Tuesday, April 15, 2008

Mut'ah


Bugis street view


Mencari Bugis Street

Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
15 April 2008



Sementara menunggu Alex yang sedang bersolat, di Masjid yang berdekatan dengan Beach Road Park Royal hotel, aku meronda-ronda sekeliling kawasan. Tak banyak tempat yang menarik di sekitar kawasan penginapan kami. Cumanya aku merindui murtabak singapura yang sudah lama diidam-idam sejak aku berpindah ke Malaysia. Restoran Zam-zam yang terletak di North Bridge adalah restoran kegemaran aku. Setiap kali mendengar nama restoran ini pasti aku akan terbayang-bayang murtabak. Murtabak yang ditebar laju dan tangkas oleh Mamak-mamak yang berkerja di restoran itu,menjadi sebuah tayangan wajib apabila berada di sana.

Alex tergocoh-gocoh keluar dari masjid. Mukanya pucat semacam ada sesuatu yang buruk menimpanya. Aku terus mendapatkan dia.

“Apa pasal?”

Alex tak mengendahkan pertanyaan aku. Dia mengurai-ngurai begnya,mencari sesuatu. Peluhnya hangit! Dia kelihatan terlalu bingung. Aku sekadar memerhatikannya, tak kuasa untuk menjadi pening dan kelam-kabut seperti dia.

“Yes! Ini yang aku nak cari.” Alex menjerit gembira,digegamnya erat-erat kamera Nikon SLR D300. Kata Alex, harga kameranya itu ribu-ribu. Ribu-ribu tapi tak pernah nak belajar cara nak menggunakannya dengan betul. Ribu-ribu tapi dungu!

“Sebab kamera ini saja ke yang buatkan kau kelam-kabut tak tentu pasal?” Aku bengang dengan tindakan Alex. Tadi bukan main kelam-kabut macam emak hilang anak di pusat beli-belah. Eh,bagaimana ya nasib adik sharlenee dan yang lain-lain di Malaysia? Dajal manakah ya yang sanggup perlakukan begitu? Binatang pun masih ada belas kasihan.


“Maaf Yus. Tadi aku cari kau,tapi kau tiada.Masa aku dah jumpa dengan kau, baru aku teringat aku tertinggal beg di belakang masjid tadi. Itu yang aku kelam-kabut dibuatnya.Haha...”

Alex ketawa terbahak-bahak. Busuk! Mulutnya berbau, sudah dua hari rasanya dia tidak gosok gigi. Aku menutup hidung. Alex bengang,kemudian dia terus berlalu tanpa menoleh aku. Rajuk pula mat salleh ini. Aku senyum lebar..

Selepas solat dan melepaskan hajat untuk merasa murtabak di Restoran Zam-zam,aku dan Alex meneruskan perjalanan ke Bugis Street. Aku sudah lama tak ke sana,bila aku tanya Alex dia buat tak tahu sahaja. Masih rajuklah itu.

Sampai sahaja di jalan Masjid Sultan,aku dah tak tahu nak menuju ke arah mana. Alex pun tergaru-garu, menandakan dia pun sudah hilang idea kemana harus dituju. Alex mendekati aku kemudian tersenyum-senyum kambing.

“Ha! Dah tak tahu kemana arah barulah nak cari aku.Tadi beriya-iya sangat nak merajuk dengan aku. Jalan menonong saja ke depan,langsung tak toleh belakang.” Bengang.

“Tak mengapa,kita boleh tanya orang. Bak kata pepatah, “malu bertanya sesat jalan.” Alex mengajar aku. Kurang asam.

Alex menuju ke arah sekumpulan pelajar yang sedang duduk-duduk di taman. Tidak berapa kemudian dia kembali.

Masjid Sultan,Singapur


“Macam mana? Tahu tak macam mana nak ke sana?” Soal aku.

“Sekarang kita ini berada di tempat yang salah.Kita nak ke Bugis Street,tapi jalan yang kita lalu ini nak ke Arab Street.” Tunjuk Alex pada aku peta yang diberikan oleh sekumpulan pelajar tadi.

“Tak mengapalah,yang penting ada street. Arab street pun jadilah.hahaha...” Aku dan Alex ketawa. Mulut Alex masih busuk. Dia cepat-cepat tutup mulutnya dengan tangan. Kemudian tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Sekarang ini kita belok kiri,dan terus sahaja. Selepas itu kita akan sampai di Arab Street.”

“Baik,jom kita gerak sekarang.” Aku mengarah.

“Eh yus,itu Mak cik Limah kan?” Alex menunjukkan ke arah seorang wanita yang sedang bergerak pantas ke arah kami berdua.

“Lari-lari.” Gesa aku pada Alex. Aku tak sanggup dengar dia memekak ‘langit keruh aku terpengaruh’.

“Yus, aku dengar Abang Murad dah terpikat dengan Mak cik Musalmah.Dengar-dengar mereka berdua Kahwin cara Mut’ah,sepeninggalan Mak cik Limah ke Singapura ini.” Alex menjerit kearah aku ,semasa sedang berlari-lari anak meninggalkan Mak cik Limah yang terhincut-hincut berlari.

Aku yang sedang lari-lari anak terhenti. " Ya ke?" Aku kehairanan,patutlah Mak cik Limah bukan main berlari ke arah aku,semacam ada benda yang mahu dimuntahkan. Aku memandang Alex tepat ke arah mukanya. Dia bernafas laju, semakin kuat dia bernafas semakin kuat bau yang keluar dari mulutnya.

“Alex,kita berehat kejap,dah jauh kita lari ini." Setelah lelah ghaib dengan sebotol air neu-water,aku duduk di sebelah Alex,kemudian membetulkan kedudukan kerusi.

“Mereka memegang kata-kata Ali bin Muhammad Al Jawad ( Imam yang ke -10 di sisi Syiah ).Dikatakan kononnya,bahawa beliau pernah ditanya, “ Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan?Adakah harus seseorang melakukan mut’ah dengan syarat sekali persetubuhan ?, “ Ya, tidak mengapa. Tetapi bila selesai

(daripada persetubuhan itu ) hendaklah ia memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi kepada perempuan itu.”[1]

Tapi yang jelasnya mereka ini tertipu dengan kata-kata palsu yang direka-reka ini.Kerana perkahwinan cara ini adalah haram.Memang ada pada zaman Nabi saw, tetapi perkahwinan cara ini telah lama dimansuhkan,sejak zaman baginda lagi. Perkara ini sendiri telah dilaporkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib. Bahkan ada sebuah hadith telah diriwayatkan oleh Ali dan beberapa sahabat yang lain, yang bermaksud, "Dari Saburah al-Juhani, sesungguhnya ia pernah berperang bersama Nabi s.a.w. dalam peperangan fathul Makkah, kemudian Nabi memberikan izin kepada mereka untuk kahwin mut'ah. Katanya: Kemudian ia (Saburah) tidak pernah keluar sehingga Rasulullah s.a.w. mengharamkan kahwin mut'ah itu."[2]

Alex mengaguk-aguk tanda faham. Tiba-tiba sahaja, kendengaran suara Mak cik Limah dari celah banggunan. Terkejut aku dan Alex,apa lagi aku dan Alex terus berlari ,semacam lipas kudung yang tertinggal misainya...




_____________________________________________________

[1] -Al Furu’ Min Al Kafi j. 5 hal 460. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 267-

[2] (Riwayat Muslim)

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Sekadar ingin bertanya..dalam hadith riwayat Muslim tu, adakah lafaz "mut'ah" yg digunakan?

    ada sahabat pernah bgtahu bahawa nikah mut'ah x pernah wujud, yg pernah wujud (tetapi telah dimansuhkan/diharamkan) adalah nikah "muwaqqat"..

    mut'ah apabila seseorg tu mengucapkan aku mut'ah/mengambil faedah dr kamu dgn sekian duit dlm tempoh sekian waktu...
    dgn nama lain,ianya pelacuran,bkn nikah.....cuma syiah kata klu kata mut'ah dpt pahala,n klu pelacuran dpt dosa...

    dan dlm nikah muwaqqat lafaz yg digunakan adalah lafaz nikah mcm aku nikah akan dikau dlm tempoh sekian waktu...

    shbt tu kata dlm hadis, nikah muwaqqat ni yg penah dbolehkn,mut'ah xboleh...rujukannya dari kitab dars-e tirmizi karangan mufti taqi uthmani..

    so kalau boleh, ana nak tahu lafaz arab yg digunakan dlm hadith riwayat muslim tu..ataupun mgkin saudara boleh bg nombor hadith yg berkenaan..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam..
    Hadith riwayat Muslim dijadikan juga sebagai hujah oleh Al-Imam Yusuf Al-qardhawi dalam kitabnya iaitu Halal dan Haram dalam bab Gaharizah,perkahwinan dan kelurga karangan.
    Menurut Al-Imam Yusuf al-Qardhawi,mut'ah bermaksud : Sebuah ikatan seorang laki-laki dengan seorang perempuan dalam batas waktu tertentu dengan upah tertentu pula.(rujuk halal dan haram bab Gharizah,perkahwinan dan keluarga)


    WaAllahualam...

    ReplyDelete