Ulasan saya
Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
#Ulasan ini hanyalah sebuah pandangan peribadi saya,bertujuan agar kita sama-sama memikirkannya secara matang.Pasti ada yang tidak berpuas hati,namun jadikan perbezaan ini sebagai satu titik tolak untuk kita sama-sama mencari jalan untuk mengembangkan Islam pada orang bukan Islam.
A spokesman for the Herald, the newspaper of the Catholic Church in Malaysia, said a legal suit was filed after they received repeated official warnings that the newspaper could have its licence revoked if it continued to use the word.
"We are of the view that we have the right to use the word 'Allah'," said editor Rev Lawrence Andrew.
Saya pasti sesiapa sahaja yang beragama Islam pasti tercabar apabila membaca petikan di atas.Namun saya juga percaya,betapa ramai umat Islam berlapang dada dan menerima permintaan mereka ini.Saya termasuk dalam kelompok orang yang menerimanya.Sabar dulu..Jangan berhenti membacanya,saya bukan mubaligh kristian dan saya juga bukan pengkhianat Allah dan Nabi Muhammad saw.
Apa?Mahu saya mengucap?Baiklah saya mengucap, “Laa ila ha ila Allah,Muhammad Rasulullah”.Puas hati?Ya saya masih beragama Islam,malahan saya sanggup berkorban demi Islam yang suci ini.Baiklah,sekarang ini peluang saya pula untuk menerangkan kenapa saya menerimanya.(penggunaan nama Allah dalam bibble)
Alhamdulilah,saya diizinkan oleh Allah untuk mempelajari intipati Agama Kristian secara tersusun,di bawah bimbingan Brother Shahkirit Kalkulal Govingi.
Ah jangan salah sangka lagi,Brother Shah ini Muslim dan beliau sudah dikenali ramai.Sabar dulu,jangan tergesa-gesa mahu salah sangka pada saya.Boleh begitu para pembaca paradigma?Ha macam itu lah,baik biar saya sambung lagi.
Pembelajaran saya bersamanya memberi banyak pengetahuan tentang agama ini.Pada mulanya, ibu saya berasa curiga apabila saya beritahu hasrat saya padanya untuk belajar agama kristian.Namun akhirnya beliau membenarkannya dan berdoa satu hari nanti saya dapat mengislamkan ramai orang.Amin!
Pembelajaran tersebut menggunakan bibble,dan untuk pengetahuan para pembaca terdapat dua bibble yang berbeza.
Apa itu Bible?
Sebelum saya terangkan lebih lanjut,biarlah saya terangkan apakah itu Bible?
Bible --- Biblios--- Al – Kitab = Himpunan buku-buku
Perkataan bible diambil dari perkataan biblios yang bermaksud Himpunan buku-buku.Agama Kristian terdapat dua Bible yang berbeza,perbezaan itu disebabkan perbezaan jumlah buku yang dihimpunkan.
Ingat betul-betul,Bible itu adalah himpunan buku-buku.
Didalam Bible terdapat dua Perjanjian,iaitu Perjanjian Lama dan juga Perjanjian Baru.Perbezaan antara dua Bible ini terdapat dalam Perjanjian Lama. Bagi Mazhab Protestant,Bible mereka terdapat 66 buah buku.Manakala bagi Mazhab Catolik terdapat 73 buah buku.
Berbalik kepada isu utama iaitu penggunaan nama Allah dalam Bible.Penggunaan perkataan Allah dalam bible sebenarnya sudah lama dilakukan.Ini bukan cerita olok-olok,kerana Bible sudah diterjemahkan kepada 2000 bahasa dan antaranya ialah bahasa Arab.Apa yang pasti,terjemahan dalam Bahasa Arab sendiri mempunyai 11 dialek yang berbeza!
Ah,jangan berasa pelik.Benar,penggunaan perkataan Allah sudah lama berada dalam bible,tambahan lagi bible sudah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dan dinamakan dengan nama Al-Kitab.Saya ada memilikinya sebuah,dan memang nyata apabila saya membacanya,perkataan Allah digunakan bagi menggantikan perkataan God/Lord.Soalnya disini,kenapa kita takut untuk membenarkan mereka meletakkan perkataan Allah dalam Bible.Sedangkan perkataan itu sudah lama berada dalam bible berbahasa arab dan juga berbahasa Melayu.
Sebelum ini saya ada tanya kepada para pembaca tentang,sebuah surah yang didalamnya terdapat perkataan Allah.Ya,memang benar,surah itu bukanlah dari al-Quran tetapi ia adalah dari Bible berbahasa Arab.Ayat tersebut saya ambil dari "book of genesis".Sebenarnya perkataan Allah itu bukanlah hak milik mutlak Umat Islam sahaja,perkataan Allah itu sudah lama digunakan oleh agama Langit yang lain(Yahudi,Nasrani).Agama Yahudi dalam bahasa Aramaic memanggil Allah dengan nama Alaha,dalam bahasa Hebrew mereka memanggil Allah dengan nama Eloi,Elai.Oleh itu,tidak ada sebab kita mahu melarang mereka menggunakan perkataan Allah dalam Bible.
Untuk lebih memahami perkataaan Allah,saya bawakan definisi Allah itu sendiri.Perkataan Allah الله (dibaca ALlâh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah digunakan secara khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris Lord.Selain daripada itu, bahawa usul perkataan Allah itu timbul dari kata Arab ta'allaha (atau alaha) yang memberi maksud yang disembah. Oleh itu, perkataan Allah itu boleh juga bermaksud: satu-satunya yang layak disembah.
Pandang positif dan ambil peluang
Sepatutnya,isu penggunaan Allah dalam Bible ini dipandang positif oleh Umat Islam.Saya memetik kata-kata Brother Silvester dalam Khutbah Jumaat yang lepas, “Umat Islam seharusnya mengambil peluang ini untuk menerangkan siapa itu Allah yang sebenar.Allah bukannya himpunan dari Bapa tuhan,anak tuhan dan juga ruhul kudus,tetapi Allah adalah Tuhan yang Esa,kepadanya segala bergantung,tidak dilahirkan dan juga tidak melahirkan, dan tidak ada sesuatu yang setanding dengannya.”
Kenapa kita mahu menghalang mereka dalam menuju kepada persamaan?Sedangkan Allah sendiri menyuruh Nabi Muhammad saw menyeru ahli kitab kepada persamaan yang ada pada agama Islam.
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”( Surah Ali Imram 3:64)
Gunakanlah peluang ini untuk menyatakan kebenaran,dengan memanipulasikan penggunaan Allah dalam bible mereka.Didalam bible terdapat banyak persamaan berkenaan konsep ketuhanan Islam iaitu Allah itu ESA tidak ada dua atau tiga.Misalnya;
Allah berkuasa dari segala-galanya:
“Tidak ada sesuatu pun yang standing dengan-Nya”(Al-Ikhlas:4).
“My father is greater than all” [John 10:29]
Allah yang ESA:
“Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa”(Al-Ikhlas:1)
“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]
Lemah-lembut dan berhikmah
Di atas cumalah beberapa persamaan yang boleh diambil,gunakanlah ia sebagai hujah untuk membawa mereka kepada Islam agama yang benar.Dekati dan berbahaslah mereka dengan lemah lembut dan berhikmah,sesuai dengan Firman Allah:
“Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”( Surah An-Nahl 16:125)
BERHENTI dari memberikan alasan
Kebanyakkan daripada kita,apabila diajak untuk keluar berdakwah pelbagai alasan digunakan.Hanya orang yang tidak mahu berdakwah sahaja yang mencari pelbagai alasan untuk menutup kemalasan mereka,tetapi jika kita benar-benar mahu membawa mereka kepada agama Islam,kita boleh jadikan isu ini sebagai peluang terbesar untuk mendekati mereka.
“Tunggulah dulu” itulah alasan paling kerap didengari. Hendak tunggu apa lagi? Sedangkan Allah telah memberi amaran kepada kita:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-oramg yang fasik (derhaka)”( Surah At-Taubah 9:24)
Sebuah Analogi
Sebelum saya akhiri ulasan ini,saya bawakan sebuah Analogi yang dicipta oleh Brother Shahkirit:
“Bayangkanlah suatu hujung minggu, kita pergi berkelah bersama keluarga di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai di puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama keluarga. Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi ke depan,lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu, kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.
Sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam.(Brother Shahkirit Kalkulal Govingi-Pegawai pendakwah di IIS(Islamic Information And Service Foundation)
Ulasan terakhir
Moga ulasan ringkas saya ini membuka mata para pembaca semua,dan memberikan kekuatan dan semagat untuk berdakwah kepada bukan Islam.Jadikanlah ini sebagai satu ganjaran Allah kepada kita,dan sebagai peluang kepada kita untuk mendekati mereka.Marilah kita bangun dan laksanakan tanggung-jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita, untuk menyampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam.Sekian..
Kredit pada:
Rahmat ( Deedat Junior in MMU) dan Edry Faisal yang sudi menyemaknya.
salam...
ReplyDeletekalimat demi kalimat sudah sy baca dan yang paling menyentuh hati adalah analogi dari Brother Shahkiri, kalimat yang ditulis membuat saya terkejut dan sedikit kecewa terhadap diriku sendiri, rasa bersalah hinggap di hati dan pikiranku saat ini.
"Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah"
kalimat di atas yang membuat air mataku hampir jatuh di pipi, kenapa?
dalam satu rumah,di cyberia condo, sy tinggal bersama sahabatku, mereka beragama katolik and budha, dan sampai saat ini sy tidak pernah menyampaikan messej apapun mengenai islam. karena sy menghormati mereka, menghargai kepercayaan mereka, begitu juga mereka, setiap adzhan di kumandangkan, terkadang dia yang mengingatkan diriku untuk sholat.
apa yang harus saya lakukan?????
-gusta-
Wasalam..
ReplyDeleteTerima kasih gusta..
Apa yang gusta coretkan buat saya sendiri berfikir bahawa masih ramai lagi insan di luar sana mencintai Agama Islam.
Apa yang saya boleh katakan,perkenalkanlah tentang Islam secara sedikit-sedikit.Tidak perlu terus menjurus kepada Konsep ketuhanan atau lain2.Yang paling mudah,tunjukkan akhlak kita sebagai Umat Islam.
Sentiasa menjaga perilaku,menjaga batas-batas pergaulan dan sebagainya.Ramai orang bukan Islam kebanyakkan tertarik dengan Islam disebabkan Akhlak.
Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk menyempurnakan Akhlak.
Kita juga boleh menjadi tmpat orang yang dipercayai,simpan rahsia2 sahabat kita dan sering mmbantu mereka sama ada ketika susah atau senang.
Dengan cara begtu,InsyAllah mereka pasti tertarik dengan Islam.Sama ada mahu menganut agama Islam atau tidak itu semuanya terserah pada Allah,kerana Allah lah yang akan memberi Hidayah.Kita ini hanyalah alat untuk menyampaikan kebenaran Islam..
Saya sungguh kagum dengan anda..Moga ramai lagi insan diluar sana sebegini,dan mulakanlah langkah awal untuk kita mendekati orang-orang bukan Islam.
Kalau ada masa dan wang,belajarlah ilmu-ilmu Perbandingan agama..Bacaalah buku2 karya Syeikh Ahmad deedat(banyak yang sudah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dan indonesia)...
MOga dengan sedikit usaha kita itu,kita dapat menjawab di depan Allah kelak..
WaAllahualam..
gusta~
ReplyDeleteusaha jangan putus!insyaAllah..satu hari nanti hati mereka akan terbuka sedikit demi sedikit.
saya support kamu!
selamat bercuti yus dan gusta^_^
Selamat bercti Ain...
ReplyDeleteBalik bawak kete baik2...:)
Actually the main point here, how the Muslim approaches the non-Muslim. And how Muslim act to the non-Muslim. a true, certain people don't like we approach them and talk about religion with them, especially when we debate with them using their holy book. But there are many people outside really want to know the truth. They seek the truth. Ignore that people who do not want us, but and the same time try to convince them we are not to hurt their feeling or whatever, we just want to share.
ReplyDelete"its better for all you to build a new forum for this"
I think this is good idea and can be implementing. Why not the moderator create new forum and discus there, at called it as "interfaith talk forum".
In MMU we have a committee who responsible set up interfaith talk regularly. Usually we're invite Muslim scholar, Buddhist Scholar and Hindu Scholar and discus cross table. And the audient can ask the scholar whatever they want to know regarding to the topic, and the moderator will control the discussion to ensure the forum operating smoothly.
Many ways we can approach and discus with them, its all depend on our creativity.
I really want to answer this question: if He only wants one colors, religion or race to worship Him, He could have done it long ago
My Answer: God created something that totally obeys which is angle. And the answers why we God want created different religion because He want test us. For Muslim they have a responsibility to spread the Islam to the non-Muslim, and the non-Muslim will be judge if they know about Islam but then they do not try to searching the truth in Islam. For those who do not know about Islam absolutely such as the aborigine in deep jungle, they will judge in the end based on what they do. God absolutely fair and know what He do..
That’s all my opinion to Anonymous
Assalamualaikum.
ReplyDeleteDouble thumbs up for brother Yus with his refreshing view on this matter. An article which put the trust in educating society rather than creating the endless sensational debate. Im hoping to see more and more brothers and sisters who know what they believe and conveying their faith with full of confidence. Jazakumullahu khairal jazaa'.
Thank You Abu Saif.I really appreciate your comment here.We have the same hope....
ReplyDeletesalamualaikum wbt..saya gembira dan bersyukur terlintas di laman blog suadara.Seperti juga laman blog saifulislam.
ReplyDeleteSaya tersentuh hati seperti pembaca yang lain.Satu sudut ilmiah yang mempunyai pengolahan ayat yang baik.
Cuma mungkin saya berada di dalam situasi yang sedikit berbeza yang menyebabkan saya membina sedikit tembok dengan rakan-rakan bukan islam yang saya dapati mempunyai agenda.Namun saya tidak ada masalah pada rakan-rakan islam yang benar-benar dalam kegelapan.
Saya seorang peguam muslimah dan cuba mengaplikasikan segala prinsip islam dalam amalan perundagan saya walaupun saya memilih undang-undang sivil.Saya bersahabat berkerja dan makan bersama rakan-rakan bukan islam (kerana saya seorang sahaja Islam).
Dalam situasi saya terutama sekiranya saya pergi ke Mahkamah Klang,kalau mana-mana pihak memulakan bicara berkenaan dengan agama ia pasti berakhir dengan panas.Kami boleh makan bersama dan bergurau bersama atau berbeza kes-kes bersama walaupun berbeza agama.Tetapi apabila kita tetiba mengucapkan even al hamdulilah selepas makan, akan tekeluarlah soalan-soalan yang bukan bernada ingin tahu tetapi lebih untuk menyerang dan memprovokasi dan juga bertujuan untuk mengelirukan.
Begitu juga dengan kalimah Allah.Sekarang baru menjadi isu.Isu ini sebenarnya telah lama berlegar di kalnagan peguam-peguam bukan islam sejak saya pelatih dalam kamar lagi.Terutama peguam HIndu dan Kristian.Mereka telah lama memperjuangkan untuk meletakkan nama Allah sebagai merujuk TUHAN yang mereka sembah selama ini.Apabila pengunaan Allah untuk Tuhan yang sama, saya hanya fikirkan satu perkara yang mungkin terjadi.Kekeliruan untuk generasi islam seterusnya.Krsitian kata mereka sembah Allah iaitu Allah yang Muslim sembah...so masuk Kristian pun samalah dengan masuk Islam.
Saya tidak menentang pendapat saudara malah menerimanya 100%.Saya cuma menceritakan situasi sebenar yang berlaku di sekeliling saya.Saya hanya berharap agar kita tidak terlalu berlembut dan defensive sehingga Islam itu dipijak-pijak...wallahuallam
Notes : IFC adalah serpihan daripada Malaysian BAr Council .
Waalaikumusalam wbt Une_Musulmane.
ReplyDeleteMemang benar hal sebegitu pasti terjadi,lagi2 jika hnyk kita seorang atau minority ddalam satu2 kawasan.Tapi sedar atau tidak,kita menjadi perhatian,dan segala tindak tanduk kita akan diperhatikan,jika kita lihat dari sisi negetif,pasti kita akan terasa tertekan,namum kalau kita lihat dari sisi positf,maka sebenarnya itulah peluang kita untuk menonjolkan apa itu Islam.Dengan akhlak kita,dengan cara bercakap kita,dengan cara kita berdebat dengan cara kita berpakaian dan serba serbi.Macam situasi saudari/puan sekrang,saya merasakan ia satu peluang,apabila mereka mempersendakan apa yang kita ucapkan,ia bermakna mereka memerhatikan tindak tanduk kita.Mereka akan sendiri berfikir,bahawa mreka sendiri tidak mempraktikan agama mereka sebagaimana kita mempratikkannya dalam kehidupan seharian kita.
Dan saya juga bersependapat dengan saudari/puan,bahawa kita tidak boleh terlalu berlembut dan defensive sehingga Islam itu dipijak-pijak,tapi dibalik persetujuan saya,saya sentiasa teringat peristiwa dimana Kaum Musrikin tidak membenarkan meletakkan nama Rasullullah selepas Nama Nabi Muhammad.Saidina Ali menetnangnya,namun Nabi Muhammad saw menyuruh memadamnya.Para shabat mengannggap itu satu penghinaan,namun Nabi melihatnya dari sudut yang lain dan mmg benar itu adalh keputusan yang paling baik.Benar keputusan Nabi adalah daangnya dari Allah,namun ia diceritakan agar menjadi Ibrah kepada umat islam selepsnya.
Saya mengucapkan terima kasih yang teramat,kerana Seorang peguam sudi memberi komentar di blog yang tdak seberapa ini.Dan pandangan saudari/puan akan memberi banyak manfaat kepada saya dan semua pembaca paradigma...
terima kasih...
Salam
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah, a good explanation. Kadang2 kita lupa yang kita juga perlu sampaikan Islam pada mereka yang tak kenal Islam secara hakikinya. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri, dan beranggapan 'ini bukan urusan saya tetapi tanggungjawab ustaz2 dan ustazah2' atau terlalu memikirkan tentang pelbagai masalah yang berkaitan umat Islam itu sendiri. Benar, masalah umat Islam adalah tanggungjawab kita bersama untuk berusaha selesaikan tetapi menyampaikan Islam dan berdakwah pada yang bukan Islam juga satu amanah kan..? InsyaAllah, smg Allah terus beri kekuatan pada saya, awak, mereka dan semua saudara seIslam untuk terus berusaha untuk sampaikan agama Allah kepada semua, walau dengan apa jua cara.
Tidak semestinya dengan bercakap dan bercerita tentang Islam sahaja mampu mengubah persepsi mereka, tetapi mereka akan lebih mudah tertarik jika kita betul2 menegakkan Islam dalam diri kita, insyaAllah. Mereka akan lebih mempertimbangkan dan merenung akan kebenaran Islam dengan melihat bagaimana Islam mencorak Muslim, am i right? Please, do correct me if i was wrong. My point here is, insyaAllah, sama2 usaha praktiskan Islam, smg dengan akhlak Islam yang kita bawa, cara hidup Islam yang kita pegang, di samping usaha menyampaikan dengan bercerita tentang Islam, agama Islam yang Allah redhai sebagai satu2nya agama disisiNya akan lebih mudah dikembangkan. Mungkin Allah beri kelebihan pada sesetengah orang untuk berkebolehan menyampaikan maklumat dengan menulis, teruskan menulis-credit to blogger-. Walaupun apa jua cara, teruskan berdakwah dan sampaikan Islam. Semoga Allah bantu selalu dalam usaha kita membantu agamaNya, insyaAllah.
Wallahualam.
=)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteA good remark from our sister. Terima kasih. Saya juga menyetujui apa yang diperkatakan.
Dalam melapangkan jalan dakwah kepada non Muslim, kita mesti teliti dalam membezakan di antara mereka yang ikhlas dalam beragama, dengan mereka yang mempunyai agenda tertentu. Kadang-kadang dalam keghairahan pelbagai pihak bercakap dan memperjuangkan agama, mereka lupa kepada tujuan manusia beragama. Jika beragama itu bermaksud mencari definisi yang betul terhadap menghubungkan manusia dan kehidupan dengan Tuhan, maka tidak akan ada pejuang agama yang berkelakuan seperti 'tuhan'.
Saya membabitkan diri sedikit sebanyak dalam program dialog interfaith, tetapi cabaran besar yang saya hadapi ialah sinonimnya kalimah interfaith itu dengan IFC sedangkan motif saya berbanding motif IFC sangat berbeza.
Mereka yang duduk di gelanggang guaman, berdepan dengan ramai golongan yang memperjuangkan agama untuk kepentingan yang jauh dari maksud manusia beragama. Maka seperti yang saudari tegaskan, kita tidak perlu defensif atau apologetik dalam membawa mesej Islam. Bersikap rasional dan jujur terhadap kebenaran yang dipercayai, sudah memadai untuk mengindahkan penampilan Islam.
Bagi golongan yang sentiasa suka mensensasikan agama baik dari pihak Muslim mahu pun non Muslim... hembuskan sahaja amalan mereka dari jalan kita kerana agenda mereka hanyalah habaa'an manthoora!
Thanx coz sudi komen posting sy yg lepas.
ReplyDeleteOkay, antara contoh tanggapan non muslim bila kia nak berdakwah : “I think it's better for the faithful Muslim to strengthen the faith of other Muslims who are almost getting far away from their own religion. From what i saw, not all the Muslims in our campus are as good as that have been taught in Islam..Like our article in the frontpage, SMOKING IS PROHIBITED IN ISLAM..but then, the highest rate of smokers in the campus are still our friend called Muslim. .If i'm wrong, prove not only to me but to others. I think today's Muslim are not far different from others. Most of them go clubbing, tattoing their bodies, drinking liquor, becoming mat and minah rempit, taking drugs and many more..What's this? They have been exposeed to Islam since small, but when they grew bigger, drastic changes happen..For me who embrace no religion, i see Buddhist and Christian people are more caring and loving..But for Muslim(I overheard this somewhere). in Muslim countries especially,they rather kill someone who make apostasy and criticise Islam than bring them into the community with love..This is inhuman!!
memang, mudah je kita nak rebuttal idea ni. Copy paste jer ulasan dr zakir naik. Tapi dari sudut realitinya kita tersepit dengan akhlak orang-orang kita. Kan ?? paradigma non muslim terkesan dgn realiti org islam sendiri. Saudara nak komen ?
"hembuskan sahaja amalan mereka dari jalan kita kerana agenda mereka hanyalah habaa'an manthoora!"
ReplyDeleteKpd Fikri,saya tk banyak nak komen,fikri bleh baca komen Saudari Norayhunt dan Ustaz HAsrizal sekali.Banyak poin boleh diambil dari mereka...
Terima kasih kpd semua yang sudi memberi komen membina disini.
assalamualaikum;
ReplyDeletesedikit pandangan yang berbeza daripada saya..:)
sy kurang bersetuju mngenai permintaan utk meletakkan kesamaam perkataan ALLAH itu dalam 2 agama yang berbeza.Saya memndang perbezaan ini kerana khuatir akan terjadinya salah faham yang dalam pada masyarakat malaysia ini yang saya rasa saudara juga maklum mengenai level agamanya.Jika suasana kita pada hari ini seperti mana biah solehah yg nabi ada dahulu ataupon cukupla jika level kita hari nih sama seperti saudara,maka barulah saya mampu utk berlapang dada.
Isu ini bukan sahaja mneganai PERKATAAN Allah itu bahkan ia akan melarat pada soal2 lain.Mungkin selepas ini org melayu yang buta dan tuli agama ini mudah utk memasuki kristian atas alasan kita mempunyai tuhan yang sama??atas nama ALLAH itu?..Mungkin benar yg tertulis dlm bible ade mnyebutkan yng tuhan mereka itu satu..mutlak..tapi bgaimana pula dlm mnyamakan yang mana tuhan mereka mempunyai anak??
saya masih tidak nampak persamaan antara tuhan kita dan tuhan mereka utk disatukan atas satu nama.Mungkin benar kata saudara yang kita perlu utk mengambil peluang ini utk menerangkan kepada mereka ttg makna sebenar ALLAH itu tapi bgaimana pula peluang mereka yakni masyarakat kristian dlm PELUANG menrosakkan masyarakat kita yang sudah maklum akan kerosakkanya.Penolakkan saya dalam isu ini hanya kerana suasana masyarakat kita pada hari ini.Hanya kerana ini sahaja yang benar2 merisaukan saya.
Sekadar pndangan mahasiswa biasa,moga blog ini terus mmpu berfungsi mngikut kehendak empunya..:)
wsalam
salam bro!i waz here! hahaha.. keep it up! ada masa kita main hoki pulak.
ReplyDeleteto macintorch..
ReplyDeletetq for coming..Tadi tengah tidur,tak perasan ko buzz aku..insyaAllah nnt main hoki lagi..dh rindu balik nak main ni...huhuh..k salam
assalamualaikum, diharap tuan dapat menyemak alamat ini dan sama2 kita fikirkan apa yang perlu kita lakukan dengannya..sesuatu yang dapat menggoyahkan iman mualaf kita
ReplyDeletehttp://www.themosleminstitute.com/
sekian terima kasih