Perempuan itu bernama Salwa
Oleh : Yussamir Yusof
Cyberjaya
18 April 2008
www.yussamir.com
#Artikel ini akan bersambung.Teruskan membaca hingga akhir episod.
Saya akan meninggalkan blog ini keseorang selama 3 hari bermula hari ini. Institusi Usrah akan mengadakan program Mukhayam. Selamat membaca.
Tanah yang kering petang semalam menjadi lembap dibasahi air-air yang turun bebas dari langit pagi tadi. Suasana pagi di sekitar East coast parkway yang lembap dan sejuk itu membuatkan aku dan Alex terketar-ketar menggigil. Alex melangkah longlai,matanya berkedip-kedip menahan rasa kantuknya.
“Pagi-pagi macam ini kalau sambung tidur seronok kan?” Kata Alex,yang disambut nguapannya. Mulutnya tidak busuk.
Aku mengeriut-ngeriut badan.Enak diperlakukan begitu. Kami melangkah keluar dari hotel Grand Mecure Rozy,berhasrat menuju ke Malay Village yang terletak tidak jauh dari tempat kami menginap.
Orang sekeliling semakin ramai, masing-masing berjalan laju menuju ke destinasi masing-masing. Aku dan Alex hanya memerhatikan segala gerak dan geri penduduk kota Singa yang semakin hari semakin kaget dengan kepantasan dan kesimpitan hidup. Kota Singa ini mashur dengan kos kehidupan yang tinggi, dan popular dengan kadar saman yang tinggi.
Aku dan Alex membuat keputusan untuk menaiki MRT sahaja untuk ke Malay Village. Sebelum ke Stesyen Eunos yang jaraknya 5 minit barangkali dari tempat kami, aku dan Alex singgah sebentar di sebuah gerai yang berdekatan. Nasi lemak dan secangkir kopi sudah cukup kiranya, bagi seorang pengembara seperti aku dan Alex di Kota Singa yang serba-serbinya mahal. Alex mengunyah nyaman nasi lemak yang berlaukkan ayam goreng dan secawan milo tarik. Milo tarik tanpa susu, milo ‘o’ katanya.
“Key chain ini berharga 5 dollar.” Ujar perempuan itu. Tangannya menghulur bungkusan yang di dalamnnya terdapat 10 keychain, yang ku beli untuk rakan-rakan di Malaysia. Aku terpaku.
“Siapa nama.” Terpacul dari mulutku. “Ah dasar menggatal.” Aku nyesal.
“Salwa.” Perempuan itu menjawab. Kemudian terus ke belakang,ada kerja rasanya. Aku tersenyum-senyum bila pertanyaanku yang kurang sopan itu berbalas. Ah, gembira bukan kepalang.
“Yus! Kenapa kau ini, tersengih-sengih. Macam tak betul sahaja.” Alex mematikan lamunan aku. Wajah dan perbualan aku dengan perempuan bernama Salwa pada hari semalam di Bugis Street, masih terbayang-bayang di mata aku. Perempuan itu betul-betul membuatkan aku gila bayang.
“Tiada apa-apa. Cepat habiskan makanan itu,kemudian kita terus ke Malay Village.” Balas aku.
Untuk sampai ke Malay Village, kami perlu menaiki dan bertukar MRT sebanyak 4 kali. Bermula dari stesyen Eunos, kemudian stesyen Paya Lebar, stesyen al-Junied, dan akhir sekali di stesyen Kallang. Sampai sahaja di Stesyen kallang, kami perlu menaiki teksi untuk ke Malay Village.
Setiba kami di sana, kami disambut dengan penuh hangat dan senyuman. Untuk memasuki Malay Village, kami perlu membayar sebanyak 5 dollar. Kami tak berlama-lama di sana. Sekadar menjenguk warisan-warisan Melayu yang masih tersisa di Singapura. Dan mengambil gambar sekeping dua sebagai kenangan untuk di bawa ke Malaysia.
Tidak ada yang menarik sangat di kawasan Malay Village. Cumanya, ada beberapa asset dan peliharaan warisan-warisan Melayu yang masih dikekalkan sehingga hari ini. Misalnya tulisan-tulisan berbahasa Melayu,dan rumah-rumah Melayu yang masih utuh dan bersemangat berdiri di tengah-tengah kota. Setelah puas melihat-lihat dan membeli beberapa cenderahati dari kedai-kedai art serta mengeliling di kawasan sekitar. Aku dan Alex berhenti seketika, berehat di sebuah surau yang tidak jauh dari Malay Village. Alex teruja, dia suka melihat keadaan di sini.
“Aku ambil banyak gambar disini Yus. Pemandangannya cantik-cantik semuanya.” Alex riang.
Aku hanya memerhatikan. “Eh, itu Salwa.” Aku menjerit. Alex terpinga-pinga.
“Siapa Salwa? Kenapa dengan Salwa?” Bertalu-talu Alex mengasak aku dengan soalan. Aku cuba mendapatkan Salwa, tapi hampa. Perempuan yang membuatkan aku gila bayang itu, sudah pergi menaiki kereta. Entah kemana dia pergi. Aku kembali ke surau mencari Alex. Alex bertogeng di kerusi kecil yang ada di depan surau. Dia menjengilkan matanya pada aku. Semacam ikan buntal. Aku senyum pahit kearahnya.
“Tak sempat.” Kata aku.
“Tak sempat apa?” Alex soal bagai budak kecil.
“Tak sempat nak kejar perempuan yang buatkan aku gila bayang!” Aku berterus terang. Peluh membasahi tubuh aku. Aku mengelap-ngelap. Alex menghulurkan tuala kecil pada aku.
“Patutlah.Aku ingat kau sebut nama perempuan manalah tadi. Rupa-rupanya kawan aku ini sudah jatuh cinta pandang pertama gamaknya. Cinta pandang pertama di Singapura.” Alex mengenakan aku. Tangannya di depa-depa seperti gaya mendiang Pavaroty sedang menyanyi.
“Ah mengarutlah...” Aku melangkah ke arah beg yang diletakkan di pintu surau, kemudian menggalas dan terus melangkah meninggalkan Alex. Alex tergocoh-gocoh membuntuti aku.
“Kita nak kemana ini?” Soal Alex.
“Kita pergi ke Gombak.”
“ Takkan nak balik Malaysia ?” Alex tidak puas hati.
“Bukan Gombak yang dekat Selangor itu. Ini Bukit Gombak di west-central area of the Southeast Asian city-state Singapore.” Jawab aku.
Ketika itu aku tak pasti kenapa aku mahu ke sana. Hati aku memberontak, kata hati di situ pasti aku akan bertemu dengan Salwa. Semacam ada perasaan yang aneh yang menyelubungi diri. Perasaan itu sukar untuk ditafsirkan. Seakan ada sesuatu yang besar akan berlaku dan pastinya ia soal hati. Aku berdiam diri dari seribu bahasa sepanjang perjalanan menaiki MRT. Aku bingung...
assalamualaikum,
ReplyDeleteyus,
hmm, so far so good. dari segi gaya bahasa dan penceritaan, penulisan yus sudah banyak menunjukkan kemajuan, walaupun masih terasa sedikit kes 'pengklonan', tapi saya percaya suatu hari nanti yus akan ada identiti sendiri.
teruskan menulis dan tahniah!
waAllaikumusalam..
ReplyDeleteterima kasih cikgu...Saya akan meningkatkan mutu penulisan saya..
salam bro yus, yang ni sambung citer cerpen sblum ni ker?? ataupun ni cerita baru tpi nama pelakon utamanya sama ?
ReplyDeleteteruskan menulis.. tk sabar tnggu smbungan seterusnya. ( terasa nk tulis cerpen plak hehe)
wasalam Fairuz..
ReplyDeleteIni cerpen baru,cerpen ini tak banyak sambungan,insyAllah akan hbs dalam masa terdekat..Silakan komen atau kalau best teruskan membaca k :D
salam..
ReplyDeletecte yg bes..
x sabar nak tggu sambungan ..
saye nak ltak link blog ni kat blog saye,xpe ke??hurm..