Tuesday, January 29, 2008

DILEMA


DILEMA

Oleh:Yussamir yusof


Dua perkataan yang mendatangi saya sebentar tadi.Saya tersepit di antara mahu mengambil 5 subjek tambahan, yang akan membuat ijazah perakaunan saya bernilai tinggi berbanding dengan pelajar perakauanan dari IPTA(subjek ini hanya ditawarkan di MMU sahaja).Atau saya lepaskan 5 subjek tambahan itu dan mengambil ACCA selepas habis ijazah pertama ini.


Masalah yang saya hadapi sekarang ialah,kalau saya ambil 5 subjek itu saya terpaksa tambah setahun sessi pembelajaran saya.Sebabnya, saya tidak mengambil subjek Auditing semesta ini,dan yang membengangkan, subjek ini hanya ditawarkan pada semesta pertama untuk setiap tahun sahaja.Misalnya saya mengambil subjek auditing pada semesta pertama tahun 3 saya,maka saya tidak boleh mengambil subjek advance auditing yang menjadi pre-requisite pada tahun itu juga.


Maka saya terpaksa tambah setahun untuk mengambil subjek itu.Saya tidak boleh ambil subjek itu pada semesta pertama tahun 4 saya,sebab ketika itu saya sudah praktikal.Haih!! nak mengadu pada orang yang saya percaya,dia sedang sibuk dengan kerja tahun akhir dia.Sibuk memanjang dan saya faham keadaan dia,jadinya Paradigma lah tempat saya luahkan perasaan.



Kawan-kawan ada cadangan?nak sambung setahun lagi sessi pembelajaran saya di MMU ini,atau lepaskan 5 subjek itu dan ambil ACCA selepas tamat ijazah pertama.

3 comments:

  1. salam~ bole sy tahu apakah 5 subjek t'sebut? kalo amik 5 subjek tambahan tu, still kene amik ACCA utk professional qualification kn?

    ReplyDelete
  2. Wasalam..subjek2 tu antaranya ialah computer programming for auditing.
    Yup still kena ambik kalau nak dapt profesional certict,tapi kalau ada 5 subjek tambahan itu,degree accntg akan lebh value and marketable.Advantage dari graduat2 lain dari IPTA.Tapi alhamdulilah,lepas dapat beberapa cadangan dan consultation dari beberapa yang mhir,diorang sarankan drop subjek tu and terus apply ACCA lepas degree..

    ReplyDelete
  3. amek acca je trus . . aku mau amek MAcc pas abes degree ni . . insyaALLAH .

    ReplyDelete