Friday, November 7, 2008

BUKAN SEKADAR BERKUNJUNG




MENCARI TUHAN

Perjalanan menuju pencak Tangkuban Parahu amat mengasyikkan. Suhunya yang dingin dan permandangan bukit-bakau yang menghijau amat menyenangkan. Pemandu di sebelah saya khusyuk memandu , sukar untuk melihat dia leka atau menoleh sana-sini.

“Kenapa ke Bandung?” Pak Salim pemandu kereta yang dinaiki saya bersuara perlahan.

Saya menoleh ke arah beliau, kemudian tersenyum pahit.
“Saya mencari tuhan.” Pak Salim menoleh ke arah saya pula. Ada riak-riak tidak puas atau terkejut dengan jawapan yang diberi oleh saya.

“Kamu Muslim?”

“Alhamdulilah, saya Muslim yang taat.”

“Kalau sudah Muslim, mengapa harus mencari Tuhan pula?”

Sesekali Pak Salim memutar-mutarkan sterengnya untuk mengelak lubang-lubang yang ada merata di jalan raya. Keadaan jalan raya di Bandung tidak sebaik atau terurus seperti di Malaysia. Sudah ada jalan raya pun sudah memadai, daripada tidak ada langsung. Pak Salim masih menunggu jawapan dari saya. Saya memandang keluar tingkap, Pak Salim pula masih tekun memandu.

“Sudah menjadi Muslim tidak semestinya kita mengenal Tuhan kita. Di tempat saya, ramai yang mengaku Muslim tetapi mereka tidak pernah menjalankan tangunggjawab sebagai Muslim. Mereka kata mereka kenal Tuhan, tetapi kehidupan mereka tidak ubah seperti orang yang tidak bertuhan. Begitu juga dengan saya. Walaupun saya Muslim, saya masih mencari makna sebenar bertuhan.”

Pak Salim kelihatan terkejut dengan penjelasan saya. Keja-kejap dia menoleh saya, kemudian terus memandang ke hadapan. Dia tidak berkata apa-apa, seakan-akan sedang mencari buah bicara untuk menuturkan kepada saya. Kami diam seketika, saya melayan keasyikan melihat permandangan dan dia tekun memandang ke hadapan memandu kereta.


MAKNA KAFFAH

“Saya ingin menjadi Muslim secara kaffah.” Saya meneruskan bicara.

“Kaffah?”

“Pak Salim tahu apa itu Kaffah?” Saya menyoal Pak Salim. Pak Salim menggeleng, tapi dalam masa dia menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui makna Kaffah.

“Kaffah bererti menyeluruh. Menjadi Muslim haruslah seluruhnya mengikuti apa yang telah diajarkan oleh Allah dan Rasul, bukan sekerat-kerat. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan..” Pak Salim mengangguk-anggukkan kepalanya. Saya sendiri tidak tahu, adakah dia memahami penjelasan saya atau tidak. Tetapi sekurang-kurangnya saya dapat menerangkan kepadanya.

“Jadinya sekarang, kamu mahu mencari Tuhan atau mencari Kaffah.” Saya tergelak. Memang benar telahan saya, Pak Salim tidak memahami apa yang saya terangkan kepadanya. Dalam masa yang sama saya sedih, kerana saya belum berupaya menerangkan Islam kepada beliau. Betapa agungnya Nabi Muhammad kerana baginda berupaya dan berkebolehan menerangkan Islam kepada seluruh manusia, hatta masyarakat Arab Badwi yang terkenal dengan kedunguan. Selawat dan salam ke atas baginda serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

“Saya mencari kedua-duanya Pak.” Saya menamatkan bicara. Saya memandang Pak Salim dengan beribu persoalan dan simpati. Seorang lelaki yang sudah separuh usia masih berkerja keras mencari rezeki untuk keluarga di rumah. Beliau seorang yang peramah walaupun pada mulanya saya sangka beliau seorang pendiam. Beliau suka berjenaka tetapi tidak pernah ketawa, kadang-kala saya sendiri tidak mengerti adakah dia membuat lawak atau sekadar bercerita. Lucu!

Indonesia sebuah negara Islam, sebuah negara yang penuh dengan sejarah. Tidak kurang juga dengan kelahiran para ulama’ dan cendikiawan Islam. Sebut sahaja HAMKA, KH Rahmat Abdullah, Wali Songo, Syeikh Ali Audah, Prof Dr Hasbi As-shidiqie dan ramai lagi. Mengapa saya memilih Indonesia sebagai tempat untuk saya mencari Tuhan? Banyak sebabnya, dan saya pasti sebab-sebab itu sukar untuk saya senaraikan satu persatu.

“Kita sudah sampai.” Ujar Pak Salim pendek.

“Saya memandang sekeliling. Padat!” Ramai pelancong pada hari itu. Begitu juga dengan para penjual yang mengusung barang-barang mereka untuk dijual. Pak Salim menginngatkan saya agar jangan cepat membeli barang-barang di situ. Harus tawar-menawar, kata Pak Salim. Katanya lagi, kadang-kadang satu barangan itu baru 30 Ribu Rupiah, tetapi mereka jual dengan harga 150 Ribu Rupiah, jadinya harus berhati-hati dan jangan tertipu, pesan Pak Salim lagi kepada saya.


sekitar di atas puncak Tangkuban Parahu


Saya keluar dari kereta, angin-angin dingin menyapa dan menyambut kedatangan saya. Saya memeluk tubuh, kesejukannya mencucuk kulit luar epedermis saya. Walaupun tidak mencengkam hingga ke tulang sunsum, tetapi kedinginannya amat terasa. Saya menuju ke arah papan tanda yang tertulis, “Tangkuban Parahu”. Saya tersenyum gembira, akhirnya saya sampai juga di sini.

4 comments:

  1. Salam.

    Sdr,manusia mencari Tuhan tetapi apa tandanya bila Tuhan itu sudah ditemukan?

    ReplyDelete
  2. Wasalam..
    Tanda atau bagaimana dan bila kita sudah berjumpa dengna tuhan bila kita sendiri yang merasainya.
    Apa yang boleh saya kongsikan ialah bila kita benar-benar sudah kenal dan faham siapa tuhan kita yang sebenarnya, rasa kehambaan itu sangat2 indah dan lazat.
    Anda akan merasakan betapa kehidupan ini ada satu jalan untuk anda sampai kepada Dia.
    Anda perlu merasainya sendiri, dan bila anda merasainya anda pasti tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata.
    Dalam paradigma ini, saya akan kongsikan bagaimana dan apakah perkara yang saya lakukan untuk berjumpa dengan Dia. Tetapi sekadar perkongsian dan tidak semestinya cara saya ini sesuai dengan para pembaca.
    Moga perkongsian saya dapat manfaat bersama...

    ReplyDelete
  3. Dan apabila sudah 'jumpa' Allah, nikmat2 duniawi akan terasa tawar dan kepahitan dan kebosanan akan menjelma bertubi2 apabila kita kembali melupai Allah.

    Hari ini kita 'jumpa', esok belum tentu, jadi marilah kita istiqamah mencari darha ilahi, walaupun dicaci dihina dan berbuat perkara bertentangan dgn kehendak jiwa.

    Gud lak tu you Yus, ujian menanti anda. Awas.

    -jiwa concern-

    ReplyDelete
  4. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHAMU...

    ReplyDelete