Wednesday, January 2, 2008

kenangan





5 tahun sudah berlalu

Oleh :Yussamir Yusof
Cyberjaya
2 Januari 2008

Pejam celik,sudah 5 tahun aku meninggalkan sekolah An-nur.Sekolah yang banyak mengajar aku erti kehidupan,di situlah aku belajar tentang tuhan.Di kelilingi orang-orang yang menhafal Quran,Mu’alim yang hebat-hebat serta sahabat yang sama-sama merasai pahit dan manis,membuatkan aku rindu untuk kembali ke zaman itu.

Entah kenapa,tiba-tiba aku teringat dengan Ustaz Hatta,( ustaz yang mengajar aku subjek Quran dan Hafalan),Abang Lokman dan 10 sahabat aku.Hati aku sayu sangat-sangat,aku bangun dari katil dan terus berada di hadapan komputer untuk meluahkan isi hati aku.



Kisah Nakal

Aku masih ingat lagi betapa aku seorang pelajar yang ‘nakal’ ketika itu.Keluar asrama tanpa kebenaran pada waktu malam bersama Bad dan Noh(dua sahabat yang aku sangat sayang,dan aku pasti mereka pun begitu),semata-mata mahu menyambut ambang kemerdekaan.Ketika kami bertiga ‘cabut’ dari asrama,aku hanya berkain pelekat dan berbaju melayu,Noh dan Bad sudah berseluar tapi masih berbaju melayu.Kami menyusup keluar melalui belukar di hadapan pintu batu(yang tak siap-siap),kemudian terus menuju ke arah jalan utama.Jantung berdebar-debar,takut jika tertangkap.Tapi disebabkan kenakalan dan kedegilan kami,semuanya itu tidak dihiraukan.(aku tak boleh nak teruskan,hati aku sayu mengingatkan kisah ini.Aku rindu zaman ini).Yang penting,pada malam itu,kami tidak sempat nak menyambut merdeka di dataran bandaraya sebab bas kami sampai di johor bahru lewat!Noh terus balik ke rumahnya di Desa Rahmat,manakala Bad menumpang tidur di rumah aku...hahahhahaha..



Ustaz Hatta


Ustaz Hatta pula mengingatkan aku pada kebaikan dia pada aku.Aku sangat sayang dengan Ustaz Hatta.Dia berasal dari Indonesia,seorang yang kurus,suka berpakaian kemas dan suka memberi sesuatu pada anak muridnya.Masih tersimpan rapi diingatan ini tentang rapatnya aku dengan beliau.Aku sering ke biliknya,kadang-kadang berborak,kadang-kadang aku mengurut kakinya menggunakan batang pen(sehingga kini kadang-kadang aku mengurut-ngurut kaki menggunakan batang pen),kadang-kadang dia belanja aku makan dan sepanjang aku bersama dia,banyak ilmu pengetahuan secara tidak langsung aku perolehi dari dia.

Ustaz Hatta tahu perangai aku,dia juga tahu aku berpacaran ketika itu.Namun dia langsung tidak memarahi aku.Cuma dia sering menasihati aku agar berhati-hati dengan tingkah laku aku,dan sering menegur aku secara halus.Dia tidak suka menyakiti perasaan anak muridnya.Satu peristiwa yang tidak dapat aku lupa sehingga hari ini ialah,ketika dia menjemput aku untuk meraikan hari jadinya.Aku cukup terasa dihargai dan disayangi,anak muridnya yang lain tidak dipanggil,tapi aku sebaliknya..Macam mana baik sekalipun aku dengan dia,aku tetap disebat Ustaz Hatta kerana tidak dapat menghafal Quran dengan lancar!Hehehe...



Abang Lokman

Erm..Abang Lokman pula mengingatkan aku tentang karektor dia yang cukup aku senangi.Pelajar paling tua di sekolah,ketika itu umur dia dalam lingkungan 22 tahun,tapi masih di tingkatan 5.Mesti terkejut kan,sebenarnya dia berasal dari Singapura tetapi berhijrah ke Malaysia untuk menuntut ilmu agama di sekolah An-nur.Aku masih ingat,ketika aku ‘cabut’ bersama denga Bad aku terserempak dengan dia.Ketika itu dia sedang bawa kereta.Yang peliknya dia bertanya pada kami mahu ke mana?Sedangkan dia tahu kami ‘cabut’.Apa lagi,kami tumpang keretanya sehingga ke stesyen Pontian.Tapi masa turun dari kereta itu,dia sempat gelengkan kepala dan suruh kami balik malam itu juga.Hahahahaah.....Memang best!!Sekarang ini dengar khabar dia sudah berkerja,dan menetap kembali di Singapura.



Sepuluh Sahabat terbaik


Sepuluh sahabat!Hehehe,,sebenarnya ramai lagi sahabat aku,tapi yang sepuluh ini adalah sahabat terbaik aku.Biar aku senaraikan:
Noh(sehingga ke hari ini orang masih ada kata aku dengan dia adalah adik beradik),Bad,Fuad,Mamat,Acad,Uj,Baloi,Faiz,zul(walaupun aku pernah berbalah dengan dia,tapi tetap menganngapnya 10 sahabat terbaik aku),dan akhir sekali Basir.10 orang ini,aku menggapnya adalah kurniaan dari Allah,sehingga kini aku belum berjumpa orang serupa dengan mereka.Moga Allah terus merapatkan hati-hati kami.

Ketika aku form 3,aku menjadi ‘kepala’ seluruh pelajar Form 3.Aku masih ingat lagi,satu malam itu Fuad ‘ditarik’ pelajar form 4 ke dorm mereka, dengan niat untuk mencenderakan Fuad.Lepas aku dapat tau hal tersebut,aku kumpulkan semua pelajar form 3 dan terus menuju ke dorm Form 4.


Dibawah ini antara dialog poyo aku yang masih aku ingat sampai sekarang:

“Nak buat apa dengan fuad ni”?

“Kau sibuk apa pasal?” Si Form 4 yang menjawab.

“takdelah,aku nak tengok gak apa yang kau nak buat kat fuad ini.Dak-dak ini pun nak tgk gak apa yang kau boleh buat kat fuad ini” Aku menjawab dengan poyo lagi.

“Wan!Dah r,,tak yah gaduh.Yus kau bawa balik fuad,aku taknak ada gaduh-gaduh ini” Rahim mencelah.Salah seorang pelajar Form 4 yang kira boleh dikatakan rapat dengan Form 3.

“aku takde hal Rahim,dia kasi lepas fuad aku bawa balik dak-dak ini”

Akhirnya,Fuad dilepaskan dan mula saat itu,pelajar form 3 digeruni!!


Semua itu adalah cebisan antara pengalaman aku semasa berada di An-nur.Banyak lagi,tapi biarlah dia menjadi nostalgia dalam kotak ingatan aku.Maaflah terpaksa menulis dengan skema,sebab aku mahu blog ini profesional.Sebenarnya,tujuan aku menulis ini selain meluahkan kerinduan aku,aku harap ia dapat menjadi pengajaran kepada pembaca paradigma.Bukan semua yang jahat akan terus jahat,dan bukan semua yang baik akan terus menjadi baik.Hidup boleh berubah apabila kita ingin berubah,sama ada berubah kearah kebaikan atau kejahatan.Saya sudah membuktikannya bahawa yang hitam itu boleh jadi putih,kini giliran para pembaca saya pula....



WaAllahualam...


Fakta:saya berada di An-nur dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
10 sahabat terbaik saya,semuanya berada di Universiti.3 orang berada di Azhar As-syarif.Yang lain-lain IPTA dan IPTS.

5 comments:

  1. Assalamualaikum. wah wah,cerita menarik. teringat kisah lama. =P anyway, tertarik pulak bila ada tulis 'stesen Pontian'.

    Sy orang Pontian, Johor.

    ReplyDelete
  2. WaAlaikumusalam...
    Ye ke along_exe...heheheh
    Pontian kat ne?Ayer baloi ke apa ke?
    Stesyen yang selalu dikunjungi tu,,,hehehhe...

    ReplyDelete
  3. wah cte lm beb
    ni boleh di filem kan ni
    ko bg lah katproducer mn2 pun
    wat cter ni
    ak nak lakon smla

    ReplyDelete
  4. Bleh je mamat..tapi ko mmg tak boleh pegang watak utama la camni..hehehe...mmg kenangan pon...
    Yang ptg time tu kita semua betul2 unite..
    hehehe....

    ReplyDelete
  5. Itulah untungnya menjadi manusia kerana dikurniakan medium (otak)yang dapat menyimpan kenangan yang dapat diulang tayang bila2 masa.
    ALHAMDULLILAH. Hebatnya ciptaan Allah kerana kenangan yang sudah berbelas tahun pun masih segar diingatan. Kengkadang kelakar plak bila teringat how immature i was back then:)

    ReplyDelete