IU dinner 2008
Assalamualaikom
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis Makan Malam Institusi Usrah pada malam tadi. Terutamanya :
Semua perkara yang berlaku,mana yang baik adalah datangnya dari rahmat Allah. Mana yang terkurang,tersilap dan yang buruk-buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Semoga pahat tidak berbunyi selepas rumah sudah siap...
Moga Dinner kali ini menjadi satu teladan dan sempadan pada masa hadapan. Mana yang baik kita teruskan pada masa hadapan, mana yang buruk kita tinggalkan dan cuba mencari sebabnya. Kita merancang dan Allah juga merancang, tapi sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.
Saya salut pada anda semua, kerana kita hanya ada sekerat kudrat tapi anda menunjukkan komitment yang cukup tinggi. Tahniah!
Malam tadi selepas tamat majlis, perut saya seperti dihiris-hiris dengan pisau. Sampai di hospital putrajaya, saya dikatakan Gastrik dan diambil darah sebanyak tiga kali. Pada awalnya, apabila dicucuk, nurse tak dapat jumpa saluran darah. Kali kedua baru jumpa di bahagian lengan saya. Kemudian dicucuk lagi di bahagian atas pergelangan. Kemudian yang terakhir di bahu kiri saya, dicucuk dengan sejenis ubat cecair. Doktor kata saya kena Gastrik. Terima kasih kepada Nizam dan Wahab kerana menemani saya ke Hospital.
Selepas ini sesi claim mengelaim akan berlangsung. Jadi kepada semua komiti yang terlibat sila photostat resit dan segala macam dokumen bagi pembuktian.
Gambar-gambar
*komiti insight sibuk bekerja
*di meja VIP pada malam dinner
*Memberi ucapan alu-aluan pada malam dinner
*anak-anak yatim turut diraikan pada malam itu
*Pelancaran Majalah insight disempurnakan oleh Ustaz Toha;pegawai agama MMU
*Antara pembaca pertama majalah insight
Ps: Dan peringatan bahawa kalau lelaki sakit perut,maknanya bukanlah nak bersalin atau mengandung tapi memang benar-benar sakit. Jadi apabila rakan anda sakit perut, jangan cakap begitu, kerana ia akan menyakitkan hati terutama di khalayak ramai!
salam.saudara gastrik kerana tak makan atau disebabkan makanan malam tu? masakannya tidak seperti yang selalu dimakan di gerai katerer tu di hb1 la. saya kurang setuju dengan kata kata saudara mengenai majalah islamik di pasaran seperti Al Islam dll yang dikatakan kurang mesra pengguna Perjalanan InSight masih jauh dan diharap tulisan di dalam majalah diperbesarkan sedikit seperti di majalah2 lain. Ini pun contoh mesra pengguna di mana susah nak baca font kecil2 ni. Saya mengerti bahawa intipati dalam majalah ini pun kebanyakannya diambil daripada blog2 tertentu. Walaubagaimanapun tahniah atas kejayaan mengendalikan dinner dan diharap semoga dapat diperbaiki mutunya di masa akan datang. sekian. wassalam.
ReplyDeleteWasalam...
ReplyDeleteTerima kasih kerana datang ke dinner.
Kami akan mempertingkatkan mutu Insight dari semasa ke semasa. Saya hormati pndangan saudara berkenaan dengan ketidak atau kemesraan majalah islam yang lain. Tapi pastinya insight akan memberi kelainan dari majalah2 mainstream. insyAllah.
Penulis2 tetap hanya memberi kebenaran untuk mengambil tulisan2 mereka dari blog dan website mereka. Tapi insyaAllah pada masa hadapan kami akan memohon untuk mereka menulis artikel semata untuk insight.. InsyaAllah...
terima kasih...
ps: masih tak larat nak jalan sangat.Perut masih sakit seperti dihiris2..
kalo laki sakit perot mksd nye de btol2 sakit perot...
ReplyDeleteerm tp bersalin tu kalo sakit aku leh trime..tp ngandung sakit perot ke yus oit? hahahaha
da sehat? mkn ubat la yek..dgr cite dinner besh..rugi xfollow liyana smlm..hihihi~
hahaha...ye ek?ngandung tak sakit,,huhuhuhuh..
ReplyDeletemana la aku tau,aku laki kott...
takper2..insyAllah taun depan ada ko kena pegi tau...alhamdulilah semua beres,cuma ada bebrapa perkara yang tak smooth je...
aku dah ok sikit dah...
thanks :D
assalamualaikum brother yus,
ReplyDeleteThis is my first comment..
1.Semoga cepat sembuh
2.Moga2 Majalah InSight berjaya menjadi alternatif yang segar dan mampu mencetus perubahan dalam masyarakat.
ameen..
WaAllaikumusalam Sis..
ReplyDeleteAlhamdulilah,perut sudah beransur pulih...Moga tak terjadi lagi la lepas ini :D...
InsyAllah majalah insight akan memberi sesuatu kelainan dan berbeza dari majalah mainstream yang lain. Kami optimis...Doakan team insight untuk istiqomah...
lepas ini selalu2 la komen ye :D
hahahaha...inshaAllah
ReplyDelete