Selepas saya menulis artikel bertajuk “mencabar Fatwa” ramai Salafiyun dengan nada yang berbeza-beza menghantar email dan juga sms kepada saya. Saya menerimanya dengan terbuka dan apa yang boleh saya katakan, inilah proses percambahan dan pencernaan pemikiran saya. Saya tidak sesekali menolak dan menafikan manhaj Salaf, tetapi apa yang saya ketengahkan dalam artikel tersebut adalah tentang Manhaj Salaf yang telah dizalimi oleh pengikutnya.
Dalam persepsi masyarakat, Manhaj Salaf ini ialah Manhaj debat, bukan manhaj yang dapat membangunkan masyarakat dan membina rangkain amalan didalamnya. Orang ramai telah digambarkan bahawa Manhaj ini hanya memerhatikan hal-hal khilaf, bid’ah, tidak menghormati para ulama’ dan hanya melihat persoalan-persoalan di luar kerangka berbanding isinya. Itu persepsi masyarakat secara umum.
MANHAJ KONSERVETIF
Al-Imam Yusuf al-Qardhawi antara ulama besar yang perihatin tentang hal ini berkata, “Penentang Manhaj ini melihat dan mengatakan bahawa kaum Salafi ini adalah orang-orang yang konservatif dan terkebelakang. Kaum Salafi adalah orang-orang yang selalu melihat ke belakang dan tidak pernah melihat ke depan. Kaum Salafi tidak pernah memikirkan masalah konteremporari dan masa depan. Kaum Salafi adalah orang-orang yang fanatik yang tidak pernah mahu mendengar pendapat orang lain. Sehinggakan Mereka beranggapan bahawa orang-orang Salafi adalah orang-orang yang menentang Tajdid (pembaharuan) dan ijtihad. Mereka juga mengatakan bahawa kaum Salafi tidak tahu tentang pandangan moderat dan pertengahan.”
Saya menyokong dan mengakui kenyataan yang dibuat Imam Yusuf al-Qardhawi tentang perkara ini. Bukan sahaja di tempat beliau perkara itu terjadi, malahan bibit-bibit mencela,membida’ah dan juga barah fanatisme mula merebak di kalangan Salafiyun di Malaysia, terutama di kalangan Mahasiswa.
JANGAN TERUS TERJUN
“Dalam solat tidak ada lafaz Ussoli.”
“Baca al-fatihah tidak perlu Basmallah.”
“Subuh tak perlu Qunut.”
Biasa dengar bukan ayat-ayat di atas? Saya tidak kata teguran di atas adalah salah, tetapi tidak kena cara , masa dan tempatnya. Adakah perkara utama dalam berdakwah adalah membetulkan cara solat, atau hal-hal yang berkaitan dengan feqh? Tidak! Perkara asas yang harus ditekankan adalah memantapkan akidah. Perkenalkan manhaj Salaf dalam menerangkan konsep akidah yang sebenar. Jangan terus terjun di dalam kolam yang kita tidak tahu ada apa didalamnya, tetapi jenguk-jenguklah dan rasa-rasalah permukaannya. Bukan terus terjun!
Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnu Qoyim aljauziah adalah dua imam besar yang selalu Salafiyun ambil pandangannya. Apabila ditanya kenapa selalu sahaja pandangan imam besar ini diambil dan dijadikan hujah? Jawapan yang akan diberi, kerana mereka berdua ini menyeru untuk melihat dan mengikuti dalil. Antara ungkapan masyhur adalah, “lihatlah apa yang dikatakan tanpa melihat pada siapa yang mengucapkannya.”
Namun persoalan yang mahu saya timbulkan ialah, jika Salafiyun mengingakari orang yang bertaqlid kepada para imam besar yang lain seperti Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan Imam Ahmad, jadi bagaimana dengan Salafiyun yang hanya mengambil pandangan Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnu Qoyim? Tidakkah itu juga dikatakan sebagai taqlid?
HORMATI PARA ULAMA’
Kedua-dua imam di atas adalah imam yang cukup hebat dan tinggi ilmunya. Saya tidak mengatakan tidak boleh menyandarkan pandangan-pandangan dari mereka berdua, tetapi tidak seharusnya kita mengenepikan pandangan-pandangan para ulama besar yang lain dan dalam masa yang sama kita mudah sangat mengkritik pandangan para ulama atas dasar “Kritikan Ilmiah.” Jika kita boleh mengambil dan mendukung pemikiran kedua-dua imam besar itu, kenapa kita tidak boleh meneladani sikap mereka juga dalam aspek menghormati para imam, sepertimana yang disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya yang berjudul Raf’ul Al-Malaam ‘An Al-Aimmah Al-A’lam.
Banyak perkara yang mahu saya lontarkan, bukan mahu memanaskan keadaan atau membingitkan telinga. Tetapi sedarlah wahai sahabat-sahabatku, bahawa itulah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap Manhaj kita. Ya memang benar, kita perjuang Sunnah, tetapi pernahkah kita tanyakan dan fikirkan tentang tindak-tanduk kita yang kadang-kadang ‘lebih kuah dari sudu’.
MINDA KRITIS
Tidak dinafikan bahawa saya bermanhaj Salaf dan pejuang Sunnah, tetapi kita ini bukanlah robot yang tidak boleh berfikir dan menilai. Gunakanlah minda secara kritis, cubalah berdialog dengan diri anda dan orang-orang sekeliling. Jangan hanyut didalam dunia anda dan dalam kelompok anda. Keluarlah dan gaulilah, kerana disitu ada sinar yag sedang menanti.
Dakwah itu bukanlah sekadar tulisan di atas kertas atau di blog, atau rakaman-rakaman kuliah. Tetapi dakwah sebenar adalah kepedulian kita terhadap persoalan yang dihadapi manusia dan memecahkannya sehingga membolehkan kita mendekatkan pemikiran (manhaj) kita kepada pemikiran mereka. Taatkalah matahari masih terbit dari timur, dan bulan masih mahu memantulkan cahaya, selagi itulah kita diberi kesempatan untuk mengubah persepsi salah yang ada di fikiran masyarakat tentang Manhaj Salafusoleh. Kerana kita yakin dan sedar bahawa inilah Manhaj yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSbelum ni sy memang samar2 dlm hal ni. Tp lepas bace artikel "Menzalimi Manhaj Salaf" respon bg artikel "Mencabar Fatwa", barulah sy nampak serba sebanyak tentangnya.
Memang ramai org yg dgn bangganya mngaku bpegang pd manhaj salaf TETAPI x tahu apa yg dipegangnya. Diorang bangga sebab mpunyai pndangan yg berbeza dari org lain. Tanpa usul periksa, mereka bkata "mana boleh mcm ni", "mana boleh macam tu", "Nabi x buat ni", "Nabi x buat tu".
Lebih teruk lg apabila mereka tidak memahami, bahkan lgsung tidak pernah mngenali dan mendalami akidah salaf yg sebenar sehingga mnyebabkan org lain yg rendah fahamannya terhadap Islam mnjadi keliru. Sedangkan yg belajar agama pun boleh keliru dgn hal ni, apatah lg yg x bljr agama tu. Betul x?
Sy pn sbnrnya masih perlukn banyak pnjelasan. Kemungkinan pndapat sy ni salah atau mgkin ada betulnya.
Sy amat berharap agar kita semua sbg Muslim dpt mgikuti ajaran sebenarny yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Jika rasa diri kekurangan ilmu, brtanyalah kepada yg lebih alim. Jangan disebabkan kesesatan anda, anda membawa pula kepada kesesatan orang lain yg mencari kebenaran. Org terengganu kate, "wak bijok!!!" (buat2 bijak @ pandai-pandai)
***BerBINCANGlah dan jgn berPINCANG***
///>> 1) Apa beza salafi dgn wahabi? Tlg perjlskan ye.
2) Pndapat anda tentang Dr. Asri? (sy masih neutral)
berkenaan dgn tiada qunut dlm solat subah, bacaan basmallah dan sebagainya..itu adalah masalah furuq..masih ramai masyarakat Islam khususnya orang melayu lebih menumpunkan masalah tersebut..sdgkan pandangan dr 4 mazhab terkemuka masing-masing ada kilaf mereka sendiri.dan masing-masing mendapat knowledge dr tempat-tempat berbeza contoh Imam as-Syafie mendapat ilmu hadith disekitar Madinah. Imam lain (sy lupa namanya) mendapat ilmu tersebut di Iraq. Disitu ada beza pandangan dan pendapat. Kilaf pd soal furuq tidak mengapa. Tapi perlu lebih kita ketahui, keempat-empat mempunyai pendapat yg sama iaitu Sistem Pemerintahan Islam, Khilafah. So adalah lebih baik kita fokus tentang 'masalah' yang telah lama terbiar. Wallahulam
ReplyDeleteBismillahirahmannirahim,
ReplyDeleteDoa saya semoga kita diberi taufik & hidayah berada pada jalan yang lurus dan berpegang pada tali Allah.
Di atas ikhsan Allah SWT, telah mengutus kita dengan seorang utusan terakhir Junjungan besar Nabi Muhammad SWT sebagai pembawa cahaya dari kegelapan batil menjadi contoh yang terbaik dan lengkap untuk diikuti semua.
Untuk keselamatan di dunia dan akhirat kita telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW untuk hidup bersandarkan kepada memahami message Al-Quran, mencontohi Sunnah dan berpandukan kepada hadis yang sahih.
Mempelajari ilmu agama adalah tanggungjawab setiap umat islam. Berbekalkan ilmu yang benar dapat membina Tauhid Akidah yang hak terhadap Allah SWT, kunci kepada keimanan.
Sementara menghidupkan Ahlak mengikut Sunnah dan kesederhanaan akan mendapat jaminan kesejahteraan dari Allah bagi mukmin ketika hidup di dunia dan balasan yang baik di akhirat.
Ahlak yang patut mukmin contohi dari Nabi Muhammad SAW:
Siddiq (Bersikap Benar dan Hak)
Amanah (Jujur dan bertanggungjawab)
Tabliq (Menyampaikan dan Allah jua yang berkuasa menentukan)
Fatonah (Bijaksana dan memahami bahawa manusia diciptakan bersifat lemah).
Tambahan lagi, Mukmin mesti sentiasa berfikir sebelum membuat tindakan samada ianya diredahi Allah atau sebaliknya.
Terlebih dahulu kesemua yang diperkata diatas mesti di jihad kepada diri sendiri dahulu sebelum di dakwah kepada saudara islam lain.
Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diberi petujuk dan di jauhkan kita dari menjadi insan yang zalim lagi rugi.
JazakaAllah.
Hamba Allah