Pesta buku Antarabangsa
Kepada para pembaca Paradigma, rajin-rajinkanlah diri anda semua melawat dan membeli buku di PWTC. Sekarang di sana sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa 2008.
Saya sarankan untuk anda membeli dua buah buku ini:
- Aku terima nikahnya sebuah karya pertama dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Buku ini melewati tentang rumahtangga, perjuangan dan cita-cita besar terhadap ummah, bermula dengan perjuangan serta cita-cita di dalam rumahtangga.Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke saifulislam.com
- Sayap adinila sebuah novel Sains Fiksyen karya sahabat saya Firdaus Ariff.Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke Firdaus Ariff
Kedua-dua buku ini bakal memenuhi ruang rak buku saya, dan pasti anda tidak semua tidak akan menyesal membelinya.
“Yus buku kau bila nak keluar?” Jerit Mak cik Limah.
“Sabar, nanti dah keluar Mak cik Limah orang pertama saya beritahu. Saya nak jadi macam Dr Aid, diam-diam terus keluar sekali 4 – 5 buah buku setahun..Hehehe.” Saya menjerit dari dalam tandas. Tahu-tahu sahaja Mak cik Limah saya berada dalam tandas. Tergocoh-gocoh saya dibuatnya.
“Bagi diskaun tau nanti.” Mak cik Limah terus berlalu pergi.
Wah FT dengan Mak cik Musalmah Lebarnya...kau dengan Mak Cik Limah. Aku nak guna Pak Cik la pulak...sebagai tanda tiada dikriminasi ke atas golongan Pak Cik hahaha.
ReplyDeleteHahaha...
ReplyDeleteaku dah guna juga pakcik la bro..Tu yang citer pakcik kasim dengan anak-anaknya tu...so kira fair and square ler...huhuhuh