JELATANG, BIBLE & KEBENARAN
Oleh:MohdRahmat
Alhamdulillah, sudah lama tidak menulis, semangat untuk menulis datang kembali. Memang susah untuk beristiqamah dalam sesetengah perkara. Maaf kepada pembaca yang menunggu sekian lama. Sebelum menulis topik-topik yang lebih mendalam, saya terpanggil untuk memberi pendapat kepada sebuah tulisan yang ditulis diblog 'Satuhala'. Posting yang bertajuk 'Drama Jelatang & Bible....Apa Kaitannya?' inilah yang akan dibincang pada posting kali ini.Penulis 'Satuhala' adalah seorang yang berilmu. Saya secara peribadi berasa kagum dengan ilmu yang ada pada beliau. Banyak ilmu baru yang diperolehi ketika membaca blog tersebut.Namun sesiapa saja tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sebagai manusia juga, kita kadang-kala bertindak tidak adil kepada orang lain tanpa kita sedari. Sebelum meneruskan pembacaan, diminta pembaca terlebih dahulu membaca posting diblog 'Satuhala' kerana saya akan banyak merujuk kepada posting tersebut. KLIK
Sememangnya saya akui bahawa dialog yang digunakan dalam drama Jelatang tersebut mempunyai ayat dan maksud yang lebih kurang sama dengan ayat yang terdapat di dalam Gospel of Luke 11:11-12.
"Which of you fathers, if your son asks for a fish will give him a snake instead? Or if he ask for an egg, will give him a scorpion?"
Alhamdulillah saya bersama seorang sahabat saya mendapat peluang yang sangat berharga kerana telah berkesempatan untuk bersemuka dengan penulis skrip drama Jelatang ini. Pada pertemuan itu, penulis skrip tersebut menceritakan latar belakang,kisah hidup beliau dan juga apa yang dihadapinya kini. Saya tidak dapat menceritakan apa yang berlaku semasa duduk berbincang dengan penulis skrip tersebut atas dasar amanah dan menjaga kehormatan beliau. Dipendekkan, setelah mengetahui kisah sebenar dan keadaan yang dihadapi beliau, saya tanpa ada sedikit keraguan merasakan ketidakadilan telah menimpa penulis skrip ini. Posting di dalam blog 'Satuhala' telah membuatkan pekerjaan penulis skrip ini digantung oleh stesen televisyen yang menyiarkan drama Jelatang. Tahukah bahawa penulis skrip ini merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak?Tahukah bahawa dengan menulis skrip beliau menyara dua orang anaknya? Dan dengan rezeki ini juga penulis skrip menghantar anaknya ke sekolah agama dengan harapan anak-anaknya akan menjadi Muslim yang beriman. Namun yang paling penting sekali, adakah penulis 'Satuhala' mengetahui dan mencari kebenaran terhadap apakah keadaan sebenar yang berlaku sebelum penulis 'Satuhala' membuat keputusan untuk menulis posting tersebut?
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan" - Al Hujraat ayat 6
Ditegaskan oleh Allah S.W.T supaya kita menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu akan kebenarannya agar kelak kita tidak menyesali tindakan yang dilakukan. Ini lebih menyedihkan jika kita membuatkan orang lain berada dalam kesusahan. Saya percaya penulis blog 'Satuhala' merupakan seorang yang sangat prihatin. Walaupun posting tersebut tidak merujuk kepada sesiapa, orang yang mendapat kesan posting tersebut adalah penulis skrip tersebut. Penulis skrip tersebut adalah seorang Muslim yang berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik, sama seperti kita semua. Daripada blog 'Satuhala' hinggalah kepada forum Cari.com ramai yang mengatakan ini adalah dakyah Kristian. Lebih menyedihkan penulis skrip tersebut telah dituduh sebagai Kristian yang mahu menyebarkan dakyah Kristian hanya kerana posting tersebut. Adakah di dalam Islam kita dibenarkan menuduh saudara sesama Muslim menyebarkan dakyah Kristian? Tidakkah sama seperti kita menuduh saudara kita itu sebagai kafir? Ingatlah, janganlah kita sewenang-wenangnya menuduh mana-mana Muslim sebagai kafir kerana kebenarannya adalah, samada yang dituduh benar-benar kafir atau yang menuduh itu yang kafir. Jika ditanya adakah penulis skrip tersebut diberi keadilan disini? Saya menjawab tidak! Penulis 'Satuhala' berasa amat kecewa kerana ramai pembaca postingnya yang membuat kesimpulan secara melulu tanpa membaca keseluruhan posting tersebut. Saya dan penulis 'Satuhala' juga (saya percaya) berasa amat kecewa jika sesuatu perkara itu dibuat kesimpulan terlalu awal tanpa mengetahui hal sebenar.
DISIPLIN ILMU ISRAELLIYAT
Ayat Gospel of Luke 11:11-12 yang telah digunakan tidak membawa apa-apa masalah kerana DUA ayat yang digunakan dalam drama tersebut menunjukkan kasih sayang seorang ibu/bapa kepada anaknya. Adakah dengan menggunakan ayat ini membuatkan akidah boleh terpesong? Jika satu ayat di dalam Bible diambil dimana ayat itu mengatakan "Janganlah mencuri!", adakah aqidah kita akan terpesong kerana menggunakan ayat tersebut? Jawapannya tidak, kerana Al-Quran & Sunnah bersetuju bahawa manusia tidak sepatutnya mencuri. Sama halnya di dalam kasih sayang seorang ibu/bapa.
"Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami." (Sahih Bukhari, Hadis 4485)
Tulisan ini tidak lengkap jika tidak membaca keseluruhan isi kandungannya,untuk membaca seluruh artikel sahabat saya ini,sila ke
Assalamualaikum akhie..
ReplyDeleteSetelah ana baca posting blogger tersebut, ana mendapati bahawa dia hanya menjalankan tugasnya utk menegur. Jika dia tak sedar masalah tersebut, mungkin kita juga tak tahu dan mungkin juga ada antara kita nanti menggunakan quote2 tersebut dalam masa2 akan datang.
Ana terbaca dalam ruang komennya dalam link yang dinyatakan, blogger tersebut menyatakan apa yang cuba dipaparkan sangat bertentangan dengan apa yang perlu kita sebagai Muslim lakukan bila melawat saudara yang sakit. Dalam hal ini, ana rasakan apa yang dilakukannya adalah betul dan bertanggungjawab. Mengenai apa yang berlaku kepada penulis skrip tersebut, ana juga bersimpati, tetapi anggaplah ini sebagai pengajaran supaya berhati2 di masa depan. Ini kerana siri tersebut ditonton jutaan manusia yang majoritinya Islam.
Dia seharusnya berhati2 dengan bakat yang dianugerahkan Allah kepadanya. Janganlah ditulis cerita yang mengelirukan, kerana bila ana tgk highlight (sebelum dipotong dulu) hanya si Salman ini menyatakan yang ayat tersebut dipetik dari sebuah kitab.. entah kenapa dia tidak sebutkn sumbernya. Ini boleh mengelirukan ramai pihak. Ramai yg ingat quote tersebut dari kitab2 ulama' atau agama, tetapi syukur ada hamba Allah ini yang menyedarinya.
Bila dia menegur, ramai pula yang menghentamnya. Ana, tengok sekarang ni dah macam jadi budaya, bila ada orang yang hendak menegur sesuatu yg mengancam Islam atau cuba mengelirukan Islam, maka akan keluarlah banyak suara2 menghentam si penegur tersbut.
Teringat Ana dengan S.S.Ustaz Harussani, bila dia mengeluarkan kenyataan pasal sureheboh, pasal Muslim yang murtad dsb. Habis satu negara menghentamnya. Bukankah dia melakukan tanggungjawabnya dengan ilmu yang dia miliki. Macam tu juga dengan blogger satuhala ni.
Ana harap anta mmeberikan keadilan juga kepada yang berusaha menegur.
Dan ana juga sekadar menegur entry ini.
Iman itu ada beberapa tahap, Jika tak mampu menegah sesuatu yg buruk dengan tangan, boleh saja menegurnya dengan lidah dan lisan jika tak mampu maka selemah2 iman ialah membenci sesuatu perkara yang bertentangan dgn Islam dalam hati.
Si blogger tersebut sudah melakukan tanggungjawabnya dan terima kasih kepada anta, saya juga sedikit sebanyak mendapat manfaat dari blog kendaliannya, (walaupun penat membaca postingnya yg panjang2... hehheh..)... mohon maaf jika ada slah dan silap dalam memberi komen...wassalam..
Waalaikumussalam Wbt ARAR.
ReplyDeleteSaya bertuju dengan anda yang menyatakan bahawa blogger tersebut hanya menjalankan tugas menegur.Saya juga bersetuju apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang Muslim ketika melawat orang yang sakit.Namun perlu saya nyatakan disini bahawa saya tidak menghentam penulis tersebut.Mungkin ARAR tidak jelas tentang pendirian saya di dalam posting blog saya.Pendirian saya sangat jelas:
1)Saya bersetuju mengapa dialog tersebut tidak menggunakan ayat Al-Quran & As-Sunnah.
2)Saya tidak menghentam penulis, tetapi hanya menegur.Kerana setelah saya berjumpa dengan penulis itu secara bersemukam,saya merasakan bahawa "penghakiman" dilakukan terlalu pantas sebelum mengetahui apa sebenarnya situasi yang dialami penulis skrip itu.
3)Ayat yang digunakan dalam dialog tersebut hampir menyerupai ayat di dalam Bible.Namun tidak bermaksud diambil daripada Bible.Penulis posting tersebut yang mengatakan "tanggapan saya tidak silap sama sekali". Ini bermakna penulis tersebut yang memusingkan situasi dengan mengatakan ayat itu diambil daripada Bible.Walaupon watak Salman mengatakan ayat tersebut diambil daripada kitab, adakah semestinya ianya diambil daripada Bible? Kitab bermaksud buku dan apa-apa buku boleh jadi di dalam situasi ini.Ayat tersebut jugak tidak nampak seperti kata-kata ulama'.Ayat tersebut lebih kelihatan sebagai ayat yang memberi nasihat.
4)Kerana posting tersebut, beratus-ratus komen dikeluarkan yang mengatakan bahawa penulis skrip samada orang kristian/kafir/hendak menyesatkan orang Islam. Sedangkan penulis skrip tersebut masih seorang yang mengamalkan Islam.
5)Saya turut menerangkan disiplin mengambil sesuatu perkara daripada sumber Israeliyyat. Ayat tersebut tidak bercanggah sama sekali dengan aqidah & syariat Islam. Jika penulis blog sangat prihatin terhadap Islam, saya rasa adalah lebih patut jika penulis mengulas dan memberi komen terhadap drama Susuk,Saka & Anak Pontianak yang mana watak pratagonistnya mengamalkan apa yang bercanggah dengan aqidah Islam.
6)Penulisan saya bukan untuk menghentam, tetapi untuk memberitahu apa yang dihadapi penulis skrip tersebut dan membuat pencerahan bagaimanakah adab dan disiplin kita apabila mengambil sesuatu perkara yang bukan daripada sumber Al-Quran & As-Sunnah.Oleh itu tidak dapat dielakkan situasi dimana saya seperti "menghentam" penulis tersebut kerana sememanya penulisan saya adalah untuk mengulas posting penulis tersebut.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, apa yang dikatakan saya dan penulis blog itu tidak penting.Yang penting adalah kebenaran disebalik kedua-dua posting ini.Jika ada yang merasakan penulis tersebut benar, saya hanya memberi pendapat saya.Pendapat saya tidak semestinya betul.Tepuk dada, tanya Al-Quran & As-Sunnah.Emosi letak ketepi :p
Saya petik semula kata-kata yang terdapat dilaman web http://answeringforislam.blogdrive.com/
ReplyDeleteMungkin penulis skrip tersebut pernah terbaca ayat Gospel of Luke 11:11-12 tersebut daripada buku motivasi keluarga yang dibelinya (dimana buku motivasi itu ditulis oleh pengarang Kristian), lalu ketika menulis skrip untuk drama Jelatang, beliau merasakan ayat tersebut sesuai untuk "scene" dalam drama tersebut tanpa menyedari ayat tersebut berasal daripada Bible. Adakah wujud kemungkinan seperti ini? Fikirkanlah.
Bagaimanakah saudara mengatakan yg penulis tidak mengetahui dari mana ayat itu diambil sedangkan terang-terang si Salman menyatakan ia diambil dari kitab!!