Majalah Insight bakal menjelma
Selama tiga bulan kami bertungkus-lumus menyiapkan Kertas kerja,kemudian mempersembahkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Selama itu jugalah kami menghadapi pelbagai kerenah birokrasi, dan rintangan-rintangan yang tidak disangka-sangka. Kami tetap teguh dan tegar melalui semua itu, atas satu tujuan dan harapan untuk melihat hati-hati mahasiswa, khususnya di MMU kembali mencintai Islam. Ditambah,mahu memperlihatkan kepada orang bukan islam tentang keindahan Islam, yang sudah sekian lama ditutupi dedaun yang berduri. Pengorbanan dari perlbagai sudut telah kami bersedia hulurkan; wang,tenaga,masa dan liburan. Namun, kami bukanlah insan yang mendambakan segunung pujian dan penghargaan. Cumanya, kami mengharapkan segunung pertolongan dari pelbagai pihak terutama dari aspek kewangan.
Kalau ada yang kata kami tidak boleh berbuat seperti apa yang sidang redaksi Insight lakukan dengan alasan, “sibuk,penat,letih” dan pelbagai lagi. Sedarlah bahawa kami Sidang redaksi inSight juga begitu. Malahan kami sanggup bersengkang mata, berlapar dan berhabis duit semata-mata mahu melihat wadah penyampaian informasi islam ini dapat disebar-luas. Kami manusia juga seperti kalian, tetapi kami sedar dan terjaga bahawa kami ada amanah yang perlu digalas. Amanah yang telah diletakkan di bahu kami sejak kami dilahirkan di muka bumi ini,dengan nama KHALIFAH. Kata Allah, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
Tugas menyampaikan dan menyebar luas tentang Islam yang diredhai, adalah antara amanah yang harus dilaksanakan. Tidak ada jalan mudah bagi mereka yang ingin menyampaikan dakwah islamiah. Tetapi ingatlah, bahawa jalan yang dilalui oleh mereka-mereka yang sedar tentang peri pentingnya menyampaikan islam kepada seluruh cakra manusia adalah jalan mulia di sisi Allah.
Moga sedikit usaha yang dijalankan oleh Sidang Redaksi Insight dalam menghasilkan Majalah Insight, akan diterima ramai. Seterusnya menjadi majalah yang dapat menyuntik kembali hati-hati kepada Islam , dan membuka tutupan-tutupan dedaun tentang keindahan islam daripada orang-orang bukan Islam.
Setinggi-tinggi ucapan saya ucapkan kepada sidang redaksi insight:
Yussamir Yusof
Muhammad Naim bin Mukhtar
Mohd Izwan bin Mustaffa
Muhammad 'Ifwan bin Md Jalal
Nurzalikha binti Mohd Zaki
Nur Fatihah Irra Asdilla binti Rahim Nordin
Nik Norfasihah binti Abdul Kadir
Siti Isna Khairunnisa binti Mohd Isa
Khairiyah Mohd Syafii
Juga tidak dilupakan kepada para penulis untuk keluaran pertama ini:
Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil
Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman
Brother Muhammad Firdaus bin Ariff
Brother Shahkirit bin Kakulal Givindji
Edry Faisal bin Eddy Yusof
Pasti akan ada cacat cela pada majalah insight keluaran pertama ini, namun kami optimis bahawa ini akan menjadi pemangkin kepada semua warga insgiht. Kami akan menjadikan keluaran pertama ini sebagai wadah percubaan dan pembaikan. Mana yang perlu dibaiki terutama dari segi isi dan persembahan majalah ini, kami akan memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sais dan jenis tulisan dalam majalah ini tidak dapat kami standardize kan, kerana ada masalah teknikal semasa hari pemprosesan. Walaubagaimanapun, kami mengharapkan pada masa hadapan masalah ini tidak akan berlaku lagi. Doakan kami agar terus istiqamah dengan usaha ini,dan terus mengabdikan diri untuk Islam.
Pelancaran majalah ini bakal dilakukan pada 26 April 2008,bersamaan hari Sabtu pada Jam 8.30 malam di Grand Hall MMU.
Kepada sesiapa yang sudi untuk hadir dan menyokong usaha ini sila hubungi saya di :
012-6297870
@
019-2624647
Atau email : yussamiryusof@gmail.com
*Sebarang bentuk sumbangan terutama dalam bentuk wang, juga boleh terus disalur dengan menghubungi saya di nombor seperti yang tertera di atas. Moga huluran itu akan menjadi saksi di akhirat kelak, sebagai tangan-tangan yang dipanjangkan untuk Islam.
WaAllahualam..
Yussamir Yusof
Editor Majalah Insight
Alhamdulillah ^_^
ReplyDelete