Wednesday, January 30, 2008

sekadar cerita


Cerita tentang DIA


Jam yang ditunggu sudah tiba,tepat jam dua pagi aku masih menunggu kalau DIA mahu balas Ym aku-Tapi hampa.

Aku masih menunggu dengan harapan DIA akan membalas.Akhirnya jam 2.45 pagi DIA Buzz aku-Gembira bukan kepalang.

Tapi aku tak mahu mengganggu DIA,mesti dah penat.Aku hanya beritahu beberapa perkara dan akhir sekali,suruh DIA rehat.Selalu sangat tidur lewat,tapi macam biasa DIA bukan nak tidur awal pun.Aku hanya perhatikan saja YM DIA,jam 4 pagi DIA online.Aku taknak kacau,tak berapa lama DIA offline balik-Aku sekadar tersenyum.

Kemudian fikirkan untuk tidur,walaupun rabu dan khamis aku tidak ada kelas-Senyum sehingga ke telinga.

Tuesday, January 29, 2008

Kolum pilihan


JELATANG, BIBLE & KEBENARAN


Oleh:MohdRahmat



Alhamdulillah, sudah lama tidak menulis, semangat untuk menulis datang kembali. Memang susah untuk beristiqamah dalam sesetengah perkara. Maaf kepada pembaca yang menunggu sekian lama. Sebelum menulis topik-topik yang lebih mendalam, saya terpanggil untuk memberi pendapat kepada sebuah tulisan yang ditulis diblog 'Satuhala'. Posting yang bertajuk 'Drama Jelatang & Bible....Apa Kaitannya?' inilah yang akan dibincang pada posting kali ini.Penulis 'Satuhala' adalah seorang yang berilmu. Saya secara peribadi berasa kagum dengan ilmu yang ada pada beliau. Banyak ilmu baru yang diperolehi ketika membaca blog tersebut.Namun sesiapa saja tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sebagai manusia juga, kita kadang-kala bertindak tidak adil kepada orang lain tanpa kita sedari. Sebelum meneruskan pembacaan, diminta pembaca terlebih dahulu membaca posting diblog 'Satuhala' kerana saya akan banyak merujuk kepada posting tersebut. KLIK


Sememangnya saya akui bahawa dialog yang digunakan dalam drama Jelatang tersebut mempunyai ayat dan maksud yang lebih kurang sama dengan ayat yang terdapat di dalam Gospel of Luke 11:11-12.

"Which of you fathers, if your son asks for a fish will give him a snake instead? Or if he ask for an egg, will give him a scorpion?"


Alhamdulillah saya bersama seorang sahabat saya mendapat peluang yang sangat berharga kerana telah berkesempatan untuk bersemuka dengan penulis skrip drama Jelatang ini. Pada pertemuan itu, penulis skrip tersebut menceritakan latar belakang,kisah hidup beliau dan juga apa yang dihadapinya kini. Saya tidak dapat menceritakan apa yang berlaku semasa duduk berbincang dengan penulis skrip tersebut atas dasar amanah dan menjaga kehormatan beliau. Dipendekkan, setelah mengetahui kisah sebenar dan keadaan yang dihadapi beliau, saya tanpa ada sedikit keraguan merasakan ketidakadilan telah menimpa penulis skrip ini. Posting di dalam blog 'Satuhala' telah membuatkan pekerjaan penulis skrip ini digantung oleh stesen televisyen yang menyiarkan drama Jelatang. Tahukah bahawa penulis skrip ini merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak?Tahukah bahawa dengan menulis skrip beliau menyara dua orang anaknya? Dan dengan rezeki ini juga penulis skrip menghantar anaknya ke sekolah agama dengan harapan anak-anaknya akan menjadi Muslim yang beriman. Namun yang paling penting sekali, adakah penulis 'Satuhala' mengetahui dan mencari kebenaran terhadap apakah keadaan sebenar yang berlaku sebelum penulis 'Satuhala' membuat keputusan untuk menulis posting tersebut?


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan" - Al Hujraat ayat 6


Ditegaskan oleh Allah S.W.T supaya kita menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu akan kebenarannya agar kelak kita tidak menyesali tindakan yang dilakukan. Ini lebih menyedihkan jika kita membuatkan orang lain berada dalam kesusahan. Saya percaya penulis blog 'Satuhala' merupakan seorang yang sangat prihatin. Walaupun posting tersebut tidak merujuk kepada sesiapa, orang yang mendapat kesan posting tersebut adalah penulis skrip tersebut. Penulis skrip tersebut adalah seorang Muslim yang berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik, sama seperti kita semua. Daripada blog 'Satuhala' hinggalah kepada forum Cari.com ramai yang mengatakan ini adalah dakyah Kristian. Lebih menyedihkan penulis skrip tersebut telah dituduh sebagai Kristian yang mahu menyebarkan dakyah Kristian hanya kerana posting tersebut. Adakah di dalam Islam kita dibenarkan menuduh saudara sesama Muslim menyebarkan dakyah Kristian? Tidakkah sama seperti kita menuduh saudara kita itu sebagai kafir? Ingatlah, janganlah kita sewenang-wenangnya menuduh mana-mana Muslim sebagai kafir kerana kebenarannya adalah, samada yang dituduh benar-benar kafir atau yang menuduh itu yang kafir. Jika ditanya adakah penulis skrip tersebut diberi keadilan disini? Saya menjawab tidak! Penulis 'Satuhala' berasa amat kecewa kerana ramai pembaca postingnya yang membuat kesimpulan secara melulu tanpa membaca keseluruhan posting tersebut. Saya dan penulis 'Satuhala' juga (saya percaya) berasa amat kecewa jika sesuatu perkara itu dibuat kesimpulan terlalu awal tanpa mengetahui hal sebenar.



DISIPLIN ILMU ISRAELLIYAT

Ayat Gospel of Luke 11:11-12 yang telah digunakan tidak membawa apa-apa masalah kerana DUA ayat yang digunakan dalam drama tersebut menunjukkan kasih sayang seorang ibu/bapa kepada anaknya. Adakah dengan menggunakan ayat ini membuatkan akidah boleh terpesong? Jika satu ayat di dalam Bible diambil dimana ayat itu mengatakan "Janganlah mencuri!", adakah aqidah kita akan terpesong kerana menggunakan ayat tersebut? Jawapannya tidak, kerana Al-Quran & Sunnah bersetuju bahawa manusia tidak sepatutnya mencuri. Sama halnya di dalam kasih sayang seorang ibu/bapa.

"Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami." (Sahih Bukhari, Hadis 4485)


Tulisan ini tidak lengkap jika tidak membaca keseluruhan isi kandungannya,untuk membaca seluruh artikel sahabat saya ini,sila ke

TRUTH IT

DILEMA


DILEMA

Oleh:Yussamir yusof


Dua perkataan yang mendatangi saya sebentar tadi.Saya tersepit di antara mahu mengambil 5 subjek tambahan, yang akan membuat ijazah perakaunan saya bernilai tinggi berbanding dengan pelajar perakauanan dari IPTA(subjek ini hanya ditawarkan di MMU sahaja).Atau saya lepaskan 5 subjek tambahan itu dan mengambil ACCA selepas habis ijazah pertama ini.


Masalah yang saya hadapi sekarang ialah,kalau saya ambil 5 subjek itu saya terpaksa tambah setahun sessi pembelajaran saya.Sebabnya, saya tidak mengambil subjek Auditing semesta ini,dan yang membengangkan, subjek ini hanya ditawarkan pada semesta pertama untuk setiap tahun sahaja.Misalnya saya mengambil subjek auditing pada semesta pertama tahun 3 saya,maka saya tidak boleh mengambil subjek advance auditing yang menjadi pre-requisite pada tahun itu juga.


Maka saya terpaksa tambah setahun untuk mengambil subjek itu.Saya tidak boleh ambil subjek itu pada semesta pertama tahun 4 saya,sebab ketika itu saya sudah praktikal.Haih!! nak mengadu pada orang yang saya percaya,dia sedang sibuk dengan kerja tahun akhir dia.Sibuk memanjang dan saya faham keadaan dia,jadinya Paradigma lah tempat saya luahkan perasaan.



Kawan-kawan ada cadangan?nak sambung setahun lagi sessi pembelajaran saya di MMU ini,atau lepaskan 5 subjek itu dan ambil ACCA selepas tamat ijazah pertama.

Monday, January 28, 2008

Siri ke-lima


Siri ke lima “Mencari cinta Shab Turab”


Perkenalan singkat Yusuf dengan Wardah memberi manfaat kepada Wardah.Usaha Wardah untuk menjejaki Shaf al-Qudur semakin cerah,Yusuf telah membantu dia untuk bertanyakan alamat yang dia cari.


“Terima kasih Yusuf,kalau tidak ada awak mesti saya sesat di Mesir ini.Menyesal saya tidak belajar bahasa Arab betul-betul masa sekolah dulu.Ini kad saya.” Yusuf teragak-agak mahu mengambil kad dari Wardah,ada perasaan tidak selesa menyelebungi perasaannya.


“Terima kasih Wardah,kejap ya.” Yusuf berpusing membelakangi Wardah,kemudian membuka begnya,seperti mencari sesuatu.Kemudian Yusuf mengeluarkan sekeping kad dari dalam beg tersebut.


“Ini pula kad saya,kalau Wardah sesat atau nak minta apa-apa pertolongan,bolehlah hubungi saya.” Yusuf mengangkat tangannya seperti sedang memegang telefon dan mendekatkannya di telinga.Sekuntum senyuman manis dihiasi dibibir Wardah,melihat gelagat Yusuf menggayakan seperti orang sedang menelefon.


Tiba-tiba jam tangan Yusuf berbunyi,menandakan sekarang sudah masuk waktu Maghrib.Yusuf cepat-cepat mematikan bunyi itu.


“Wardah,sudah masuk waktu Maghrib.Saya kena bergegas pergi ke destinasi saya yang seterusnya.Saya minta diri dulu ya.” Mata Yusuf tepat memandang mata gadis yang berwarna biru didepannya itu.


“kalau begitu,baiklah.Saya pun mahu cepat,InsyAllah kita berjumpa lagi ya,assalamualaikom.” Wardah cepat-cepat menundukkan kepalanya,dia perasan yang Yusuf menatap tepat ke matanya.Kemudian cepat-cepat melangkah ke arah bertentangan dengan Yusuf sambil lari-lari kecil.


Yusuf hanya tersenyum memerhatikan Wardah,dia sekadar melambai-lambai perlahan.

“Hehehe,segan pula nak cakap yang di mata dia ada tahi.Dia mesti ingat aku ini gatal,asyik pandang je mata dia.” Ujar Yusuf sendirian.Yusuf gelak,kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya,mengingatkan salah-faham Wardah padanya.


Jam Yusuf berbunyi lagi,dia perhatikan sekeliling.Orang ramai berpusu-pusu ke Masjid.Dia menongkah arus,dia tidak ke masjid terus,tetapi dia terus ke motel-motel murah yang berdekatan.Sudah dua hari dia tak mandi,semalam dia tidur di masjid.Tidak sempat untuk mencari tempat penginapan,kalau ada pun harganya mahal.Hari ini dia mahu mandi,menonton berita dan tidur senyenyaknya.


Setelah mendaftar di Motel Habibah,dia terus dituntun ke biliknya oleh pekerja disitu.

Sampai sahaja di bilik,Yusuf terus menghempaskan badannya di tilam.Cahaya mentari yang kian tenggelam menembusi masuk melalui celah-celah tingkap yang tidak tertutup rapat di bilik Yusuf.Yusuf bingkas bangun,dengan niat untuk menutup serapat mungkin,dia mahu lena.Namun keindahan mentari ciptaan Allah,membuatkan dia asyik,dia membuka tingkap yang sudah usang itu-Ketat.


Jalan raya di sebelah motelnya lengang,semua orang tertumpu di Masjid.Masih belum selesai lagi solat Maghrib,kedai-kedai di sekeliling juga sudah ada yang tutup.Setelah puas melihat keindahan mentari,Yusuf terus ke bilik air tidak jadi untuk lelapkan mata.Dia harus bersihkan badan dan bersiap-siap untuk solat Isya’ dan maghrib sekaligus secara jama’ Ta’hir.


Usai mandi,dia terdengar hiruk-pikuk di luar motelnya.Dalam sekelip mata selepas solat ,jalan raya dipenuhi dengan manusia dan kenderaan,Kelihatan seperti semut-semut hitam menghurung gula.Masing-masing memulakan hal tersendiri,ada yang terus pulang ke rumah dan ada juga yang meneruskan perniagaan yang dijalankan di sekitar kawasan itu.Memang itu rutin bandar Alexendria yang juga dikenali dengan nama Iskandriah,kawasan ini selalu menjadi tempat berkunjung.Ramai yang datang ke sini ialah untuk menikmati kecantikan dan kebersihan pantai di sini.Alexendria dihuni pelbagai manusia yang berlainan status dan jawatan.Dari kelompok mahasiswa,para menteri,tokoh-tokoh perniagaan,artis dan penganggur semuanya berkongsi fasilitator dan kemudahan yang sama.


Yusuf yang sejak dari tadi memerhatikan keadaan sedemikian di tingkap,bersyukur dan terpegun.Tidak pernah dia melihat keadaaan sebegitu berlaku di Malaysia,kalau ada pun hanya pada hari jumaat.Waktu solat yang lain,masjid di Malaysia lengang seakan rumah-rumah kosong yang ditinggalkan penghuninya.Tidak puas dengan masjid besar yang kosong,pembinaan masjid besi yang berdekatan dengan masjid besar itu mula dibangunkan.Hairan,Yusuf terus hairan dengan negaranya sendiri.

Yusuf mencapai kamera yang dia letak dibirai katilnya,kamera Nikon F80 / Tamron 28-200mm sudah dua tahun bersamanya.Kemudian dia menangkap beberapa gambar yang menarik.


“Solat dulu,kemudian kita jalan-jalan di pantai ok?” Cadang Yusuf pada dirinya,kini hanya dirinya sahaja tempat dia berborak.Seperti dalam cerita I am Legeng lakonan Will Smith lagak Yusuf.




*****************************************************************



Bahalullah terjenguk-jenguk di pintu masjid,matanya meliar seperti mencari seseorang.Ditangannya terdapat banyak helaian kertas,mungkin risalah untuk diedarkan kepada para jemaah masjid.Gelagat Bahalullah yang mencurigakan itu mendapat perhatian Yusuf,yang sejak dari tadi memerhatikannya.Yusuf sendiri hairan,sejak bila penganut Syiah solat Jumaat pasti ada sesuatu.Dia segera menuju kearah Bahalullah.


“Boleh saya bantu?” Tegur Yusuf,bahu Bahalullah di pegang erat.


Bahalullah kaget,dia terperanjat.Tergagap-gagap dia mahu menjawab pertanyaan Yusuf.Peluh membasahi wajahnya.

“Eh,tak mengapa.” Risalah-risalah yang dipegangnya jatuh ke lantai,bersepah sana-sini.Yusuf membongkokkan badannya lantas mengambilnya,kemudian membaca maklumat yang terdapat risalah itu.


Terpampang perkataan “Majlis menyambut perayaan Eidul Ghadir” di muka depan risalah tersebut.Muka Yusuf merah,matanya dibeliakkan seakan orang sedang menahan sakit.


“Apa yang kamu buat ini Bahalullah?Kamu jangan nak sebarkan ajaran sesat kamu di masjid ini.Jika saya nampak lagi risalah-risalah sebegini ada di masjid,saya akan melaporkan hal ini kepada pihak atasan!” Geram sungguh Yusuf dengan kebiadapan Bahalullah dengan menyebarkan risalah tersebut.Sejurus Yusuf memarahinya,Bahalullah dengan segera melangkah pergi.Dia memberi isyarat lucah pada Yusuf,kemudian mengangkat-angkat tangan seakan memberi amaran kepada Yusuf.Yusuf hanya menggelengkan kepala,tidak kuasa dia melayan lelaki seperti itu.


Ustaz Ruhollah melulu kearah Yusuf,mukanya bengang.

“Hei Yusuf,kenapa kau halau Bahalullah dari masjid.” Tangan Ustaz Ruhollah menghayun ke muka Yusuf.Yusuf menepis,nyaris-nyaris kena.


“AstagfiruAllah,awat ustaz melulu tak tentu pasai ini?Sampai nak naik tangan itu dekat muka saya pula.Cuba selidik dulu,ini tiba-tiba tuduh saya menghalau Bahalullah.Tengok ini.” Yusuf menghulurkan risalah tadi pada Ustaz Ruhollah.Muka ustaz Ruhollah berkerut,kemudian dia meremukkan risalah itu.


“Apa masalah kau dengan orang Syiah ha?Biarlah dia buat sambutan perayaan ini,kau kenapa nak sibuk?Syiah pun orang Islam,selagi dia mengucap syahadah selagi itu dia islam.


“Ayah Pin pun mengucap Syahadah,so dia pun Islam juga?” Yusuf memandang tepat kearah Ustaz Ruhollah,seukir senyuman dilemparkan kepada Ustaz didepannya itu.


“Apa alasan kau untuk menghalang perayaan Syiah ini?Macam hebat sangat,kau ini dah terpengaruh dengan dakyah wahabi ini.Orang wahabi memang macam inilah.Ha!Aku tanya kau ini,wahabiah macam kau ini kan selalu apa-apa saja nak dalil,kali ini aku pula nak tanya dalil dari kau.” Ustaz Ruhollah terjungkit-jungkit ketawa.


Yusuf masih bersabar,sudahlah dituduh menghalau Bahalullah dari masjid dengan sengaja,kali ini dituduh Wahabi pula.


“Ha,sekarang Ustaz pun dah jadi Wahabi.” Tiba-tiba Yusuf dapat akal untuk mengenakan Ustaz Ruhollah.


“Hish!Apa fasal pula aku jadi Wahabi.Kau jangan memandai-mandai pula Yusuf!”


“Ye la,Ustaz sendiri kata Wahabi kalau cakap sahaja pasal agama,mesti bawa dalil,ataupun minta dalil dari Quran dan Sunnah.Tadi itu,Ustaz minta dalil dari saya,Ustaz pun Wahabi la kan.Kita geng la macam ini.” Yusuf mendekati Ustaz Ruhollah,dia cuba untuk memeluk.


“Apa ini nak peluk-peluk pula,pergi-pergi!Aku minta dalil sebab kau kata ini perayaan ini tidak ada dalam Islam.Itu fasal aku minta dalil dari Quran atau Sunnah.Kan Nabi dah kata Sumber umat Islam adalah Quran dan Sunnah.” Ustaz Ruhollah memandang sinis pada Yusuf.


“Betul lah saya kata,Ustaz ini dah jadi Wahabi.” Tegas yusuf,pancingnya sudah mengena.

“Kami berpegang pada Quran dan Sunnah,dan kami tak pernah menggelar diri kami Wahabi.Tetapi saya bersyukur sebab Ustaz dah terima kami,kalau lebih ramai yang faham apa yang kami bawakan dan pegang seperti ustaz pasti tidak ada label-label dan tuduh-menuduh ini kan.” Usik Yusuf lagi.


“Masa bila pula aku terima dakyah kau ini.Aku hanya berpegang pada Quran dan Sunnah,bukan wahabiah.” Jerit Ustaz Ruhollah,dia perasan yang dia sudah terperangkap dengan Yusuf.Dia sukar menerima penjelasan dan kebenaran yang dinyatakan Yusuf,dia masih mahu menafikan kesalah-fahaman pengistilahan Wahabi itu.


“Laa..Tadi ustaz sendiri kata ustaz hanya berpegang pada Quran dan Sunnah,la ini ustaz tolak kami pula.Takpelah ustaz,itu biar ustaz fikirkan.Sekarang ini saya nak beritahu ustaz yang Islam hanya ada dua perayaan sahaja.Kalau ustaz tak percaya,ustaz baca hadith ini di PSP saya.” Yusuf mengeluarkan PSP yang berada di poketnya,kemudian menghulurkan kepada Ustaz Ruhollah.


Alhamdulilah,sejak akhir-akhir ini alat permainan seperti PSP ini sudah menjadi trend di kalangan remaja Islam.Selain menjadi alat permainan,perisian islami juga boleh didapati dalam PSP.Perisian islamik yang dimuatkan di dalamnya ialah, seperti Al-Quran,hadith-hadith dari Bukhari dan Muslim dan permainan berbentuk Islamik.Perisian ini telah diusahakan secara percuma oleh seorang pelajar UMM,iaitu Ketong.


Huluran Yusuf masih belum bersambut,“Cuba ustaz baca hadith ini.” Setelah didesak beberapa kali,barulah Ustaz Ruhollah menyambutnya,kemudian membaca hadith tersebut.

“Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya:"Ketika Rasul s.a.w. sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi s.a.w. melihat mereka menyambut dua hari tersebut) Nabi saw bertanya: "hari apakah dua hari ini?" Mereka menjawab: "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)


“Nabi Muhammad saw tak ada pun sebut perayaan Eidul Ghadir dalam hadith itu.Apa yang jelas dalam hadith itu,Islam hanya mengiktiraf dua perayaan sahaja iaitu Eidil Adha dan Eidul Fitri.” Jelas Yusuf.


Ustaz Ruhollah beralih dari berdiri terus duduk di tangga masjid.Kemudian dia pulangkan kembali PSP itu kepada Yusuf.Dia hanya memuncungkan mulutnya,kemudian mengusap-usap janggutnya kontotnya.Setelah berteleku lama di tangga,ustaz Ruhollah terus berlalu ke biliknya di belakang masjid tanpa sebarang suara.Setuju pun tidak,tidak setuju pun tidak.Yusuf hanya memerhatikan ustaz Ruhollah,Yusuf juga kebingungan dengan reaksi ustaz Ruhollah .Setelah agak lama berdiri kaku kerana memikirkan reaksi ustaz Ruhollah ,Yusuf meneruskan kerjanya membentang tikar bagi kegunaan jamaah masjid sebentar lagi bagi solat Jumaat.





#Adakah selepas ini Yusuf akan berdepan dengan kemarahan penganut Syiah?Atau adakah selepas ini ustaz Ruhollah akan menyokong tindakan Yusuf?semuanya akan terjawab.

Pada siri akan datang ini,saya memberi peluang kepada pembaca paradigma untuk meneruskan jalan ceritanya.Hantarkan idea anda ke bahagian komen,dan mana-mana jalan cerita yang menarik akan saya jadikan sambungan siri ke enam "mencari cinta shab turab".Mari-mari kembangkan bakat anda dan bantu saya untuk menarikkan lagi jalan cerita cerpen ini...

Sunday, January 27, 2008

Marah ke bang??


Bila Tuan rumah Paradigma marah

Oleh:Yussamir Yusof
31 December 2007

*Tulisan ini sahaja dipost lambat.

Ya benar,saya sudah merajuk.Saya marah, bosan dan menyampah dengan forum yang penuh dengan orang agama,dimana ramainya orang agama,maka di situlah berkumpulnya pelbagai masalah.Maaf,kalau ada yang terasa,tapi itulah yang saya rasakan.Ini pandangan peribadi saya,kalau tidak mahu terima pandangan peribadi saya ini,maka pergilah jauh-jauh dari paradigma.


Saya juga tak mahu nak melambakkan orang agama dalam kampung yang penuh dengan orang agama.Biar saya ramaikan kampung yang tiada orang agama nak masuk,biar saya kongsi ilmu saya pada orang yang mahukan.Bukan kepada orang yang dah tahu,berlagak tak tahu kemudian mahu membantah dan berdebat sehingga tiada hujung pangkal-Menyampah!


Bila ajak berdakwah macam-macam hal,seganlah,takutlah,tak cukup ilmulah.Tapi bila di forum-forum,tulis macam-macam.Konon-konon hebat,bila ada benda tak dapat jawab, cakap buku tertinggal di rumah sekarang berada di luar negara-Haprak ilmu di buku bukan didada!


Azam baru ini,saya mahu fokus pada ilmu-ilmu perbandingan agama.Meramaikan kampung yang masih kosong dengan Islam.Berkongsi Ilmu dengan orang bukan islam lagi mudah dari berkongsi dengan orang yang seakidah-Maaflah ya kalau ada yang terasa.


Mungkin pembaca paradigma selepas ini akan sukar melihat saya menulis bab-bab hukum lagi.Kalau ada pun,jika ada isu yang besar dan perlu saya kongsikan pada pembaca.Saya sekarang lebih selesa dan suka menulis dalam bentuk cerpen,dan dalam cerpen itu akan saya selitkan ilmu-ilmu perbandingan agama dan juga sedikit pengetahuan Islam.Kalau ada isu-isu yang perlukan juga saya tulis tentang hukum,saya akan post di yahoo.group paradigma,bonus pada mereka yang join yahoo.group saya.Sesiapa yang nak join yahoo group paradigma,sila berikan email pada saya di ashabul_kahfiislamic[at]yahoo[dot]com.


Sekian sahaja dari saya, yang tak pernah marah dan menulis sebegini sejak penubuhan paradigma.Maka boleh juga dikatakan tarikh ini adalah tarikh penting bagi paradigma,kerana melihat tuannya marah!


Saya bukan seorang yang pemarah,tapi kali ini saya tidak boleh tahan lagi.Seakan mahu meletup,sebelum meletup biarlah saya melontarkannya jauh-jauh melalui paradigma.Diharap para pembaca paradigma dapat terus bersama paradigma.


Moga merajuk saya ini reda di kemudian hari,dan saya harap ini dapat mematangkan dan mendewasakan saya dalam dunia penulisan.



“dengan memberi kita akan merasai”

Kepada rakan-rakan dari forum yang sentiasa email pada saya,terima kasih saya ucapkan.Saya tidak memusuhi anda,tapi ada segelintir yang membuatkan saya terus merajuk.Biarlah saya terus memerhati dari jauh,kalau diizinkan tuhan dan rajuk dihati ini reda insyAllah saya akan aktif kembali membantu rakan-rakan.Moga persahabatan kita yang bermula di forum itu,terus berkembang dan utuh sehingga akhir hayat.Dan saya masih membenarkan tulisan-tulisan saya di copy-paste di forum itu,itupun jika ada manfaatnya.WaAllahualam.

Thursday, January 24, 2008

siri keempat



Siri keempat “Mencari Cinta Shab Turab”


#Disebabkan saya berasa senang hati sejak kebelakangan ini,maka saya post lagi siri ke empat cerpen ini.



“Kamal saya mahu tanya pada kamu berkenaan dengan dosa warisan.Apa yang saya dengar,Agama kamu mengatakan bahawa setiap anak adam yang dilahirkan di muka bumi ini adalah berdosa.Maka kedatangan Nabi Isa adalah untuk menebus dosa-dosa tersebut.Betulkah begitu?” Soal Yusuf memulakan diskusinya bersama Kamal seorang penganut Kristian yang taat.



“Benar,hal ini telah dijelaskan dalam bible dalam buku kisah para rasul,bab 5 ayat ke 31.Katanya, “Allah mengangat Dia(nabi Isa) ke tempat yang berkuasa di sebelah kanan-Nya untuk menjadi pemimpin dan penyelamat,supaya umat Israil mendapat peluang untuk bertaubat dan beroleh keampunan dosa.” Jawab Kamal lancar.Menjadi satu kelebihan kepadanya, kerana dia sudah menghafal kesemua isi dalam bible.

Oleh sebab itu,perbincangan ini menjadi mudah dan lancar,keyakinan Kamal pada agamanya sangat kental.Yusuf terdiam sebentar,kemudian mengeluarkan sebuah bible yang sentiasa berada dalam begnya.Yusuf tidak menghafal keseluruhan bible,tetapi dia memahami keseluruhan bible.Itu lebih bagus dari menghafal bagi dirinya.Cukuplah Al-Quran berada di dalam hatinya,sejak kecil lagi ibubapa Yusuf menekankan pendidikan Al-Quran padanya.Alhamdulilah,setelah mencapai umur 12 tahun,Yusuf sudah menjadi Hafiz Quran.



“Tapi Kamal,tidakkah anta pelik dengan ayat tersebut.Ayat tersebut mengatakan Nabi Isa diturunkan adalah untuk menebus dosa umat Israil sahaja.Tidak untuk umat lain.Anta sendiri bukanlah bangsa Israil,jadi bagaimana Nabi Isa mahu menebus dosa anta?” Yusuf menyoal Kamal.

Pembelajaran secara tidak formal dengan Bro Shahkirit tentang agama Kristian,memberi kelebihan kepada Yusuf untuk berdebat dengan Kamal.Bagi Yusuf,dengan melontarkan persoalan-persoalan yang bertentangan dengan keyakinan Kamal adalah salah satu cara untuk melunturkan keyakinan Kamal pada dogma Kristian.


Benar,ana setuju dengan hujah Yusuf.Tetapi Yusuf kena tahu,zaman itu hanya ada bangsa israil sahaja,sebab itu Nabi Isa mengatakan begitu,tetapi yang hakikatnya ayat tersebut ditujukan kepada semua bangsa.” Kamal cuba meyakinkan Yusuf.



“Kalau begitu,bagaimana pula dengan ayat dalam buku Matius bab 15 ayat ke 24 ini?” Yusuf menunjukkan bible yang ditangannya kepada Kamal.


Kemudian Kamal membacanya.
“Nabi Isa berkata kepada wanita itu, “Aku diutus hanya kepada bangsa Israil yang seperti kambing yang sesat.” Kamal terdiam selepas membaca ayat tersebut.



“Ayat yang anta baca tadi dengan jelas, Nabi Isa mengaku dan menyatakan bahawa Dia diutuskan untuk bangsa Israil sahaja.Kalau begitu,penganut Kristian yang bukan dari bangsa Israil tidak termasuk daripada umat Nabi Isa dan dosanya tidak tertebuslah.Betul tak apa yang ana katakan?” Yusuf cuba memprovok Kamal.


“Betullah kata anta Yusuf.Memang benar ana seorang penghafal Bible,tapi ana tidak memahaminya sedalam anta.”
Kamal mengalah,kebenaran melebihi dari ketaatan,maka kebenaran yang perlu mengatasinya.Melihat kegundahan Kamal,Yusuf cuba menenangkannya dengan menceritakan serba sedikit tentang ajaran Islam pada Kamal.


“Dalam Islam,kami tidak mempercayai dosa warisan atau pahala warisan.Apa yang diajarkan dalam agama Islam adalah semua manusia dilahirkan suci dan murni.Umat Islam mempercayai bahawa setiap manusia, mempunyai takdirnya sendiri yang telah ditetapkan oleh Allah.Namun manusia berhak untuk memilih dan menentukan kehidupannya.Allah telah berkata dalam surah Al-Baqarah ayat 286;Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” Setelah menjelaskan kepada Kamal,Yusuf merenung jauh ke seberang jalan yang tidak jauh dari tempat duduknya.



“Anta lihat lelaki itu” Tunjuk Yusuf kearah seorang lelaki yang tangannya penuh dengan kudis di seberang jalan.



“Kudis yang menjangkiti lelaki itu disebabkan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.Kalau lelaki itu sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa menitikberatkan kesihatan,pasti dia dapat mencegahnya.Namun dia tidak menjaga kesihatannya,dia tinggal di bawah-bawah jambatan,tidak pernah ke hospital kalau sakit,akibatnya dia mendapat penyakit itu.Akibat itulah yang disebutkan sebagai takdir,dan jika dia dapat menghindari dari penyakit tersebut juga dikatakan sebagai takdir.Takdir bukan hanya terletak kepada keburukan sahaja,tapi juga meliputi hal-hal yang memberi kebaikan kepada manusia.”.
Kalau anta nak tahu,dalam bible pun ada mengatakan bahawa setiap kesalahan ditanggung oleh orang yang melakukannya.Hal ini disebut bible dalam buku Yehezkiel bab 18 ayat 20.”
Yusuf menyelak-nyelak lembaran bible untuk mencari ayat tersebut.Setelah menjumpai ayat tersebut,Yusuf memberi kepada Kamal untuk membacanya.


Kamal membacanya.
“Orang yang berdosa akan mati.Seorang anak tidak usah menanggung dosa bapanya .Demikian juga seorang bapa tidak usah menanggung akibat daripada dosa anaknya.Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannaya,dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya.”



“Secara rasionalnya,kalau anta fikirkan masakan boleh dosa warisan wujud sedangkan, bible sendiri mengatakan dosa seseorang tidak boleh diwarisi atau ditanggung oleh orang lain.Sepanjang pengkajian ana terhadap kitab suci anta,ana tidak pernah menjumpai sebarang perkataan ‘dosa warisan’.Kalau anta masih ragu-ragu,biar ana berikan sebuah anologi.” Jelas Yusuf.

Penggunaan analogi adalah salah satu alat untuk menerangkan kepada penganut Kristian.Kaedah ini selalu dilaksanakan oleh guru Yusuf ,iaitu Bro Shahkirit.Analogi ialah perlaksanaan logik.Logik bukan ilmu pengetahuan tetapi sebuah alat agar manusia dapat mempraktikan ilmu pengetahuan[1].Penggunaan logik menjadi popular setelah Aristotle menggunakannya dalam ilmu falsafah.Menurut Aristotle,menjadi satu kewajiban bagi kita memiliki alat sebelum membina sebuah banggunan.Banggunan yang dimaksudkan ialah falsafah dan alatnya adalah logik[2].



“Anta bayangangkanlah,dalam sebuah rumah ini ada seorang anak dan bapa.Satu hari itu,si bapa ini pergi ke bank dan merompak bank tersebut.Kemudian keesokkan harinya,sebuah kereta polis datang ke rumah mereka berdua.Pihak polis tidak menangkap bapanya,tetapi menangkap si anak yang sedang membuat kerja sekolah.Dan menuduh si anak merompak bank,dan membiarkan si bapa seenaknya minum kopi sambil baca surat khabar.Apa perasaan anta?Wajar atau tidak?” Yusuf menekankan sikit suaranya,agar Kamal dapat mengerti akan ketidakwajarannya dosa warisan ini melalui analoginya itu.



Kamal menganggukkan kepalanya tanda setuju. “Ana setuju dengan analogi anta itu,Alhamdulilah.Eh, boleh tak ana ucap Alhamdulilah,anta tidak kisah?” Soal Kamal pada Yusuf,sebenarnya sejak dari tadi dia memerhatikan Yusuf,jika ada ada sesuatu yang menyenangkan pasti Yusuf mengucapkan Alhamdulilah.Kamal memahami ertinya yang bermaksud syukur pada Allah.Tapi tak pasti adakah boleh dia mengucapkan ayat tersebut,kerana dia tahu ayat tersebut adalah sebahagian dari Quran kitab suci umat Islam.

“Alhamdulilah,ucapkanlah sebanyak mana pun yang anta mahukan.Ana berasa cukup senang dengan ucapan kamu itu.Moga Allah memberi anta hidayah.Nabi kami iaitu Nabi Muhammad saw pernah diperintahkan oleh Allah agar menyeru ahli kitab,iaitu orang-orang Yahudi dan Kristian agar bersama dalam satu kalimah yang bersamaan.


Kata Allah dalam surah al-Imran ayat ke 62, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”



Kamal berasa cukup tenang apabila mendengar ayat yang dibaca oleh Yusuf. Erti ayat tersebut terus masuk ke dalam sanubarinya. “Benar-benar inilah adalah Firman Allah” Hati Kamal membisik.Namun Kamal masih belum berpuas hati,ada banyak lagi keraguan dan persoalan yang harus dia tanya pada Yusuf.Tapi dia tidak boleh bersikap pentingkan diri,sebab Yusuf ada agendanya tersendiri juga.



“Kamal,bolehkah kita sambung perbincangan ini pada hari lain.Ana harus beredar segera,masa sangat-sangat mencemburui ana.Ana harus segera ke Alexendaria sebelum Zuhur,ini kad ana.” Yusuf menghulurkan sekeping kad yang tertera nama dan nombor telefon bimbitnya kepada Kamal.Kamal juga berbuat demikian.



“Baiklah sahabatku,pasti kita akan meneruskannya lagi.Banyak lagi hal yang perlu ana tanyakan kepada anta.Kalau anta mahukan pertolongan semasa dalam perjalanan,sila hubungi ana.Makanan anta ini biar ana belanja.” Ujar Kamal.



Setelah bersalaman dan berpeluk antara dua orang sahabat yang berlainan akidah,Yusuf terus berjalan keluar dari restoran itu.Masih berbaki dua hari sebelum dia bertemu dengan cintanya,Yusuf tidak boleh lewat, kalau tidak dia akan menyesal seumur hidup.Semasa dia berjalan kaki ke stesyen Metro yang berdekatan, dia terlihat seorang gadis muda yang wajahnya seakan warga Malaysia,sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang pemuda Arab.Yusuf cepat-cepat ke arah gadis itu,kesian dia melihat gadis itu yang dia rasakan tidak fasih berbahasa Arab.



“Assalamualaikom,orang Malaysia ke?” Yusuf menegur gadis yang dilihatnya tadi.


“A’ah..Orang Malaysia.” Gadis itu gembira bila disapa orang Malaysia di bumi Kinanah ini.Sudah banyak kali dia mencuba untuk mencari alamat yang ingin ditujunya itu tapi hampa.


“Alhamdulilah..Awak seorang saja ke datang sini?”
Yusuf sedikit kehairaanan,dengan keberanian wanita ini. “Berani betul ya awak,saya ingat dah tiada lagi wanita Malaysia yang seberani ini. Saya Yusuf Louay Fatoohi bin Nasiruddin al-Dargazelli.” Yusuf memperkenalkan namanya.


“Wah,panjang nama awak.Awak ini orang melayu ke orang campur-campur.”
Gadis itu kehairan dengan nama Yusuf yang panjang dan pelik.


“Hehehe..saya orang campur-campur.Melayu sikit,arab sikit,perancis sikit dan belanda sikit.Tapi awak boleh panggil Yusuf sahaja.Nama awak apa?” Yusuf sudah biasa dengan reaksi sebegitu,sejak kecil lagi rakan-rakannya susah nak menyebut namanya.Ayahnya peminat Dr Louay Fatoohi seorang pengkaji dan pemikir sejarah purba.Buku pertama yang dibaca oleh ayahnya, yang membuatkan ayahnya kagum pada pemikir ini ialah “Sejarah bangsa Israil dalam Bible dan Al-Quran,sebuah penelitian Islamic Archeology”.



“Saya Wardah Syaukah binti Ahmad Syauki,panggil saya Wardah sahaja.” Gadis itu memperkenalkan dirinya dengan senyuman terukir di wajahnya.



“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberi rezeki dari arah yang tiada yang disangka-sangkanya”
(QS. Ath Thalaq : 2-3)




********************************************************

Hari ini Yusuf dijemput untuk menyampaikan ceramah di Islamic Information and Service Foundation,di Setiawangsa.Ceramah yang disampaikan oleh Yusuf ialah “Pemaknaan Erti Dakwah dalam Lingkungan Mahasiswa ”.Sepanjang ceramah yang disampaikan Yusuf kepada para hadirin,Quratunaini khusyuk mendengarkannya. Kebiasaannya,setiap kali ada ceramah di IIS Aini dan rakan-rakannya akan menyewa kereta untuk menghadirinya.



“Aini kita kena sewa kereta lagilah malam ini.” Ujar Ziati pada Aini.Zaiti,linda dan syarifah rakan bilik Aini,dan mereka sering mengikuti Aini untuk ke majlis-majlis Ilmu.


“Yup,kita kena sewa lagilah macam malam minggu lepas.Tak mengapa,malam ini aku bayar lebih ya?” Pujuk Aini.


“Sesiapa yang berusaha mencari jalan untuk mencari ilmu,maka Allah akan mempermudahkannya untuk masuk ke syurga[3].So,kita harap usaha kita ini termasuk dalam ungkapan Mulia Nabi Muhammad saw ini.” Kata Linda pelajar yang mengambil jurusan Ilmu Hadith di MMU,pada Aini,Syarifah dan Ziati.



Aini kagum dengan kepetahan dan kepandaian Yusuf,walaupun sibuk dengan pengajian di Universiti, tunangnya itu tidak pernah meninggalkan lapangan dakwah di dalam dan luar kampus.Pernah ditanya Aini kepada Yusuf mengapa Yusuf begitu komitmen dengan pelajaran dan dakwah.Hanya satu sahaja Yusuf jawab,iaitu “pengabdian”.



“Allah menciptakan kita bukan sia-sia.Ada sebabnya manusia dijadikan oleh Allah.Allah sendiri berkata dalam surah al-Mu’minun ayat 115, “Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”. Kita dijadikan di muka bumi ini ada tujuannya,tujuan utama ialah mengabdikan diri kepada Allah.Pengabdian yang mutlak kepada-Nya.Sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Allah dalam surah az-Zariat ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”.
Selain dari beribadah kepada-Nya dengan melakukan solat,puasa,bayar zakat,tunaikan haji,dan lain-lain,Dakwah juga adalah satu cara untuk mengabdikan diri pada Allah.Dakwah adalah sunnah para Nabi Allah,maka menjadi satu kebaikan dan keutamaan untuk mengikuti sunnah nabi Muhammad saw.Apabila mengikuti sunnah para nabi-Nya,maka ia juga adalah salah satu cara mengabdikan diri pada-Nya.Namun,sebagai seorang pelajar Universiti,pelajaran adalah fokus utama saya Aini.”
Begitulah yang dijawab Yusuf pada Aini,semasa Aini menanyakan hal ini pada Yusuf.



Semasa berceramah,Yusuf sempat menjeling ke arah tunangnya.Itulah sahaja tempat dia untuk melihat tunangnya,dan bertanya khabar setelah selesai berceramah.Islam melarangnya untuk berdua-duaan dan beramah mesra yang keterlaluan, selagi tidak ada ikatan yang sah antara mereka berdua.Tidak seperti masyarakat kita sekarang,bertunang dianggap sebagai lesen untuk keluar berdua-duaan dan bersenang-senang seperti pasangan suami isteri.Begitu pula sebaliknya, dengan pandangan sempit dari masyarakat,sehinggakan melarang untuk menghubungi tunang sekadar bertanya khabar dan berbincang hal-hal yang perlu.Melihat hal ini,Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan seorang ulama yang tegas dan keras dalam fatwa-fatwanya[4], sendiri telah membenarkan seorang tunang untuk menelefon tunangnya bertanyakan hal-hal yang perlu.



“Balik kampus baik-baik,jaga kesihatan dan belajar elok-elok ya.InsyAllah,ada izin Allah kita jumpa lagi dalam ceramah-ceramah yang akan datang atau semasa usrah Umum ya.Kalau ada masalah atau nak minta pertolongan,hubungi saya ya.” Ujar Yusuf pada Aini semasa Aini mahu pulang ke kampus bersama rakan-rakannya.


“InsyAllah,awak pun sama,jaga kesihatan ya.Sampaikan salam saya pada ayah dan ibu awak dengan ucapan Assalamualaikom –warahmatullahi-wabarakatuh.” Akhiri Aini,kemudian terus pulang bersama-sama rakannya menaiki kereta.Kereta yang disewanya terus meluncur jauh,Yusuf hanya memandang dari jauh sehingga hilang dari pandangannya...



“Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan”


(HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat.
Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)




#Hantarkan sebarang komen dan saranan tentang siri keempat ini.Cerpen ini akan bersambung pada siri yang seterusnya,dan diharapkan para pembaca paradigma dapat meneruskan pembacaan pada siri-siri yang akan datang.Sumber-sumber bahan penulisan cerpen ini,akan dinyatakan pada siri terakhir “mencari cinta Shab Turab.”



[1] K.Bertens,sejarah Falsafah,Yunani.(Yogjakarta:1981)

[2] Mahdy Fadl Allah,Dr Zainun Kamal-Ibnu Taimiyah vs Ahli falsafah terbitan PT Raja grafindo Persada,Indonesia.

[3] HR Bukhari

[4] Fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan dalam kitab Pilihan Daripada Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3 halaman 163-164

Tuesday, January 22, 2008

Sambungan ketiga



Sambungan ketiga Mencari Cinta Shab Turab




Malam itu ,Yusuf berkali-kali sms tunangnya,namum tidak dibalas.Yusuf runsing,perasaannya berasa tidak selesa.Selalunya tunangnya akan membalas sms yang dikirim.


“Dia sibuk kot,dia kan sekarang tengah FYP” Yusuf cuba memujuk perasaannya yang berkecamuk.Kemudian dia mecapai telefon bimbitnya yang berada di sebelah komputer ribanya.Kemudian pantas menekan-nekan butang,menulis sesuatu di ruangan message.

“Salim,tunang aku tak balaslah sms yang aku beri tadi.” Yusuf menghantar sms kepada sahabatnya.Yusuf sangat mempercayai Salim,sejak di bangku sekolah lagi Yusuf dan Salim sudah rapat.Segala rahsia yang ada pada Yusuf akan diberitahu kepada Salim,begitu juga dengan Salim.


“Ala kau ini,tenang saja.Jangan kalut-kalut,kan kau sendiri kata dia sibuk dengan FYP.Dia tengah buat kerjalah tu,faham-faham sahajalah orang yang buat FYP memang tak tidur malam dibuatnya.So,kau sabar saja,insyAllah dia akan balas sms kau esok kalau dia free.” Salim membalas sms kepada Yusuf.

“AstagfiruAllah..a’ah-lah,aku ini pun satu,risau tak kena tempat.Ok-lah Salim,nanti apa-apa hal aku sms kau.Salam” Yusuf menamatkan sms dengan Salim.


Perkenalan Yusuf dan Quratunaini tidak disangka-sangka,semuanya bermula dengan satu program kemanusiaan yang dijalankan universiti mereka.Program itu memberi peluang kepada Yusuf dan Quratunaini mengenali antara satu sama lain sebagai rakan kerja.Tambahan pula, Yusuf dan Quratunaini diletakkan dibawah biro yang sama iaitu biro sumbangan.Namun Yusuf dan Quratunaini mengetepikan persoalan cinta dan perasaan,bukan masanya lagi.Mereka lebih selesa berkawan sebagai rakan kerja dan sentiasa bersikap profesional,lagi-lagi mereka berdua dari persatuan Mahasiswa Islam.Tidak molek dan pasti akan menjadi fitnah jika persoalan hati dan jiwa dibawa kedalam hubungan ini.
Maut dan jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah,hubungan sebagai rakan kerja program semasa dahulu,bertukar menjadi lebih rapat.Dan akhirnya Yusuf dan Quratunaini mengambil keputusan untuk bertunang.


“Dr Mus,saya ada benda nak cakap.” Yusuf memulakan bicara setelah makan malam di rumah Quratunaini.Mujur adik Quratunaini,Faruq adalah sahabat kepada Yusuf.Oleh sebab itu,kunjungan Yusuf kerumah Dr Mustafa tidak dirasakan ada sesuatu yang tak kena.Tujuan sebenarnya,kedatangan Yusuf kerumah Dr Mustafa adalah ingin menyatakan hasrat Yusuf untuk bertunang dengan Quratunaini.Hasrat Yusuf disokong oleh Faruq seratus peratus.Namun bukan senang Faruq nak meyakinkan Yusuf untuk datang ke rumahnya.Nasib baiklah bapanya seorang yang terbuka dan sentiasa rasional dalam setiap tindakan,begitu juga dengan ibunya yang bertugas sebagai pensyarah Usulludin di UIA.




“Sila-sila,tak perlu segan-segan,macam tak biasa saja kamu ini Yusuf.” Hubungan Yusuf dan Dr Mustafa sudah lama terjalin,sebagai pensyarah dan juga pelajar.Namun kebiasaannya apabila berjumpa, Yusuf hanya menanyakan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran,lebih-lebih lagi dalam subjek PSA yang diajarkan Dr Mustafa.

“Begini,saya sebenarnya sudah lama kenal dengan Aini,lagi-lagi sejak saya berkerjasama dengannya dalam program kemanusiaan tak lama dulu.Kemudian,setelah program itu selesai kami berhubung macam biasa sahaja sebagai kawan,tak lebih daripada itu.Tapi sejak 2 bulan lepas hubugan saya dan Aini sudah semakin akrab,tapi Alhamdulilah kami tahu batas-batasnya.Sekadar menanya khabar sahaja,itupun tidak selalu,hanya melalui sms tidak pernah bercakap secara terus.Kalau ada pun hanya perbualan antara seorang Timbalan Presiden Mahasiswa Islam dengan ahlinya sahaja.Tidak lebih dari itu.”

Dr Mustafa mendengar penjelasan Yusuf dengan tekun,tidak dipotong-potong bicara Yusuf.Baginya,memotong perbicaraan seseorang yang sedang menjelaskan sesuatu adalah perkara yang akan mendatangkan masalah.Sebabnya,apbila memotong bicara seseorang yang menjelaskan sesuatu,kita pasti tidak dapat mengetahui secara lengkap apa yang ingin disampaikan seseorang,maka ia bakal menimbulkan salah faham dan pelbagai lagi.Sambil mendengar penjelasan Yusuf,sekali-sekala Dr Mustafa menghirup air teh yang disediakan isterinya.



“Oleh sebab saya sudah suka Aini,dan Aini pun suka saya.Maka kami bercadang untuk bertunang,agar hubungan kami lebih terjamin dan menunjukkan yang kami memang serius dengan hubungan ini.Saya harap Dr tidak membantah,kalau Dr membantah pun,saya harap Dr pertimbangkanlah. Dan kalau pertunangan ini jadi, kami pun tidak mahu pertunangan ini dibuat secara besar-besaran,cukuplah pihak saya dan pihak Dr yang tahu.Sebab Nabi Muhammad saw pun pernah berpesan iaitu rahsiakanlah tentang pertunangan,dan hebahkanlah tentang perkahwinan”

Yusuf menutup bicara dengan sebuah Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil,kemudian memejamkan mata.Dia berasa cukup lega sebab dapat meluahkan segala-galanya secara ikhlas pada Dr Mustafa,bapa Aini.



Dr Mustafa hanya tersenyum melihat gelagat Yusuf yang memejamkan dan kagum dengan kepetahan Yusuf berbicara.Melihat keberanian dan kejujuran Yusuf yang duduk didepannya sekarang,mengingatkan dia peristiwa yang sama dia lalui ketika ingin menyatakan hasrat pada bapa Dr Samsiah,isterinya sekarang.Dia kagum dengan Yusuf,tidak ramai anak muda seperti Yusuf yang pernah dia kenali.


“Yusuf..jujur saya katakan yang saya kagum dengan Yusuf.Tak ramai anak muda yang sanggup lakukan sepertimana yang Yusuf lakukan.Tentu kedua ibubapa Yusuf gembira, sebab dapat mendidik dan membesarkan seorang pemuda seperti Yusuf.Saya tidak membantah malahan saya bersetuju dengan hasrat kamu itu,namun ada beberapa kondisi dan syarat yang perlu kamu patuhi.Tidak banyak,hanya satu iaitu kedua ibubapa kamu harus datang ke rumah ini dan merisik sepertimana budaya dan adat resam kita inginkan.Selagi mana adat dan resam tidak menyalahi syara’,selagi itu kita perlu mempertahankannya.Boleh begitu?”


“Boleh!” Jawab Yusuf sedikit kuat.


“Wah bersemangat nampak.” Dr Mustafa dan Yusuf terus ketawa.Faruq yang turut sama berada di ruang tamu juga turut ketawa.Dr Samsiah dan Aini yang berada di dapur hanya tercengang-cengang, apabila mendengar gelak-tawa suami dan anaknya.


Tiba-tiba telefon bimbit Yusuf berbunyi,ada sms dikirim.
“Maaf Yusuf lambat balas,Aini baru bangun tidur.Penat sangat,tadi tidur awal.Aini sihat,dah makan malam tadi dekat rumah.Terima kasih sebab concern ya,Aini nak buat kerja lagi ini,assalamualaikom..Take care ya”


Selepas membaca sms yang dikirim Aini,tunangnya.Yusuf berasa lega,hatinya riang.Tetapi terselit juga perasaan kesian kepada tunangnya yang sibuk membuat kerja,namun apakah daya,dia dan tunangnya bukan dari Jurusan yang sama.Aini dari Jurusan Kejuruteraan manakala Yusuf dari Perakauanan.


“Kalaulah dia student akaun,pasti aku tolong dia.Apakan daya,aku tak tau apa-apa pun mengenai kejuruteraan.” Yusuf hampa,dia terus menghempaskan dirinya di atas katil.Tapi hatinya tetap gembira dan riang bila mengetahui tunangnya sihat.Diam-diam didalam hatinya,Yusuf cukup kagum dengan kegigihan tunangnya itu.

Seorang lelaki berkata kepada Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu, “Wahai Amirul Mukminin, aku telah melihat seorang wanita lalu aku pun sangat cinta kepadanya”. Lalu Umar radhiyallaHu ‘anHu berkata, “Itu adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk dibendung” (Mukhtashar Raudhatul Muhibbin hal. 81)

**************************************************


Wardah!” Jerit Rosma sambil berlari-lari kecil mendapatkan Wardah.


“Apa halnya kau ini,terjerit-jerit” Soal Wardah pelajar tahun akhir jurusan Perubatan Univerisiti Andalas,indonesia yang juga teman sebilik Rosma.


“Ini ha..” Rosma menghulurkan bungkusan kecil kepada Wardah.Tertera di atas bungkusan itu ‘Gramedia’.Gramedia adalah sebuah kedai buku yang terbesar di kawasan Padang,Indonesia.Minggu lepas,Wardah ada memesan sebuah buku dari kedai buku tersebut secara online.Buku tersebut sudah lama dia idamkan,namun hari ini baru dia dapat memilikinya.

“Yey!Terima kasih ya Rosma.Sayang kau..Muaahh” Ucap Wardah pada Rosma sambil mencium sahabatnya itu.


“Eee..apa cium-cium

ini,ingat dengan cium kau ini cukuplah.Mana boleh...” Ujar Rosma,sambil mengerak-gerakkan jari telunjuknya seperti di saat tahiyat akhir.


“Habis itu?” Wardah kaget.


“Kau kena belanja aku roti bakar Bandung.Alaa..baru 8000 rupiah,kang aku minta nak makan bakso yang 12000 rupiah itu baru tahu..” Gertak Rosma.


“Iya-lah,malam ini aku belanja kau.Tak ikhlas betul tolong orang!” Wardah menjuihkan bibirnya,dan terus lari meninggalkan Rosma.


“Oi!!Kurang asam punya budak..Tak apa,malam nanti dekat bilik aku smackdown kau.” Geram Rosma dengan telatah Wardah.


Di bilik,Wardah segera membuka bungkusan yang diterima sebentar tadi.Tak sabar dia nak membaca buku tersebut.Buku yang bertajuk ‘Di mana Shaf al-Qudur’ itu membuatkan dia tidak tidur malam.Sudah sekian lama dia mengikuti cerita itu melalui majalah Manar yang disiarkan sekali setiap seminggu.Namun setelah tamat sirinya,penulis cerita tersebut membuat keputusan untuk membukukannya.Wardah membelek-belek Novel yang berada di tangannya itu,kemudian menyelak perlahan-lahan dari satu muka surat ke muka surat yang seterusnya.Setelah berpuas hati tidak ada koyak dan kerosakkan yang lain,barulah dia memulakan pembacaannya.

Sepanjang membaca novel tersebut,perasaan untuk menemui Shaf al-Qudur terus menyala-nyala dalam dirinya.Bagaikan ada satu kuasa memanggil-manggilnya untuk menemui Shaf al-Qudur.Kedudukannya sebagai pelajar tahun akhir memberi sedikit kelegaan padanya,kerana di UNAND pelajar dari luar negara yang sudah berada di tahun akhir ,dibenarkan untuk mengambil cuti selama 3 bulan,sebelum menduduki peperiksaan akhir.Hati Wardah berbunga-bunga..


“Adik tak mahu ke Indonesia la ayah,ibu!Negara itu mundur,kemudian cita-cita adik nak belajar di Ireland bukan di sana.”

Masih lagi segar diingatan peristiwa itu di kepala Wardah.5 tahun dahulu dia berkeras untuk tidak ke Indonesia untuk melanjutkan pelajarannya.Namun hari ini,dia sangat mencintai indonesia,khususnya Universitas Andalas (UNAND) Padang,tempat dia mengaut banyak ilmu pengetahuan.Betullah kata orang,tak kenal maka tak cinta ,beliau sangat senang dan menganggap padang sebagai tempat tinggal keduanya.

Padang majorotinya berketurunan Minangkabau,keturunan yang penuh dengan adat dan resam.Menurut pengkaji masyarakat Minang,perkataan Minangkabau diperolehi berdasarkan perkataan ‘menang kerbau’[1].Peristiwa ini terjadi semasa pertandingan ‘adu kerbau’ antara, orang Pagaruyung dengan orang Majapahit.Dalam pertandingan itu,kerbau dari pihak Pagaruyung berjaya mengalahkan kerbau dari pihak Majapahit.Sejurus kemenangan tersebut orang-orang pagaruyung berteriak “menang kerbau”,dan lama kelamaan istilah menang kerbau ini bertukar menjadi Minangkabu.



“Wardah,sudah solat Isya’?” Tegur Sahifah,seorang wanita gigih yang dianggap sebagai ketua dalam rumah sewa tersebut.Rumah yang diduduki Wardah,disewa bersama 5 orang lagi rakannya.


“Eh belum lagilah kak.Terima kasih sebab ingatkan ya.” Wardah terus segera ke bilik air untuk mengambil wuduk.Kemudian solat secara berjamaah dengan Kak Sahifah.Mereka terus tenggelam dengan kekhusyukkan solat.



Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'(Al-baqarah:43)



*******************************************************


Sepanjang jalan Abdul Karim Zaidan,terdapat beberapa buah restoran yang menyediakan ‘darah arnab’.’Darah arnab’ terkenal di Turki,namun sejak kematian Anwar Sadat pemimpin mesir yang dibunuh pada 1981, ‘darah arnab’ ini mula dieksport ke Mesir.’Darah arnab’ sebenarnya adalah sejenis minuman yang diekstrak dari Teh,disebabkan warna teh itu seakan-akan darah arnab,maka warga Turki memanggilnya dengan nama ‘darah arnab’.Teh ini banyak manfaatnya,lebih-lebih lagi kepada mereka yang banyak berjalan jauh.



Yusuf memasuki sebuah kedai yang bernama Sauqul Ma’,dia cuba mencari tempat yang boleh diduduk namun semuanya penuh.Setelah beberapa minit berpusing-pusing di dalam kedai yang seakan-akan seperti star buck di Malaysia, dia mendapati ada sebuah meja yang kerusinya ada satu tidak diduduki sesiapa.Di meja itu terdapat seorang lelaki yang berkot dan wajahnya seperti pernah dilihat Yusuf.Lelaki itu tersenyum dan mempersilakan Yusuf duduk di meja yang sama.Kemudian lelaki itu meneruskan pembacaannya,terus asyik dengan pembacaannya.Yusuf memesan ‘darah arnab’ dan sekeping roti nan,sementara menunggu pesanannya siap Yusuf membuka bukunya yang baru dibeli sebentar tadi di Maktabah Islamiyah.Sedang asyik membaca,lelaki yang berjambang dihadapannya menegur.



“Apa khabar Yusuf?”
Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam.


“Ya Allah,Kamal!!” Yusuf terus memeluk Kamal,lelaki yang dikenalinya di semasa di Metro dulu.


“Anta kenapa tak tegur ana tadi.Ana ingatkan siapalah tadi,maaflah ana tak perasan anta tadi.” Yusuf minta maaf kerana tidak menegur Kamal tadi.


“Ana tadi nak terus tegur,tapi takut salah orang.Itu sebab ana tunggu lama sikit nak cam muka anta.Lepas yakin yang didepan ana ini ialah Yusuf,barulah ana tegur.” Kamal menjelaskan pada Yusuf.Mereka terus gelak dan dan saling bertanya khabar.

Tidak beberapa lama,makanan yang dipesan Yusuf sampai.Mereka berdua berjanji selepas makan,mereka berdua mahu berdiskusi lebih lanjut tentang agama masing-masing.



“Kamal,sebelum kita berdiskusi tentang agama masing-masing,sudikah anta untuk untuk memenuhi beberapa permintaan ana?” Soal Yusuf pada Kamal.


“Baiklah sahabatku,apa permintaan mu itu.”


“Diskusi kita ini hanyalah berkisar agama sahaja,tidak menyeret masuk sekali hal-hal peribadi.Disamping itu,diskusi kita tidak dicemari dengan sentimen dan emosi serta niat kita adalah untuk mencari kebenaran, bukan nak cari siapa menang siapa kalah.” Terang Yusuf pada Kamal.


“Memang itulah yang ana mahukan Yusuf.” Kamal melemparkan senyumanya kepada Yusuf.

“Namun begitu Kamal,ana tidak boleh lama disini.Ana harap diskusi kita dapat bersambung-sambung,maksud ana tidaklah hanya sehari ini sahaja.Sebabnya,ana mempunyai misi lain selain berdiskusi dengan anta.Ana mahu mencari Shab Turab.” Yusuf tahu bahawa menyampaikan kebenaran Islam pada Kamal lebih penting,namun dia juga tak mahu terlepas dari kehilangan cintanya.Bak kata pepatah,dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.
Kamal menganguk-anggukkan kepalanya,tanda memahami situasi Yusuf...


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.( Al-Baqarah: 42)







*Apakah yang akan dibincangkan oleh kedua anak muda ini?Adakah Yusuf sempat bertemu dengan cintanya?Adakah kedua-dua Yusuf dalam cerita ini adalah orang yang sama?Adakah Wardah juga berpeluang menjejaki misteri shaf al-Qudur.Semuanya akan bakal terjawab pada sambungan-sambungan yang akan datang.Yang penting,anda semua kena sabar dan tungguuuuuuuuuu...



[1] Ronidin-Minangkabau di mata anak muda