kita. Kalau dahulu saya berada dalam persatuan Islam yang rata-ratanya rakan-rakan saya ialah Muslim. Tetapi sekarang saya perlu berkerja bersama-sama rakan-rakan yang bukan Muslim, lebih-lebih lagi saya diberi amanah menjaga dua buah biro yang diketuai oleh rakan berbangsa Cina. Memang sedikit janggal dan tidak biasa. Saya tidak mengenali mereka, begitu juga mereka tidak mengenali saya. Cara berkerja yang berbeza juga kadang-kadang memberi ketidakselesaan antara kami.
Ketidakselesaan itu tidak lama berpanjangan, bersikap profesional dan mempunyai objektif yang sama iaitu memperjuangkan hak pelajar serta menjaga kebajikan pelajar membawa kami kepada titik persamaan. Keinginan menjadi pelajar yang luar biasa juga penyumbang utama kepada pembentukan sebuah organisasi yang mantap di kalangan kami. Luar biasa, semuanya luar biasa tidak ada yang biasa-biasa.
Selepas ini cabaran dan halangan luar biasa akan terus mendatang. Kekuatan iman dan takwa serta keberkatan datangnya Ramadhan tidak lama lagi, diharapkan membawa sesuatu kepada saya. Bau-bauan haruman Ramdhan sudah terhidu-hidu, mekar kembangnya harumanan Ramadhan seringkali memabukkan diri.
Allah sang pencipta, sang Agung, moga Ramadhan kali ini memberi kekuatan kepada diri ini, seterusnya dapat menikmati ramadhan yang akan datang dan yang seterusnya. Moga keinginan luar biasa menjadi insan dan pelajar yang luar biasa diizinkan oleh-Mu. Luar biasa dari Akademik, aktiviti, kehidupan beragama, dan semuanya yang dilibatkan, biarlah menjadi luar biasa.
Mengatakan yang benar walaupun pahit juga adalah luar biasa. Menjadi asing di kalangan manusia yang tidak mengetahui juga, adalah asing yang luar biasa. Moga semuanya luar biasa, tetapi luar biasa yang sentiasa berada di jalan Allah dan Rasul.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteYes, manusia biasa yang berfikir dan bertindak secara luar biasa, bisa membawa fikiran dan tindakan yang terbaik, insyaAllah.
Mengatakan yang benar walaupun pahit juga adalah luar biasa. Menjadi asing di kalangan manusia yang tidak mengetahui juga, adalah asing yang luar biasa. Moga semuanya luar biasa, tetapi luar biasa yang sentiasa berada di jalan Allah dan Rasul.
Semoga Allah bantu untuk istiqamah kerana dirimu insan terpilih untuk menjadi dirimu yang sekarang, bukan orang lain, atas tujuan yang baik untuk agamamu, insyaAllah.
Wallahualam.=)
p/s: cantik template baru ni. menarik, simple. klu free2 bleh buatkn untuk akak sekali..=D
WaaAlaikumusalam kak..
ReplyDeleteSemoga Allah membantu akak juga dan sentiasa berada dalam rahman dan rahim Allah.
Moga menjadi luar biasa ini mendatangkan impak positif yang luar biasa kepada diri saya dan orang sekeliling saya.
ps:boleh je nak tolng buatkan,,tapi tunggu saya tak sibuk la ye kak,,huhuhuh,,akak faham kan,, :D
Memang benar. Inilah pegangan hidup saya. Saya cukup berhati2 bila melakukan kesalahan yang sama dua kali kerana tidak membawa kemajuan dalam hidup. Semoga Allah memelihara kita semua amin!! :)
ReplyDeleteRamai di antara kita (termasuk saya) hari yang takut melakukan kesilapan. Natijahnya kita takut mencuba sesuatu yang baru. Tetapi hakikatnya, kesilapan itu sebenarnya adalah satu ilmu baru bagi kita jika kita pandai mengambil iktibar daripadanya.
Jika kita ingin mencuba sesuatu perkara yang baru, setelah mempertimbangkan segala faktor, jangan takut untuk melangkah kerana setiap langkah adalah ilmu yang baru. Bagi yang telah melakukan kesilapan tertentu, berhati2 agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulangkali. Jika kita melakukan kesilapan yang sama berulangkali, bermakna kita rugi kerana kita tidak mengambil pengajaran daripada kesilapan tersebut. Apatah lagi jika kita seorang muslim, Nabi Muhammad saw melarang kita melakukan kesilapan yang sama dua kali sebagaimana sabda baginda:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
ari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim No.5317)
Biarlah kesilapan kedua yang kita lakukan adalah kesilapan yang lain supaya ada peningkatan dalam pembelajaran hidup kita. Mudah2an kita sama2 dapat mengambil pengajaran.. Amin!! :)
http://www.klikjutawan.com/recommends/rahsiajutawan2009