"tidak ada kemudaratan,dan tidak boleh memudaratkan orang lain"
Mungkin Syiah perlu hafal hadith ini.
Terima kasih di atas kunjungan
Oleh:Yussamir yusof
Cyberjaya
14 April 2008
Catatan perjalanan saya mencari cinta fansuri dan aku terima nikahnya, menjadi hangat. Menjadi hangat apabila Saudara Faisal Musa melawat ke paradigma, kemudian lawatan sambil belajar ini disusuli oleh sebilangan peminat beliau. Kedatangan yang tidak diundang,dan pemergian juga tidak ditangisi,hanya terima kasih diucapkan kerana menaikkan jumlah pelawat ke blog ini. Pelbagai komen dicoretkan di bahagian ‘say something’, dan kepala berkerut-kerut juga apabila membacanya. Ada yang di benarkan untuk mengisi ruang itu,dan ada juga yang disekat untuk mengisi ruang komen itu. Alasannya mudah, blog ini bukan tempat menyebar fahamanan Syiah,mahupun muktazilah dan sebagainya.
Orang muda memang akan melalui zaman kesilapan dan akan menjalani proses kematangan, tetapi orang tua barangkali sukar untuk menemui kebenaran dan akan terus tersesat. Janganalah diambil kata-kata ini sebagai fatwa, tetapi sekadar penetasan idea dari kotak minda.
Tertarik dengan satu komen (tidak disiar komennya,kerana mengarut banyak!) yang bunyinya seakan begini, “ingat saya dah banyak hentam orang salah satunya ialah ***** ”. Budak-budak apabila bercakap, kadang-kadang lebih emosi dari rasionalnya. Tidak mengapalah adikku sayang, kita belajar lagi ya.
Saya baru hanya katakan Syiah,belum menceritakan kebajetannya dan pelbagai lagi itupun dah ramai yang melatah. Janganlah cepat melatah, tetapi fikir sedalam-dalamnya agar kita rasional. Kalau saya tidak pernah mengkaji dan memahami dogma Syiah ini, mana mungkin saya berani untuk mengatakan tentang Syiah.- jawapan untuk seorang ‘pengomen’ yang suruh saya belajar secara mendalam tentang Syiah.
“Yus! Ni ada nasi berani hujan panas.” Mak cik Limah terpacak di depan jendela bilik saya. Terkejut saya.
“Kusss semangat Mak cik Limah oiii.. Kalaulah saya ada sakit jantung, dah rebah saya dibuatnya. Terima kasih ya, hujan-hujan renyai macam ini dapat pula nasi berani hujan panas,memang senang hati.”
Nasi berani hujan panas dibungkus baik dalam sebuah bekas ala-ala baba nyonya Melaka. Mak cik Limah baik orangnya, walaupun kadang-kadang perangainya macam budak-budak. Nasi masih panas, roomate sudah terbau wangian nasi berani hujan panas. Masing-masing memegang perut sambil menjilat-jilat bibir, ketakutan dibuatnya...Ah sudah!
__________________________________________________
"tidak ada kemudaratan,dan tidak boleh memudaratkan orang lain" (hadith direkodkan Imam Ahmad dalam al-Musnad.Pentakhrij Musnad menyatakan ini adalah hadith berdarjat Hassan.)
ni macam ada tiru gaya sdr.faisal tehrani ni. beliau guna makcik musalmah lebar sedang anda guna makcik limah. apa pendapat anda yus?
ReplyDeleteHehehe...macam saya kata,dalam bidang penulisan,saya banyak dipengaruhi oleh gaya penulisan dia.Dan kalau dilihat mak cik limah ini adlah antara kesinambungan sacara tidak rasmi yang saya cuba bawakan. terpulang orang nak menilai karya2 saya... :D saya pun sekarang cuba banyak berimaginasi dalam menulis beberapa catatan perjalanan ke luar negra dan diisi dengan isi2 agama dan prbandingan agama..doakan saya istiqomah...Mencari cinta shabturab akan bersambung..insyAllah,,,tungguu
ReplyDeletemaknanya..perjalanan ke bugis street,singapore itu hanya imaginasi semata2? saya mendoakan kesejahteraan anda selalu..
ReplyDeleteimaginasi+pengalaman+dan pengetahuan =cereka
ReplyDelete