Usah dipinta untuk dikenang, kerana insan yang dipinta untuk dikenang pasti tidak akan tercatat dalam sejarah untuk dibuat renungan. Berapa ramai insan yang melakukan kebaikan dengan harapan kebaikan tersebut dikenang dan sentiasa dipuji, tetapi akhirnya tidak ada seorang pun mengenang mereka. Tetapi insan yang melakukan kebaikan, menghapuskan kebatilan dan membenarkan keadilan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, manusia keseluruhan akan mengenang mereka.
Lihat sahaja tokoh serta sarjana-sarjana Islam, sekadar yang saya boleh sebut seperti Saidina Umar al-Khatab, Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Ibnu Taimiyah, Imam Syafie, dan Imam Yusuf al-Qardhawi yang sehingga kini nama mereka terpahat dan tersimpan rapi dalam hati sanubari kita. Mereka tidak pernah meminta untuk dikenang dan disanjung, tetapi manusia tahu menilai mana yang kaca mana yang berlian.
Ketokohan mereka dapat dilihat dan diteladani dari semua aspek, kehidupan, kepimpinan, ketaqwaan dan lain-lain. Kehidupan mereka dididik dengan Islam, al-Quran dan Sunnah menjadi panduan mereka, kefahaman para sahabat, tabien, dan tabi’ut tabien menjadi penjelas kepada panduan mereka. Akhlak mereka disulami dengan akhlak Rasulullah, tutur kata mereka disulami dengan kata-kata hikmah, dan peribadi mereka disulami dengan ketaqwaan kepada Allah.
Mereka berjalan di atas jalan kebenaran walaupun seribu tribulasi dan mehnah mengekang mereka. Mereka tidak gentar melawan kebatilan, mereka tidak gusar membetulkan keadaan, mereka tidak tunduk kepada pemerintahan, dan mereka sangat ikhlas dalam perjuangan.
Sekali lagi saya katakan, mereka tidak pernah meminta untuk dikenang dan diingati, tetapi manusia berasa rugi jika tidak merakamkan jasa dan bakti mereka dalam lipatan sejarah. Itulah insan-insan besar yang mewarnai dunia Islam dan seluruhnya, dan menjadi ikon perubahan dalam semua aspek. Fikrah mereka merentasi jamaah, minda mereka merentasi sempadan, perjuangan mereka bertaut kukuh atas ukhwah Islam, dan kelahiran mereka adalah kurnia dari Allah. Mereka mendapat penghormatan kerana mereka tidak pernah meminta untuk dikenang dan disanjung.
Bagaima kita? Adakah kita sudah bersedia untuk berada dijalan sepertimana yang mereka lalui? Kalau sudah bersedia, sediakan dirimu dengan tribulasi, mehnah dan cabaran besar yang akan ditempuhi sepanjang perjalanan ini. Kerana itulah harga yang perlu dibayar bagi seorang insan besar yang akan dikenang dan disanjung kelak.
Ikhlaskan diri, pasti dirimu dihargai.
Org ikhlas berhati baik, tak mengharap balasan. :-) bagus..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya bekas pelajar smka pedas..
batch f2 masa tahun 2004..
saya mahu minta izin me'link'kan blog abg di blog saya..
terima kasih..
tahniah atas blog yang sangat menarik dan bermanfaat ini..
memang betul keikhlasan itu lahir dari hati yang betul2 niatnya ikhlas bukan utk di puji atau sebaliknya.. namun keikhlasan juga bukan dinilai oleh kita tapi di nilai oleh NYA.
ReplyDelete