Siri 1 “Mencari Cinta Shab Turab”-Versi edit dari Firdaus
Oleh:Yussamir Yusof
“Assalamualaikum.”
Yusuf menegur lelaki arab yang duduk di sebelahnya. Lelaki arab itu tak membalas, hanya mengangguk kecil. Mulut Yusuf muncung mendapat respon sebegitu.
Setelah beberapa ketika, lelaki arab itu menjawab, “Maaf saya tidak menjawab, saya bukan Muslim.”
Muncung di mulut Yusuf segera kendur, cepat-cepat dia memohon maaf.
“La ba’sa ya akhi.”[1]
“Turid ila aina?”[2]
“Ismi Karim,anta?”[3]
“Ana Yusuf”[4]
“Haiwa..aina ji’ta?”[5]
“Ji’tu min Malayzi”[6]
Sepanjang berada di dalam Metro, Yusuf dan Karim rancak berborak. Semacam sudah kenal lama di bumi kinanah yang masyhur dengan kelahiran ramai ulama-ulama terkenal.
“Kau mengembara seorang diri?”
“Ya, aku ada misi tersendiri.”
“Apakah misimu itu?”
“Aku menjejaki Shab Turab, sesuatu yang sudah lama aku idamkan. Shab Turab impianku, Shab Turab matlamatku. Perasaan itu tidak boleh dipendam, kaki ini tidak akan berhenti menjejaki Shab Turab walau apa yang akan ku hadapi.”
Karim terlongo seketika, “Kau pengembara yang juga seorang penyair. Moga kau ketemu Shah Turab itu, aku percaya ia sesuatu yang indah.”
Tren berhenti di stesen Alexandria, Karim bingkas bangun. “Aku sudah tiba di destinasiku, moga kita ketemu lagi.”
Setelah Karim turun di Stesyen Alexandria seorang lelaki duduk menggantikannya. Kemudian masuk seorang wanita yang berpakaian serba hitam, berdiri tidak jauh darinya. Mata Yusuf memerhatikan sekeliling, sudah tiada tempat duduk.
Yusuf mahu berdiri, tetapi gegaran gerabak menghentaknya kembali ke tempat duduk. Setelah reda, dia bangun kembali dan menawarkan tempat duduknya.
Wanita itu mengangkat wajahnya dan membalas, “Alfu syukran”[7]
Yusuf terpana seketika apabila terlihat wajah wanita tersebut. Suaranya turut menarik beberapa lelaki lain dalam gerabak itu menoleh ke arahnya.
Cepat-cepat Yusuf beristighfar, mulutnya terkumat-kamit meminta ampun dari Allah. Pandangannya dialihkan dari wanita tersebut.
“Islam menindas wanita, kau tengoklah perempuan itu. Salim, aku kasihan tengok dia berpanas dan berpeluh dengan bertudung sebegitu. Kejam!” Lelaki di sebelah Yusuf menyuarakan pendapat kepada kawannya. Bicaranya perlahan tetapi bisiknya tetap hinggap ke telinga Yusuf.
Yusuf ketap bibir lalu menoleh ke arah punca bisikan. Matanya menyeluruhi lelaki tersebut. Dia tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya panjang.
Yusuf mendekati lelaki tadi, “Masa’ul khair.”[8]
“Masa’ul an-nur[9],” kedua-duanya menjawab serentak, sambil melemparkan senyuman.
“Ada apa akhi?” tanya lelaki tadi.
Yusuf memulakan bicara, “Islam tidak menidas penganutnya, Islam melindungi penganutnya.”
Kedua-dua lelaki itu terpaku, saling memandang.
“Maaf, saya tidak berhasrat untuk menyakiti hati saudara. Namun itulah yang saya dapat katakan tentang agama saudara,” lelaki itu berterus terang.
Yusuf senyum, “Sebelum berbicara lebih panjang baik saya perkenalkan diri. Nama saya Yusuf, dari Malaysia.”
Lelaki yang berbisik tadi itu menjawab, “Saya Kamal, dan ini rakan saya Salim. Kami baru pulang dari gereja.”
Senyum Yusuf makin melebar, “Saudara baca bible?”
Kamal menjawab dengan senyum sinis, “Kami bukan sahaja membaca, tetapi juga menghafalnya.”
“Alhamdulilah, kalau begitu lebih mudah untuk saya menjelaskan kenapa Islam menyuruh wanita Islam memakai tudung.”
Kamal tersentak dan segera membalas, “Mengapa mahu menjelaskan hal ini menggunakan bible?”
Muka Kamal merah, menahan marah. Salim pula merenung tajam ke arah Yusuf.
“Bukan, cuma saya nak beritahu bahawa Kristian juga mewajibkan wanitanya memakai tudung. Seperti saudara katakan, Islam menindas kerana mewajibkan memakai tudung. Kalau begitu itu tidak salah jika dikatakan bahawa Kristian lebih teruk menindas wanita kerana membotakkan kepala wanita Kristian yang tidak bertudung. Sedangkan Islam hanya mewajibkan memakai tudung tetapi tidak bertindak sekejam itu jika mereka ingkar.”
Yusuf menerangkan dengan suara yang lembut lalu disambut dengan suara keras Kamal, “Apa buktinya?”
“Buktinya,dalam Korintians bab 11 ayat ke 5 dan 6. Dalam ayat tersebut dinyatakan bahawa; jika seseorang wanita yang tidak bertudung ketika berdoa atau menyampaikan berita dari Allah di hadapan orang ramai, dia telah memalukan suaminya.Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur.Jika seorang wanita tidak mahu bertudung,lebih baik dia mengguntingkan rambutnya. Tetapi amat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya ataupun digunting rambutnya. Oleh itu lebih baik dia bertudung.”
Kamal terdiam, tiada balasan. Salim pula sudah tunduk merenung lantai.
“Betul apa yang saya baca ini?”
Lemah Kamal menjawab, “Benar.”
“Jadi sekarang ini, agama mana yang lebih menindas. Agama kamu atau agama saya?”
Kamal dan Salim terus diam, tiada sepatah kata dari mulut mereka. Kamal juga turut sama menundukkan kepala. Mata-mata manusia dalam gerabak juga tertumpu kepada mereka bertiga.
Melihat keadaan mereka berdua, segaris senyuman terbentuk di bibir Yusuf. Terus sahaja dia meminta maaf dan memeluk mereka berdua. Terbeliak mata Kamal dan Salim, lidah kelu beberapa ketika sebelum kembali berbicara.
“Maafkan kami Yusuf, maafkan kami sebab menyatakan hal yang buruk pada agamamu. Kau benar Yusuf, maafkan kami.” Berkali-kali Kamal dan Salim memohon maaf, sambil memeluk erat Yusuf.
“La ba’sa ya akhi karim[10]. Kamu berdua hanya salah faham terhadap Islam yang sebenar. Kamu berdua tidak lakukan apa-apa kesalahan,kamu tidak sengaja. Sesiapa yang tidak sengaja melakukan kesalahan, maka dimaafkan. Perkara ini dinyatakan oleh Nabi kami iaitu Nabi Muhammad saw dalam satu hadis, baginda berkata; Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umatku yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya"[11] .”
Selesai bicara, tren sudah sampai di Stesyen Jamal Nassir.
“Aku sudah sampai di destinasiku. Insya Allah, kita pasti bertemu lagi. Moga Allah merahmati persahabatan singkat kita ini” luah Yusuf kepada Kamal dan Salim.
“Moga Allah memperkenankan dan kami bersyukur bertemu denganmu Malayzi! Salamalaik” Kamal dan Salim melambai dari dalam Metro yang terus meluncur laju.
Yusuf berbisik kepada diri, “Aku mesti meneruskan kembara cintaku, mencari Shab Turab.”
ana menunggu sambungannya akh!
ReplyDeleteSubhanaAllah. Cerpen yang menarik. Saya yang cetek ilmu ini nak bertanya, 'Shab Turab' itu kitab ke nama seseorang?
ReplyDeleteto Quratu aini:InsyAllah,bakal dipost selepas balik dari Indonesia :D
ReplyDeleteTo Hamba Allah:Hehehe..tak boleh beritahu awal-awal.Nanti dah tak seronok..Tunggu sehingga akhir cerpen,anda akan tau siapa/apa itu shab Turab..Terima kasih kerana membaca...
salam...cerpen yg menarik...tak sabar nak tggu sambungannya...
ReplyDeletewhoOoa. Jee sangat kaguM! sangat menarik. :) keep it up, yus!
ReplyDelete