Tuesday, April 8, 2008

Menjana minda



Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
8 April 2008

#untuk meninggalkan komen,sila tekan tajuk artikel ini.sekian



Sabtu lepas (5 April 2008) pelajar tajaan Yayasan Telekom Malaysia dibawa ke Menara Telekom. Kami dikhendaki untuk menghadiri Seminar Motivasi yang bertajuk “Kecemerlangan Mahasiswa” yang dikendalikan oleh Dr Muhammad bin Jantan. Program itu bermula jam 9 pagi dan tamat jam 5 petang. Selama program itu berjalan, saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Dr tersebut, iaitu ‘Anda adalah apa yang anda fikirkan’.


Manusia punya pilihan


Segala fikiran manusia akan membentuk tingkahlaku yang manusia inginkan. Kalau kejayaan yang difikirkan, maka minda kita akan membentuk pemetaan minda yang akan menggerakkan tingkahlaku kepada kejayaan. Menurut Wellington, apa sahaja yang ada pada diri manusia dan persekitarannya yang semulajadi telah berada dalam minda kita. Tamsilannya,adalah sebuah komputer yang telah mempunyai cips kecerdasan yang tinggi, ia hanya memerlukan sistem daya dan keupayaan untuk membuka suisnya.

Untuk menghidupkan suis minda, manusia mempunyai dua pilihan. Sama ada memilih on bermakna menghidupkan minda, atau pilihan kedua iaitu membiarkan suis minda tertutup. Minda kita diibaratkan seperti lampu yang mempunyai arus elektrik, untuk memanfaatkannya suis lampu perlu dibuka terlebih dahulu. Namun begitu,kalau ditutup suisnya, maka lampu itu tidak akan berguna dan tidak membawa manfaat. Dalam diri manusia sebenarnya mempunyai arus elektromagnetik (bio-elektrik). Untuk mendapatkan manfaat daripada arus ini, suisnya perlu dibuka. Suis bio-elektrik ini terletak pada minda yang positif, minda yang negatif menutup arus ini untuk mengalir menjadi sumber tenaga yang akan menggerakkan chemistry dalam tubuh manusia.


Keajaiban manusia

Tubuh manusia merupakan satu ciptaan ajaib yang merangkumi kecerdasan dan kepintaran yang diciptakan oleh Allah. Kata Allah dalam surah al-Tinn ayat 4, “sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

Menurut pakar Ginekologi, ketika bayi sudah cukup waktu untuk dilahirkan, kedudukan bayi akan berada di dalam posisi menelangkup (sujud) dengan kepalanya di bawah. Apabila dilakukan ujian scanning, terdapat seperti ada cahaya di bahagian tengah otak. Dalam keadaan menelangkup, akan memudahkan aliran darah yang membawa oksigen untuk sampai ke saraf dendrit di bahagian Septum Pellucidum (Joy centre).

Selepas menceritakan tentang Septum Pellucidum (Joy centre) , Dr Muhammad membacakan sepotong ayat dari surah al-Alaq ayat 15-16, “Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.”

Kata Dr, ayat nasiyyah yang membawa maksud ubun-ubun, dalam erti kata lain ia merujuk kepada bahagian tengah kepala. Namun dalam terjemahan Inggeris Yusof Ali, nasiyyah diterjemahkan sebagai Fore-lock .Fore-lock adalah bahagian pra-frontal lobe iaitu bahagian dahi.

Dalam buku Essential of Anatomy and Physiologi dikatakan, “dorongan dan kebolehan menjangka untuk merancang dan memulakan pergerakan adalah yang berlaku di bahagian anterior dalam lobus frontal iaitu kawasan perkumpulan korteks.Dalam hubungan dengan penglibatannya kepada dorongan, kawasan pra-frontal ini juga difikirkan berfungsi sebagai pusat keagrasifan.”

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Pete A.Sanders, nasiyyah ini lebih merujuk kepada septum pellucidum atau dikenali dengan nama joy centre. Cara untuk mengukur joy centre ialah dengan meletakkan jari di antara dua kening dan ukur satu inci setengah ke dahi. Kemudian ambil ukuran dengna meletakkan tapak tangan di atas kepala dengan jari manis menyentuh gigi rambut di bahagian dahi. Kemudian angkat ibu jari, dan bayangkan ibu jari secara menegak (vertical) masuk ke dalam otak dan bayangkan jari manis di dahi tadi masuk secara horizontal ke dalam otak. Maka kedua tindakan ini akan menghasilkan garisan intersept dalam bentuk ‘L’ terbalik. Maka titik temu dua garisan inilah terletaknya septum pellucidum.


Sujud dan septum pellucidum.


Bagi orang Islam, kedudukan septum pellucidum ini menyamai kedudukan ketika sujud. Apabila kita meletakkan dahi (pra-frontal) ke tempat sujud, tentunya ubun-ubun menghadap ke arah kiblat. Kedudukan ini lebih menepati kedudukan nasiyyah yang terdapat dalam surah al-Alaq. Justeru itu,benarlah seperti yang dikatakan Allah dalam surah al-Alaq ayat 19, “dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).” Dengan erti kata yang lain, bagi orang yang mengerjakan solat maka Allah akan memberi kegembiraan dan kesejahteraan dalam hidupnya. Secara tidak langsung menjadi motivasi yang boleh menceria dan mengembirakan kepada manusia. Jika sebaliknya berlaku, iaitu orang-orang yang ingkar kepada Allah tidak sujud kepada-Nya, maka Allah akan memberi balasan dengan menarik ubun-ubunnya dengan memberi potensi negatif dan memudaratkan.


Nasihat kepada Mahasiswa

Bertindaklah dengan pemikran yang positf dan optimis,kerana tindak-tanduk kita terhasil melalui apa yang minda kita gambarkan. Maksimumkan penggunaan otak, kerana menurut Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965, teori bahawa otak kiri dan otak kanan yang dipercayai dan digunakan sehingga kini, hanyalah baru digunakan 10% daripada poternsi otak,lagi 90% menunggu untuk dikembangkan. Bangunkan minda,banyakkan berfikir,membaca dan menulis.




________________________________________________________

#Rujukan terus dari kertas kerja R’ESQ oleh Dr Muhammad bin Jantan

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Wah3..berwajah baru. Nampak 'matang'..;)
    Tertarik dengan artikel kali ini. Subhanallah! Akak rasa artikel ni sangat menarik, mungkin kerana akak daripada aliran sains dan sedang mengkhatamkan kitab karangan Dr. Zainal Abidin,"Quran Saintifik".=D
    Begitu banyak tanda-tanda kekuasaan Allah pada tubuh manusia dan alam semesta, tercatat dengan lengkap dan rapi dalam kalam Allah, Al-Quran. Akak juga pernah 'come across' pengalaman mereka-mereka yang Allah pilih untuk mengenali Islam melalui kajian sains dan kajian terhadap Al-Quran. Subhanallah, semoga menjadi iktibar buat semua Muslim. Benarlah, kita seperti apa yang kita fikirkan..=D

    Mohon izin untuk copy dan share di blog akak ye..thank you in advanced.=D

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam
    Silakan,tiada copy right :D

    moga kita sama2 terus mengkaji dan memikirkannya..

    ReplyDelete