Wednesday, April 30, 2008

Peringatan untuk Dai'e

Berbahasalah dengan bahasa kaumnya

Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
4.45 pagi
www.yussamir.com


“Engkau tolong jawabkan untuk aku soalan Mat Saleh ini.” Dai’e A meminta tolong pada sahabatnya yang fasih berbahasa Inggeris.

“Err... Saya jawab dalam bahasa Melayu je lah eyh. Tapi jangan tajut, saya faham soalan encik.” Ujar Dai’e B pada si penanya dalam satu laman web islam.

“Sepatah haram pun aku tak tahu, apa yang dia cakap pada aku tadi. Aku yes dan no sajalah aku tahu.” Luah Dai’e C pada rakan biliknya.


Di atas adalah beberapa dialog, yang biasa diungkapkan oleh para dai’e. Dai’e-dai’e ini mempunyai pemahaman, pendekatan dan ilmu agama yang mantap. Namun, dai’e-dai’e ini tidak pernah menekankan kepentingan menguasai bahasa asing dalam lapangan dakwah. Bahasa yang khususnya perlu ditekankan adalah bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris memainkan peranan besar dalam dunia globalisasi. Bahasa Inggeris menjadi Lingua franca di antara satu negara dengan negara yang lain. Tidak boleh tidak, kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris menjadi mekanisma dalam menyebar-luaskan syiar Islam.

Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris, sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai revolusi dan kebangkitan dunia tidak bersempadan. Peluasan bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam lapangan dakwah, laman-laman web islamik, dan dagangan antarabangsa.

Peluasan dunia tanpa batasan, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai Lingua Franca, seharusnya membuka peluang dakwah dengan luas. Para dai’e harus melengkapkan diri dengan penguasan bahasa ini, sebagai alat untuk mendekati dan menyampaikan inti-inti Islam pada mereka. Anjuran mempersediakan diri dengan penguasaan bahasa orang yang ingin dakwahkan telah dinyatakan dalam Quran.

Kata Allah dalam surah Ibrahim ayat 4, “Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.”

Dewasa ini, masyarakat barat mula mengkaji tentang Islam. Kebanyakan mereka mengkaji kerana mahu mencari kebenaran. Para dai’e harus kedepan dan menjadi tempat rujukan mereka tentang Islam. Keberkesanan memperkenalkan Islam pada mereka, bergantung kepada penguasaan ‘bahasa mereka’ yang ada pada para dai’e. Para dai’e tidak seharusnya hanya menguasai bahasa ibunda dan bahasa arab. Tetapi harus menguasai bahasa-bahasa utama dunia,terutama Inggeris untuk menyampaikan syiar islam.

Menjadi satu kerugian jika para dai’e hanya sibuk menyiapkan ilmu-ilmu agama,tetapi tidak boleh menyampaikan dengan baik dan jelas melalui bahasa kaum yang ingin didakwahkan. Sekadar satu peringatan kepada para dai’e, termasuk diri saya.

WaAllahualam…

2 comments:

  1. salamun alayk

    true indeed..

    entri ini mengingatkan saya bagaimana peningnya saya nk menerangkan maksud "zikr" kepada seorg wanita British yang baru memeluk Islam...

    dan bagaimana terkontang-kantingnya saya untuk terangkan hal2 berkaitan poligami apabila ditanya oleh seorang warga Nigeria..

    haihh,kelakar dan malu dengan diri sendiri bila recall balik kejadian2 tersebut,haha!!tapi kerana peristiwa2 sebegini,ia menjadi pendorong kepada saya untuk polish english sebaik mungkin,alhamdulillah..(tgh struggle lagi ni,doakan =D)

    peringatan untuk para dai'e juga utk tidak step back dan bergaul dengan "golongan tertentu" hanya kerana language barrier..jangan lemah semangat bro and sis..hehe!

    peace!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam..
    hehehe,,saya juga pernah mengalami peristiwa yang sama...
    4 tahun lepas semasa saya berada di Cyber cafe bersama dengan seorang kawan. Disebelah saya ada seorang english Man yang berpakaian ala budha. Saya cuba beramah mesra dan dia pon ramah. Dia bertanya pada saya tentang Muhammad saw. Saya tahu nak tapi tak reti nak jawab dengan lancar in english. Nasib baiklah kawan saya itu fasih berbahasa inggeris,dan dia yang menjadi penterjemah kepada saya..heheheh...memang kelakar.Dan alhamdulilah sekarang kalau ada je foreigner nak tanya pasal Islam,saya akan kedepan..Walaupun English saya tidaklah sampai ke tahap bahasa sastera inggeris...

    thanks :D

    ReplyDelete