Friday, April 11, 2008

Tauladan



Kebenaran sesuatu yang asing

Oleh: Yussamir Yusof

Cyberjaya
12 April 2008
www.yussamir.com


Seringkali kita sukar untuk mengatakan perkara benar di depan orang yang lebih tua/berpangkat/atau berkuasa di depan kita. Kita berasa bersalah atau pun lebih dekat dengan diri kita adalah takut. Ya,kita takut akan menghadapi tindakan jika kita membela kebenaran. Sebab kita selalu disogok ‘berjalah harus ikut arus’, kalau tidak ikut arus kita akan tergelam.

Apa kata Al-Mutanabi tentang hal ini, "jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan (yang baik) akan menjadi rosak hanya kerana kamu berbelah bagi".

Pendirian bahawa membela kebenaran walaupun beribu bala akan mendatang, adalah satu perkara yang mulia dalam Islam. Islam menjunjung mereka yang sentiasa berpendirian teguh di atas kebenaran tanpa ada sedikit prejudis dalam diri. Arahan membela kebenaran tanpa sebarang campur aduk, melihat ras,bangsa,pangkat dan agama sendangkan kita mengetahui. Hal ini telah termaktub dalam sebuah kitab suci bernama al-Quran. Kata Allah dalam al-Baqarah ayat 41, Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui.”


Tom Cruise sebagai Lieutenant Kaffee


Menonton filem ‘A few Good Men’ yang dibintangi aktor Tom Cruise berperanan sebagai peguam tentera,membuatkan saya tersedar bahawa kebenaran itu pahit. Bagai ubat yang sememangnya pahit, namun manusia sentiasa mendambakannya bagi mendapat sebuah kelegaan. Begitu jugalah dengan kebenaran, ia amat pahit untuk ditelan,tetapi itulah sebuah sebuah harga yang tidak ternilai bagi mereka yang mendapatnya. Ketegasan Lieutenant Kaffee dalam berhujah didalam mahkamah tentera mendapat reaksi yang pelbagai dikalangan rakan sejawat. Sehinggakan rakan sejawatnya yang sama-sama dengan beliau membela dua anggota tentera yang dianiya, menasihatinya agar tidak bertegas menegakkan keadilan didepan saksi yang bakal disoal. Saksi yang bakal diajukan soalan bukan orang sebarangan,dan juga bukan tentera yang berpangkat rendah, tetapi berpangkat Kolonel dan bertanggungjawab di perbatasan. Tetapi kebenaran tetap kebenaran, tidak ada yang lebih tinggi dari kebenaran. Lieutenant Kaffee terus menggasak bertubi-tubi soalan kepada ketuanya itu, akhirnya kemenangan berada di pihaknya. Kolonel R.Jessep didapati bersalah kerana mengeluarkan arahan yang melangar peraturan, dan mengakibatkan seorang tentera mati di kem.

Walaupun tindakan Lieutenant Kaffee dianggap satu perbuatan yang asing dan melampaui batas. Namun disebabkan pendirian yang kukuh atas nama kebenaran dengan melihat hujah dan bukti,tanpa mengikut membuta tuli arahan dari pihak atasan, beliau dianggap asing! Asing kerana sanggup mempertahankan kebenaran walaupun beliau tahu,beliau akan berhadapan dengan beribu tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas. Beliau tahu beliau akan dicop sebagai tentera yang tidak mengenang budi atau tentera yang berlagak pandai, dan lain-lain cop yang tidak menyenangkan. Itu semua tidak menjadi masalah baginya, selagi beliau tahu apa yang dilakukan berjalan di atas landasan yang benar dan disokong bukti-bukti yang kukuh,maka beliau tidak endah dilihat sebagai makhluk asing.


Bahagianya menjadi asing

Merenung kisah ini, saya teringat sebuah hadith dari magnum opus Imam Ahmad yang bertaraf sahih, “Berbahagialah orang yang asing itu (mereka adalah) orang-orang baik yang berada di tengah orang-orang yang jahat. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada orang yang mengikuti mereka.”


Ibnul Qoyyim menerangkan maksud hadith ini dalam kitabnya Madarijus Salikin 3/199-200, “Ia dikatakan orang asing dalam agamanya oleh kerana rosaknya agama mereka,ia asing kerana berpegang teguh terhadap sunnah ketika berpegangnya manusia terhadap bid’ah.Ia dikatakan asing pada keyakinannya oleh kerana ia berada dikalangan mereka yang telah rosak keyakinan,dikatakan juga asing pada shalatnya oleh kerana mengarutnya shalat mereka, asing pada jalannya oleh kerana manusia ditengahnya telah sesat dan rosak , asing pada nisbahnya oleh kerana rosaknya nisbah mereka, asing dalam pergaulannya bersama mereka oleh kerana bergaul dengan apa yang tidak diinginkan oleh hawa nafsu mereka”. Dalam bahasa yang mudah, “Dia sebagai orang yang berilmu ditengah orang-orang jahil, pemegang sunnah di tengah ahli bid’ah, penyeru kepada Allah dan Rasul-Nya di tengah orang-orang yang menyeru kepada hawa nafsu dan bid’ah, penyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran di tengah kaum di mana yang ma’ruf menjadi munkar dan yang munkar menjadi ma’ruf.”


Kebenaran itu sesuatu yang asing,jika kita membawanya kepada mereka yang jahil tentang kebenaran. Selagi kita berada di landasan yang tepat dan benar,maka jangan sesekali lemah dengan pendirian itu,biarpun kita akan menjadi asing di mata orang lain.

“Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing.” (al-hadith)

1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Alhamdulilah, beruntunglah mereka yang dinilai asing di tengah-tengah masyarakat yang jauh daripada hidayah Allah. Beruntunglah mereka yang dipilih Allah untuk menjadi asing ketika manusia lain asyik menikmati syurga dunia fana dan melupakan akhirat yang lebih kekal. Hak Allah jua lah hidayah dan inayah itu sedangkan manusia perlu dan harus berusaha mendapatkannya.=)

    Memang susah nak menyatakan yang benar sedangkan dari kecil kita diajar kata-kata "berani kerana benar, takut kerana salah". Susah benar nak buang rasa takut menyatakan kebenaran. Mungkin kerana belum cukup kuat perasaan takut kepada Allah, maka ketakutan pada marahnya manusia dan takut kepada tindakan yang bakal dikenakan daripada kalangan manusia mengatasinya. Muhasabah buat diri yang menaip dan yang membaca, insyaAllah.

    Antara hadith pertama yang hinggap di telinga ketika pertama kali mengenal erti usrah di Menara Ilmu ini,
    "Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali menjadi dagang, maka beruntunglah mereka yang dagang."

    May Allah make us from the strangers in this world and the inheritors of Tooba in the Hereafter.
    Ameen.

    Wallahualam.

    ReplyDelete