Saya bakal berhadapan dengan peperiksaan tidak lama lagi. 19 Mei ini semuanya bermula, menjadikan minggu-minggu saya terus bersama buku-buku. 28 Mei adalah tarikh yang dinanti-nantikan, tarikh itu akan melegakan tekak dan melegakkan paru-paru saya. 28 peperiksaan akan tamat, dan saya perlu bersiap-siap pula untuk melangkah ke alam pekerjaan (praktikal) pada 1 Jun. Mohon semuanya berjalan dengan lancar, dan sukses!
BAC3664 ACCOUNTING THEORY - 19/05/2009
BSM3614 STRATEGY - 20/05/2009
BAC3674 ADVANCED MANAGEMENT - 23/05/2009
BAC3684 SECURITIES INVESTMENT AND PORTFOLIO MANAGEMENT - 27/05/2009
BAC4694 FORENSIC ACCOUNTING - 28/05/2009
Jika ada yang belum menonton Filem Perempuan Berkalung Sorban, maka saya menyarankan filem itu untuk ditonton oleh semua orang. Tidak kira sesiapa, yang beragama, tidak beragama atau yang baru mahu mengenal Islam. Jika ada yang kata filem ini menyuarakan pandangan ataupun ideologi Feminisme, maka saya menolaknya. Kita harus memahami definasi feminisme yang sebenar, sebelum kita membantah mereka.
Apa yang jelas, filem ini membawa nafas baru dalam memahami Islam dari sudut perfileman. Filem ini membawa penonton kepada Tuntutan kebebasan atas dasar perikemanusiaan untuk menjadikan manusia lebih aktif, bukannya lumpuh kerana disekat oleh undang-undang ciptaan manusia dan adat resam atau pemikiran sempit (rujuk buku The Rebirth of feminisme oleh Judiht hole dan Allem Levine).
Jika mahu membahas mengenai feminisme, saya bisa untuk membahaskannya berkajang-kajang. Tetapi perbahasan saya masih dalam lingkungan perlindungan Feminisme dibawah dasar-dasar Islam yang tulin. Iaitu, Islam menghormati dan memuliakan wanita, namun ada beberapa perkara yang harus difahami secara tuntas.
Mohon mengundur diri, banyak lagi bab yang harus saya habiskan.
Wanita harus melakukan Tajdid,
Yussamir Yusof
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com
salam
ReplyDeletesemoga dapat menjawab dengan baik utk peperiksaan akhir. semoga berhadapan alam praktikal yang mencabar itu dengan bersungguh-sungguh tanpa kata putus asa.
dari saya yg dah lepas praktikal.
all the best!
owh..chayoO! semoga berjaya,jaga kesihatan encik ye..
ReplyDeletegood luck exam today.makcik intan exam esok,tak habis2 dengan business ethics dan hrm.huu..semoga urusan kita semua dipermudahkan,inshaAllah..
ReplyDeleteps:dah tgk filem perempuan berkalong serban.menangis kot...