Sunday, May 24, 2009

KEPELBAGAIAN MEMBAWA SENYUMAN


“B tengok itu.” Isteri saya menunjukkan sesuatu di tengah-tengah Lido itu. Saya ketika itu sedang membancuh kopi Hazlenut berhenti sekejap. Melihat-lihat apa benda yang ditunjuk itu. Eh tidak ada apa-apa, hanya sebuah bot putih yang besar sedang berlabuh di situ. Cuma, tubuh kapal itu samar-samar di balik kelam malam, hanya bayang-bayangnya sahaja kelihatan.


Saya tersenyum, “Kenapa dengan kapal itu sayang?” Saya menghulurkan kopi yang sudah siap dibancuh kepada dia. Isteri saya membalas senyuman, kemudian mencicip sedikit air kopi panas bancuhan suami tersayangnya. “Erm..sedaplah B.” Semakin lebar senyuman saya.





“Sayang suruh B tengok kapal itu sebab ramai yang melihat sesuatu dengan pandangan biasa-biasa. Kenapa kita tidak mahu melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang berbeza.” Saya menggaru kepala yang tidak gatal. “Kalau kita melihat satu perkara dengan pandangan yang berbeza, itu akan mengundang konflik.” Kerutan kecil kelihatan di dahi cantik isteri saya. “Bukankah konflik itu membawa kepelbagaian idea kemudian ia boleh dijelmakan dalam bentuk yang lain dari yang lain.” Kini saya pula mengerutkan dahi.

“Macam mana tu?”

“Begini, kenapa Allah jadikan manusia itu berbeza?”

“Sebab Allah nak suruh kita saling mengenali dan saling berhubung antara satu sama lain. Macam B dengan sayang. B Melayu, sayang Cina, perbezaan kita disatukan di atas sifat mahu mengenali dan saling berhubung. Perbezaan kaum akan menjadi satu persamaan setelah berkahwin.”

“Ha itulah jawapannya. Mula-mula sebelum kita kahwin, perbezaan kita dalam pelbagai sudut itu namanya konflik. Tetapi selepas kita bersama dalam ikatan perkahwinan, konflik itu bertukar kepada sebuah ikatan kebahagian. Begitu juga dengan kepelbagaian pandangan. Bila kita banyak pandangan dan konflik pun berlaku. Kita akan berusaha untuk mencari persamaan, melalui kepelbagaian idea itu. Dan akhirnya, kita akan temui jawapan yang terbaik dan kita semua akan menyetujuinya dan mengenepikan konflik itu.” Mata sepet isteri saya dibuka luas-luas, kemudian tersenyum dan memeluk saya.

“Haiyaa..Amoi banyak pandailah.” Saya ketawa, isteri saya mencuka bila diajuk sebegitu. “Kepelbagaian itu membawa bahagiakan sayang.”




___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

4 comments:

  1. ayayai geli geleman >_0

    ReplyDelete
  2. Air sirap, takper geli pun geli, sekadar nak tambah perisa ..hahaha

    ReplyDelete
  3. ayat2 berangan ke ni..

    bkn ka kamu ni tak kawin lagi ker?he2

    kiranya artikel ini macam cerpen la ye?

    ReplyDelete
  4. Mmg tak kawen lag pun, saje je :) kata karya kreatif..huhuh :P

    ReplyDelete