
Keutamaan Ramadhan dan beberapa perkara yang membatalkan puasa.
Oleh:Yussamir yusof Aljohori
Timbalan Amir 1 Insititusi Usrah
Universiti  Multimedia Cyberjaya
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”[1]
Ramadhan sudah mendekati kita,kira-kira lagi seminggu semua umat islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia.Pada bulan Ramadhan terdapat satu kewajiban yang Umat Islam perlu laksanakan iaitu berpuasa selama satu bulan berturut-turut.Namun persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi ujian dan cubaan pada bulan Ramadhan?
Antara keistimewaan lain pada bulan Ramadhan adalah: 
- Pada      bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan      berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq      dan yang bathil.
 
- Pada      bulan ini disunatkan shalat tarawih, yakni shalat malam pada bulan      Ramadhan, untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan Khulafaur      Rasyidin.Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW: 
 
"Barangsiapa mendirikan shalat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." [3]
- Pada      bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih      baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di      mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang      terjadi pada tahun itu ditentukan.Berdasarkan Sabda Nabi SAW: 
 
“Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."[4]
- Pada      bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para      syaitan diikat.[5]
 
            
Disamping mengejar keutamaan-keutamaan tersebut,kita juga perlu menjaga beberapa perkara agar puasa kita tidak terbatal dengan sia-sia.Antara perkara yang telah jelas di dalam Quran adalah tidak boleh bersetubuh di siang hari,makan dan minum dari terbit sehingga terbenamnya matahari[6].Selain daripada 3 perkara tersebut para Ulama telah meluaskan perbahasannya kepada beberapa lagi perkara yang dapat membatalkan puasa,antaranya:
- Mengeluarkan      mani dalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab      lainnya dengan sengaja. Adapun keluar mani kerana mimpi tidak membatalkan      puasa kerana keluarya tanpa sengaja.
 - Keluarya      darah haid dan nifas. Apabila seorang wanita mendapati darah haid, atau      nifas batallah puasanya, baik pada pagi hari atau petang hari sebelum      terbenam matahari.[7]
 - Sengaja      muntah.[8]
 - Murtad      dari Islam (semoga Allah melindungi kita darinya,perbuatan ini      menghapuskan segala amal kebaikan       ).Ini      berdasarkan Firman Allah :
 
“Seandainya mereka mempersekutukan Allah(murtad), niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.”[9]
            
            Akhir sekali penulis memetik kata-kata Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz(mantan Mufti Arab Saudi) : 
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.
WaAllah Alam..
*Untuk keterangan lanjut tentang hukum mengorek telinga dan hidung serta mandi ketika berpuasa,bolehlah membacanya di: http://demipena.blogspot.com/2006/09/mengorek-telingahidungrongga-dan.html
Pendapat sahabat saya ini sama dengan pendapat dan kajian saya.Diharap mendapat faedah dari artikel sahabat saya itu.
            
[1] Surah Al-Baqarah 2:183
[2] Hadis Sahih:Telah diriwayatkan Bukhari didalam kitab Fathul Baari bab Puasa.
[3] Mutafaqun Alaih
[4] Mutafaqun Alaih
[5] Hadsi Sahih riwayat Bukhari dalam kitab Fathul Baari
[6] Surah Al-Baqarah 2:187
[7] Hadis Sahih:Riwayat Bukhari
[8] Hadis Riwayat Ahmad,Daud,Tirmidzi dan Ibnu Majah
[9] Surah Al-An’am 6:88
i can't wait for Ramadhan. :)
ReplyDeletesalam ramadhan buat yussamir. :)
ReplyDeleteandalah harapan pemikir Islam yang kreatf dengn bidang yang anda ceburi sekarang ini..
ReplyDeleteinsyaAllah akan lahir akauntan yang berjiwa da'e