Sunday, January 20, 2008

sambungan kedua




mencari cinta Shab Turab #2


Azan bersahut-sahutan di seluruh bumi kinanah,orang ramai berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Asar,begitu juga dengan Yusuf.Sampai sahaja di masjid,Yusuf terus duduk bersandar di tiang masjid yang berbentuk separa bulatan.Sementara menunggu iqomat dikumandangkan, Yusuf membuka diari lamanya yang sentiasa berada didalam begnya kemana sahaja dia pergi.Diari itu cukup berharga buat dirinya.Dalam diari itulah segalanya Yusuf curahkan dan luahkan isi hatinya.Yusuf menyelak dari satu lembaran ke satu lembaran,dia terhenti di sebuah puisi cinta yang pernah dia tulis tidak lama dahulu.



Semuanya bermula dari kedua mata,
Ketika aku hanya berani mencuri pandang wajahmu di sana,
Dengan pakaian rapat tidak kau biarkan auratmu terbuka,
Kerana memang tidak selayaknya ia dipandang oleh sembarangan mata,
Maka seiring pergerakan masa,
Kumulai beranikan diri untuk bertanya,
Untuk selanjutnya berkongsi cerita,
Telah kukatakan padamu semenjak mula,
Bahawa aku adalah lelaki ibuku sepanjang masa,
Sebagai wadah bakti sebagaimana Nabi saw telah bersabda,
“ibumu,ibumu,ibumu!” begitulah dalam sebuah hadith yang pernah kubaca,
“Lalu ayahmu!” sebagai lanjutan ucapan dari lidah yang mulia,
Sebuah jawapan darimu membuatku begitu lega,
Kau berkata bahawa lebih baik memiliki suami yang berbakti daripada yang derhaka,
Kau berkata bahawa lebih baik memiliki suami yang dermawan dari yang bakhil harta,
Dan kau pun berharap bahawa pendampingmu kelak boleh membuatmu bahagia,
Kau pernah berkata ingin segera bernikah dengan jodoh pilihan-Nya,
Agar mampu menjaga kemurnian dan kesucian niatmu dalam mewujudkan pelbagai cita-cita,
Serta menjadikanmu lebih kuat di saat cubaan dan dugaan datang menerpa,
Kerana akan ada seseorang yang insyAllah akan mendampingmu senantiasa,
Namun yang harus kau tahu bahawa aku adalah lelaki biasa.



“Tidak solat tahyiatul masjid?” Tanya lelaki tua yang duduk di sebelah Yusuf dengan bahasa Ammi yang pekat.Yusuf terus menutup diarinya,dia berasa terkejut dengan suara lelaki tua tersebut. “Tidak,itu kan solat Sunat.” Yusuf menjawab.



“Kamu sayang Nabi Muhammad saw?”Tanya lelaki tua itu,seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Yusuf.
“Sudah semestinya.” Yusuf berasa pelik,apakah relevennya soalan ini dengan solat sunnat. “Pedulikanlah” Bisik Yusuf.



“Kalau kamu sayang,kenapa tak mahu mengikut arahan Nabi Muhammad saw.Solat tahiyatul masjid kan adalah salah satu sunnah yang di utamakan oleh Nabi.Aku rasa kau pun tahu hal ini,tidak mungkin seorang yang berpelajaran seperti kamu tidak mengetahuinya.” Lembut dan berhikmah lelaki tua itu menasihati Yusuf.Senyumannya cukup menenangkan sesiapa yang melihat lelaki tua itu.Yusuf mengangguk perlahan dan terus berdiri menunaikan solat sunnat Tahyiatul masjid.Namun,Yusuf hairan bagaimana lelaki tua ini tahu dia berpelajaran.



“Allah akbar,Allah akbar!... Iqomat dilaungkan memanggil semua makmum untuk bersiap sedia menunaikan solat Asar.Lelaki tua tadi terus menuju ke hadapan,Yusuf pun ikut serta sambil kepalanya ligat memikirkan lelaki tua itu.



“Rapatkan Saf!... “Ujar Imam Masjid Ibnu Sakir.



Usai menunaikan solat,seorang lelaki membuat pengumuman bahawa selepas ini Syeikh Mutawali Sya’rawi akan memberikan sedikit tazkirah berkenaan dengan solat.Mendengar sahaja nama Syeikh Mutawali Sya’rawi orang ramai yang berpusu-pusu keluar dari Masjid tadi,membatalkan hasrat mereka dan masuk kembali ke dalam masjid.Bukan mudah untuk mendengar kuliah dari Ulama’ Mesir ini,beliau seorang yang cukup alim dalam agama.Yusuf juga teruja apabila mendapat tahu ulama yang diseganinya itu bakal memberi kuliah sebentar lagi.Selalunya dia hanya mendengar namanya sahaja,namun hari ini secara langsung dia dapat bersua-muka. Seorang lelaki berbadan besar dan berjalan dengan perlahan, bangun dan terus duduk di meja yang disediakan di hadapan para jamaah.



“Eh!Itu bukan Pakcik yang suruh aku solat sunnat ke tadi!Ya Allah,Malunya aku!” Yusuf terkejut,lelaki tua yang menegur dia tadi adalah Syeikh Mutawali Sya’rawi, ulama yang beliau segani.Yusuf terus mendudukkan wajahnya kerana segan jika Ulama itu perasaan akan kehadirannya,lagilah pula dia duduk di barisan yang paling hadapan.



Setelah membetulkan tempat duduknya,Syeikh Mutawali as-Sya’rawi memulakan tazkirahnya dengan puji-pujian kehadrat Allah dan selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw.

“Tazkirah ringkas saya hari ini ialah berkenaan dengan menutup Aurat dikalangan Muslimin dan muslimat.Kebanyakkan kita pada hari ini apabila berbicara mengenai aurat,pasti akan terus menunding seratus peratus masalah aurat pada kaum wanita.Sedangkan masalah aurat bukan hanya tertakluk kepada kaum wanita sahaja,namun kaum lelaki juga termasuk dalam hal ini.Malahan arahan menutup aurat diperintahkan pertama kali oleh Allah adalah, ditujukan kepada kaum lelaki.Sesuai dengan apa yang diperkatakan oleh Allah dalam surah An-nur ayat 30 yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”



Setelah ayat ini barulah Allah menurunkan ayat yang memerintahkan kaum wanita wajib menutup aurat,sepertimana yang dikatakan oleh Allah dalam surah yang sama dalam ayat yang ke 31 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka.”



Oleh sebab itu,apabila berbicara mengenai aurat kita harus adil dan saksama.Tak kira wanita atau lelaki,kedua-duanya perlu ditegur dan diperingatkan.Saya sendiri pelik,kebanyakan kita marah dan geram dengan pertandingan ratu cantik dan bersemangat berarak dan berdemostrasi agar dibatalkan,namun tidak pula saya dengar akan bantahan dan demostrasi untuk membatalkan pertandingan bina badan!Kita sendiri telah bersikap berat sebelah dan tidak adil kepada wanita. Akhir kata dalam tazkirah ringkas ini,saya berharap kita semua tidak bersikap berat sebelah dan sentiasa bersikap adil dalam menghukumi dan menilai seseorang. InsyAllah jika ada kelapangan saya akan menyambung tazkirah berkenaan hal ini di lain hari.WaAllahualam.”




Tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh Mutawali as-Sya’rawi,cukup memberi paradigma yang berbeza kepada Yusuf.Sepanjang tazkirah,Yusuf mencatat segala butir yang disampaikan ulama yang diseganinya itu.Setelah tamat tazkirah,Yusuf terus mendekati Syeikh Mutawali as-Sa’rawi.



“Maafkan sikap saya sebentar tadi dan saya nak tanya,bagaimana Syeikh dapat tahu saya ini berpelajaran?” Ujar Yusuf pada Syeikh Mutawali as-Sya’rawi usai mendekati ulama itu.Ulama tersebut sekadar senyum dan menepuk-nepuk bahunya.



“Pertamanya,kamu tidak lakukan kesalahan pun.Cuma bersikap lalai dan sambil lewa sahaja dalam menjalani sunnah Nabi saw.Orang yang mengetahui sunnah dan kebaikan tapi tidak melakukannya adalah satu kejelekan. Seperti kata Allah dalam surah al-Baqarah ayat 44 “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?”

Yang keduanya,saya dapat tahu kamu berpelajaran ialah dari percakapan kamu.Hanya yang orang yang berpelajaran sahaja dapat memahami bahasa arab Ami pekat saya,lagi-lagi kamu ini bukanlah orang arab.Lihat dari gaya berpakaian kamu sahaja saya sudah tau kamu bukan orang sini."


Ujar Syeikh Mutawali as-Sya’rawi kepada Yusuf.Yusuf mengangguk-anggukkan kepala,dan tersenyum apabila diberitahu bahasa Aminya perlu pembaikan lagi.Setelah beberapa minit berborak,Yusuf meminta izin untuk segera beredar dan menuju ke destinasi seterusnya.Sebelum beredar,Yusuf sempat memohon agar Ulama itu mendoakan akan kesejahteraan dan keselamatannya sepanjang dia mengembara mencari cintanya.



Jam sudah menunjukkan 6 petang,dia perlu cepat ke destinasi seterusnya agar waktu yang dirancangnya tidak tersasar dari yang ditetapkan.Yusuf terus melangkah laju menuju ke arah stesyen metro yang berdekatan.Terus melangkah dengan impian yang tinggi,impian untuk bersua dengan cintanya,cintanya pada shab turab terus menjalar di seluruh badannya.
“Cepat Yusuf,kau harus bersua dengannya.Jangan lengah-lengah lagi,kalau tidak kau akan menyesal Yusuf!” Minda dan hati Yusuf terus mendesak.....






1 comment:

  1. Masih menanti misteri Shab Turab terungkai.

    ReplyDelete