Tuesday, January 1, 2008

orang minyak


Filem Orang Minyak yang buang masa dan picisan!

oleh:Yussamir Yusof

Itulah dua perkataan yang boleh saya gambarkan, untuk filem Orang Minyak.Baru sebentar tadi saya menontonnya.Cerita yang penuh dengan unsur tahyul,dan tidak ada motif!Benar,saya bukan arif dalam bidang perfileman.Tetapi kalau sudah ceritanya begini,siapa yang mahu menjunjungnya.


Selain membenarkan watak si hero bergantung pada keris kecik(sepatutnya bergantung pada Allah),watak si syaitan yang mempermainkan kalimah Auzubillahi mina syaitani rajim juga satu hal yang perlu diperhatikan(syaitan pula minta perlindungan dari Allah!Kelakar je).Sedangkan pengucapan kalimah ini,adalah salah satu cara untuk melindungi diri dari ganguan syaitan .


Perkara ini dikhabarkan melalui satu hadith,berkenaan dengan seorang sahabat mengadu pada Rasullullah.Sahabat itu mengadu bahawa dia sering kali diganggu syaitan dalam solat dan sebagainya.Maka Rasullah kata ucaplah Auzubillahi mina syaitani rajim.(HR Muslim)


Selain itu, aksi bermain-main ilmu batin antara sang hero dan sang orang minyak,memalukan saya sebagai pengamal seni silat.Seolah-olah silat harus ada unsur kebatinan!Selain menambah perasangka buruk orang ramai terhadap seni silat(iaitu salah satu seni mempertahankan diri orang melayu-tidak kiralah apa jenis silat) ,ia juga menggambarkan semua seni silat melayu mengamalkan perkara-perkara khurafat.Benar,memang ada,tetapi ia segelintir.Bukan semua seni silat mengamalkan perkara khurafat,banyak lagi yang bersih dari unsur ini,misalnya Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi.(PROMOTE tu!)


Akhir kata,Patutlah ramai orang kata filem ini teruk!(jangan marah ye pengarah filem)

#Esok exam Human Resource Management.Doakan saya!

2 comments:

  1. actually, bile aku baca artikel ko nie, aku terus pegi hostel dan download citer nie. seriously, mmg buang masa dan teruk. dengan jalan cerita yang ntah ape2..better tgk citer prof. razak tue. ade gak logik nyer

    yang aku tk suke adalah, biler part akhir tue. ade ke kuar anak orang minyak? nak tergelak pn ade.

    my 2 cents, mmg cerita yang teruk

    ReplyDelete
  2. hehehe...tau takper..aku menyampah giler tengok..

    hehe..my 20 cents,mmg aku sokong kau... :D

    ReplyDelete