Orang tanya pada saya bahasa apa yang saya tulis di entry “Orek-orek, Kundi-kundi”. Saya tak jawab, saya diam. Biarkan orang terus-terusan berteka-teki, bukankah orang kita suka berteka-teka.
Semalam saya sempat bersidang bersama rakan-rakan di IIS untuk berbalah akal di bawah bumbung “Friendly Critical Discussion”. Tajuknya ada dua, pertama: Hubungan Falsafah dengan Agama, kedua: Hubungan Akal dengan Agama. Panelisnya bukan calang-calang, Pak Khalid Ja’far seorang homosapien yang menganggap semua agama adalah sama, dan Kapten Hafiz Firdaus homosapien yang selalu terbang tinggi.
Diskusi akal ini awal-awal sedikit kaku dan sejuk, tapi pada akhir semakin panas dan mendidih. Kebanyakkan teori-teori, istilah-istilah dan nama-nama figur Filosof belum jelas dan kenal di akal saya. Apa yang saya jelas, Falsafah bukanlah sebuah ilmu yang dapat membanggunkan jiwa dan peradaban –walaupun perkara ini pasti ditentang orang-orang Filosof-.
Jujur, kerana Islam membangunkan tamadunnya bukanlah berakarkan Falsafah. Islam semasa gah bersama tamadunnya kerana, ilmu-ilmu yang ada adalah ilmu realisme. Bukan sekadar ilmu-ilmu yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Ya saya setuju bahawa kita harus perbanyakkan budaya intelektualisme, tetapi kita harus sedar bahawa hanya ilmu yang real sahaja harus kita tumpukan. Bukan bermain-main di akal dan berterbangan khayal di awangan sana.
Bila Pak Khalid kata bahawa semua jawapan tidak semua al-Quran dan Sunnah sediakan, saya jawab, "Semua jawapan ada dalam al-Quran dan Sunnah."
___________________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com
salam...
ReplyDeleteaduh. tak tahu nak komen macam mana. ayat pak Khalid agak mengejutkan
memang al-Quran tak menerangkan secara detail cara buat komputer atau cipta enjin kapal layar(kapal layar pakai enjin?).akan tetapi al-Quran menerangkan prinsip untuk setiap perkara tersebut.al-quran menekankan prinsip menggunakan aqal dan bertanyakan kepada org yang ahli di dalam sesuatu bidang itu.
ReplyDeleteakan tetapi jika soal ketuhanan dan ibadat yang ditimbulkan memang al-quran dan hadis menyediakan perinciannya.
jika hendak berfalsafah,falsafahla,tapi jangan di bawa melepasi sempadan soal ketuhanan.
Wasalam...
ReplyDeletePulsari kalau mengikuti diskusi itu, mesti lagi terkejut :D
To Ibnyaacob: Konteks itu yang sebenarnya ana katakan. Semasa dia quote ayat Quran "tanyalah kamu pada orang yang lebih mengetahui" itu sudah menunjukkan bahawa semuanya al-Quran dan sunnah dah jelaskan segalanya.
Semestinya orang-orang ini dalam kekeliruan, moga Allah memberi petunjuk kepada mereka..ameen..
salam, erm...
ReplyDeletemaaf andai saya kurang setuju dgn pendapat saudara, bagi saya mempelajari ilmu phylosophy banyak manafaatnya, bukanlah seperti yg saudara katakan few,falsafah yg kurang masuk akal blh dijadikan iktibar dan mana yg logik blh diambil pakai. Tapi tak pa setiap org ada pandangan tersendiri.saya hargai pendapat saudara. nak share kata2, Al-Quran is not a book of science but it's a book of signs~
Terima kasih dengan pandangan berbeza ayam golek :D
ReplyDelete