Thursday, January 24, 2008

siri keempat



Siri keempat “Mencari Cinta Shab Turab”


#Disebabkan saya berasa senang hati sejak kebelakangan ini,maka saya post lagi siri ke empat cerpen ini.



“Kamal saya mahu tanya pada kamu berkenaan dengan dosa warisan.Apa yang saya dengar,Agama kamu mengatakan bahawa setiap anak adam yang dilahirkan di muka bumi ini adalah berdosa.Maka kedatangan Nabi Isa adalah untuk menebus dosa-dosa tersebut.Betulkah begitu?” Soal Yusuf memulakan diskusinya bersama Kamal seorang penganut Kristian yang taat.



“Benar,hal ini telah dijelaskan dalam bible dalam buku kisah para rasul,bab 5 ayat ke 31.Katanya, “Allah mengangat Dia(nabi Isa) ke tempat yang berkuasa di sebelah kanan-Nya untuk menjadi pemimpin dan penyelamat,supaya umat Israil mendapat peluang untuk bertaubat dan beroleh keampunan dosa.” Jawab Kamal lancar.Menjadi satu kelebihan kepadanya, kerana dia sudah menghafal kesemua isi dalam bible.

Oleh sebab itu,perbincangan ini menjadi mudah dan lancar,keyakinan Kamal pada agamanya sangat kental.Yusuf terdiam sebentar,kemudian mengeluarkan sebuah bible yang sentiasa berada dalam begnya.Yusuf tidak menghafal keseluruhan bible,tetapi dia memahami keseluruhan bible.Itu lebih bagus dari menghafal bagi dirinya.Cukuplah Al-Quran berada di dalam hatinya,sejak kecil lagi ibubapa Yusuf menekankan pendidikan Al-Quran padanya.Alhamdulilah,setelah mencapai umur 12 tahun,Yusuf sudah menjadi Hafiz Quran.



“Tapi Kamal,tidakkah anta pelik dengan ayat tersebut.Ayat tersebut mengatakan Nabi Isa diturunkan adalah untuk menebus dosa umat Israil sahaja.Tidak untuk umat lain.Anta sendiri bukanlah bangsa Israil,jadi bagaimana Nabi Isa mahu menebus dosa anta?” Yusuf menyoal Kamal.

Pembelajaran secara tidak formal dengan Bro Shahkirit tentang agama Kristian,memberi kelebihan kepada Yusuf untuk berdebat dengan Kamal.Bagi Yusuf,dengan melontarkan persoalan-persoalan yang bertentangan dengan keyakinan Kamal adalah salah satu cara untuk melunturkan keyakinan Kamal pada dogma Kristian.


Benar,ana setuju dengan hujah Yusuf.Tetapi Yusuf kena tahu,zaman itu hanya ada bangsa israil sahaja,sebab itu Nabi Isa mengatakan begitu,tetapi yang hakikatnya ayat tersebut ditujukan kepada semua bangsa.” Kamal cuba meyakinkan Yusuf.



“Kalau begitu,bagaimana pula dengan ayat dalam buku Matius bab 15 ayat ke 24 ini?” Yusuf menunjukkan bible yang ditangannya kepada Kamal.


Kemudian Kamal membacanya.
“Nabi Isa berkata kepada wanita itu, “Aku diutus hanya kepada bangsa Israil yang seperti kambing yang sesat.” Kamal terdiam selepas membaca ayat tersebut.



“Ayat yang anta baca tadi dengan jelas, Nabi Isa mengaku dan menyatakan bahawa Dia diutuskan untuk bangsa Israil sahaja.Kalau begitu,penganut Kristian yang bukan dari bangsa Israil tidak termasuk daripada umat Nabi Isa dan dosanya tidak tertebuslah.Betul tak apa yang ana katakan?” Yusuf cuba memprovok Kamal.


“Betullah kata anta Yusuf.Memang benar ana seorang penghafal Bible,tapi ana tidak memahaminya sedalam anta.”
Kamal mengalah,kebenaran melebihi dari ketaatan,maka kebenaran yang perlu mengatasinya.Melihat kegundahan Kamal,Yusuf cuba menenangkannya dengan menceritakan serba sedikit tentang ajaran Islam pada Kamal.


“Dalam Islam,kami tidak mempercayai dosa warisan atau pahala warisan.Apa yang diajarkan dalam agama Islam adalah semua manusia dilahirkan suci dan murni.Umat Islam mempercayai bahawa setiap manusia, mempunyai takdirnya sendiri yang telah ditetapkan oleh Allah.Namun manusia berhak untuk memilih dan menentukan kehidupannya.Allah telah berkata dalam surah Al-Baqarah ayat 286;Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” Setelah menjelaskan kepada Kamal,Yusuf merenung jauh ke seberang jalan yang tidak jauh dari tempat duduknya.



“Anta lihat lelaki itu” Tunjuk Yusuf kearah seorang lelaki yang tangannya penuh dengan kudis di seberang jalan.



“Kudis yang menjangkiti lelaki itu disebabkan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.Kalau lelaki itu sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa menitikberatkan kesihatan,pasti dia dapat mencegahnya.Namun dia tidak menjaga kesihatannya,dia tinggal di bawah-bawah jambatan,tidak pernah ke hospital kalau sakit,akibatnya dia mendapat penyakit itu.Akibat itulah yang disebutkan sebagai takdir,dan jika dia dapat menghindari dari penyakit tersebut juga dikatakan sebagai takdir.Takdir bukan hanya terletak kepada keburukan sahaja,tapi juga meliputi hal-hal yang memberi kebaikan kepada manusia.”.
Kalau anta nak tahu,dalam bible pun ada mengatakan bahawa setiap kesalahan ditanggung oleh orang yang melakukannya.Hal ini disebut bible dalam buku Yehezkiel bab 18 ayat 20.”
Yusuf menyelak-nyelak lembaran bible untuk mencari ayat tersebut.Setelah menjumpai ayat tersebut,Yusuf memberi kepada Kamal untuk membacanya.


Kamal membacanya.
“Orang yang berdosa akan mati.Seorang anak tidak usah menanggung dosa bapanya .Demikian juga seorang bapa tidak usah menanggung akibat daripada dosa anaknya.Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannaya,dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya.”



“Secara rasionalnya,kalau anta fikirkan masakan boleh dosa warisan wujud sedangkan, bible sendiri mengatakan dosa seseorang tidak boleh diwarisi atau ditanggung oleh orang lain.Sepanjang pengkajian ana terhadap kitab suci anta,ana tidak pernah menjumpai sebarang perkataan ‘dosa warisan’.Kalau anta masih ragu-ragu,biar ana berikan sebuah anologi.” Jelas Yusuf.

Penggunaan analogi adalah salah satu alat untuk menerangkan kepada penganut Kristian.Kaedah ini selalu dilaksanakan oleh guru Yusuf ,iaitu Bro Shahkirit.Analogi ialah perlaksanaan logik.Logik bukan ilmu pengetahuan tetapi sebuah alat agar manusia dapat mempraktikan ilmu pengetahuan[1].Penggunaan logik menjadi popular setelah Aristotle menggunakannya dalam ilmu falsafah.Menurut Aristotle,menjadi satu kewajiban bagi kita memiliki alat sebelum membina sebuah banggunan.Banggunan yang dimaksudkan ialah falsafah dan alatnya adalah logik[2].



“Anta bayangangkanlah,dalam sebuah rumah ini ada seorang anak dan bapa.Satu hari itu,si bapa ini pergi ke bank dan merompak bank tersebut.Kemudian keesokkan harinya,sebuah kereta polis datang ke rumah mereka berdua.Pihak polis tidak menangkap bapanya,tetapi menangkap si anak yang sedang membuat kerja sekolah.Dan menuduh si anak merompak bank,dan membiarkan si bapa seenaknya minum kopi sambil baca surat khabar.Apa perasaan anta?Wajar atau tidak?” Yusuf menekankan sikit suaranya,agar Kamal dapat mengerti akan ketidakwajarannya dosa warisan ini melalui analoginya itu.



Kamal menganggukkan kepalanya tanda setuju. “Ana setuju dengan analogi anta itu,Alhamdulilah.Eh, boleh tak ana ucap Alhamdulilah,anta tidak kisah?” Soal Kamal pada Yusuf,sebenarnya sejak dari tadi dia memerhatikan Yusuf,jika ada ada sesuatu yang menyenangkan pasti Yusuf mengucapkan Alhamdulilah.Kamal memahami ertinya yang bermaksud syukur pada Allah.Tapi tak pasti adakah boleh dia mengucapkan ayat tersebut,kerana dia tahu ayat tersebut adalah sebahagian dari Quran kitab suci umat Islam.

“Alhamdulilah,ucapkanlah sebanyak mana pun yang anta mahukan.Ana berasa cukup senang dengan ucapan kamu itu.Moga Allah memberi anta hidayah.Nabi kami iaitu Nabi Muhammad saw pernah diperintahkan oleh Allah agar menyeru ahli kitab,iaitu orang-orang Yahudi dan Kristian agar bersama dalam satu kalimah yang bersamaan.


Kata Allah dalam surah al-Imran ayat ke 62, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”



Kamal berasa cukup tenang apabila mendengar ayat yang dibaca oleh Yusuf. Erti ayat tersebut terus masuk ke dalam sanubarinya. “Benar-benar inilah adalah Firman Allah” Hati Kamal membisik.Namun Kamal masih belum berpuas hati,ada banyak lagi keraguan dan persoalan yang harus dia tanya pada Yusuf.Tapi dia tidak boleh bersikap pentingkan diri,sebab Yusuf ada agendanya tersendiri juga.



“Kamal,bolehkah kita sambung perbincangan ini pada hari lain.Ana harus beredar segera,masa sangat-sangat mencemburui ana.Ana harus segera ke Alexendaria sebelum Zuhur,ini kad ana.” Yusuf menghulurkan sekeping kad yang tertera nama dan nombor telefon bimbitnya kepada Kamal.Kamal juga berbuat demikian.



“Baiklah sahabatku,pasti kita akan meneruskannya lagi.Banyak lagi hal yang perlu ana tanyakan kepada anta.Kalau anta mahukan pertolongan semasa dalam perjalanan,sila hubungi ana.Makanan anta ini biar ana belanja.” Ujar Kamal.



Setelah bersalaman dan berpeluk antara dua orang sahabat yang berlainan akidah,Yusuf terus berjalan keluar dari restoran itu.Masih berbaki dua hari sebelum dia bertemu dengan cintanya,Yusuf tidak boleh lewat, kalau tidak dia akan menyesal seumur hidup.Semasa dia berjalan kaki ke stesyen Metro yang berdekatan, dia terlihat seorang gadis muda yang wajahnya seakan warga Malaysia,sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang pemuda Arab.Yusuf cepat-cepat ke arah gadis itu,kesian dia melihat gadis itu yang dia rasakan tidak fasih berbahasa Arab.



“Assalamualaikom,orang Malaysia ke?” Yusuf menegur gadis yang dilihatnya tadi.


“A’ah..Orang Malaysia.” Gadis itu gembira bila disapa orang Malaysia di bumi Kinanah ini.Sudah banyak kali dia mencuba untuk mencari alamat yang ingin ditujunya itu tapi hampa.


“Alhamdulilah..Awak seorang saja ke datang sini?”
Yusuf sedikit kehairaanan,dengan keberanian wanita ini. “Berani betul ya awak,saya ingat dah tiada lagi wanita Malaysia yang seberani ini. Saya Yusuf Louay Fatoohi bin Nasiruddin al-Dargazelli.” Yusuf memperkenalkan namanya.


“Wah,panjang nama awak.Awak ini orang melayu ke orang campur-campur.”
Gadis itu kehairan dengan nama Yusuf yang panjang dan pelik.


“Hehehe..saya orang campur-campur.Melayu sikit,arab sikit,perancis sikit dan belanda sikit.Tapi awak boleh panggil Yusuf sahaja.Nama awak apa?” Yusuf sudah biasa dengan reaksi sebegitu,sejak kecil lagi rakan-rakannya susah nak menyebut namanya.Ayahnya peminat Dr Louay Fatoohi seorang pengkaji dan pemikir sejarah purba.Buku pertama yang dibaca oleh ayahnya, yang membuatkan ayahnya kagum pada pemikir ini ialah “Sejarah bangsa Israil dalam Bible dan Al-Quran,sebuah penelitian Islamic Archeology”.



“Saya Wardah Syaukah binti Ahmad Syauki,panggil saya Wardah sahaja.” Gadis itu memperkenalkan dirinya dengan senyuman terukir di wajahnya.



“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberi rezeki dari arah yang tiada yang disangka-sangkanya”
(QS. Ath Thalaq : 2-3)




********************************************************

Hari ini Yusuf dijemput untuk menyampaikan ceramah di Islamic Information and Service Foundation,di Setiawangsa.Ceramah yang disampaikan oleh Yusuf ialah “Pemaknaan Erti Dakwah dalam Lingkungan Mahasiswa ”.Sepanjang ceramah yang disampaikan Yusuf kepada para hadirin,Quratunaini khusyuk mendengarkannya. Kebiasaannya,setiap kali ada ceramah di IIS Aini dan rakan-rakannya akan menyewa kereta untuk menghadirinya.



“Aini kita kena sewa kereta lagilah malam ini.” Ujar Ziati pada Aini.Zaiti,linda dan syarifah rakan bilik Aini,dan mereka sering mengikuti Aini untuk ke majlis-majlis Ilmu.


“Yup,kita kena sewa lagilah macam malam minggu lepas.Tak mengapa,malam ini aku bayar lebih ya?” Pujuk Aini.


“Sesiapa yang berusaha mencari jalan untuk mencari ilmu,maka Allah akan mempermudahkannya untuk masuk ke syurga[3].So,kita harap usaha kita ini termasuk dalam ungkapan Mulia Nabi Muhammad saw ini.” Kata Linda pelajar yang mengambil jurusan Ilmu Hadith di MMU,pada Aini,Syarifah dan Ziati.



Aini kagum dengan kepetahan dan kepandaian Yusuf,walaupun sibuk dengan pengajian di Universiti, tunangnya itu tidak pernah meninggalkan lapangan dakwah di dalam dan luar kampus.Pernah ditanya Aini kepada Yusuf mengapa Yusuf begitu komitmen dengan pelajaran dan dakwah.Hanya satu sahaja Yusuf jawab,iaitu “pengabdian”.



“Allah menciptakan kita bukan sia-sia.Ada sebabnya manusia dijadikan oleh Allah.Allah sendiri berkata dalam surah al-Mu’minun ayat 115, “Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”. Kita dijadikan di muka bumi ini ada tujuannya,tujuan utama ialah mengabdikan diri kepada Allah.Pengabdian yang mutlak kepada-Nya.Sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Allah dalam surah az-Zariat ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”.
Selain dari beribadah kepada-Nya dengan melakukan solat,puasa,bayar zakat,tunaikan haji,dan lain-lain,Dakwah juga adalah satu cara untuk mengabdikan diri pada Allah.Dakwah adalah sunnah para Nabi Allah,maka menjadi satu kebaikan dan keutamaan untuk mengikuti sunnah nabi Muhammad saw.Apabila mengikuti sunnah para nabi-Nya,maka ia juga adalah salah satu cara mengabdikan diri pada-Nya.Namun,sebagai seorang pelajar Universiti,pelajaran adalah fokus utama saya Aini.”
Begitulah yang dijawab Yusuf pada Aini,semasa Aini menanyakan hal ini pada Yusuf.



Semasa berceramah,Yusuf sempat menjeling ke arah tunangnya.Itulah sahaja tempat dia untuk melihat tunangnya,dan bertanya khabar setelah selesai berceramah.Islam melarangnya untuk berdua-duaan dan beramah mesra yang keterlaluan, selagi tidak ada ikatan yang sah antara mereka berdua.Tidak seperti masyarakat kita sekarang,bertunang dianggap sebagai lesen untuk keluar berdua-duaan dan bersenang-senang seperti pasangan suami isteri.Begitu pula sebaliknya, dengan pandangan sempit dari masyarakat,sehinggakan melarang untuk menghubungi tunang sekadar bertanya khabar dan berbincang hal-hal yang perlu.Melihat hal ini,Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan seorang ulama yang tegas dan keras dalam fatwa-fatwanya[4], sendiri telah membenarkan seorang tunang untuk menelefon tunangnya bertanyakan hal-hal yang perlu.



“Balik kampus baik-baik,jaga kesihatan dan belajar elok-elok ya.InsyAllah,ada izin Allah kita jumpa lagi dalam ceramah-ceramah yang akan datang atau semasa usrah Umum ya.Kalau ada masalah atau nak minta pertolongan,hubungi saya ya.” Ujar Yusuf pada Aini semasa Aini mahu pulang ke kampus bersama rakan-rakannya.


“InsyAllah,awak pun sama,jaga kesihatan ya.Sampaikan salam saya pada ayah dan ibu awak dengan ucapan Assalamualaikom –warahmatullahi-wabarakatuh.” Akhiri Aini,kemudian terus pulang bersama-sama rakannya menaiki kereta.Kereta yang disewanya terus meluncur jauh,Yusuf hanya memandang dari jauh sehingga hilang dari pandangannya...



“Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan”


(HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat.
Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)




#Hantarkan sebarang komen dan saranan tentang siri keempat ini.Cerpen ini akan bersambung pada siri yang seterusnya,dan diharapkan para pembaca paradigma dapat meneruskan pembacaan pada siri-siri yang akan datang.Sumber-sumber bahan penulisan cerpen ini,akan dinyatakan pada siri terakhir “mencari cinta Shab Turab.”



[1] K.Bertens,sejarah Falsafah,Yunani.(Yogjakarta:1981)

[2] Mahdy Fadl Allah,Dr Zainun Kamal-Ibnu Taimiyah vs Ahli falsafah terbitan PT Raja grafindo Persada,Indonesia.

[3] HR Bukhari

[4] Fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan dalam kitab Pilihan Daripada Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3 halaman 163-164

5 comments:

  1. salam...

    cerita yg penuh dgn pengertian..
    tak sabar nk tggu cerita selanjutnya...

    gambatte!! (^_^)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Permulaan kisah dengan 4 siri yang diolah baik. Cuma dalam siri ini, ada watak baru;Wardah. Saya belum nampak relevannya watak tu. Mungkin ada kejutan di akhir kisah? Slot perbincangan Kamal dan Yusuf tu menarik, mungkin lebih menarik kalau dapat dilanjutkan. Tapi rasanya mungkin akan ada pertemuan lagi antara Kamal dan Yusuf kan? Dan sesuatu yang hebat mungkin berlaku dalam pertemuan seterusnya. Makin banyak persoalan yang timbul bila dah baca sampai siri 4 ni.

    Mulakan dengan persoalan dan nanti di akhir kisah selesaikan satu persatu. Dan, 'unpredictable ending'. Suka membaca kisah yang tak dapat jangka kesudahan ceritanya, jadi tak cepat bosan. Mana tahu karya awak ni salah satunya? =D

    Saya sekadar berteori, dan meneka-neka jalan cerita. Jangan marah ye pengarang. Hehe..Kalau dapat dibukukan best ni..Hehe..teruskan menulis! Mana tahu boleh jadi bahan bacaan alternatif mengisi masa. =D

    So, What's Next...?

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam...
    to Norayhunt,ini adlah karya pertama bersiri saya yang pernah saya buat.Tak sangka,dapat banyak respon dari pembaca paradigma.Terima kasih saya ucapkan pada semua.Respon2 anda memberi saya motivasi untuk terus berkarya.
    Ya mmg banyak persoalan2 yang saya tmbulkan,dan benar,pada siri2 yang berikut akan dileraikan satu persatu misteri2 itu.Berkenaan dengan watak baru iaitu wardah,ia juga akan memberi satu misteri lagi kepad para pembaca,dan saya mengajak pembaca berfikir dan tertanya2 apakah misteri yang Wardah mahu jejaki.Begitu juga dengan Cinta Yusuf.
    Tentang lanjutan perbincangan antara kamal dan Yusuf..kita tunggu saja pada siri2 akan datang,sama ada terjadi atau tidak...
    Suspen,sebab orang suka cerita suspen2 ni..huhuhu..
    terima kasih kerana setia dengan paradigma..lepas ini mahu ke rumah maya anda pula norayhunt. :)

    Kepada nhaslini,terima kasihh ya kerana membaca,dan saya ucapkan juga terima kasih diatas penantian anda.Bak orang kata,penantian itu satu kemanisan.. Iya ke?
    Tapi penantian anda akan diisi dengan siri2 yang seterusnya,InsyaALlah...

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum..

    usaha yg bagus.. rasa2nya pengolahan bahasa perlu diperindahkan lagi.., agak monotonous..

    sama jugak macam nhaslini.. x sabar nak tunggu cerita selanjutnya.

    (^^,)emillia~

    ReplyDelete
  5. monotonous?camnekah?...hehe..yus,teruskan berkarya..da mcm ala2 habiburrahman el shirazy la plaks..leh kuarkan novel la nanti..hehe

    ReplyDelete